CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 164|Reply: 0

Johor, Johor FC kongsi Stadium Pasir Gudang

[Copy link]
Post time 21-12-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
PASUKAN Johor akan berkongsi dengan Johor FC untuk menjadikan Stadium Pasir Gudang sebagai gelanggang sendiri masing-masing apabila tirai Liga Malaysia disingkap awal bulan depan.\rPengurus pasukan Johor, Datuk Abdul Aziz Sapian berkata, pihaknya membuat keputusan itu selepas pengurusan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tidak membenarkan stadium digunakan pasukan Johor.\r\n\n\n\n\r “Pihak Universiti Teknologi Malaysia tidak membenarkan kita menggunakan stadium mereka dengan alasan stadium itu belum siap sepenuhnya. Kita akur dengan keputusan mereka,” katanya, semalam.\r\r\n\n\n\n\n  Beliau yang juga Naib Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) berkata, Stadium Kluang yang turut dicadangkan sebagai gelanggang Johor tidak boleh menganjurkan perlawanan pada waktu malam.\rLampu limpah di Stadium Kluang menurut Abdul Aziz tidak menepati spesifikasi teknikal, menyebabkan ia hanya berkemampuan menganjurkan perlawanan pada sebelah petang.\rPasukan Johor terpaksa bergelut mencari stadium baru sebagai gelanggang sendiri beberapa minggu sebelum Liga-M bermula berikutan kerja pembaikan di Stadium Larkin.\rKerja berkenaan dijangka bermula awal tahun depan dan dijangka siap dalam tempoh empat hingga lima bulan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.269377 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list