CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: genot

Hindu Jowo

[Copy link]
Post time 31-7-2012 03:45 PM | Show all posts
genot posted on 31-7-2012 02:37 PM
Hi...

Ruam Thai are Thai peranakan community with our senator representing us in the parliament.  ...

So, Ruam Thai are people in the border between Malaysia and Thailand. I have heard many fighting thai who are Muslims fighting against the Government there. Are those your people?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-7-2012 03:52 PM | Show all posts
Nope... We respect the Nai Long (Emperor). He's the Protector of Dharmm, the earthly image of Lord Narai (Narayan) ; )
Down-South, those people are evil drug dealers. I don't understand why these "Muslims" love to use "religious brand" to justify their evil-selves. Southern Thais were mainly Malays (Buddhists), some states began to turn into Islamic religion beginning 11th century when the people from the West arrived at the Western-Coast shore. Those from the state who refused to be Muslim turning to Thai kingdom in the North to protect our identity : )

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2012 05:30 PM | Show all posts
Untuk makluman dan berkongsi mengenai wangsa (dynasty) purba di Java Island dengan kawan2 keturunan India dan yang menganut ajaran Hindu atau Buddhism tak kira lah kamu keturunan apa pun. Hal ini akan memudahkan kamu memberi penerangan dharmm kepada orang Indonesia terutama yang sudah terkeliru demi menjamin kelangsungan dan kemurnian dharmma.

Harus diketahui juga mereka sebenarnya sebahagian daripada Mahabharat yang secara salah sudah dipaksa masuk Islam. Ia juga boleh mengembalikan semula kitaran karmma baik, menenangkan pitar (nenek moyang) kerana aku dapati apa yang disebut oleh Brahman2 Java Island sendiri sudah berlaku dan menyusahkan kita juga yang negara berjiran dengan Indonesia apabila mereka merempat ke Malaysia. Dinasti2 ini merupakan dinasti Hindu di situ, hanya satu dinasti sahaja menurut ajaran Buddhism.

Medang Kamulan

Ini kerajaan dianggap sebagai kerajaan lagenda di Central Java. Ia disebut sebagai kerajaan Medang Kamulan kerana bermaksud kerajaan yang permulaan (ke-mula-an). Hasil carian arkeologi masih belum ditemui lagi jadi ia hanya menjadi cerita lisan sahaja misalnya macam dalam kisah Lara Janggrang. Dalam cerita wayang kulit pun ada menyebut kerajaan Javanese ini merupakan tempat "bertakhta" Bhatara Guru (Dewa Shiva Shankara). Lagenda Aji Saka menyebut, negara Medang Kamulan merupakan tempat berkuasa Sang Prabhu Dewata Changgar yang kuku besi. Prabhu Dewata seorangraksasa yang suka makan daging manusia suka minum darah. Cerita lain pula menyebut kaitan kerajaan Medang dengan berdirinya kerajaan di Pulau Madura, disebut bahawa Medang Kamulan waktu itu diperintah oleh Sang Prabhu Giling Besi.

Sanjayawangsa

Menurut batu besulat Changgal, dinasti ini bermula sekitar tahun 732 AD oleh seorang bernama Sanjaya. Batu besulat itu ditemui di kampung Changgal, barat daya pekan Magelang di Pulau Jawa. Batu besulat bertulisan aksara Pallava dalam bahasa Sanskirit. Ia memberitahu tentang Shiv Lingga dibangunkan di pergunungan Kunjarakunja. Kawasan ini terletak dalam pulau arya Jawadvipam yang diberkati Mahalakshmi dengan beras dan galian emas.

Batu besulat memberitahu permulaan dinasti Sanjaya ialah selepas kemangkatan maharaja Sanna. Kerajaan Medang yang ditadbir oleh raja Sanna mula jatuh dan berpecah belah. Kekeliruan pula berlaku akibat kehilangan pemerintah dan pelindung Dharmm. Di tengah kekalutan itu, muncul Sanjaya menaiki takhta. Baginda adalah anak kepada Sannaha iaitu saudara perempuan raja Sanna. Sanjaya menjadi raja bukan kosong sahaja, baginda mempunyai kemahiran dalam sastram, seni bela diri, dan juga tactic peperangan. Baginda menakluki kawasan berjiran dan sekeliling kerajaannya mewujudkan mandala. Pemerintahannya mencapai keamanan dan kemakmuran untuk semua rakyat.

Dalam cerita Perahiyangan, raja Sanna dan raja Sanjaya dikenali melalui sejarah Pasundan (kerajaan Sunda atau Jawa Barat). Buku sejarah Jawa ini memberitahu, bahawa raja Sanna dikalahkan oleh Purbasora, iaitu raja kerajaan Galuh. Maka raja Sanna berundur ke Gunung Merapi. Kemudian, Sanjaya menakluki kembali kerajaan Mataram dan memerintah kawasan Jawa Barat, Jawa Timur dan Pulau Bali. Raja Sanjaya juga terlibat dalam peperangan dengan kerajaan-kerajaan Melayu dan kerajaan Kelingga  melawan maharaja Sang Sriwijaya yang bersemayam di Sumatera. Cerita Perahiyangan menceritakan asal-usul wilayah Jawa Barat dan hubungannya dengan dinasti Sanjaya.   

Dinasti Sanjaya kemudian dipaksa berundur ke utara Pulau Jawa oleh satu lagi dinasti sekitar abad ke- 8 AD iaitu dinasti Shailendra. Dinasti Shailendra di Pulau Jawa tidak diketahui wujud entah dari mana-mana sahaja. Bukti ada ditemui di batu besulat Kalasan. Semasa abad ini, dinasti Sanjaya memerintah bersama dengan dinasti Shailendra di kawasan Jawa Tengah. Mereka aman-aman sahaja berkerjasama memerintah.  

Shailendrawangsa

Ada ahli sejarah seperti orang Indonesia sendiri misalnya Purbacharaka membuat teori bahawa masa itu cuma ada satu kerajaan dan satu dinasti sahaja. Kerajaan dipanggil sebagai Medang dan Mataram sebagai ibu kota. Keluarga pemerintah dikenali sebagai Shailendrawangsa. Beliau berpendapat bahawa Sanjaya dan anak cucunya itu berasal dari keluarga Shailendra yang pada awalnya menyembah kepada dewa Shiva Shankara. Keluarga Shailendra mula berubah ke ajaran Buddha aliran Mahayana selepas raja Sankhara (Rakai Panaraban/Panangkaran) memeluk ajaran Buddha. Kemudian raja dari keluarga Shailendra yang menggantikan Rakai Panangkaran menganut ajaran Buddha Mahayana dan melindungi ajaran Buddha di Pulau Jawa sehingga pemerintahan Samaratungga. Teori ini berasal dari Batu Besulat Raja Sankhara, tetapi batu itu sudah hilang serta dari batu besulat Sojomerto serta manuskrip cerita Perahiyangan.   

Bukti lain mengenai keluarga Shailendra

Berdasarkan beberapa batu bersurat, keluarga Shailendra menggunakan bahasa Melayu Lama dan bukan bahasa Jawa. Jadi, batu-batu besulat ini menunjukkan asal-usul keluarga Shailendra yang bukan dari Pulau Jawa sebaliknya mereka berasal dari Sumatera dan mempunyai kaitan dengan empayar Sriwijaya. Teori yang ini berpegang bahawa keluarga Shailendra dan keluarga Sanjaya bukan keluarga yang sama. Mereka mempunyai hubungan rapat dengan empayar Sriwijaya dan dengan itu mampu menguasai Jawa Tengah dan menurunkan taraf golongan Rakai Jawa termasuk dari Sanjayawangsa menjadi raja-raja negeri sahaja. Maka pada abad ke-8 AD, raja-raja Mataram bawah pemerintahan keluarga Sanjaya menyembah kepada Shailendra dan empayar Sriwijaya. Pusat pemerintahan keluarga Shailendra terletak di Kedu Selatan sekitar Magelang di utara Yogyakarta zaman moden.

Hubungan Pulau Jawa dengan kerajaan orang Champa

Kerajaan Jawa mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan orang Champa di Vietnam dan pantai Kemboja sejak zaman kegemilangan dinasti Sanjaya. Orang Cham seperti orang Jawa merupakan orang-orang yang menurut budaya tamadun kehinduan. Contoh hubungan kerajaan2 ini adalah dalam ciri2 senibina kuil Hindu Champa yang juga boleh didapati di tengah Jawa yang kebanyakan dibina oleh keluarga Sanjaya.  

Perebutan Kuasa di Jawa Tengah

Rakai Pikatan iaitu putera mahkota Sanjayawangsa mengahwini puteri Pramowardhani dalam abad ke-8 AD, anakanda kepada raja Samaratungga Shailendrawangsa. Dari saat itu, pengaruh ajaran Shaiva mula bersinar semula menyaingi ajaran Buddha yang dilindungi keluarga Shailendra kerana Rakai Pikatan beragama Hindu. Rakai Pikatan kemudian mengalahkan Balaputradewa, anakanda kepada Samaratungga dan juga adinda kepada Pramowardhani. Dalam 850 AD, Sanjayawangsa berjaya merebut semula kekuasaan mereka di Mataram (Jawa). Hal ini mengakhiri kehadiran Shailendrawangsa di Jawa Tengah dan Balaputradewa terpaksa berundur ke Sumatera menjadi maharaja di situ sahaja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2012 05:45 PM | Show all posts
Ada masyarakat Javanese yang sudah kembali menganut Hinduism, satu perkembangan positif...







Yang ini aku tambah untuk bersyukur kepada Mata Dee, Jay Mata Dee!!! Semoga Muslim penipu kaki fitnah ditutup mulutnya


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2012 04:24 PM | Show all posts
Pengakuan mengenai orang Hindu bangsa Jawa



Om swasiastu, perkenalkan nama saya (dalam video) Eko Piriyanto - ahli Pagyuban Majapahit (Hindu). Saya ingin menyampaikan tentang apa yang telah terjadi dalam kalangan masyarakat Hindu Jawa. Banyak orang Jawa berpindah keyakinan menggadaikan keyakinan untuk sesuap nasik (tamak). Pandangan agama Hindu dalam bahasa Jawa, disebut ngakonin (mengakui saja) tapi tidak ngelakonin (melakukan). Sebabnya mereka berkemahuan kepada kebendaan dan memenuhi isi perut sahaja. Jadi yang bercakap dalam video berkata, perlunya cara bagaimana masyarakat Hindu Jawa boleh menjalankan Hindu dharmma semula? Bagaimana rakan2 beragama Hindu boleh membantu golongan yang menggadaikan keyakinan dan kesetiaan mereka terhadap Prabhu Maheswar? Mungkin ada sebarang idea yang boleh dikongsikan? Umumnya masih ada lagi masyarakat Jawa yang menjalankan Hindu dharmm. Tapi mereka tidak berasa yakin sahaja dengan dharmma yang dijalankan. Mungkin Parishad (badan Hindu Jawa) atau mana2 badan Hindu boleh menunjukkan jalan untuk orang Jawa berkeyakinan bahawa Hindu dharmma merupakan jalan terbaik bagi mereka? Mungkin menyedia peluang kerja (supaya mereka tak merempat dan masuk Islam dalam rumah orang Melayu)? Jadi mereka boleh mengakui kehinduan mereka, dan menjalankan kehinduan mereka?  



Nama gadis, Nioman Sri Reditttyani Rumiadha. Dia menceritakan tentang kehidupannya di sekeliling kuil Hindu dikenali sebagai Kuil Adittiya Jaya Rawamangun. Sejak kecil lagi dia bersembahyang di kuil ini serta menjalani kehidupan kanak-kanaknya di sekitar kuil ini kerana ada sekolah dekat kuil itu. Persatuan2 Mahasiswa Hindu di universiti2 berhampiran juga akan pergi ke koil itu sembahyang. Video menceritakan tentang aktiviti2 yang ada di kuil Hindu di Jawa (Nusantara).  

Dharmma Swaram (Voice of Hindu Dharmm) - Bali Hindu (Nusantara) Gong Dancing


http://www.youtube.com/watch?v=KuRs1JzTkiQ&feature=related



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2012 04:29 PM | Show all posts
Senarai Raja Hindu-Buddha di Medang Jawa

Senarai raja-raja dinasti Sanjaya untuk kerajaan Medang Kamulaan dan kota Java Mataram. Just to show that any association with Islam or Christian with Nusantara (Javanese mandala realm) is misleading. Nusantara belongs to Hindu civilization and South East Asia is further Bharat territory with kingdoms sending their bhakthi to Mahadev and Jambudvipa as mentioned in Mahabharat. Jangan ada konar cakap perkara2 Brahmana dalam Javanese kingdom sebagai datang dari Islam. Sebab baru 2-3 tahun lepas ada juga orang yang cuba mengarut dan menggunakan cara penipu Muslim yang klaim Javanese kingdom punya Hindu teaching jadi Islamic teaching apabila mereka klaim Sri Ayutthaya (Siam) kingdom as a Muslim kingdom. What a bullshit!  

Ini senarai menurut dari batu besulat Mantiyasih dan dari teori dikemukakan oleh Bosch untuk Medang Kings (including those from Srivijaya empire).

1. Sanjaya (Rakai Mataram Sang Dhatu Sanjaya) reign 730 AD

2. Rakai Panangkaran (Shri Rakai Panangkaran Diyah Panchapanna) reign 770 Ad

3. Rakai Panunggalan (Dharanendra) reign 782 AD - He expands Shailendra influence to Malayan Peninsula n Indochina mainland

4. Rakai Warak (Samagraveera) reign 802 AD - at this point Cambodia gained its independence from Java as it was Shailendra family who subdued Cambodia and Champa kingdoms. Both Java Island and Cambodia were vassals to Srivijaya empire.

4. Rakai Garung 828-847 AD

5. Rakai Pikatan (Shri Maharaja Empu Manuku) reign 840-856 AD

6. Rakai Kayu Wangi (Shri Maharaja Diya Lokapala Shri Sayyawasanotunggadeva) reign 856-880 AD

7. Rakai Watuhu Malang reign 890 AD

8. Diyah Belitung (Shri Maharaja Rakai Watukara Shri Dharmodaya Mahashambo) reign 899-911. His influence and mandala only reached Jawa Timur, Jawa Tengah and Pulau Bali. Malayan Peninsula and other islands has nothing to do with Java at this point.

Pendapat dari orang Indonesia seperti Slamet Muliana menyatakan senarai ini bukan menunjukkan salasilah Sanjayawangsa. Ia merupakan senarai raja2 yang pernah berkuasa di kerajaan Jawa Medang. Ia berdasar kepada nickname Rakai Panangkaran dalam batu besulat Kalasan iaitu Shailendrawangsatilak bermaksud permata dinasti sailendra. Jadi menurut Muliana, ini Panangkaran mungkin dari keluarga Shailendra. Bukan keluarga Sanjaya (orang Hindu Jawa). Analisis Muliana atas beberapa batu besulat lain seperti Kelurak, Nalanda dan Kayumwungun juga memberi kesimpulan bahawa Rakai Panangkaran, Rakai Panunggulan, Rakai Warak, dan Rakai Garung merupakan ahli keluarga Shailendra. Yang baki sahaja dari keluarga Sanjaya. Manakala Rakai Kayu Wangi berketurunan dari Shailendra dan Sanjaya.

Senarai Raja Selepas Raja Diyah Belitung

1. Mpu Daksha (Shri Maharaja Dakshottam Bahubajra Pratipaksaksya Uttunggawijaya) reign 913-919
2. Diyah Tulo Dhong (Shri Maharaja Rakai Layang Shri Sajjana Sanmatanuraga Uttungadewa) reign 919-924  
3. Diyah Wawa (Shri Maharaja Rakai Sumbadiya Wawa Shri Wijayalokanamotungga) reign 928-929 AD

Selepas ini masuk dinasti baru di negara orang Jawa iaitu Ishanawangsa.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-8-2012 06:42 PM | Show all posts
Tantrayana di Nusantara

Salah satu perkara dalam pemikiran orang Hindu adalah berkaitan dengan tujuan hidup kita. Ada dikatakan bahawa tujuan hidup ini adalah untuk mencapai sorga iaitu satu tempat dalam pemikiran kita yang dipenuhi dengan kegembiraan, kenikmatan, keabadian dan pencerahan. Kata sorga ini adalah bentuk lama kepada perkataan syurga dalam bahasa Melayu moden. Dalam bahasa Inggeris, kata nama untuk perkara tersebut adalah heaven atau paradise.

Dalam jaringan masa, seseorang itu mencari jalan untuk segera mencapai sorga ini. Semenjak Tuhan itu mutlak dan abadi, makanya Dia tidak aktif dalam kegiatan. Kegiatan bukanlah suatu benda yang mutlak maka kegiatan mempunyai awalan dan pengakhiran. Kegiatan bukan suatu yang abadi. Maka kemungkinannya pemikir Hindu berpendapat bahawa jika Tuhan itu tidak aktif dan tidak giat bagaimana pula dengan ciptaan-Nya? Sebabnya Tuhan menciptakan seluruh jagat raya (universe) ini. Maka para pemikir Hindu sampai kepada teori bahawa semenjak Tuhan tidak bergerak ke mana-mana pun, jadi mestilah sakti-Nya bersinar dari-Nya. Sakti ini bermaksud Kuasa-Nya lah dalam bahasa Melayu sudah ada konsep sakti dalam perkataan seperti kesaktian untuk menerangkan perkara mistik yang diminati oleh orang Melayu dan juga warganegara Nusantara (Indon). Dewa Siva Maheswara mempunyai Sakti. Sakti-Nya adalah Dewi Durga. Bagi penganut Buddha Mantrayana, Dewi Durga dikenali juga sebagai Dewi Tara. Konsep ini sangat pesat berkembang. Buku suci Tantrayana dan pengikutnya dipanggil sebagai Sakta. Dalam aliran ajaran Buddha ia dipanggil sebagai Buddhatantra dan dalam kalngan penganut Hindu, ia dikenali sebagai Kalabhairava (Dewa Siva).     

Dalam aliran Tantrayana ini, aspek kewanitaan berada dalam kedudukan tertinggi. Wanita berkedudukan lebih tinggi daripada dewa-dewa. Dalam adat-istiadat Perpatih orang Minangkabau dari Sumatera (mereka pengikut Hindu Tantrayana sebelum diislamkan), wanita diberikan keistimewaan dari orang lelaki. Selain itu, aspek seperti amalan beryoga, tangkal, pergerakan mudra tangan, penulisan montra rahsia, dan juga konsep-konsep sekular ada juga dalam aliran Tantrayana. Bagi mereka yang mencapai sorga, maka mereka akan memenuhi panchaindera mereka dengan amalan keduniaan. Dari sini dalam bahasa Melayu, kamu dapat melihat perkataan panchaindera seperti dalam surat khabar hiburan bahasa Melayu    

1. Madu: minuman keras
2. Matcha: makan ikan
3. Mangsa: makan daging
4. Mudra: amalan pergerakan tangan
5. Maithuna: hubungan jenis

Dlam konsep ini, tiada had dikenakan dan tidak perlu lagi kawal panchindera yang membawa makhluk kepada sorga. Panchaindera dipenuhi bagi mencapai tujuan sorga. Amalan ini ada diamalkan oleh orang Indonesia seperti dari Pulau Jawa untuk mendapatkan kebal, mereka akan makan daging orang yang mengamalkan amalan persilatan atau lain-lain. Orang2 ini bukan penganut ajaran Islam atau ajaran Kristian. Mereka adalah pengikut aliran Tantrayana. Ia sebenarnya diamalkan oleh orang2 yang berkemampuan tinggi sahaja. Kalau tidak berkemampuan tinggi maka pelbagai perkara yang tak sepatutnya akn berlaku.

Pulau Bali

Menurut buku suci dari kerajaan Jawa Timur, Sang Hiyang Kamahayanikan, ajaran Tantra memang diamalkan di Pulau Jawa pada abad ke-10. Pada zaman itu, raja bernama Dharmawangsa (Dharmavamsa) memegang takhta kerajaan Mataram. Pulau Bali pula ditadbir oleh raja Udayana Varmadewa. Raja Udayana berkahwin dengan Puteri Gunapriya Dharmapatni. Ada tiga batu besulat yang merekodkan tentang tiga orang tokoh sejarah Nusantara ini.

Hubungan Pulau Jawa dan Pulau Bali sangat rapat. Dipercayai aliran pemikiran dan amalan di Pulau Bali datangny dari Puteri Gunapriya dari Jawa Timur. Bermula 998 AD, berlaku perubahan ketara di Pulau Bali menurut batu besulat:

1. Bahasa Bali Purba mula diubah menjadi bahasa Jawa Purba di batu besulat. Mereka mula mengguna kalendar Jawa yang mempunyai 210 hari dalam setahun. Sistem penanggalan (dating) ini masih diguna sampai sekarang. Setiap kuil di Bali akan menyambut ulangtahun setiap 210 hari.   

2. Pengenalan hari Galungan dan Kuningan yang merupakan upacara terbesar di Bali. Di India peristiwa ini dikenali sebagai Kumbhamela.

3. Pengenalan kepada tokoh seperti Rangda iaitu ahli sihir wanita yang berwajah menakutkan dengan lidah terjelir sampai ke dada dan rambut mengerbang. Jika anda menonton Barongan Jawa dan Bali pasti anda akan melihat Rangda.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2012 02:46 AM | Show all posts
Some good Nusantaran Hindu (Javanese and Balinese Hindu) blogs in bahasa Indon. You may use google translator if you could not understand them. I can't understand bahasa Indon too especially the terms and grammar are different, lol...

http://kebangkitan-hindu.blogspot.com/

http://cakepane.blogspot.com/sea ... &max-results=50
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.048324 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list