CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10315|Reply: 54

Eksiden yg tak logik dek akal oleh kaum wanita

[Copy link]
Post time 2-2-2012 10:43 PM | Show all posts |Read mode
baru-baru nieh, ader 2 eksiden yg bagi haku tak logik dek akal, dan patutnyer leh elak.

eksiden pertama.
makcik drive kancil, berdesup langgor orang tengah race basikal. dari video yg haku tengok, macam langsung tak brake jer, wheel pong tak lock, bermakna still dier bleh kontrol lagi steering. tapi pompuan nie main sodok jer.

eksiden kedua.
makcik drive proton wira. ni lagi pelik + ntah aper-aper. nak kuar parking, masa kuar langgar kete depan ngan kete belakang. ntah sempit sangat ker aper tak pasti lak. menurut  yg haku baca, makcik ni terlanggar kete masa kuar parking terus panik, nak lari. bila nak lari, bukan setakat kete depan, kete belakang pong kena. terus tuju ke kedai, langgar depan kedai jer memula. Ntah apa yg bangang sangat, dier bleh reverse, pas tu terus ke depan balik, this time trus masuk kedai dan langgar 2 bijik motor superbike dalam kedai. kat dalam kedai tu plak, still nak ke depan ke belakang bagai, macam cuba nak cabut jer.. akai ada ka??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2012 11:30 PM | Show all posts
kena panggil forumer anis suraya utk memberi hujah bernass..
sebab dia paling mengerti perasaan makcik makcik ni...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 12:08 AM | Show all posts
yg makcik wira tu aku speku, dia melatah agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 12:58 AM | Show all posts
Post Last Edit by AzzaAzman at 4-2-2012 01:29



Artikel penuh:
Oh! Rakaman CCTV Makcik Rempuh Kedai Superbike - http://www.ohtidak.com/oh-rakama ... uh-kedai-superbike/ #ohtidak

Rakaman CCTV: http://youtu.be/0MkDLNxeJtg

KUALA LUMPUR – Mungkin kerana terlalu panik setelah melanggar sebuah kereta mewah jenis Volvo XC60, seorang wanita kemudiannya merempuh dua buah kereta lagi di belakangnya sebelum bertindak merempuh masuk ke dalam sebuah kedai ‘Superbike’ dan menghentam empat buah motosikal berkuasa tinggi di Bandar Sri Permaisuri di sini.

Dalam kejadian pukul 4.30 petang, pemandu wanita dalam lingkungan usia 50-an itu telah menggerakkan kereta Wira gear automatik miliknya berulang kali ke depan dan ke belakang sebanyak enam kali hingga melanggar semua kenderaan terbabit.

Seorang saksi kejadian, Mohd Nooraimee Othman, 23, berkata, wanita itu pada mulanya mengundurkan keretanya untuk keluar dari kawasan tempat letak kereta di hadapan kedai motosikal berkuasa besar berkenaan dan secara tidak sengaja melanggar Volvo milik adik kepada pemilik kedai ‘Superbike’ berkenaan.

Gambar kedai dan superbike yang dilanggar:


“Mungkin makcik tu panik sangat.. lepas dia langgar volvo kat belakang..dia reverse dan ke depan dan belakang lebih kurang lima kali..kali yang kedua dia reverse (mengundur) itu dia hentam pulak dua buah Myvi yang terletak kat tempat letak kerata kat belakang dia.

“Kali ke enam dia maju ke depan dan terus rempuh masuk dalam kedai..masa melompat masuk kedai tu dia sempat langgar sebuah motosikal Honda VFR 1000..pelanggan punya tu,” katanya bercerita mengenai kejadian yang mencemaskannya itu.

Menurut Mohd Noraimee yang merupakan pekerja kedai Superbike tersebut, wanita itu turut melanggar tiga buah motosikal berkuasa tinggi jenis Suzuki GSX 1000cc, Honda CBR 1000cc dan BMW 1400cc yang berada di dalam kedai berkenaan.

Seorang lagi saksi, Sarah Zamzuri, 30, pekerja RHB Bank yang terletak bersebelahan kedai superbike itu berkata, dia terkejut dengan bunyi dentuman kuat membuatkannya berlari keluar dari pejabat untuk melihat punca bunyi berkenaan.

Sarah berkata, dia bingung sebentar apabila melihatkan kereta yang dipandu oleh wanita terbabit berulang kali bergerak ke depan dan ke belakang dengan laju.

Melihat kejadian itu, Sarah berkata, dia terus berlari mengalihkan kereta Avanza miliknya sebelum sempat dilanggar oleh wanita berkenaan.

“Saya panik tengok mak cik tu laju aje reverse dan pecut ke depan, saya terus lari ke kereta saya untuk alihkan kenderaan saya. Memang Tuhan sahaja yang tahu macam mana saya menggigil berlari ke kereta.

“Waktu saya alihkan kereta saya, wanita itu masih lagi menggerakkan keretanya dengan laju,”terang Sarah.

Adik kepada pemilik kedai Superbike yang enggan dikenali itu mendakwa, abangnya mungkin terpaksa menanggung kerugian mencecah setengah juta ringgit akibat insiden tersebut.

Sementara itu, ketika mendapatkan kenyataan dari suami wanita tersebut, lelaki itu hanya banyak berdiam dan turut terkejut dengan kejadian yang berlaku.

Lelaki berkenaan tidak percaya kemalangan yang berlaku itu berpunca daripada isterinya yang ditinggalkan sekejap sewaktu dia keluar untuk membeli barangan.

Orang ramai yang turut berada di tempat kejadian sempat menjerit ke arah wanita berkenaan supaya menghentikan enjin keretanya supaya dia tidak terus menggerakkan kenderaannya.

Wanita berkenaan juga kelihatan masih bingung.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 01:10 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 01:43 AM | Show all posts
pompuan heheh drive kerete kepala khayal tah kemana..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2012 07:32 AM | Show all posts
pompuan heheh drive kerete kepala khayal tah kemana..
myoujin Post at 3-2-2012 01:43



amboi... statement x boleh hingat ni....
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 07:37 AM | Show all posts
mmg ada orang bila eksiden akan panik... aku penah nampak, sowang lelaki arab bawak keta wira kat danau kota terbabas melepasi divider pastu keta tersangkut kat tembok longkang dengan kedua2 tayar depan tergantung.. tapi dek kerana panik, kaki dia tetap tekan minyak sampai lantai.. mengaum keta tu ngan tayar masih berpusing.. orang nak tolong pun takutt.. {:4_189:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2012 08:03 AM | Show all posts
cite pasal makcik wira masuk kedai superbike tu, ada kat bod CI. salah sorang mangsa yang hampir2 kena langgar tu (owner avanza) panjang lebar bercerita apa yang berlaku time tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 08:07 AM | Show all posts
merge la thread ni.....kat CI dah belambak cite dah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2012 12:26 PM | Show all posts
kat sana detail citer, kat sini, haku nak bahaskan, asal eksiden tak logik jer, melibatkan pompuan, especially makcik-makcik. kan ader tajuk tu, yg 2 story tu adalah contoh..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 12:46 PM | Show all posts
xtau nak kate ape
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 01:26 PM | Show all posts
Reply 11# Fast-N-Furious


Mod....yang langgar kat putrajaya tu pun mak cik ke?.....
Rasanya anak dara kot.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 02:29 PM | Show all posts
eksiden ni bole dikira eksiden mewah tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2012 02:45 PM | Show all posts
Reply  Fast-N-Furious


Mod....yang langgar kat putrajaya tu pun mak cik ke?.....
Rasanya anak  ...
jazaa Post at 3-2-2012 13:26



    makcik gak, umur 40an..  makcik tu kata masa tu lampu hijau, dier jalan lar... huhuhuhu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 03:15 PM | Show all posts
kekdg nak je kena terajang mangkuk2 driver mcm ni........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2012 03:36 PM | Show all posts
aloh.. bende ni sikap le.. sikap.. bukan gender
kalo tak takkan la myvi leh terbang cm kat kelantan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 06:41 PM | Show all posts
terkedu seketika.. bukan nak kata pompuan ni tak reti bawa kete cuma sesetengah je lagi kalo nyonya pergh memang tension agak rasa nak kuar simpang ikut suke ati dia je
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 11:31 PM | Show all posts
eksiden ni bole dikira eksiden mewah tak?
orangdalam Post at 3-2-2012 14:29



    ermm.  boleh.  eksiden dengki pon boleh juga.  mcm2 kereta dan motor mahal di langgar macit tu.  xc90 tu yg paling tak ble tahan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 11:38 PM | Show all posts
Reply 4# AzzaAzman


   naper ayat dia mcm copy paste dari mynewshub, gambar pun sama...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.109905 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list