CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 185|Reply: 0

Dua Manchester mula 'kempen kelas dua'

[Copy link]
Post time 16-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PARIS: Bandaraya Manchester berharap dapat melihat dua kelabnya berentap di final Liga Juara-Juara, sebaliknya awal pagi esok penyokong mereka terpaksa akur menyaksikan United dan City bersaing dalam pentas lebih rendah Liga Europa.\rMalah, masing-masing berdepan pusingan kedua yang agak sukar jika mereka ingin mara ke pentas final pada 9 Mei depan di bandaraya Bucharest berbanding pentas lebih glamor final Liga Juara-Juara di Munich pada 19 Mei.\r\n\n\n\n\r   Kelab berbelanja besar City – yang menduduki tangga ketiga dalam kumpulan sukar Liga Juara di belakang Bayern Munich dan Napoli – perlu bertandang ke gelanggang juara bertahan Porto di Portugal manakala United, yang berada di bawah Benfica dan Basel, terbang ke gelanggang gergasi Belanda, Ajax.\r\r\n\n\n\n\n   Pengurus City, Roberto Mancini menegaskan dia akan memilih barisan terkuat untuk berdepan kelab juara Portugal itu yang mempamer kualiti bola sepak yang tinggi musim lalu ketika mencatat rekod tanpa kalah di peringkat domestik dan Eropah, malah tercicir lima mata di belakang Benfica dalam saingan kumpulan.\rTatkala mahkota Liga Perdana Inggeris masih menjadi buruan utamanya, Mancini juga mengalih tumpuan untuk menambah trofi Eropah dalam koleksi mereka kerana City sudah terkeluar daripada persaingan mempertahankan Piala FA.\r“Sudah agak lama Manchester City memenangi trofi peringkat Eropah (kejayaan tunggal ialah Pialan Antara Juara yang sudah dibubarkan pada 1970),” kata Mancini yang pernah menjaringkan gol ketika Sampdoria memenangi aksi suku akhir ke atas Porto dalam Piala Antara Juara musim 1994/1995.\rUnited mungkin berdepan tugas agak mudah apabila berdepan Ajax yang bukan lagi seperti kelab yang pernah menguasai pentas Eropah pada dekad 70-an dan kali terakhir menjuarai Liga Juara pada 1995.\r\n\n\n\rNamun Sir Alex Ferguson akan menghantar barisan berkualiti dan percaya Nani dan Phil Jones mampu diturunkan semula selepas pulih daripada kecederaan.\r“Saya menganggapnya serius,” kata Ferguson, yang mahu melengkapkan koleksi kejuaraan di pentas Eropah selepas memenangi Piala Antara Juara 1991 dan dua trofi Liga Juara selepas itu. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.649183 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list