CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 142|Reply: 0

Bisnes Dunia: Data kukuh AS rangsang pasaran

[Copy link]
Post time 17-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Peniaga tetap berhati-hati masalah zon euroPASARAN saham Asia ditutup tinggi semalam, berikutan peningkatan harga saham di Wall Street dan Eropah selepas  Amerika Syarikat (AS) mengumumkan angka dan data pengeluarannya yang kukuh serta kejayaan lelongan bon Sepanyol, sekali gus mengurangkan kebimbangan terhadap masalah kewangan zon euro.\n\n\n\n   Namun, peniaga terus berhati-hati menunggu kemungkinan taraf kredit 15 negara anggota zon euro mungkin diturunkan, termasuk Perancis dan Jerman, manakala Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran terhadap keadaan ekonomi global yang tidak menentu.\n\n\n\n\n\n  Tokyo meningkat 0.29 peratus atau 24.35 mata ke 8,401.72, Sydney pada 0.47 peratus atau 19.3 mata meningkat ke 4,159.3. Sementara itu, Seoul melonjak 1.15 peratus atau 20.85 mata ke 1,839.96.Hong Kong meningkat 1.43 peratus atau 258.55 mata ke 19,285.39 dan Shanghai melonjak 2.01 peratus atau 43.94 peratus ke 2,224.84.Pasaran serantau berhati-hati selepas mencatatkan tiga sesi kerugian disebabkan peningkatan kebimbangan perjanjian bagi belanjawan lebih ketat dan integrasi lebih kukuh masih tidak memadai menangani masalah zon euro.Peniaga mengambil petunjuk daripada AS dan Eropah, iaitu  beberapa berita positif yang jarang diterima merangsang sentimen pasaran.\n\n\nSepanyol, yang sebelum ini dibelenggu spekulasi dibebani hutang, bagaimanapun berjaya meraih jualan bon yang tinggi, hampir mencecah dua kali ganda jumlah sasaran. Perbendaharaan negara itu meningkatkan sasarannya kepada 6 bilion euro (AS$7.8 bilion), melebihi sasaran 2.5 ke 3.5 bilion euro sebelum ini.Keputusan itu membolehkan ekonomi keempat terbesar di zon euro itu menjarakkan dirinya daripada Itali yang terpaksa membayar kadar pinjaman paling tinggi menerusi jualan bon, sehari sebelum itu.Sementara itu, Jabatan Buruh Washington mengumumkan jumlah pembayaran elaun pengangguran AS menurun minggu lalu ke paras yang tidak pernah disaksikan sejak Mei 2008.Jabatan Perdagangan AS juga berkata, defisit perdagangan negara itu jatuh ke tahap paling rendah dalam tempoh dua tahun, sementara aktiviti pengilangan bagi kawasan Philadelphia dan New York mencatatkan peningkatan  enam bulan lalu.Peniaga institusi di IG Markets, Chris Weston, berkata: “Kita kini mempunyai lebih banyak berita baik  dalam jangka panjang dengan pelelongan bon Sepanyol berjalan dengan baik dan (data) AS adalah kuat.Dow Jones Newswires berkata: “Namun, kita mempunyai kemungkinan kadar hutang negara Eropah di pasaran.Minggu lalu, Standard & Poor meletakkan 15 daripada 17 negara anggota Euro dalam keadaan penurunan disebabkan kadar kredit semakin kecil, peningkatan hasil bon dan kemerosotan keadaan ekonomi.Katanya, ia akan membuat keputusan terakhir selepas persidangan Kesatuan Eropah (EU) Jumaat lalu, dengan  ramai berpendapat langkah secukupnya tidak dilakukan untuk mengelakkan penarafannya dipotong.Kebimbangan pelabur ditambah dengan amaran Ketua IMF, Christine Lagarde yang menyatakan krisis ekonomi Eropah semakin buruk dan mengancam ekonomi dunia.“Masalah ini bukan saja di zon euro, bukan saja masalah untuk EU dan bukan saja masalah ekonomi maju,” katanya dalam forum di Jabatan Negara AS.Di Wall Street, Dow Jones meningkat 0.38 peratus dengan S&P menokok 0.32 peratus dan indeks komposit Nasdaq naik 0.07 peratus.Di Eropah, indeks FTSE-100 di London ditutup meningkat 0.63 peratus, Paris CAC-40 meningkat 0.76 peratus dan Frankfurt DAX 30 meningkat 0.98 peratus, sementara Madrid meningkat 0.84 peratus dan Milan kepada 1.37 peratus.Semua mencatatkan peningkatan pada awal dagangan, semalam.Di India, keputusan bank pusat untuk mengekalkan kadar faedah memberi sedikit kesan terhadap saham, dengan Sensex meningkat 0.59 peratus pada tengah hari.Euro  meningkat kembali Khamis lalu selepas 11 bulan lebih rendah berbanding dolar, kekal AS$1.3012 dan 101.37 yen di pasaran Asia, berbanding AS$1.3017 dan 101.41 yen semalaman di New York.Dolar AS pula dibeli pada 77.91 yen, berbanding 77.89 yen di New York.Dalam pasaran minyak mentah, kontrak utama penghantaran minyak mentah New York bagi bulan Januari meningkat 35 sen kepada AS$94.22 setong.Sementara minyak Brent North Sea meningkat 75 sen kepada AS$104.35 pada hari pertama ia didagangkan. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.464137 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list