CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 170|Reply: 0

Berjaya Corporation labur RM820j

[Copy link]
Post time 30-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Bina kilang kertas tandan kosong  sawit menerusi anak syarikat Eco Palm Paper\rBERJAYA Corporation Bhd menerusi anak syarikatnya, Eco Palm Paper Sdn Bhd akan melabur RM820 juta bagi membangunkan kilang mengeluarkan kertas beralun daripada tandan kosong sawit (EFB).\r\n\n\n\n\r  Kilang yang akan dibangunkan dalam tiga fasa itu akan dibina di Mukim Lepar, Pekan, Pahang.\r\r\n\n\n\n\n  Apabila siap sepenuhnya pada 2017, ia akan mempunyai kapasiti mengeluarkan sejumlah 500,000 tan kertas beralun setahun dengan menjana pendapatan kira-kira RM875 juta.\rPengarah Urusan Eco Palm, Larry Yong, berkata fasa pertama kilang itu membabitkan pelaburan RM120 juta sudah bermula, dan apabila siap pada 2013 mampu mengeluarkan 50,000 tan kertas setahun.\rBeliau berkata, fasa kedua dengan pelaburan RM250 juta dan dijadualkan siap pada 2015 akan menambah pengeluaran kilang berkenaan kepada 150,000 tan setahun, manakala fasa terakhir membabitkan pelaburan tambahan RM450 juta pula akan meningkatkan pengeluaran tahunan kilang itu sebanyak 300,000 tan lagi.\r“Masa depan perniagaan ini adalah memberangsangkan kerana ia segmen pasaran yang baru muncul dan terdapat permintaan besar untuk kertas berasaskan bukan kayu terutama di China, India, Australia, Jepun dan Eropah.\r\n\n\n\n\r“Penggunaan EFB sawit serta bahan kimia yang minimum juga membolehkan kami menghasilkan kertas yang adalah kira-kira 30 peratus lebih murah berbanding kertas konvensional,” katanya pada sidang media sebelum majlis pemeteraian perjanjian antara Eco Palm dengan syarikat dari China, Jiangsu Jinwo Machinery Co Ltd di Kuala Lumpur semalam.\rDi bawah perjanjian bernilai RM65 juta itu, Eco Palm melantik Jiangsu Jinwo bagi merekabentuk, mengeluar dan memasang kilang pengeluaran kertas beralun mesra alam itu.\rPada majlis itu, Yong mewakili Eco Palm manakala Jiangsu Jinwo diwakili Pengurus Besarnya, Fan Ganghua. Ia disaksikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi Berjaya, Tan Sri Vincent Tan.\rYong berkata, pembinaan kilang itu mampu menaikkan profil Pekan sebagai pusat pengeluaran untuk kertas bebas pokok, pada masa sama menyediakan peluang pekerjaan dan latihan untuk penduduk tempatan.\r“Penggunaan EFB sawit sebagai bahan mentahnya pula akan mengurangkan sisa pertanian memandangkan kira-kira 18 juta tan EFB dihasilkan setiap tahun di Malaysia,” katanya.\rSementara itu, Vincent Tan berkata, keputusan Berjaya untuk melabur dalam projek itu didorong keperluan segera untuk beralih daripada proses pengeluaran kertas secara tradisional yang menggunakan pulpa kayu.\r“Antara isu besar yang dihadapi industri pulpa dan kertas dunia ketika ini ialah kekurangan bekalan pulpa kayu dan kesan negatif kegiatan pembalakan kepada alam sekitar.\r“Ia meningkatkan tekanan untuk mengurangkan penggunaan pulpa kayu, sekali gus memberikan peluang kepada Eco Palm untuk mengisi kekurangan berkenaan dan membantu memelihara sumber semula jadi dan alam sekitar,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.071951 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list