CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3881|Reply: 16

Perkembangan Industri Hiburan Pakistan

[Copy link]
Post time 1-1-2012 03:17 PM | Show all posts |Read mode
Hiburan di sini merujuk industri muzik dan juga perfileman. Kebanyakan filem dan lagu di Pakistan dibuat dalam bahasa Urdu tetapi ada juga dalam bahasa lain seperti bahasa Inggeris, Pushto, Punjabi, Balochi, dan Sindhi.




Sebelum perpecahan dengan Bangladesh, Pakistan ada tiga pusat pengeluaran filem:

1. Lahore
2. Karachi
3. Dhaka

Tahun 1971 Bangladesh keluar dari Pakistan akibat masalah bahasa kebangsaan. Antara sebab2 kelembapan industri filem Pakistan adalah disebabkan oleh:

1. Rejim Zia-ul-Haqq
2. Cetak rompak
3. VCR
4. Cukai hiburan
5. Undang2 Syariah

Zaman ini industri hiburan di Pakistan nampak macam dah mati. Industri filem Pakistan juga ada jasa dalam mengeluarkan pengeluar filem terkenal, pelakon, penulis skrip, pengarah filem, dan juga muzik popular di Asia Selatan dan melangkauinya. Industri jatuh sebab persaingan dengan Bollywood juga. Masa kini banyak penyanyi dari Pakistan yang menyanyi di India.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-1-2012 03:27 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 06:53 PM | Show all posts
yang bogel dlm majalah haritu pun artis pakistan
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 09:10 PM | Show all posts
ramai gak org paki datang kat malaysia juai karpet
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 11:35 PM | Show all posts
paki skang dah moden. x jual karpet jerk.

skang paki dah rmi jual produk it kat low yat.

umat melayu pun x leh nak tembus low yat, tp umat paki boleh.

yeah umat melayu ramai yg suka jual mlm dgn produk scam
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2012 05:24 PM | Show all posts
Reply 4# shanshero

depa balik paki jadi jutawan...

makcik2 kat kampung berhutang dgn pakistan jual karpet
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-1-2012 05:55 PM | Show all posts
lepaih ni hang bukak thread industri hiburan Uganda plak noo
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2012 07:23 PM | Show all posts
kalau kat youtube, orang pakistan dan india saling kutuk mengutuk..
yg orang india pulak perasan negara mereka maju dan super power
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2012 08:41 PM | Show all posts
kalau kat youtube, orang pakistan dan india saling kutuk mengutuk..
yg orang india pulak perasan ne ...
masa_lalu Post at 2-1-2012 19:23



    sama cam msia n indon...
Indon dok ngaku hebat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2012 09:47 PM | Show all posts
lepaih ni hang bukak thread industri hiburan Uganda plak noo
ChildrenOfBodom Post at 2-1-2012 17:55


kakakaka, sempoi gak uganda. dok keja benda2 nusantara, yahudui, zion saja aku dh naik jeluat dah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2012 10:49 PM | Show all posts
takdan nak mengulas atau tempets info lagi.... katrina kaif sooo chunnnnn

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 01:42 AM | Show all posts
yang saya tahu.... Industri Filem Di Lahore di gelar '' Lollywood '' zaman keemasan (1959–1969)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2012 12:19 AM | Show all posts
Ya zaman keemasan mereka dalam tahun 50-an ke 60-an...




Zaman2 industri filem di Pakistan terbahagi tujuh bahagian...

1. Perpecahan Pakistan dengan India dan perkembangan industri di Pakistan 1947-1958
2. Zaman Keemasan semasa pentadbiran Ayub Khan 1959-1969
3. Zaman Video Kaset Radio (VCR) 1970-1977
4. Dasar Islamisasi Zia-ul-Haqq, budaya Gandasa, dan Kejatuhan 1979-1987
5. Keruntuhan Industri Perfileman dan Hiburan 1988-2002
6. Penyuburan Semula Zaman Musharraf Parvez 2003-2009
7. Proses Menuju ke Masa Depan 2009-2011
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2012 12:38 AM | Show all posts
Pemisahan Pakistan dari India serta Perkembangan Industri Hiburan 1947-1958

Selepas pemisahan, negara baru iaitu Pakistan menghadapi kekurangan dana. Dana untuk perfileman juga tak terkecuali kurang sekali jadi bahan2 untuk rakaman filem juga kurang. Hal ini melumpuhkan industri perfileman negara itu. Banyak kesusahan menimpa akhirnya industri perfileman di negara baru itu timbul dengan munculnya filem pertama berjudul Teri Yaad dalam 7 Ogos 1948 dengan tayangan perdananya di Panggung Parbhat di Lahore.




Tahun berikutnya, Studio2 Evernew pula menubuhkan satu studio di negara Pakistan yang seterusnya menjadi serikat filem terbesar ketika itu. Lepas beberapa tahun melangkaui, filem yang dikeluarkan mencapai kejayaan besar sehingga keluaran filem berjudul Do Ansoo pada 7 April 1950. Filem ini menjadi filem pertama yang mencapai tayangan selama 25 minggu dan filem pertama mencapai status jubli perak.

Pemulihan semula menjadi lebih jelas apabila filem arahan bersama dengan pelakon Noor Jehan dikeluarkan dalam 29 April 1951. Filem ini menjadi filem pertama diarahkan oleh pengarah wanita. Syed Faqir Ahmad Shah menghasilkan filem pertamanya tahun 1952 bertajuk Jagga Daku. Tapi filem ini agak ganas sedikit jadi kurang disukai ramai.  

Penonton makin meningkat keluar pula filem bertajuk Sassi pada 3 Jun 1954 dengan status jubli emas dimainkan di pawagam selama 50 minggu. Penyanyi latar bernama Ahmed Rushdi memulakan kerjaya penyanyi latarnya pada April 1955 selepas menyanyikan lagu pertamanya di Pakistan untuk filem "Bander Road Se Ke Mari.

Filem bahasa Sindhi pertama dikeluarkan di Pakistan dikeluarkan pada 12 Mac 1956. Wartawan filem Ilyas Rushdi melancarkan majlis anugerah tahunan untuk meraikan kejayaan pengeluaran filem ini pada 17 Julai 1958. Anugerah itu dinamakan sebagai Nigar Awards yang dianggap sebagai majlis anugerah julung kalinya di Pakistan untuk pelbagai kategori yang menarik dalam filem di Pakistan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2012 12:44 AM | Show all posts
Post Last Edit by genot at 9-1-2012 00:45

Lagu dalam filem berbahasa Punjabi pertama 1949




Lagu disampaikan oleh Munawwar Sultana untuk filem bertajuk Pheer Ae dengan adunan muzik oleh Baba Chishti.

off topic, suka kak jat ketets beso
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2012 09:52 PM | Show all posts
Zaman Keemasan Perfileman 1959-1969

Tahun 60-an memang merupakan zaman keemasan dan naiknya filem Pakistan. Bintang2 kelas A diperkenal dalam zaman ini dan menjadi legenda dalam layar perak. Lepas kepupusan filem2 hitam puteh, Pakistan menyaksikan pula perkembangan filem2 berwarna. Filem berwarna terawal di pakistan dalam awal tahun 1960-an arahan pengarah Munshi Dil berjudul Azra. Kemudian Sangam, arahan Zahir Raihan dikeluarkan dalam 23 April 1964 dan satu lagi filem berjudul Mala.

26 Mei 1961

Penerbitan Kay mengeluarkan filem berjudul Bombay Wallah. Filem ini lepas lembaga penapisan walaupun menggunakan nama bandar di India sedang waktu itu negara India dan Pakistan sedang bertelagah. Kemudian baru lembaga penapisan disalahkan atas sebab cuai. Ini saat mulanya filem Pakistan menerokai dunia politik.

Tahun 1962

Filem berjudul Shaheed berkisar isu Palestin dimainkan di layar perak dan menjadi antara hit dalam sekelip mata sahaja. Arus perubahan pembuat filem menyebabkan pelakon2 seperti Musarrat Nazir yang pernah bertakhta dalam industri filem berpindah ke luar negara seperti ke Kanada. Pelakon Musarrat Nasir meninggalkan begitu sahaja filem yang sedang dibintanginya berjudul Bahadur tak tamat.  

September 1965

Berlaku pertelingkahan bersenjata antara India dan Pakistan. Semua filem India di Pakistan ditendang dari pawagam dan dilarang terus tayangan di Pakistan. Hal ini berbeza dengan Malaysia yang baik hati dan lemah gemalai dengan Indonesia kerana dasar menteri2nya baru2 ini dan segelintir jawa2 angkat bata atau minangkerinci yang tak reti berbahasa Melayu mendapat IC merah sekitar tahun 1970-an serumpun dengan penduduk negara chaprut itu. Larangan berterusan sejak 1952 di Pakistan Barat dan sejak 1962 di Pakistan Timur (Bangladesh). Selepas pertelingkahan tersebut juga ia masih berkuatkuasa. Panggung2 wayang Pakistan tidaklah terjejas teruk dengan keputusan ini sebaliknya menerima penonton yang tidak putus2 pula untuk filem2 buatan Pakistan sendiri. Sedar akan potensi ini, Waheed Murad melibatkan dirinya dalam industri ini sebagai salah seorang pelakon. Perwatakannya menyebabkan orang ramai mengenalinya sebagai Hero Coklat dan setaraf dengan Marlon Brando atau Elvis Presley di negara Pakistan.  

Tahun 1966

Filem Armaan dikeluarkan tahun ini, menjadi antara pencapaian yang dikenang industri negara Pakistan. Filem ini dikatakan melahirkan muzik popular Pakistan yang diperkenal oleh lagenda penyanyi latar dan komposer seperti Sohail Rana dan penyanyi Ahmed Rushdi. Filem ini menyempurnakan tayangan selama 75 minggu di pawagam seluruh negara dan mencapai taraf jubli platinum. Artis2 lain yang muncul misalnya Nazeer Beg (Nadeem) juga menerima kejayaan sekelip mata melalui filemnya pertama iaitu Chakori sekitar 1967. Filem seram pun ada diperkenal dalam tahun ini misalnya Zindah Laash (Zombi).

Majalah Filem macam Eastern Films Magazine iaitu tabloid suntingan Said Haroon menjadi antara majalah terkenal berkisar tentang industri filem di Pakistan. Ada bahagian soal jawab diberi tajuk Yours Impishly dengan penyunting kecilnya Asif Noorani mengambil ilham dari mukasurat I. S. Johar dari majalah Filmfare di India. Tabloid filem begini mendapat liputan pertama mereka dengan keluarnya filem Neela Parbat dalam 3 Januari 1969. Filem ini ditayangkan dengan peringatan hanya tontonan orang dewasa sahaja. Senarai Box-Officenya tahan 3-4 hari sahaja. Yang lagi kontroversi adalah hak pengedaran filem di Asia Barat ke pertubuhan gerila Palestin iaitu Fatah oleh penulis, pengeluar, dan pengarah filem Riaz Shahid untuk filemnya Zarqa keluaran 17 Oktober 1969. Filem memaparkan aktiviti pertubuhan tersebut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2012 11:26 AM | Show all posts
Banyak Legenda Bollywood Berasal Dari Pakistan  yang paling dikenali ialah keluarga Kapoor
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.328286 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list