View: 181|Reply: 0
|
Skuad memanah intai peluang lengkap kuota 6 wakil ke London
[Copy link]
|
|
SELEPAS menggondol dua emas, lima perak dan lima gangsa di Sukan SEA, Indonesia lalu, skuad memanah negara kini mula mengintai peluang terbaik untuk melengkapkan kuota enam pemanah setiap negara layak ke Sukan Olimpik tahun depan.\rSebelum aksi Olimpik sebenar berlangsung, pemanah wanita negara mempunyai peluang terakhir untuk melayakkan diri iaitu di Kejohanan Piala Dunia siri ketiga di Amerika Syarikat Jun tahun depan. \r\n\n\n\n\r Ketua jurulatih memanah negara, Lee Jae-hyung berkata kejohanan itu menjadi medan terakhir untuk pemanah negara merebut salah satu daripada tiga slot layak ke Olimpik dalam acara berpasukan.\r\r\n\n\n\n\n “Saya tahu bukan mudah untuk pemanah wanita kita layak tapi yang penting kita akan cuba bersaing untuk melakukan aksi terbaik bagi merebut tiga lagi tiket ke Olimpik kategori berpasukan. Sekiranya kita layak dalam kategori berpasukan, pemanah negara juga turut layak beraksi dalam acara individu. \r“Kita masih ada peluang untuk layak dan kita akan cuba melakukan yang terbaik. Sekarang ini kita cuba fokus untuk tingkatkan latihan fizikal kerana saya tahu masing-masing (pemanah) mempunyai ‘skil’ untuk mengutip mata terbaik,” katanya ketika ditemui di Bukit Jalil semalam.\rEmpat pemanah negara sudah mengesahkan tempat ke Olimpik, London tahun depan iaitu tiga pemanah lelaki, Cheng Chu Sian, Khairul Anuar Mohamad, Haziq Kamaruddin serta Nurul Syafiqah Hashim bagi kategori wanita.\rSebelum kejohanan di Amerika Syarikat berkenaan, skuad memanah negara akan menyertai tiga kejohanan sebagai pemanas badan iaitu Grand Prix Asia di Thailand, Piala Dunia siri pertama (China) dan Piala Dunia siri kedua (Turki).\r\n\n\n\rSementara itu, pemanah negara, Syahira Abdul Halim menegaskan dia dan rakan sepasukan lain akan bekerja lebih keras untuk memantapkan mutu panahan masing-masing. “Kita tahu memang susah mahu layak tapi saya sudah ‘tanam’ azam tahun baru untuk memastikan saya layak beraksi di Sukan Olimpik nanti,” katanya. \r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|