CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 197|Reply: 0

Jangan mengalah: Rashid

[Copy link]
Post time 23-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
‘Walaupun skuad lemah tapi buktikan kita mampu lepasi kelayakan’\rWALAUPUN ramai meramalkan peluang skuad negara melepasi halangan pusingan kelayakan Piala Thomas di Macau, 14 hingga 19 Februari depan sukar, ketua jurulatih perseorangan negara Rashid Sidek tidak mahu skuad diterajui jaguh perseorangan Lee Chong Wei, mengalah sebelum masuk gelanggang.\r\n\n\n\n\r  Sebaliknya, Rashid yang menjadi tonggak menamatkan kemarau 25 tahun skuad negara memenangi piala berprestij itu pada 1992, mahu pemain menterbalikkan ramalan itu dengan melangkah bergaya ke pusingan akhir di Wuhan, Mei depan. \r\r\n\n\n\n\n  “Di atas kertas, saya akui ini adalah antara barisan paling lemah dengan skuad jelas bergantung kepada Chong Wei untuk mengutip mata, manakala persembahan beregu Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang menjadi harapan mata kedua makin bercelaru.\r“Namun, ia bukan alasan untuk pemain mengibarkan bendera putih kerana kita mempunyai masa dua minggu untuk membuat persiapan, sekali gus membuktikan mampu melepasi halangan berduri di Macau,” katanya.\rRashid juga yakin mental dan fizikal Chong Wei tidak akan terjejas sekali pun beraksi di Macau kerana menyifatkan latihan dan pertandingan menghadapi saingan piala berprestij itu adalah sebahagian daripada persiapannya untuk Sukan Olimpik.\r“Walaupun China sudah layak beraksi di pusingan akhir selaku juara bertahan dan tuan rumah, mereka juga beraksi dalam pusingan kelayakan kerana ia menawarkan mata kelayakan Olimpik,” katanya.\r\n\n\n\rSelain Chong Wei, cabaran perseorangan negara di Macau dipikul Hafiz Hashim, Liew Daren dan Mohd Arif Latif, manakala Kien Keat-Boon Heong akan dibantu Lim Khim Wah, Goh Wei Shem, Hoon Thien How dan Teo Kok Siang dalam beregu.\rSkuad negara akan memulakan latihan pusat di Stadium Juara, Bukit Kiara, 30 Januari hingga 4 Februari, sebelum latihan fasa kedua di Kota Kinabalu dari 6-10 Februari dan berlepas ke Macau pada 11 Februari.\rHanya empat pasukan terbaik dari kelayakan zon Asia layak ke pusingan akhir di Wuhan, 20-27 Mei dan biarpun sudah 19 tahun tidak merangkul Piala Thomas, Malaysia tidak pernah gagal melayakkan diri pusingan akhir sejak format baru kejohanan diperkenalkan pada 1984.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.579127 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list