CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 204|Reply: 0

Bisnes Dunia: Pengangguran di Eropah tinggi

[Copy link]
Post time 2-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SEBANYAK 17 daripada 27 negara Kesatuan Eropah (EU) mencatatkan kadar pengangguran tertinggi tahun lalu, demikian menurut data dikeluarkan sehari selepas pemimpinnya mengakui bahawa keutamaan merangsang pertumbuhan ekonomi perlu disegerakan seiring tumpuan yang diberikan dalam menangani isu hutang negara terbabit.\rEurostat, pejabat perangkaan EU, berkata kadar pengangguran 10.4 peratus pada Disember tidak berubah dan terus berada pada paras tertinggi sejak kesatuan negara menggunakan mata wang tunggal euro dilancarkan pada 1999.\r\n\n\n\n\rKadar pengangguran semakin meningkat pada Disember 2010, ia berada pada kadar 10 peratus berikutan krisis hutang Eropah. Ia lebih tinggi berbanding Amerika Syarikat (AS) yang berada pada kadar 8.5 peratus.\r\r\n\n\n\n\nTerdapat ketidakseimbangan ketara merentasi zon euro.\rKadar pengangguran di Sepanyol berada pada paras membimbangkan 22.9 peratus, manakala Greek tidak jauh di belakang pada 19.2 peratus.\rLebih membimbangkan ialah kadar pengangguran dikalangan remaja jauh lebih tinggi lagi.\rAngka terkini dari Sepanyol menunjukkan kadar pengangguran di kalangan mereka berumur bawah 25 tahun ialah 48.7 peratus.\r\n\n\n\rSebaliknya, sesetengah negara lain seperti Austria, kadar pengangguran masih rendah dan terkawal sekitar 4.1 peratus, manakala di Jerman pula 5.5 peratus.\rSejak krisis hutang Eropah tercetus dua tahun lalu, tumpuan diberikan terhadap langkah berjimat cermat dengan kerajaan di zon terbabit mengambil langkah mengurangkan perbelanjaan dan menaikkan cukai.\rBagaimanapun, terdapat tanda-tanda Eropah berubah strategi iaitu langkah merancakkan pertumbuhan ekonomi dan pekerjaan kini menjadi fokus utama dalam usaha menyelesaikan krisis.\rIsnin lalu, pada sidang kemuncak di Brussels, pemimpin EU berjanji untuk merangsang pertumbuhan dan mewujudkan pekerjaan di rantau itu.\r“Ya! kita perlukan disiplin, tetapi kita juga perlukan pertumbuhan,” kata Presiden Suruhanjaya Eropah, Jose Manuel Barroso.\rPemimpin negara terbabit berjanji menawarkan lebih banyak latihan kepada golongan remaja bagi memudahkan peralihan ke dalam tenaga kerja, menggerakkan dana pembangunan yang tidak digunakan bagi mewujudkan pekerjaan, mengurangkan halangan untuk berniaga merentas 27 negara ahli dan memastikan perniagaan kecil mendapat pinjaman.\rTugasnya amat besar dengan jumlah pengangguran sekitar 16.5 juta di zon euro, naik 751,000 berbanding tahun sebelumnya.\rMerentas EU, termasuk negara yang tidak menggunakan mata wang euro seperti Britain dan Poland, jumlah pengangguran berjumlah 23.8 juta atau 9.9 peratus daripada potensi tenaga kerjanya.\rWalaupun reformasi ekonomi membantu merancakkan pertumbuhan dan meningkatkan peluang pekerjaan, namun begitu terdapat halangan mendatang, antaranya kebimbangan ekonomi akan kembali kepada kegawatan susulan permintaan global yang lemah.\r“Kerajaan negara terbabit sangat memerlukan reformasi tenaga kerja bagi menarik lebih ramai pekerja dan memastikan remaja, khususnya, mendapat pekerjaan,” kata Penasihat Ekonomi Kanan Ernst & Young, Tom Rogers.\r“Reformasi sedemikian, sekiranya dilaksanakan dengan jaya akan memberikan impak besar kepada keyakinan dalam tempoh terdekat, selain membantu melegakan beban krisis hutang,” tambah Rogers.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.116275 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list