CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17324|Reply: 128

KFC Dilahar Fan FB, KFC Buruk Siku!

[Copy link]
Post time 14-12-2011 07:37 PM | Show all posts |Read mode


Awal pagi tadi gemparlah cerita perihal KFC buat promosi yang sangat dan maha terhebat sekali dialam maya ini, kiranya promosi besar-besaran penghujung tahun begitu. Di katakan kupon ini boleh ditebus sekiranya membeli apa-apa saja yang di jual di KFC termasuk roti (bun semurah rm1), maka puluhan ribu komen positif di FB KFC memberikan sokongan dan juga ribuan yang telah shared perihal promosi itu. Dikatakan juga promosi ini Valid sehingga 15 Januari 2012, bermakna promosi berlangsung selama sebulan.

Hari pertama promosi (hari ini, 14/12/2011) ramailah juga redeem kupon online itu untuk membuktikan promosi ini betul sebab ramai juga fan yang mempertikaikan, contohnya seperti di bawah ini si pembeli ini hanya membeli roti semurah rm1 dan mashed potato cawan kecil semurah rm2 sudah boleh mendapatkan 1 set Double Zinger Burger seperti di bawah ini berharga lebih rm10 (rm9 untuk set lunch dari 12pm - 3pm).




Banyak lah juga komen positif dari fan KFC di FB tu, rata-rata bersyukur akhirnya ada promosi yang paling teragung setakat ini dari KFC yang pernah jatuh satu ketika disebabkan isu ayam tapak kasut? dan ramai yang telah meredeem kupon berkongsi cerita dan gambar set promosi itu di FB KFC. Jadi ramailah berlumba-lumba mencetak kupon itu dengan harapan boleh redeem semasa balik kerja nanti (opis hour), di pejabat aku tidak kira bangsa mahu pun jantina berlumba-lumpa mencetak kupon ini siap ada Admin Assistant baik hati tolong fotostat kat semua kakitangan.

Promosi di umumkan sekitar jam 11am, sehinggalah jam 2.30pm tiba-tiba kupon promosi di FB KFC telah di delete? maka riuh rendah lah seisi alam bertanyakan kenapa KFC padam kupon promosi itu? adakah masih sah lagi kupon itu disebabkan ada yang copy paste gambar kupon tu dari link FB mereka dan letak di blog dan FB masing-masing maka sesiapa pun masih boleh mencetaknya. Tiada apa perkhabaran sedangkan ramai Fan FB dan mula bising-bising bertanyakan hal sama ada masih valid atau tidak kupon itu?, sehinggalah ada jam 3.30pm sebegitu ada fan mencarut dan mengamok di wall FB KFC mengatakan kupon itu sudah tidak valid.

2 jam lebih Fan FB KFC meratap hiba sambil membuat flood seakan tidak berpuas hati, sebab tiada sebarang reply dari pihak mereka untuk menyatakan sama ada promosi itu masih valid atau telah di tarik balik? seakan mereka tarik tali dengan promosi yang mereka buat atau mereka tesalah dalam meletakkan Term & Condition?. Maka dalam 3 jam sebegitu pihak KFC tidak memberikan sebarang ulasan mahupun keluarkan sebarang kenyataan, berduyunlah caci maki, carutan, ugutan, keluhan dan sebagainya.

Akhirnya jam 5.20pm barulah pihak KFC mengeluarkan kenyataan dan ianya berbunyi :
KFC Malaysia – Kentucky Fried Chicken
Dear KFC Fans,
Due to the overwhelming response on the FREE Double Zinger Burger Combo online voucher, we would like to inform that the allocated stocks for this online promotion is FINISHED! We REGRET for any inconvenience caused and we THANK YOU for all your support. Please look out for more amazing deals from us very soon!


Maka selepas itu bertambah parah lah fan FB mereka mengamuk, biasalah ramai pun budak-budak hingusan yang komen kan jadi kamu paham-paham lah apa perkataan yang dikeluarkan. Dan dalam 2 jam selepas KFC keluarkan kenyataan ini, 1800 komen dari fan mereka.

Tapi aku tekejut juga lah sebuah organisasi besar seperti KFC Holding boleh membuat promosi membabi buta seperti ini, tidakkah jabatan pemasaran mereka menilai dulu sebelum ianya dihebahkan pada umum?. Sudah lah KFC pernah jatuh dahulu akibat isu ayam tapak kasut tu, aku terfikir semasa melihat promosi ini maka inilah peluang KFC untuk menaikkan balik reputasi nama mereka yang sudah kebelakang berbanding restoren makanan segera lain. Tapi sedih kan boleh pula hal sedemikian boleh berlaku, nampaknya reputasi KFC semakin jatuh dan menjunam maka mereka perlu berbuat anjakkan perniagaan untuk menarik pelanggan yang telah berpaling tadah akibat kecewa.

Pada pendapat kamu kenapakah hal sebegini boleh terjadi? apakah KFC perlu direengenering semula untuk menaikkan nama mereka balik?, apakah perkara yang perlu dibuat oleh KFC untuk tarik balik pelanggan mereka yang sudah hilang kepercayaan itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2011 07:41 PM | Show all posts
..ayam kfc nie sedap
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 07:52 PM | Show all posts
wah xsangka sebab KFC je ramai sungguh meroyan dan melakukan rusushan online hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 08:04 PM | Show all posts
Huhhhhhhhhhhhhhh....mmg betui2 buruk siku ni....

bygkan promosi selama sebulan seperti yang digembar gemburkan....marketing dept depa ni tak wat homework dulu ka????bangang banget betui...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 08:05 PM | Show all posts
KFC ni restoren jual haper? feymes ke? sampai ade FB fan segale... aku tak penah dengar pun name restoren ni sebelum ni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 08:06 PM | Show all posts
KFC ni restoren jual haper? feymes ke? sampai ade FB fan segale... aku tak penah dengar pun name res ...
edee_91 Post at 14-12-2011 08:05 PM



   ko bio bebeno ni.......{:4_502:}
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2011 08:44 PM | Show all posts
x sempat nk print kupon apatah  lg meredeemnya....alih2 dah tarik balik.....mmg buruk siku laaa kfc..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 08:47 PM | Show all posts
Reply 5# edee_91

ko ni main2 ke btul2?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2011 09:26 PM | Show all posts
Yang sempat redeem tu memang rezeki. kalau nak kirakan mcm tak masuk akal promosi ni. beli menu yg murah untuk tebus makanan yg lg mahal?! pada yang tak dapat tu, anggap takde rezeki..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 09:39 PM | Show all posts
memang aku carutkan jugak kalau aku jadi fan fb tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 09:39 PM | Show all posts
TT, ada tak link fb tu?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 09:48 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 09:49 PM | Show all posts
baik aku makan KFC - kelantan fried ciken puas ati.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 10:08 PM | Show all posts
KFC ni restoren jual haper? feymes ke? sampai ade FB fan segale... aku tak penah dengar pun name res ...
edee_91 Post at 14-12-2011 20:05



ko ni baru idup ke.....atau br kuar dr gua hantu

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 10:28 PM | Show all posts
sengalnyaaa...petang tadi baru print..ingat nak pegi esok..
siap call lagi kfc dia kata voucher tu valid kat semua outlet sehingga 15 january.
serious ekk dia tarik balik? hampeh tul
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 10:42 PM | Show all posts
diorang ni punya cakap pun betul...sengal tahap gaban KFC.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2011 10:57 PM | Show all posts
chait... aku tadi print sampai 5 keping. sekeping ada 3 kupon. time aku p kepsi petang tadi, terdengar orang yg kat depan aku tanya staf kepsi tu. dia ckp promosi da abes. aku pon pelik. pehal promosi da abes, padahal da tulis sampai bulan depan. memang promosi tak masuk akal. mmg kaw2 la kepsi ni kena pasni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 11:00 PM | Show all posts
lain kali buat laa 1 kupon untuk satu orang sahaja.. Kepci memang x buat homework! Mapos rugi la kalau unlimited
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 11:26 PM | Show all posts
i ade pegi jugak td..konon nak redeem lah tadi

skali staff yang kat counter tu cakap dah abes..so i tny la berapa yang dorg dah jual sampai habis tu and berapa plak yang dorang peruntukkan pada satu2 outlet untuk 1 hari, budak tu dengan selenge jawab tak tau...huh! pastu tunjuk satu kertas A4, notis pemberitahuan yang habis sebab terlalu banyak permintaan..i cakap takpe esok subuh2 i pegi balik nak redeem, nak tengok ade ke x..hehe semangat gila!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2011 08:19 AM | Show all posts
Yang sempat redeem tu memang rezeki. kalau nak kirakan mcm tak masuk akal promosi ni. beli menu yg m ...
katakpuruz Post at 14-12-2011 21:26


Aku mengetahui perihal promosi ini pun semasa nama aku di tag oleh seorang rakan facebook, dia ini memang kaki JJCM dan kami mempunyai minat yang sama iaitu ketagih/fanatik/shopperholic terhadap pembelian voucher online seperti Groupon, Everyday, Dealmates etc. Jadi dari awal lagi aku sudah mengetahuinya tapi disebabkan aku baca T&C mengatakan promosi berlangsung sehingga Januari 2012 maka aku tidak berapa ambil kisah, lagi pun aku selalu beranggapan di awal-awal promosi ini sudah tentu KFC diserbu oleh budak-budak sekolah yang sedang berbulan madu sekarang ini.

Semasa di tag pun aku juga sedikit ragu-ragu, kemudian bertanyakan sama ada pihak KFC telah tersalah cetak perihal T&C itu? bukan aku saja tapi rata-rata semua rakan kepada rakan aku yang di tag itu mempersoalkan perihal sama. Ini bukan apa sebelum-sebelum ini Burger King juga pernah membuat promosi yang hampir serupa, tetapi T&C mereka juga kurang jelas dan bila salah seorang rakan aku cuba meredeem kupon itu 'ianya hanya sah untuk pembelian set Large Burger King'. Jadi ramailah juga fan Burger King meroyan juga seperti dipermainkan, selain itu fan dari Sabah juga bengang sebab kebanyakkan promosi Burger King hanya valid di semenanjung Malaysia sahaja sedangkan mereka selalu melaungkan slogan 1Malaysia (dinyatakan Burger King di Malaysia Timur di bawah pengurusan yang lain).

Berbalik pada KFC ini aku rasa mereka telah tersalah cetak perihal T&C itu, terutamanya perihal 'valid with any purchase' yang membuatkan orang mengingatkan dengan membeli sebarang pembelian. Bagi aku perkara seperti ini biasa berlaku sebelum ini bila mana-mana organisasi ingin membuat promosi dengan terma ingin mengelirukan pengguna dengan menggunakan simbol bintang (*/**) di belakang 'valid with any purchase**' , pihak KFC hanya perlu memperbetulkan dengan mengatakan 'any puchese' itu adalah merujuk pada hidangan 'set'atau sebagainya' kan mudah?.

Mana mungkin beli roti semurah rm1 boleh memperolehi set bernilai lebih rm10, sudah lah tiada specific waktu redeem kupon dinyatakan maka siang malam lah orang akan hanya menggunakan kupon itu saja. Maka tidak perlulah mereka menggoreng ayam atau prepare buat makanan lain sebab nescaya semua hanya akan beli Double Zinger Burger itu yang bernilai rm1, jadi tak perlu untuk tarik balik promosi itu tapi hanya penambah-baikkan dalam T&C sahaja.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.100099 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list