CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 252|Reply: 0

DDEC bantu PKS tingkat kualiti

[Copy link]
Post time 7-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pusat penyelidikan sedia kemudahan  pembungkusan, cipta jenama produk\rSYARIKAT perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mewakili 98 peratus komuniti perniagaan di negara ini, boleh menambah nilai produk mereka dengan bantuan daripada Design Development Centre (DDEC).\r\n\n\n\n\r  Ketua Eksekutif DDEC, Datuk Abd Rahim Hassan berkata, pusat itu menyediakan bantuan kepada peniaga untuk mencipta lambang jenama produk dan rekaan pembungkusannya bagi menjadikan produk mereka lebih berdaya saing dan menarik.\r\r\n\n\n\n\n  “Ramai peniaga yang tidak menitik-beratkan soal pembungkusan produk dan ia amat merugikan kerana jika produk dipersembahkan dengan baik, ia mampu meningkatkan permintaan.\r“Malah dengan persembahan yang baik, lebih banyak produk tempatan dapat pergi ke pasaran antarabangsa,” katanya.\rBeliau berkata, sepanjang kewujudan DDEC, sudah banyak produk yang menerima sentuhannya termasuk beberapa jenama terkenal seperti Simply Siti, Forest Secret, Chaky Black, Jonker Walk Kopitiam, Restoran Tu dia Pak Tam, dan Harrods Malaysia.\r“Selain itu, Kit Pemasaran Diomoney Malaysia, penjenamaan Dunkin Donuts, Fresha Tea, penjenamaan identiti Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), identiti korporat Glocal Link dan Koperasi Bumira  juga menerima sentuhan kami.\r\n\n\n\r“Maklum balas yang kami terima amat baik sehinggakan syarikat seperti Harrods Malaysia kembali untuk mendapatkan perkhidmatan selanjutnya kerana kualiti hasil sentuhan kami dalam penjenamaan dan pembungkusan produk mereka tanpa membabitkan kos yang tinggi,” katanya.\rAbd Rahim berkata, kos perkhidmatan yang dikenakan adalah serendah RM500 bergantung kepada jenis perkhidmatan penjenamaan dan rekaan pembungkusan yang diperlukan.\r“Harga yang kami tawarkan amat rendah berbanding menggunakan perkhidmatan jururunding jenama persendirian yang jauh lebih tinggi.\r“Kami juga mempunyai hubungan rapat dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (myIPO) dan bersedia membantu proses pendaftaran paten produk syarikat yang mendapatkan perkhidmatan kami,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.425129 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list