CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kenari2101

Tiada tapisan filem mulai 2012

[Copy link]
Post time 22-12-2011 09:25 AM | Show all posts
awat aku rasa producer raja azmi sgt setuju dgn rule baru nih???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2011 09:29 AM | Show all posts
betul tuh. Kalau setakat seks, keganasan dsbnya, internet byk.
gogo2 Post at 22-12-2011 08:58



bukan x boleh control boleh sebenar nya kat astro sendiri pun kita boleh letak password, kat internet pun.. mybe ai takut aii terlepas pandang kot... tu jerk..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 09:31 AM | Show all posts
awat aku rasa producer raja azmi sgt setuju dgn rule baru nih???
noell Post at 22-12-2011 09:25



    yeay boleh tgk sam bunkface vogel huhu{:4_182:}
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2011 09:32 AM | Show all posts
Reply 21# noell


   tentu lepas ni dia nak buat citer black widow version baru
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 09:32 AM | Show all posts
adeh....

kite la yg menapis gamaknye....

takut dak2 tgk
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 09:46 AM | Show all posts
Wahhhh..kebebasan berkarya...cam best jer bunyi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2011 09:47 AM | Show all posts
dah terbiasa tgk adegan cium kejap2..pastu hilang..bila tgk tv spore..cium lama sket..rasa pelik plak..hehe..

pasnie dah biasa baliklahhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2011 09:49 AM | Show all posts
Reply 27# tuah_r


   ko ni mcm suci murni je bunyi nyer!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2011 09:55 AM | Show all posts
Harap lebih banyak adegan ranjang tahun 2012 & seterusnya
Penting sangat katanya utk menambah kes zina & buang bayi

Babak ranjang penting - Osman Ali
Oleh MOHD. RASDAN AHMAD
Rasdan_utusan@yahoo.com



Inilah  babak ranjang  Maya Karin dan Aaron Aziz dalam filem Ombak Rindu.



Di sebalik sekian banyak pujian yang diberikan terhadap filem Ombak Rindu, pengarahnya Osman Ali dan pelakon wanitanya Maya Karin, minggu lalu Pancaindera menyiarkan tulisan Ali Atan yang menganggap filem itu hanya tragedi murahan. Banyak peminat filem itu tersentak dengan sudut pandangan tersebut.
Dalam tulisan itu Ali Atan juga mempersoalkan begitu rendahnya label Islam yang diberikan kepada latar cerita yang berlaku dalam masyarakat Melayu. Menurut Ali Atan, Islam dalam Ombak Rindu hanya digambarkan melalui watak Pak Dolah bersongkok, pergi haji dan watak Izzah (lakonan Maya Karin) bertudung dan mengajar mengaji Quran. Tetapi selebihnya tidak ada cara hidup Islam yang digambarkan dalam filem ini.
Osman Ali mengakui filem Ombak Rindu tidak berkonsep Islam tetapi menggambarkan  realiti masyarakat Melayu di negara ini. Tetapi Osman Ali tidak menjelaskan adakah ini bermaksud pegangan agama  sudah tidak menonjol dalam masyarakat Melayu khususnya di luar bandar.
“Filem ini memang tidak Islamik, tetapi jalan cerita filem ini mewakili realiti sebenar masyarakat kita ketika ini,” tegas Osman Ali ketika dihubungi Khamis lalu.
Bertudung
Bagaimanapun Osman Ali tidak menjelaskan kenapa dia menukar imej watak Izzah daripada tidak bertudung dalam novel Ombak Rindu kepada bertudung. Ada yang tertanya-tanya adalah dengan bertudung itu Osman Ali mahu memberitahu konflik sosial ini berlaku dalam masyarakat Melayu - Islam.
Bagi penonton filem yang berfikiran kritis, Ombak Rindu sebuah melodrama kitar semula yang penuh klise. Tragedi yang menimpa watak baiknya bertalu-talu untuk menarik simpati penonton.
Tetapi kata Osman Ali, “Saya telah wujudkan watak putih dan hitam yang mewakili kebaikan dan kejahatan, kebiasaannya kebaikan adalah kemenangan.”
Ini dibuktikan melalui watak Izzah yang dipergunakan oleh Hariz untuk memuaskan nafsunya sahaja. Tetapi  berkat kesabaran  yang ada pada Izzah, dia berjaya menawan hati Hariz.
Dalam pada itu, jelas Osman lagi, filem ini juga  memaparkan tentang dua perspektif masyarakat mengenai poligami.
“Dalam filem ini misalnya, watak Mila yang dilakonkan oleh Lisa Surihani telah membuktikan yang dia tidak mahu kekasih hatinya Hariz berkongsi kasihnya dengan Izzah, manakala Izzah berpendapat sebaliknya,” kata Osman Ali lagi.
Ada penonton mempersoalkan di manakah perlunya babak ranjang diselitkan dalam filem ini?  Adakah  kalau ditiadakan babak ranjang, pola ceritanya menyimpang dan tersasar? Adakah kerana memang wujud dalam naskhah novel maka ia  turut dimuat juga dalam filem?
Tetapi kata Osman Ali yang sebelum ini memang terkenal dengan kegemaran membuat babak ranjang, “Kalau babak ranjang itu dibuang, filem ini hilang keasliannya. Filem Ombak Rindu tidak akan menjadi. Ini kerana cerita asalnya memerlukan babak ranjang untuk menentu jalan ceritanya.”
Sebelum ini Osman Ali pernah mengarah filem Anak Halal yang mencetus kontroversi kerana banyak babak ranjang hingga peringkat seolah-
olah “sengaja” diadakan untuk tujuan pasaran. Begitu juga filem semi dokumentari Bukak Api mengenai kehidupan pelacur maknyah di Lorong Haji Taib.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 09:56 AM | Show all posts
ini lah akibatnya bila DAP berkuasa.   sorry ter off-topic sikit.

masak laaa lepas ni.  habis laa lepas ni semua benda boleh tayang.  seni kekdah nya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 09:56 AM | Show all posts
adeh....

kite la yg menapis gamaknye....

takut dak2 tgk
surwanis Post at 22-12-2011 09:32



    Selama nie pun LPF tidak terlibat dalam penapisan utk filem2 dan rancangan2 yg ditayang di TV. OK jer aku tengok. Yg penting mak bapak kena pandai2 lah. Jgn budak baru masuk Darjah 1 kita bawak pegi tengok Deep Throat.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 10:00 AM | Show all posts
utusanputrajaya@utusan.com.my

PUTRAJAYA 21 Dis. - Berkuatkuasa tahun hadapan, Lembaga Penapis F ...
kenari2101 Post at 22-12-2011 08:32



    raya indu la raja azmi.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 10:01 AM | Show all posts
Nanti Raja Azmi buat filem seks secocok pulak ...... tak da orang tapis .... go go Raja
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 10:01 AM | Show all posts
ini lah akibatnya bila DAP berkuasa.   sorry ter off-topic sikit.

masak laaa lepas ni.  habis laa lepas ni semua benda boleh tayang.  seni kekdah nya.
zorrro_03 Post at 22-12-2011 09:56



   Sebenarnya kamu semua tak boleh masuk panggung wayang sebab ianya gelap dan lelaki/perempuan bukan mahrum bercampur. Jadi yg tak mahu tengok seni, baik tinggal kat rumah dan hisap sebatang rokok haram.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 10:07 AM | Show all posts
sebenarnya banyak pengarah di mesia nak buat citer sek mcm di amerika sana....... biasakla.. sek terbuka nih urban......... benda nih mmg takleh bendung dah..... kat hp, intenet, majalah, film, lagu banyak menyelit ttg sek.... aku pon tatau... apesal la sek bleh meruntuhkan tamadun.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 10:09 AM | Show all posts
byk le nti cite seram hantu seksi2 npk tet3k cam pilem indon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2011 10:10 AM | Show all posts
Sebenarnya kamu semua tak boleh masuk panggung wayang sebab ianya gelap dan lelaki/perempua ...
gogo2 Post at 22-12-2011 10:01



    ini lah akibatnya bila DAP berkuasa, kata totok umngok.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 10:11 AM | Show all posts
lagi banyakla yg berkapel kapelan berbasah basahan dalam panggung...tapi tu lahh..pilihan ditangan sendiri kannn...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 10:16 AM | Show all posts
Reply  tuah_r


   ko ni mcm suci murni je bunyi nyer!
kenari2101 Post at 22-12-2011 09:49


haha..iyer ker?..bunyi jer...hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 11:14 AM | Show all posts
jadik cam negara Indon la pasnih...iskkk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 09:12 AM GMT+8 , Processed in 1.667225 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list