Post Last Edit by matabelalang at 20-2-2012 17:47
SINOPSIS
MAEL LAMBONG (RAZIZAN RAZAK) merupakan seorang penarik kereta yangcukup dikenali di Kuala Lumpur. Namun, semuanya berubah apabila MARIA (JULIANA EVANS) telah menemui MAEL LAMBONG dan menyuruhnya menyelamatkan dirinya yang dikejar penjahat. Pelarian mereka dari penjahat, telah membawa mereka menuju ke negeri Terengganu di mana terletaknya kampunga asal MAEL LAMBONG, yang dia telah tinggalkan sekian lama kerana merajuk. Dalam keadaan MAEL LAMBONG ingin mengelak dari bertemu dengan penduduk kampung, dia akhirnya telah bertemu dengan ROZIE ( SHENTHY FELIZIANA) kekasih lama MAEL LAMBONG, dan tunang ROZIE, TIGER (TAI) yang tidak suka kehadirannya. Konflik telah berlaku di antara MAEL LAMBONG dan TIGER. Selain itu, penjahat yang mengejar MARIA telah menemui mereka di perkampungan tersebut. MARIA telah meminta pertolongan MAEL LAMBONG untuk membantunya. Dalam masa yang sama, dua PERISIK telah datang dari Kuala Lumpur dan menerangkan hal sebenar kepada MAEL LAMBONG. Kekeliruan telah berlaku apabila PERISIK yang disangka baik, rupanya adalah penjahat yang inginkan sebuah mikrocip yang mengandungi maklumat tender kerajaan dari MARIA. MAEL LAMBONG membantu menyelamatkan MARIA, dalam masa yang sama hubungan dengan ROZIE semakin akrab, namun tetap tidak disukai TIGER. Akhirnya, PERISIK yang jahat itu berjaya ditumpaskan, dan MAEL LAMBONG telah meminta bantuan MARIA untuk memberi pengajaran kepada TIGER. TIGER insaf, dan MAEL LAMBONG juga ROZIE meneruskan hubungan cinta mereka yang telah terputus sebelum ini.
Penerbit: Azlan Shah Jaffril | Ahmad Idham Ahmad Nadzri
Penerbit Eksekutif: Mohd Kasturi Rasul
Pengarah: Ahmad Idham Ahmad Nadzri
Pengarah Bersama: Mazri Mustafa
Penolong Pengarah: Rosli Mohd Taib
Pengarah Fotografi: Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin
Kesinambungan: Rozniza Zainal
Pereka Busana: Mohamad Ekhmal Amran
Penata Gaya: Jamal Mohd
PELAKON
Zizan Razak – Mael Lambong Juliana Evans - Maria Sallehuddin Abu Bakar - Tiger Shenthy Feliziana- Rozie |