View: 2815|Reply: 16
|
25 Pesanan Luqmanul Hakim Kepada Anaknya
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by six_points at 1-12-2011 19:40
01 - Hai anakku, ketahuilah... sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama TAKWA, isinya ialah IMAN dan layarnya adalah TAWAKKAL kepada Allah.
02 - Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari Allah juga.
03 - Hai anakku, orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah, maka dia tawadduk kepada Allah, dia akan lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada Allah.
04 - Hai anakku, seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka maruahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman.
05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam. |
|
|
|
|
|
|
|
06 - Dan selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah. Takutlah kepada Allah dengan sebenar-benar takut (takwa), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah.
07 - Hai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal-hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
08 - Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bila mana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.
09 - Hai anakku, janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya. |
|
|
|
|
|
|
|
11 - Hai anakku, bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung Akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.
13 - Hai anakku, janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
14 - Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang-orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
15 - Hai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bila mana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya. |
|
|
|
|
|
|
|
16 - Hai anakku, bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bila mana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.
17 - Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.
18 - Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun, biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.
19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkah-laku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yang akan mendatangkan cela pada dirimu.
20 - Hai anakku, janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan Allah bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya. |
|
|
|
|
|
|
|
21 - Hai anakku, usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
22 - Hai anakku, janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.
23 - Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.
24 - Hai anakku, bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.
25 - Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan Akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya, janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu. |
|
|
|
|
|
|
|
thanks for the info...... |
|
|
|
|
|
|
|
thanks for the info  |
|
|
|
|
|
|
|
Info yang bagus.
Bagaimana kalau kita kupasin satu persatu mengikut apa yang kita faham.Di harap TT boleh lah jadi mediator apabila sesatu tajuk tuh dah sampai ke tahap maksima perbincangan untuk disambung ke topik lagi satu... |
|
|
|
|
|
|
|
harapnya pesanan ini dapat saya hayati dan sometimes terfikir saya yang ibu bapa yg bagi anak depa nama Luqman Hakim ni - well , sejauh manakah sifat anak mereka menyerupai si Luqmanul Hakim ni ...
jgn hanya pada nama tapi attitude |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 9# six_points
Sememangnya lah sebagai info...namun ada kemungkinan nasihat yang sebegitu kita buat pedoman kehidupan...dan adanya cerita dalam kehidupan kita sendiri...maka benarlah ia... |
|
|
|
|
|
|
|
05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
Macam yang pada kehidupan amat payah...
Meminjam dari bank kemudian belanja harian tak cukup pulak ,...pinjam pada kekawan...las las pinjam pada along...
Sememangnya diri akan di kata kata dari belakang pabila dah sampai waktu gaji tak juga melunaskan hutang...dan mulalah timbul ketakutan apabila waktu malam seandainya orang orang upahan along datang mengetuk pintu...Tak boleh tidur malam...jadi security guard di rumah sendiri.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 12# rdzaccess
لا إله إلاَّ الله.محمد رسو ل الله along dh takde,dia org upah azlong...tgh tunggu gak nih |
|
|
|
|
|
|
|
Luqmanul Hakim adalah seorang yang sangat smart dan bijaksana.
Orang yang mahu mengetahui tentang dirinya mungkin mahu mencari quote yang baik darinya, sesuatu ayat yang ada 'wisdom' dsbgnya, ala-ala kata-kata yang ada zen gitu.. boleh letak dalam quotable quotes dan guna sebagai signature dalam facebook dbsgnya.
Tapi nasihatnya yang pertama kepada anaknya (seperti yang dinukil dalam quran) ialah :
"Wahai anakku! Janganlah kamu syirik (mempersekutukan) dengan Allah, sesungguhnya syirik adalah kezaliman yang besar" - Surah Luqman ayat 13.Bagi saya ulang sekali lagi.
"Wahai anakku! Janganlah kamu syirik (mempersekutukan) dengan Allah, sesungguhnya syirik adalah kezaliman yang besar" - Surah Luqman ayat 13.
Ulang kali ke 3.
"Wahai anakku! Janganlah kamu syirik (mempersekutukan) dengan Allah, sesungguhnya syirik adalah kezaliman yang besar" - Surah Luqman ayat 13.
It just shows the significance of "JANGAN SYIRIKKAN ALLAH", sesuatu yang mesti menjadi teras perjuangan setiap individu Islam dari dulu sampai bila-bila.
Marilah kita usahakan diri kita untuk menjauhi kezaliman yang besar itu... |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih, info yg sgt bagus.. |
|
|
|
|
|
|
|
"Hai anakku, janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu."
ni pesanan yg betul2 kena kt batang hidung sy sndiri..huhu..thanx TT kerana kongsi pesanan nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih.info yg amat berguna. |
|
|
|
|
|
|
| |
|