CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5857|Reply: 72

safee di lamar 3 kelab eropah

[Copy link]
Post time 16-1-2012 12:27 PM | Show all posts |Read mode
Safee dilamar 3 kelab EropahOleh Saharudin Musthafa

Safee  Sali  bersedia untuk berhijrah ke gelanggang lebih besar seandainya tawaran daripada kelab Eropah menjadi kenyataan.



JAKARTA - Kalau sebelum ini, pasukan juara Liga Thailand 2010, Muang Thong United berminat untuk mendapatkan khidmat Safee Sali, tawaran terbaru yang diterima pemain itu pasti akan melakar satu lagi sejarah baru buatnya.
Safee mengesahkan dia kini diintai pula oleh tiga kelab bola sepak ternama dari Eropah yang sudah menghubungi pengurusannya menyatakan minat melamarnya.
Biarpun enggan mendedahkan nama ketiga-tiga kelab bola sepak dari Eropah itu, namun, Safee secara peribadi mengakui, bersedia untuk berhijrah ke gelanggang lebih besar seandainya tawaran itu direalisasikan.
"Saya mengaku ada menerima tawaran dari tiga kelab Eropah baru-baru ini. Tawaran itu menyatakan minat untuk menawarkan saya peluang bermain di sana.
"Namun, saya belum bersedia untuk mengumumkan nama-nama kelab berkenaan kerana semuanya terlalu awal. Lagipun ia sekadar tawaran secara lisan," kata Safee kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi dari Kalimantan, Indonesia, semalam.
Safee dan pasukannya, Pelita Jaya kini berada di Kalimantan untuk menentang pasukan Mitra Kukar pada 17 Januari ini.
Menurut pemain berusia 27 tahun itu, ketika mendengar khabar lamaran berkenaan, dia amat terkejut kerana tidak menyangka ada kelab sejauh dari Eropah yang mengikuti perkembangan kerjayanya.
Tawaran ini juga disifatkan Safee sebagai satu penghormatan bukan saja buat dirinya bahkan apa yang paling utama ia satu penghargaan buat Malaysia.
"Saya menerima tawaran ini dengan penuh kesyukuran. Tapi seperti yang saya katakan ia sekadar tawaran lisan, belum ada sebarang perbincangan lanjut. Semuanya terlalu awal untuk diumumkan," jelas Safee.
Sehubungan itu, dalam tempoh terdekat pengurusan Safee dijangka mengadakan perbincangan lanjut dengan kelab-kelab berkenaan.
Safee yang kini menggalas tugas sebagai kapten Pelita Jaya berkata, apa yang baik untuk kerjaya bola sepaknya diterima beliau dengan lapang dada.
Kalau tidak ada rezekinya dengan kelab Eropah, Safee masih bersyukur dengan kedudukan sekarang.
"Siapa yang tidak mahu bermain dengan kelab Eropah? Tentunya itulah impian setiap pemain. Kalau sudah tertulis rezeki saya, pasti saya bersedia untuk berhijrah. Kalau tidak sekalipun, saya akan terus bermain di sini (Pelita Jaya)," ujar Safee yang mengakui masih terkejut dengan tawaran itu.
Prestasi Safee dengan Pelita Jaya amat membanggakan apabila dia diberi tanggungjawab mengetuai kelab itu sebagai kapten biarpun kontraknya dengan kelab berkenaan akan berkahir hujung bulan ini.
Kata Safee, selepas setahun bersama Pelita Jaya, dia semakin berasa selesa dengan kelab berkenaan. -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2012 12:28 PM | Show all posts
semoga safee dapat mengapai impianya..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 12:35 PM | Show all posts
kelab apa tu? Galahtehserai atau Pantektikos? aku pon boleh cakap aritu PSG & FCB minat nak ambik aku main....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 12:35 PM | Show all posts
tengok safee sali dalam opera van java. dah macam warga indonesia. hiks.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 12:37 PM | Show all posts
aku sapot dia gi europe...jgn gi england sbb susah mau dpt permit...dpt main kt liga belgium atau belanda pun ok
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 12:41 PM | Show all posts
bagus laa kalau mcm tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2012 12:43 PM | Show all posts
epl mmg susah syarat ketat..liga jarman loggar sket byk pemain asia kat sana
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 12:45 PM | Show all posts
apa salahnya kalau main kat kelab turki pun...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2012 12:46 PM | Show all posts
tak dpt jerman/belanda/spain/france.
liga slovakia, belgium, swiss, bulgaria, croatia, austria pun ok ape.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 12:59 PM | Show all posts
RAMLIIIII......
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 01:02 PM | Show all posts
cardiff kot
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 01:04 PM | Show all posts
tak payah malu2lah safee... balik je main kat liga super...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 01:29 PM | Show all posts
kelab apa tu? Galahtehserai atau Pantektikos? aku pon boleh cakap aritu PSG & FCB minat nak ambik ak ...
pyropura Post at 16-1-2012 12:35


Ko totok PR tak payah lah buat lawak kat sini. Buat malu org PR jah
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 01:57 PM | Show all posts
asal tak reveal nama kelab yg nak amik dia tu????
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 02:01 PM | Show all posts
main liga kejohanan kt england pn da bgs... gud luck..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 02:04 PM | Show all posts
pengurus safie nie orang kuat pakatan rakyat....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2012 02:07 PM | Show all posts
apek, kau ade??
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 02:10 PM | Show all posts
mungkin liga Malta ataupun Cyprus kot yang berminat tu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 02:16 PM | Show all posts
bagus dia nih...syg sekali kan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 02:35 PM | Show all posts
RAMLIIIII......
reyust Post at 16-1-2012 12:59


tercapai jugak impian iklan tu kann



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.081691 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list