CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8569|Reply: 38

aku tak suke dengan keadaan ini...siapa boleh tolong...?

[Copy link]
Post time 2-2-2012 08:29 AM | Show all posts |Read mode
assalamualaikum...

aku tak suke nak bukak cerita pasal ni...tapi aku tak tahan nak simpan perasaan ni sorang2...

aku rasa mmg ada insan yg faham dan lalui ape yg aku rasa...

erm...camne nak mula ek...aku ni selalu dapat 'rasa'melalui mimpi dan kadang2 ada instinct...

tapi tak semua betul...tapi biasanya kalau mimpi yg ada 'makna' tu aku akan rasa 'sesuatu'bila bangun...antaranya tido memang dalam keadaan berwudhu' dan antara pukul 3-4pagi...dan kadang2 mimpi tu bukan direct...die ada kaitan dgn org yg nak pergi tu...aaa satu lagi mimpi tu akan berulang2 3kali dan saaat aku bangun tu aku akan rasa badan aku sangat berat dan seram sejuk...

contohnya aku pernah mimpi arwah paklong aku gi picnic ngan kitorang...pastu kat air terjun semua org boleh panjat batu kecuali die sorang...mimpi selama 3 kali dan seminggu lepas tu paklong aku meninggal dunia...byk lagi yg aku 'rasa'dulu...cume kadang2 aku taktau sape yg nak pergi, tapi bile dah terjadi baru aku sedar....

mak mertua aku nak pergi lagi kuat aku rasa...siap aku mimpi ada lembaga putih kat luar...rendang je ketinggian lembaga tu...muka mmg tak nampak...die perhati tepi tiang umah mak mertua aku...lembaga tu tak menakutkan langsung...tapi aku rasa 'damai'je pandang die...ada mimpi2 lain jugak aku dapat berkait dgn mak mertua aku ni...dalam sebulan berperang dgn perasaan...tambah pulak tu masa tu bulan ramadhan...dan akhirnya sehari sebelum nak raya mak mertua aku menghembuskan nafasnya yg terakhir...

yg paling sedih, kebelakangan ni aku pulak rasa mcm AKU sendiri yg akan pergi....tahla...ada sape2 pernah rasa takmcm die sendiri yg akan pergi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2012 08:59 AM | Show all posts
dulu Seri pun mcm tu.. xsuka sgt. sbb lepas mimpi mesti berdebar2 tunggu berita kematian.. tp skang x mimpi lagi cuma kadang2 instinct tu still ade lg
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 09:20 AM | Show all posts
Pesanan untuk diri sendiri dan orang2 lain. Sentiasalah bersedia utk menghadapi kematian. Apabila sudah tertulis waktu ajal kita, tidak akan dicepatkan mahupun dilambatkan walaupon sesaat.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 11:13 AM | Show all posts
biasa tu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 11:40 AM | Show all posts
saya pernah rasa masa tingkatan 2 dulu...

saya rasa mcm saya yang nak PERGI

stress gak saya sampai jumpa counselor...

ye la sbb saya tak leh nak belajar... asyik memikir kan MATI je..

saya siap kira lagi 44 hari sbb org kata kalau org nak mati ni sebelum tu 44 hr dia dh tahu kan..

Rupa-rupanya Allah nak amik adik saya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2012 12:42 PM | Show all posts
Reply 2# SeriBunga


    thanks seri sebab sudi share...camana ye seri lawan perasaan tu?

aku pernah lalui 'rasa' tu masa arwah paklong, nenek, tok sedara, pak ngah, toksu, pakcik nak pergi...

aku mcm tulah seri...sentiasa berdebar2 setiap kali dapat 'rasa' tu...bile dah terjawab persoalan baru lega...nanti hilang sendiri perasaan tu...

malahan masa nak tsunami kat lagkawi dulu pun aku dah mimpi sebelum tu...cuma tatau ape namanya tapi bile tengok video tsunami tu camtu la lebih kurang dalam mimpi aku...sampai aku rasa tanak tido sebab takut mimpi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-2-2012 12:51 PM | Show all posts
Reply 5# ayudress


erk...tulah kan kite taktau sape yg sebenar nak pergi sebab itu rahsia Allah...

itu yg aku runsingkan...memikirkan anak2 yg masih kecil...sedih bila pandang wajah diorang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2012 12:54 PM | Show all posts
Reply 3# aLieNzDaToR


    yup....betul...peringatan utk diri aku dan juga orglain...sebab tu kite sunat mengingati mati...

tapi kata husband aku kalau berlebih2 gini dah mcm mainan syaitan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2012 02:30 PM | Show all posts
Reply  ayudress


erk...tulah kan kite taktau sape yg sebenar nak pergi sebab itu rahsia Allah.. ...
aku_blur Post at 2-2-2012 12:51



    mengingati kematian adalah suatu perkara yang baik malah kita pun dituntut untuk sentiasa mengingati mati..tapi jangan la berlebihan sampai mengganggu segala rutin harian kita..

ya mati itu sesuatu yang telah dijanjikan untuk setiap makhluk yang bernyawa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2012 02:41 PM | Show all posts
Reply 9# ketotmerah


    ye betul tu...tapi aku tatau camne nak ilangkn perasaan tu...

kate org ada tande2 kalo org nak mati kan...bile ada tande2 tu lagi laaa buat aku tmbh runsing
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 02:46 PM | Show all posts
Reply  ketotmerah


    ye betul tu...tapi aku tatau camne nak ilangkn perasaan tu...

kate or ...
aku_blur Post at 2-2-2012 14:41



    meh sini ketot tepek sikit pasal tanda2 kematian ni

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.

Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.

Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.

Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.  Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencarikeredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

creadit to halaqah.net
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 02:49 PM | Show all posts
mati itu pasti...hidup, insyaallah...(kata2 laksamana sunan; novel RAM)..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 02:51 PM | Show all posts
Apa tanda2 kematian yg sudah TT rasakan? mohon share.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2012 02:53 PM | Show all posts
Reply 11# ketotmerah


    thanx...actually aku dah baca artikel tu...aku mmg ada tanda bergetar tu...masa tengah ajar anak aku megaji lepas solat maghrib tibe2 daging di bahagian bawah tengkuk antara 2 bahu tu bergetar 2-3 saat...esoknya pada waktu yg sama aku terasa lagi getaran tu...dan getaran tu sgt pelik yg tak pernah aku rasai seumur hidup...

skang ni telinga kiri aku pulak problem...aku ada bukak thread kat doc n famasi tu...rasa mcm angin tak balance...tapi update terkini pagi ni aku g klinik lain, doc kata takde masalah ape pulak dalam telinga aku...die siap suh aku berubat kampung...huhuhu....lagi ngeri aku dengar...

ni yg tambah buat aku serabut...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 02:56 PM | Show all posts
Reply 14# aku_blur


    dah pegi pakar ke ..refer kat hospital?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2012 03:08 PM | Show all posts
Reply 15# ketotmerah


    aku pergi ke 2 buah klinik swasta...kat sini pakar ENT terdekat adalah ipoh specialist atau pantai ipoh...so kna tunggu sabtu ni baru blh pegi...klinik pertama aku pergi yg kata ada jangkitan tu die ada cawangan klinik pakar..doc pakar hanya adapada tarikh tertentu saje..tapi doc pakar tu dari ipoh specialist jgk...so sabtu baru leh gi ipoh....

erm...aku tatau la ape yg aku lalui ni petunjuk dari Allah atau sekadar mainan syaitan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2012 03:10 PM | Show all posts
Reply 16# aku_blur


    ermm kena settle kan betol2 kat hospital kalau betul ada masalah dalam telinga tu..sabar ek..semua ni dugaan..apa2 pun cuba yang terbaik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2012 03:25 PM | Show all posts
Reply 17# ketotmerah


    aku sebenarnya lebih lega kalau doc yg cek aku tadi sahkan memang ada jagkitan...ni bile doc sendiri kata takde ape2...sedangkan telinga aku kemain tak selesa...membuatkan aku rasa lebih gundah gulana...aku mcm tak percaya pulak bile doc sendiri suggest pada aku suh ubat kampung cara tradisional...aik...biar betul doc ni...aku sendiri tak terfikir sampai ke tahap gangguan2 jin ni...aku cuma pk samada mmg saket sebab jangkitan kuman atau 'peringatan'Allah utk aku...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 03:31 PM | Show all posts
Reply 18# aku_blur


    kalau nak cuba rawatan islam, sila pastikan ianya betul2 perawat bukan ala2 bomoh yer..nanti lain pulak jadinya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2012 03:59 PM | Show all posts
Reply 19# ketotmerah


    aku tak rasa nak pergi perubatan tradisional tu...sebab pada hemat aku kalau org nak sihir aku pun takkan nak kacau telinga aku...baik die buat aku batuk berdarah ke...betul tak...lagipun kat tempat kerja aku tak berkawan sangat dengan ramai org...biasanya aku buat keje aku sendiri dan beberapa kawan rapat sahaja...lebih senang cakap takde musuh la sangat sebab kite pun tak berapa ramai kawan...tapi wallahu a'lam la...

apepun thanx sebab igatkan...tengoklah nanti sabtu ni gi ipoh specialist camana...

cuma nak tau ada ke sape2 pernah lalui mcm ape yg aku rasa...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-9-2024 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.431350 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list