CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 151|Reply: 0

RM6.27j syarat bebas tebusan

[Copy link]
Post time 6-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Rakaman video dihantar kepada keluarga bekas askar Australia sebagai bukti\rMANILA: Seorang bekas anggota tentera Australia diculik di selatan Filipina merayu supaya diselamatkan dalam satu video yang dihantar kepada keluarganya sambil menggesa Manila dan Canberra mengumpul wang tebusan AS$2 juta (RM6.27 juta) yang dituntut penculik.\r\n\n\n\n\rVideo itu memaparkan keadaan Warren Richard Rodwell, 53, bersama empat gambar menunjukkan dia digari dan cedera pada tangan kanan.\r\r\n\n\n\n\nIa dihantar kepada isterinya, seorang warga Filipina sebelum Krismas, kata pegawai polis. Agensi berita Associated Press (AP) melihat salinan video dan gambar itu, semalam.\rMemakai baju sejuk dan membaca mesej di sekeping kertas, Rodwell berdehem ketika bercakap dalam video ringkas itu, yang diberi oleh keluarganya kepada penyiasat polis Filipina.\rDia kelihatan lesu dan ada kalanya mengelip mata ketika berdiri di depan kain tarpal biru yang menyekat pemandangan sekitarnya.\rSatu daripada gambar menunjukkan gari berwarna perak dan rantainya terjuntai dari lengan kirinya. Bahagian tapak tangan kanannya cedera.\r\n\n\n\rRodwell yang sebelum ini bekerja sebagai pensyarah universiti di Shanghai, diculik enam lelaki bersenjata pada 5 Disember lalu di bandar selatan Ipil, wilayah Sibugay Zamboanga. \rIa adalah penculikan terbaru seorang warga asing di selatan bergolak negara itu. Beberapa penculikan untuk mendapatkan wang tebusan biasanya dipersalahkan ke atas kumpulan Abu Sayyaf yang dikatakan ada hubungan dengan al-Qaeda.\rBelum ada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas penculikan Rodwell, namun pihak berkuasa mengesyaki Abu Sayyaf dan lelaki bersenjata yang bersekongkol mungkin bertanggungjawab.\rSuperintendan Kanan polis Filipina, Ruben Cariaga memberitahu AP, Ahad lalu, bahawa penculik menelefon isteri Rodwell sebelum Krismas menuntut wang tebusan awal sebanyak AS$23,000 (RM72,174).\rKerajaan Australia sudah menubuhkan satu pasukan khas menyiasat penculikan dan berunding dengan penyerang. Australia mempunyai dasar enggan membayar wang tebusan. Jabatan Hal Ehwal Luar dan Perdagangan Australia semalam enggan mengulas. \r“Fokus utama kami kekal dengan kebajikan Rodwell,” kata jabatan itu dalam satu kenyataan.\r“Kedutaan kami di Filipina bekerja rapat dengan pihak berkuasa tempatan dengan sokongan daripada pasukan tugas khas penuh kerajaan di Canberra,” tambahnya.\rBeratus-ratus askar Filipina dan polis mencari Rodwell di semenanjung Zamboanga dan pulau Basilan berhampiran, lokasi kumpulan militan Abu Sayyaf dan lainnya aktif.  – AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 02:53 PM GMT+8 , Processed in 1.212931 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list