CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sutungR

[Penerbit] ** JS ADIWARNA **

[Copy link]
Post time 25-4-2012 09:36 AM | Show all posts


Promosi di gerai JS Adiwarna. Lihatlah gambar-gambar promosi yang meriah ini!







Kami juga terima pembayaran dengan kad kredit (untuk pembelian RM50 ke atas) di kedua-dua gerai. Tak perlu fikir nak cari ATM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2012 09:50 AM | Show all posts
Hikayat Hang Tuah ~ Noor Suraya



SBN: 978-967-0201-74-6

Harga: RM79.00 (SEM. MALAYSIA) / RM85.00 (SABAH & SARAWAK)

EKSKLUSIF DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR, PWTC 2012

“Melalui Hikayat Hang Tuah, kita dibawa masuk ke dalam jiwa dan perlakuan Hang Tuah, Raja Melaka dan Hang Jebat, dan dengan itu mengenal sudut dan sosok kehidupan mereka yang melambang watak-watak bangsanya.

Karya ini memperlihatkan suatu genius sastera yang tiada tolok bandingnya. Genius ini terbayang pada jalan ceritanya konflik nilai dan kata hati, dan juga pada tema yang melihat bahawa bangsa Melayu itu terbelah jiwanya - di sebelah pihak sebagai hamba atau penurut setia, dan di sebelah pihak lainnya sebagai pemberontak yang melawan raja yang zalim.”~ SN Muhammad Haji Salleh

Hikayat Hang Tuah terbitan JS Adiwarna dengan 200 ilustrasi berwarna-warni ini dapat mengembalikan keinginan anak-anak muda membaca hikayat Melayu yang kian dilupakan. Buku cerita ini sesuai untuk rujukan siapa sahaja tanpa mengira usia.

JS Adiwarna Publications & Distributors menerbitkan Hikayat Hang Tuah dengan gaya bahasa yang lebih kontemporari tetapi tetap mengekalkan akar bahasa, cerita dan tradisi Melayunya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2012 05:05 PM | Show all posts


Rebut peluang yg ada.....siapa cepat dia dtp
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2012 05:07 PM | Show all posts


Jum borong novel lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2012 02:20 PM | Show all posts


Akan datang daripada JS ADIWARNA, insya-Allah akan menemui pembaca pada Januari 2013. CINTAKU LURUH DI OXFORD - NOOR SURAYA & IMAEN.
...pada suatu musim luruh hati ini pernah mekar... Last edited by chit_ana on 17-12-2012 02:41 PM

Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2012 04:36 PM | Show all posts
Reply 25# chit_ana

wah dah dibukukan...
nanti nak cari...
baca separuh kt web js, agak best bagi ku...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2012 01:48 AM | Show all posts

JSAdiwarna

Post Last Edit by ayuni at 11-6-2012 01:50

Jom kongsi buku-buku JS Adiwarna yang sudah dibaca...

Saya mulakan dengan buku Siri Khyra Biota ini ya..hehe..
Ada 13 siri semuanya.
Tapi baru terbit 3 siri...

Khyra Biota 1: Roket Sang Lembu




Sinopsis buku 1

KHYRA seorang murid yang pintar lagi berani. Kebolehan luar biasanya yang ulung ialah dapat memahami bahasa haiwan. Yang seronoknya lagi, KHYRA dapat bercakap dengan semua binatang – bahasa naga difahaminya; bahasa jerung pun mudah baginya. Bersama sahabatnya, Sally seekor ulat bulu yang suka membaca dan Daisy seekor kucing yang bijak, mereka dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi manusia, mahupun binatang.

Dalam Cerita 1 – Khyra Biota: Roket Sang Lembu ini, KHYRA membantu Siti Merah seekor lembu betina yang mahu ke angkasa lepas. Selain itu ada cerita tentang ‘budak serigala’; cerita fasal semut hitam yang menghidap kencing manis; cerita mengenai raja merpati yang sedih; serta cerita seekor monyet pintar yang menyalahgunakan kebolehannya. Satu lagi kisah yang sangat menarik tentunya cerita fasal bagaimana buaya cuba mencuri darah KHYRA untuk diklon!

*   *   *


Penulis:


ASHADI ZAIN adalah pemegang ijazah Sarjana Muda Perakaunan daripada Universiti Malaya. Beliau sudah berjaya menulis dan menterjemah lebih daripada 60 buah buku. Mari menambahkan ilmu dan bersantai bersama ASHADI ZAIN!


MAJIDAH MAT JUSOH mendapat ijazah Sarjana Muda Perbandingan Agama dan Usuluddin (minor Psikologi) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Menulis dengan hati adalah terapi, menggali dan meniti ilmu bak jauhari – menjadi falsafah penulisan MAJIDAH MAT JUSOH.

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 01:58 AM | Show all posts
Post Last Edit by ayuni at 11-6-2012 02:06

Khyra Biota 2: Chika yang Comel



Dalam Cerita 2 - Khyra Biota: Chika yang Comel ini, Khyra telah berkenalan dengan seekor burung geroda yang comel bernama Chika. Selain itu ada beberapa lagi cerita yang sangat menarik untuk dibaca. Ada cerita tentang seekor putera kucing yang tidak mahu menjadi pewaris Kerajaan Kucing; cerita fasal seekor tarantula yang telah dibuang negeri; cerita mengenai geng nyamuk Aedes yang ingin menyebarkan penyakit denggi; cerita seram fasal sebatang pokok besar yang berhantu; serta cerita tentang kalkulator ajaib yang boleh digunakan untuk merentasi masa. Menariknya!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2012 02:04 AM | Show all posts
Post Last Edit by ayuni at 11-6-2012 02:05

Khyra Biota 3: Pengembara Dimensi



Dalam Cerita 3 – Khyra Biota: Pengembara Dimensi ini, Khyra bersama-sama dengan Chloe seekor cimpanzi mengembara ke seluruh dunia dengan menggunakan ‘pemecut dimensi’. Selain itu ada juga cerita mengenai sekumpulan burung murai yang membuat undang-undang mengurangkan ‘kemuraian’ mereka; cerita fasal monyet yang membuat mogok di hadapan zoo; cerita mengenai seekor burung siul yang suka menipu duit binatang lain; cerita permaisuri singa yang suka memberikan arahan yang pelik-pelik; serta cerita cinta anai-anai dan seekor gajah. Cerita yang paling menarik sudah tentunya mengenai misi Khyra dan rakan-rakan menjejak ibu Chika di Kuala Lumpur!
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 11:38 AM | Show all posts
Reply 29# ayuni


thread anda telah digabungkan dgn thread yang sedia ada.
pastikan 'SEARCH' dulu sebelum membuka thread yang baru.
terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2012 04:24 PM | Show all posts


mari kita kita pergi pesta buku Selangor ada novel terbaru dari Noor Suraya & Imaen.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2012 10:13 PM | Show all posts
masa pesta buku PWTC, beli koleksi manis17.. ada laaa 3,4 buku.. tp belum sempat baca.. masih ada kat student, depa pinjam, jadik bacaan NILAM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2012 05:34 PM | Show all posts



Dapatkan novel terbaharu Adiwarna di Pesta Buku Selangor bertempat di SACC Konvensyen Centre, bersebelahan dengan Kompleks PKNS Shah Alam pada 29 Jun hingga 9 Julai 2012.

Sila lawati laman sesawang Adiwarna
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2012 05:48 PM | Show all posts
Post Last Edit by mijot at 3-7-2012 18:26

Buku non-fiction terbitan Adiwarna yang telah berada di pasaran.



  
                                              border=0 />
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2012 05:01 PM | Show all posts
Post Last Edit by mijot at 3-7-2012 18:26



NOVEL BAHARU TERBITAN JUN 2012

Kategori: SI MANIS 17

ISBN: 978-967-0201-56-6

Harga: RM17.00 (SEMENANJUNG MALAYSIA) / RM19.00 (SABAH&SARAWAK)

Pesanan atas talian (online): DISKAUN 20% mulai 28 JUN 2012
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2012 05:02 PM | Show all posts
Post Last Edit by mijot at 12-7-2012 12:05



NOVEL BAHARU TERBITAN JUN 2012

Kategori: NOVEL UMUM

ISBN: 978-967-0201-54-2

Harga: RM20.00 (SEMENANJUNG MALAYSIA) / RM23.00 (SABAH&SARAWAK)

Pesanan atas talian (online): DISKAUN 20% mulai 28 JUN 2012
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2012 05:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by qimi08 at 29-6-2012 17:10








Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2012 12:56 PM | Show all posts
20% online, 25% kat SACC mall? sempena pesta buku ye?
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2012 01:49 PM | Show all posts
tak terdaya pergi SACC Mall
beli kat Minerva jer nanti

tapi kadang kadang buku JS Adiwarna tak di letak bersama novel JS, jadi susah nak cari.
Memang marketing strategy begitu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2012 01:56 PM | Show all posts
masa ke PBS baru nie anak dara yg umur 7 tahun tue ada membeli buku dr keluaran nie tp x ingat tajuknya, nnt ana try belek kat umah then buh sini, tgk dia baca laju je dan si kakak kata x sesuai utk dia yg br 7 tahun tp setakat nie keluaran JS xde yg melampau so rasa oklah agaknya buku tue, harga klu x silap rm11
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.098602 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list