|
Pemilik KLRC, Andrew sedia satukan Chong Wei, MisbunJAUH sekali untuk ‘menangguk di air keruh’, tetapi andai jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei benar-benar mahu berguru semula dengan sifunya, Datuk Misbun Sidek, KLRC (Kuala Lumpur Racquet Club) sedia menyatukan mereka semula.\n\n\n\n“Saya tidak mempunyai niat lain, tetapi saya sedia menjadi ‘orang tengah’ bagi menyatukan kedua-duanya semata-mata demi negara dan memastikan kita dapat memenangi pingat emas pertama di temasya terulung itu,” demikian pengakuan ikhlas pemilik KLRC, Datuk Seri Andrew Kam Tai Yeow, semalam.\n\n\n\n\nKelmarin, Chong Wei menegaskan dia tidak boleh berbuat apa-apa keputusan kerana terikat dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), tetapi dengan kesediaan KLRC membantu menyatukan dia dan Misbun, ia harus bukan lagi jalan sukar kepada pemain nombor satu dunia itu untuk membuat keputusan satu yang bijak.Andrew yang juga Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Peninsular Gold Limited sudah membuktikan formulanya melahirkan ‘juara’ apabila menjadikan Zulfadli Zulkifli sebagai pemain pertama negara melakar sejarah mengungguli Kejohanan Remaja Dunia di Taiwan bulan lalu.Kejayaan Zulfadli itu dirumuskan banyak pihak sebagai revolusi baru dalam badminton tanah air kerana dia adalah produk yang dikeluarkan sebuah kelab profesional dan bukan BAM.“Saya ada baca mengenai hasrat Chong Wei dan saya sedia bertemu serta berbincang dengannya. Saya percaya dapat memujuk kembali Misbun sekali gus menyatukan kedua-duanya semula. Apa yang penting, semua pihak perlu mengutamakan kepentingan negara,” tambah Andrew.\n\n\nChong Wei yang berdepan kemerosotan prestasi termasuk kalah tiga kali kepada Chen Long dan empat kali kepada Lin Dan sepanjang tahun ini membuat pengakuan mengejutkan kelmarin apabila mahu menagih semula sentuhan bekas sifunya itu ketika digamit misi penting memburu emas di Sukan Olimpik tahun depan.Chong Wei akur betapa dua masih mengharapkan bimbingan Misbun dalam menempuhi saat getir lapan bulan menjelang temasya Olimpik London.Dia juga berharap semua pihak dapat bekerjasama membantunya berlatih demi melaksanakan hasrat membawa pulang emas pertama Olimpik buat negara.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|