CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: genot

Hindu Jowo

[Copy link]
 Author| Post time 24-11-2011 11:02 PM | Show all posts
Post Last Edit by genot at 24-11-2011 23:05

Sastera Hindu Jowo, Tembang Majapat

Tembang Jowo Dhandanggula


Ini adalah jenis aku agak seperti kirtann zaman pertengahan Hindu-Jowo Majapahit dari abad ke-13 sampai ke-15. Aku tak tahu terejemahkan kirtann ke bahasa Tamil ialah apa. Apa yah kirtann dalam bahasa Tamil? Bhajan mungkin? Ia bukan hak milik Islam tetapi adalah hak milik Hindu-Javanism. Pulau Jowo masih beragama Hindu sampai abad ke-15 ketika Portugis datang, serta melawan kemasukan Islam dari kawasan pantai Barat Pulau Jowo. Ada banyak jenis aku rasa, benda ini. Di bahagian Jowo Timur dan Pulau Bali, ia masih mengekalkan kehinduan manakala yang di Jowo Tengah sudah tercemar sedikit dengan Islam.


  http://www.youtube.com/watch?v=XlTSqVPGPho&;feature=related

Sekar Majapat Ginanthi


http://www.youtube.com/watch?v=6ybZAmrviwA&feature=related

voice contributor: W. Ragamuliya

Majapat



http://www.youtube.com/watch?v=MzU28Q9IrKI&feature=related


Aku percaya bahawa saudara-saudari Hindu dihormati sekelian dari seluruh dunia perlu tahu budaya orang2 ini serta keagamaan istiadat mereka supaya saudara-saudari dapat mengajarkan tharmma dengan lebih baik kepada Pulau Jowo dan Indonesia. Majapat ini juga digunakan oleh penganut Hindu-Javanism untuk menjalankan thapasvinn selain mempunyai ajaran tharmma.

Serat Montra Vedhattam, Hindu Dharmm


http://www.youtube.com/watch?v=ypwODttE2AE&feature=related

Tembang Bedhaya Pangkur, untuk Thapa

Tapa membolehkan berhubung dengan para dewata, aku tak pasti di mana bahagian mereka sebutkan mengenai Dewa Shiva. Mungkin mereka malu walaupun Dewa Shiva adalah Satu Kebanggaan.


http://www.youtube.com/watch?v=UnWQb5-7ze0&feature=related

Smaradhan Remix Tembang Hindu-Javanism


http://www.youtube.com/watch?v=atAW3cUYkUg&feature=related

Ada seorang cousin aku, bapaknya adalah seorang Jowo dari Johore yang berketurunan bangsa Indonesia. Aku mendapati bahawa dia sangat berbangga dengan Hindu-Kejavanism maka aku menasihatnya agar mencari pendita Brahman dan mengikat benang suci menurut upanayann jika dia benar2 serius tetapi dia hanya diam sahaja. Kenapa begini?! Adakah dia takut ditahan di Kem Hulu Selangor lalu membayar harga tidak mengikut agama dan istiadat bapaknya walaupun berkebanggaan?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-11-2011 11:40 PM | Show all posts
Post Last Edit by genot at 24-11-2011 23:42

Ditujukan untuk saudara-saudari Hindu dari aliran Saiva tidak mengira bahasa anda apa pun. Sebagai penghormatan atas kebaktian kepada Dewa Shiva. Diharapkan Dewa Shiva, Maha Yogi membersihkan Pulau Jowo serta membersihkan semula perangai Jowo2 menjadi bersikap baik dan menjadikan mereka penganut Hindu yang betul2 semula jika mereka betul2 hendak kembali ke Majapahit Java-Hinduism. Bukan menjadi hypocrite dan penakut selain membuat mereka jangan merosakkan ajaran Brahmana, resi2 yang mulia, dan para dewata dengan mencampur aduk dengan agama lain yang tak ada kaitan. Sivachariars and respective Hindu Tamil Expats must help also. Pastikan Hinduism yang asli, pastikan aliran yang disahkan oleh kesepakatan Hindu Dharmm jika tersalah harus dibetulkan!


http://www.youtube.com/watch?v=M6B2LmGuH1Q&;feature=related

Movie Contributor: Dakshayagnyam
Voice Contributor: Honorable Late, Suribabu Garu


http://www.youtube.com/watch?v=kjZ6N9IIdT0

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2011 11:52 PM | Show all posts
If pendakwah come to saudara-saudari kehinduan, you must invoke, Jay Maheshwar, Shiv Shankar!!! Jowos also say Jaya Maheswara, stop calling yourselves Muslims, Majapahit don't want Islam no such thing as Islam in Jowo Island! Respect Lord Shiva!


http://www.youtube.com/watch?v=w46gmDfUaQ0


http://www.youtube.com/watch?v=n377ufFkD9s&feature=related


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2011 04:04 PM | Show all posts
Negarakertagama


Bhattara Guru Manikmaya, Dewa Siva Maheswara


Ini adalah hasil kesusasteraan atau Kaviyam kebanggaan Hindu Jowo bermaksud Negara dengan Tradisi Hindu Dharmm Yang Suci. Ia dikarang oleh Brahman Jowo, Prapancha dalam tahun 1365. Ia menghuraikan tentang istana kerajaan kehinduan Majapahit semasa pemerintahan Prabhu Hayam Wuruk yang merupakan maharaja Pulau Jowo dan Nusantara. Baginda Hayam Wuruk bertakhta dari tahun 1350 sampai 1389 iaitu zaman kegemilangan Hindu Dharmm di Pulau Jowo serta kegemilangan kerajaan Hindu Majapahit. Ada juga penerangan tentang wilayah-wilayah yang dijajah oleh Majapahit yang mengantarkan ufti ke maharaja di Jowo.

Dalam kitab sejarah Hindu ini, ada 98 pupuh yang disusun oleh Brahman dengan rapi:

Bahagian Pertama Nagarakertagama

Pupuh 1-7 menceritakan keluarga diraja Majapahit.
Pupuh 8-16 menceritakan tentang kota Majapahit.
Pupuh 17-39 mengisahkan tentang perjalanan ke Lumayang.
Pupuh 40-49 menceritakan tentang salasilah maharaja Jawa, Prabhu Hayam Wuruh.
Pupuh 40-44 mencatatkan sejarah raja2 Hindu Singosari.
Pupuh 45-49 pula mengenai sejarah raja2 Hindu Majapahit dari Kartayasa Jyawardhan - Hayam Wuruh.   

Bahagian Kedua

Pun ada 49 pupuh...

Pupuh 50-54 : kisah maharaja Hayam Wuruh berburu di hutan Nandava.
Pupuh 55-59 pula kisah Hayam Wuruh pulang ke Majapahit.
Pupuh 60: huraian mengenai buah tangan dibawa pulang ke Majapahit serta tempat2 singgahan.
Pupuh 61-70: Hayam Wuruh memberi perhatian kepada upacara menyembah moyang menurut adat istiadat Hindu dengan Pesta Shrada dan berziarah ke Chandi yang menyimpan abu nenek moyang.
Pupuh 71-72: huraian tentang kematian Patek Gajah Mada.
Pupuh 73-82: huraian tentang bangunan2 suci serta koil di Jowo dan Bali.
Pupuh 83-91: huraian tentang upacara berkala yang berulang2 setiap tahun di negara Hindu, Majapahit. Ada mesyuarat, kirapan, dan pesta tahunan.
Pupuh 92-94: pujian terhadap pujangga termasuklah dari Brahman Prapancha kepada maharaja Jawa, Hayam Wuruh.
Pupuh 95-98: huraian terhadap Brahman Prapancha yang mengarang kitab periwayatan Hindu Dharmma Tradisi Jowo.

Biodata Ringkas Brahman Prapancha

Nama betul beliau, Dang Acharya Nadendra. Beliau menjaga urusan keagamaan ajaran Buddha di istana Majapahit. Bapanya pembesar dalam istana Majapahit juga berpangkat Dharmmadhiyaksh Kasogotan. Kitab habis ditulis semasa berthapa di lereng gunung desa Kamalasana. Nama Nagarakertagama diberikan oleh Arthapamasah yang menyalin semula kitab ini pada tahun Saka 1662 (1740) di Kanchana, dalam tulisan Hindu-Bali.


http://www.youtube.com/watch?v=HfrOSJRCsfM&feature=related





Ommm Namah Shivaya!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2011 04:30 PM | Show all posts
Betara Guru




Om Namah Shivaya, Namo Maheswar Mahadev! Betara Guru atau Manikmaya merupakan panggilan lain kepada Dewa Siva di Pulau Jowo oleh penganut Hindu-Kejawen Jowo. Ia mungkin terjadi sedikit percampuran keagamaan kerana dikelirukan oleh pendakwah tetapi cerita asalnya boleh dirujuk semula ke Purana. Di Malaysia juga ada terdapat penganut Hindu-Kejawen tetapi mereka tidak ke Devasthanam untuk menyembah puja sangat lah dikesali kerana menyebabkan perpecahan antara umat Hindu. Devasthanam di Malaysia adalah terbuka untuk orang menghormati para dewa dan guru2 sertai mempunyai cerdik pandai untuk membantu memahami ajaran keagamaan dengan lebih baik.

Betara Guru merupakan Dewa dan Raja di Kahiyangan. Dia menghantar wangsit kepada para wayang, memberi karunia, dan menyampaikan widdhi kepada resi2 dan pertapa. Batara Guru mempunyai Sakthi iaitu Dewi Uma serta mempunyai anak-anak. Menurut tradisi perwayangan Hindu-Jowo anak-anak Batara Guru dimulakan dengan:

1. Bhattara Shambu
2. Bhattara Brahma
3. Bhattara Indra
4. Bhattara Vayu
5. Bhattara Vishnu
6. Bhattara Ganesh
7. Bhattara Kala
8. Hanoman

Betara Guru tercetus dari cahaya yang gemerlapan dari Sang Hiyang Tunggal (Paramatman). Baginda tercetus dengan cahaya berwarna kehitam-hitaman yang berasal jadi dari Ismaya (Semar). Sang Hiyang Tunggal memutuskan bahawa Manikmaya (Dewa Shiva) berkuasa lah di Suriyalaya manakala Ismaya akan turun ke bumi mengasuh para Pandava. Adapun, Batara Guru semasa tercetus itu berasa bahawa baginda sempurna tiada cela. Maka Sang Hiyang Tunggal mengetahui hal tersebut lalu Sang Hiyang Tunggal bertitah bahawa jika Manikmaya tiada kecelaan maka baginda akan memliki cela berupa lemah di kaki, belang di leher, calingan di leher dan berlengan empat.

Selepas mendengar titah Sang Hiyang Tunggah maka Batara Guru (Manikmaya) menyesalinya kerana titah Sang Hiyang Tunggal itu benar2 terjadi. Satu masa, Manikmaya terasa dahaga lalu baginda bertemu dengan telaga. Semasa berminum itu, air itu didapati beracun maka ia diludahkan semula oleh Batara Guru. Semasa Jesus lahir, Batara Guru turun menyaksikan kelahiran baginda. Lalu Batara Guru terpikir bahawa manusia semasa kelahiran itu lemah kakinya. Lalu Batara Guru terkena ketulahan dan kaki kiri-Nya menjadi lemah.  

Semasa bertengkar dengan Uma Thewi, Batara Guru mengutuk-Nya agar menjadi berchaling seperti raksasa. Maka ia terkena kepada Batara Guru. Semasa Batara Guru melihat manusia memuja dengan pakaian berlitup tubuh maka baginda ketawa kerana terpikir orang2 itu nampak seperti berlengan empat. Maka Batara Guru berlengan empat pulak.

Penceritaan ini mungkin dicampuri oleh usaha membuang unsur Kehinduan dari Hindu-Kejawen oleh Pendakwah Islam Sembilan Orang yang cuba menggunakan tradisi Hindu iaitu Wayang untuk menyampaikan Islam kepada orang Jowo walaupun Islam tidak sesuai kepada mereka. Contoh lain ialah seperti, penyebutan dhrona menjadi dorna (nishta), ceritera tentang Yuddhishthira mesti menyebut ucapan orang Islam untuk diiislamkan itu sebelum ke sorga. Batara Guru merupakan satu-satunya wayang kulit yang digambarkan dengan kedudukan mengadap ke depan iaitu ke arah menusia. Ia boleh dilihat pada kedudukan kakinya. Disebabkan bentuknya adalah tayangan wayang maka ia mengadap ke tepi. Vahana Batara Guru adalah Nandi.

Sumber: http://www.arsingtadda.com/724/b ... ajai-kahyangan.html
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2011 06:05 PM | Show all posts
Kavi Sutosama




Kavi atau Kekawin Sutosama ini sangat terkenal dalam kalangan Jowo2 sekelian. Dari kavi inilah Indonesia mendapat semboyannya dalam bahasa Jowo iaitu Bhinneka Tunggal Ika (bab 139.5). Ia menceriterakan epik antara pangeran Sutosama sebagai protagonist. Kitab ini memesan supaya para bhakthan dewa Shiva dan penganut ajaran Buddha jangan bergaduh. Ia dikarang oleh Mpu Tantular pada abad ke-14. Mpu Tantular seorang Hindu, bukan seorang Islam!

Ringkasan Kandungan

Sang Buddha menjelma kepada putera Hastina, prabhu Makaketu. Puteranya Sutosama. Maka selepas dewasa Sutosama sangat rajin berpujaan dan sayang akan Buddha. Baginda tidak suka berkahwin dan tidak mahu menjadi raja. Suatu malam Sutosama melarikan diri dari Hastinapuram. Kejadian ini menimbulkan huru hara dalam istana. Sang raja dan permaisuri rasa sangatlah sedih menyebabkan isi istana cuba menghiburkan mereka.

Sampainya di hutan, Sutosama memuja di koil dekat situ. Lalu dewi Vidyugarali muncul bertitah kepadanya bahawa pemujaan diterima dan akan dikurniakan. Pangeran lalu mendaki ke gunung Himalaya sambil ditemani oleh beberapa pandita. Sampai di sebuah tempat bertapa, pangeran Sutosama mendengar ceritera serang raja yang menjelma menjadi raksasa memakan manusia.

Raja itu namanya Purushad atau Kalmasapad. Waktu daging santapan baginda prabhu Purushad disediakan, dagingnya sudah dimakan anjing dan babi. Tukang masak berasa risau dan tergesa2 mencari daging ganti tapi tidak mendapat. Lalu beliau ke perkuburan dan memotong paha mayat dan menyajikannya kepada raja. Raja suka makan daging itu dan berasa ia sedap sekali. Memang begitu sebab baginda raja adalah jelmaan raksasa. Kemudian baginda tanya tukang masak, tadi tu daging apa? Tukang masak berasa takut jadi dia memberitahu itu daging manusia. Sejak itu raja suka menghantam daging manusia. Rakyat semua pun habislah dimakan, ada yang lari keluar negara. Satu hari raja mendapat cedera di kaki tidak lah mahu sembuh. Akibat sakit, baginda menjelma menjadi raksasa lalu masuk dalam hutan.

Baginda membuat kaul akan beri sembah 100 raja kepada Bhatara Kala kalau kakinya sembuh dari luka. Para pandita semua minta tolong Sutosama membunuh raja jahat itu tapi Sutosama tak mahu. Lalu, Dewi Prithvi muncul dan memohon kepadanya. Lagi dia tak mahu juga, dia cuma mahu thapa saja. Maka Sutosama terus lah jalan sampai jumpa raksasa ganas berkepala gajah memangsakan manusia.

Raksasa itu mahu memakan Sutosama jadi mangsanya. Sutosama tidak mau lawan. Semasa hendak tangkap Sutosama, raksasa jatuh atas tanah lalu terkena Sutosama. Ia jatuh macam gunung menghempap Sutosama. Raksasa tak dapat tangkap Sutosama sebaliknya cuma mendengar ceramah ajaran Buddha saja bahawa kita tidak boleh bunuh sesama manusia. Raksasa menjadi siksha (pelajar) nya.

Kemudian Sutosama lagi jalan. Baginda bertemu dengan naga pulak. Naga dikalahkan dan naga pun menjadi siksanya. Kemudian Sutosama mengembara lagi bertemu dengan harimau betina lapar. Harimau itu memakan anaknya sniri. Sutosama melarang harimau itu dan memberi banyak alasan. Harimau sudah lapar tetap berkeras. Lalu Sutosama menawar dirinya menjadi mangsa harimau asal jangan makan anak harimau. Harimau menerkam Sutosama menghisap darahnya juga. Ia berasa sungguh segar dan nihmat sekali. Selepas itu harimau sedar dirinya dan menyesal sebab makan Sutosama. Maka Bhatara Indra menjelma dan membawa Sutosama kembali. Harimau menjadi pengikut Sutosama.

Ketika itu, Prabhu Kalmasapad (raksasa) berperang dengan Prabhu Dasabahu. Prabhu Dasabahu sepupu dengan Sutosama. Prabhu Dasabahu jumpa dengan Sutosama lalu pujuknya pulang dan mahu mengahwinkan Sutosama dengan puterinya. Lalu Sutosama berkahwin. Anak Sutosama kemudian diberi nama Sutosama Junior.

Diceriterakan lah mengenai Prabhu Kalmasapad. Baginda mengumpulkan 100 orang raja lalu disembahkan kepada Bhatta Kala. Tapi Bhatta Kala tak mahu terima mereka. Bhatta Kala mahu menyantap Prabhu Sutosama saja. Lalu Prabhu Kalmasapad pergi menangkap Prabhu Sutosama tapi baginda tak melawan pun maka senang lah ditangkap. Setelah itu Bhatta Kala mahu mengambil korban Prabhu Sutosama dengan syarat lagi 100 raja lain kena dilepaskan. Prabhu Kalmasapad berasa malu pula dengan kavul nya maka dia pun kembali ke pangkal jalan melepaskan semua raja.

Manggal Sutosama

Manggal memuja Shri Vajranyana yang menjadi isi kepada kesunyataan. Apabila Shri Vajranyana menjelma maka ia keluar dari semadhi Bodhichittam bersemayam dalam benak. Beberapa Yuga Brahma, Vishnu, dan Shiva menaunginya. Dalam Kaliyuga datanglah Sang Buddha membinasa kejahatan.

Manggal Versi bahasa Melayu

Shri Vajranyanna, jelmaan sempurna kesunyataan yang uttama dalam dunia. Nikmat murni teguh di hati, kuasai semuanya bagai kayangan agung. Jelmaan Pelindung Tunggal yang menganugerahi hidup kepada Tribhuvan seru alam. Bagaikan bulan terang dan matahari gemilang warnanya keluar dari batin orang yang bersedaran.

Ia yang diterangi, yang tunggal dengan Tuhan. Memang benar2 Raja para Yogi yang berjaya. Kemunculan segala Sunyatavidyam baik yang kasar mau pun yang halus, diajikan dalam puja montram yang penuh tumpuan. Singkatnya, mari mencari-Nya dengan betul dalam hati dengan sokongan yoga dan semadhi yang penuh. Bagaikan seorang yang merana hatinya, merasa kemurnian nirmalchintiyarupam (tidak terbayang). Maka itulah ketenangan hati yang dituju Siddhayogi yang sempurnna.

Biar daku memuja dengan murni dan bhakthi tiada taranya, sebagai sharana menulis kavi indah. Tak dapat dibayang yang aku jayanya menulis kavi kerana tiada tahu tatacara sastramatram. Namun, malu sungguh, terganggu oleh manah (pikiran) akan sebuah kaviyam di ibukota. Purbaprastavanim (awalan), dari semua cerita, aku gubah diturunkan dari ceritera sang Buddha. Dahulukala ketika dwaparyug, tretayug, dan kretayug serupa sarwadharmmanggaraksha. Tiada lain, Sang Hiyang Brahma, Vishnu, Shiveshwara menjadi Bhupatti di Martiyalok (dunia fana). Kaliyuga ini, Shri Jinapatti turun ke sini menghancurkan kejahatan dan keburukan.   


Pupuk Penutup

Maka inilah pengabes sebuah karya ceritera indah digubah dari Buddhacharitam. Oleh sang kavi Empu Tantular yang mengarang kekawin indah. Terkenal ke seluruh jagat dengan nama Purushadashanta (menyopankan raja Purushad). Dirgahayu (panjang umur) semua yang mendengarnya. Bhrashtang (punah lebur) semua durjana, sunyakaya tiada daya, gementar, takut ngeri. Dari Shri Rajasa bhupattiraj yang bertakhta di Jowo. Para hambanya berhati murni dan melaksana titah perintah tanpa salah. Ramai sungguh wiradhika (pahlawan unggul), sejumlah ribuan memberi gentar sama musuh. Ramya sang sagara dan laut di bawah kuasanya. Ibukotanya Vilaktika (Majapahit) indah anupama (tiada terbayang).

Ramainya kavi tua, muda, menggubah gitam (lagu) dan kavi mengadap sang Aji (raja). Bagai Sang Hiyang Chandran kuasanya bersinar ke jagat. Bedanya dengan karyaku, bagaikan gajah terbang atas tanah. Tak mungkin lah sama orang bodoh seolahnya mengarang kavi indah. Bagai orang bengong tentang keperluan sang kavi tiada tahu tatacara kaviyam. Tetapi Shri Ranamenggala juga yang menjadi turutan aku.  


Semboyan Indonesia

Sebagai pemerintahan Hindu, aspirasi dari kerajaan Majapahit Pulau Jowo diambil lah menjadi semboyan negara Indonesia yang moden. Oleh itu agama Hindu Dharmma sepatutnya menjadi agama kebangsaan Indonesia dan agama nenek moyang segala Hindu-Kejawen Jowo, bukan Islam atau Kristian! Semboyan diambil dari pupuk 139 bahagian kelima...

Katanya dhatu (unsur) berbeda itu Buddha dan Shiva. Mereka memang berbeda tapi bagaimana boleh dikenali? Sebab kebenaran Jina (Buddha) dan Shiva itu tunggal sahaja. Terpecah belah lah itu, sebab dharmma cuma satu!


Kekawin Sutosama ini pengarangnya Empu Tantular. Mengarang pada zaman Prabhu Rajasanagar atau Hayam Wuruk. Tidak tahu bila dikarangnya, tapi diagak sarjana Indonesia ditulis dalam 1365-1389. Kekawin ini lebih lewat dari Nagarakertagama yang dikarang oleh Empu Prapancha. Pada 1365, selesai penulisan kavi ini maka Shri Rajasanagar mangkat. Karya lain empu Tantular adalah Arjunavivaha.

Bhinneka Tunggal Ika Jowo




Say: Om Namah Shivaya!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-11-2011 11:52 AM | Show all posts
Sang Hiyang Kamahayanikan

Kitab ini adalah kitab aliran Tantra dan ada persenyawaan dengan ajaran Sang Buddha dalam aliran Mahayana. Mungkin dituliskan pada zaman Empu Sendok yang menjadi maharaja Pulau Jowo pada tahun 929-947 di Jowo Timur. Ia kitab yang dikira masuk dalam sastera Jowo purba dan kebanggaan orang Hindu sekelian.

Ia mempunyai penerangan terperinci mengenai dewa-dewi. Sangat terperinci juga tentang cara memuja roh nenek moyang yang sudah mangkat di chandi2 Jowo serta cara2 menjalankan thapas. Untuk mendapatkan bahagian berbahasa Jowo-Sanskirit purba boleh lah di-click di link yang diberikan. Saudara2 kehinduan boleh print banyak2 dan pakai jugak serta sebarkan kepada Jowo yang bangga supaya mereka kembali ke kehinduan.

http://shivabuddha.blogspot.com/2010/08/sang-hyang-kamahayanikan.html

Sekarang ini, apa yang kita cuba lakukan saudara-saudari kehinduan? Kita harus membawa kaum Jowo ini kembali ke lingkungan kehinduan kerana mereka memang mempunyai keinginan untuk kembali ke kehinduan cumanya ramai generasi muda mereka sudah dikelirukan oleh ajaran sesat kerana dicampur Islam. Mereka tidak tahu bahawa mereka adalah hindu belaka. Aku berpendapat para ekspatariat berketurunan Tamil dan keturunan2 lain sangat layak membuat sumbangan dan jasabakti kepada mereka ini jika di Indonesia. Ada juga saudara-saudari keturunan Tamil di Sumatera cuma aku rasa mereka perlu masuk juga ke Pulau Jowo dan membentuk komuniti yang kuat di Pulau Jowo bagi menghindukan semula Pulau Jowo sepenuhnya jadi ramalan Brahman Sabda Palon dari istana Jowo akan terpenuh. Ramai saja anak muda Jowo di Gombak, Kelang, Langat, di Johor, di Batang Kali dan lain-lain. Mereka tidak perlu menjadi Islam pun dalam IC, lebih baik mereka mendaftarkan diri mereka menjadi Hindu kerana lebih membanggakan nenek moyang.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2011 10:31 PM | Show all posts
thanks genot for the info, sangat sangat berguna
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-11-2011 03:26 PM | Show all posts
Post Last Edit by genot at 28-11-2011 15:36

Primbon Hindu Jowo-Kejawen




Primbon Jowo adalah kitab Hindu-Kejavanism yang digunakan untuk meramal sesuatu peristiwa atau mencari harti bagi sesuatu kejadian. Ia adalah warisan dari agama Hindu dan Brahmanism. Mereka ada memberikan nama kepada hari2 yang sudah tercampur dengan nama hari orang Islam seperti Jumaat Keliwont atau Selasa Keliwont.

Jumaat Keliwont adalah malam apabila alam ghaib bertembung dengan alam manusia dan setan-setan hantu bertebaran. Dalam masyarakat Melayu Semenanjung, benda ini tidak lah wujud walaupun orang Melayu itu adalah pengamal animisme kerana orang Melayu lebih banyak terkait dengan ajaran Buddha.

Aku kadang2 diperli oleh seekor shaitan melayu mungkin orang Perak berketurunan Mendahiling Rawa Chaprut, Jowo Banjar atau Jowototok yang pandai sihir dalam board lain bahawa aku bekas penganut ajaran Buddha walhal nenek moyang orang Melayu kan penganut ajaran Hindu-Buddha (agama UMNO juga). Aku cuma menganut agama kebangsaan mereka saja. Gemar juga mengutuk orang India sebagai paria sedangkan paria itu adalah nenek moyang mereka sendiri, hahahaaha. Ingat aku peduli kah? Dengan pembukaan thread ini diharapkan mereka sedar sedikit diri mereka itu sendiri, sesuka hati sahaja mengutuk keji orang India/Hindu dan para Brahman.

Keliwont

Apa ini Keliwont? Tak kira petang hari Selasa Keliwont mengikut kalender Hindu-Kejawen Jowo, atau Jumaat Keliwont, ia merupakan hari2 ritual Hindu yang diadakan di kawasan Chepuri dan Parangkesumo misalnya di daerah Yogayakarta di Pulau Jowo. Jowo di Malaysia juga mengamalkannya tetapi mengaku mereka orang Islam maka pendapat aku mereka adalah orang Hindu yang cuba menyesatkan orang Hindu lain dengan ajaran sesat mereka bercampur ajaran sesat Islam. Mereka mesti diperbetul oleh Sivachariar semula. Hari2 Keliwont ini dihormati dan selepas itu akan ada thapas 40 hari mengikut agama Hindu Kejawen Jowo.

Apabila mereka sudah thapas 40 hari, mereka setengah juga ada puasa tiga hari sahaja bermula Selasa Keliwont sampai Jemaat Keliwont. Jurukunci di Pantai Parangkesumo Jowo macam Bapak Jowo Suraksotarwono (Surakshotarwant) juga ada memberitahu bahawa sudah thapas 3 hari pun cukup, baki 37 hari sudah kira juga oleh para dewa. Jowo2 di pulau2 lain akan ikut kalender berbeza2. Jowo di Jowo Tengah akan memulakan hari suci berpuasa kehinduan pada Jemaat Keliwon manakala yang lain2 pada hari lain.

Di kawasan Kemukus di Jowo Tengah, petang Jemaat Wageh menurut kalender Hindu Kejawen dikira mula hari suci. Penduduk akan memulakan upacara pemujaan hari itu. Orang Yogyakarta pula merayakan hari Selasa dan Jemaat Keliwon. Ada masa di Jogjakarta mereka akan membuat puja di Sela Sengker dekat Chepuri, ada tiga dhatu (unsur) dipuja sembah di situ oleh Jowo sekelian. Unsur itu adalah Sela Sangker (Batu Kecik) mewakili Mbok Roro Kidul (Dewi Laut Jowo), Mbok Nyai Roro Kidul sebagai wakil Ratu Kidul dan Gusti Kanjeng Ratu Kidul mewakili dewa Jowo setempat yang melindungi Hindu Dharmma Jowo.

Ratu Nyai Roro Kidul Jowo

Orang ramai memuja akan membaca montra menyeru dewi Mbok Roro Kidol. Biasa mereka hendak bertemu dengan dewi meminta bantuan. Cerita setempat Jowo menyatakan bahawa orang harus memuja di Batu Sengker semasa Thirthayatram sebelum menyemah ke Gusti Kanjeng Ratu Kidol dan hantarkan ancak (bekas2 makanan) ke lautan di pantai Parangkesumo 300 m macam tu dari Chepuir. Hantar sembahan sasajen tu untuk mendapat keberkatan dewi. Daging semua diambil dari buruan orang tempatan dihantar ke lautan untuk sajian dewi.

Dewi Roro Kidul tidak mahu pun semahan itu semua. Dalam kerajaan lautan dewi Hindu Jowo ini, baginda sudah dapat semua benda. Tak ada kekurangan. Baginda sudah melaksanakan puja dan sembah dengan rajin semasa hayat lampau maka kehidupan baginda dalam kerajaan bawah laut tidak kurang.

Tahun 1980-an semasa Jowo2 imigran mendapat IC merah di Malaysia, tradisi Hindu-Kejawen ini dilihat sebagai aktiviti komersil dan tak menjadi upacara kerohanian Hindu-Kejawen asli lagi. Mereka membuat jual beli baju untuk upacara semahan. Semasa pemujaan dijalankan semua orang kena diam2 sahaja tapi pada malam Jemaat Keliwon itu sudah ada pasar malam yang mengganggu upacara keagamaan Hindu-Kejawen. Pelawat boleh melihat Hindu2 Jowo memakai pakaian tradisional di Parangkesumo. Dirasakan sangat baik juga dibinakan koil untuk dewi Roro Jowo itu selain membinakan koil untuk dewa Shiva supaya mereka dapat kembali betul2 menghormati para dewa.

sumber tradisi Hindu dharmm Jowo juga boleh didapati di blog hindu-kejawen ini. diharapkan maklumat membantu pembaca.

http://alangalangkumitir.wordpress.com/2008/08/16/primbon-jawa/
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2011 11:39 AM | Show all posts
aku ikut je
mana murdan ni????
nak tau lagi pasal ARSH TUHAN
dalam KITAB SUCI kalian

terasa keINDAHANNYA
DAMAI
MENENANGKAN
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2011 01:13 PM | Show all posts
Untuk maklumat lanjut kehinduan kepada Jowo2 sila berkunjung ke kuil Shri Mahamariamman Devasthanam kalau di Kuala Lumpur. Boleh juga berkunjung dan terus meminta bantuan untuk menganuti ajaran Hindu di kuil Kottumalai dan Shri Subramaniam di Batu Caves dekat dengan Gombak. Sila berjumpa dengan Sivachariars segera sebelum terlambat. Memang mendamaikan
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 03:54 PM | Show all posts
ok thanks
nanti lapang aku ke sana
tapi
dulu mereka kata takde pun kitab veda tu???
nanti aku tanya lagi ya

SEMOGA MENDAMAIKAN
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2011 06:35 PM | Show all posts
Veda bukan boleh dibaca sesuka hati bhai, ada waktu2nya

Om shanti shanti om!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2011 06:51 PM | Show all posts
Oh yah, aku mengingatkan kepada setengah kaum Jowo yang tidak mendapat pendidikan Tharmma yang betul agar jangan mengamalkan ilmu sihir! Ia tidak disukai oleh Durga Thevi kerana menganiayai bhakthan yang lain! Thurga Thevi akan membalas dendam jika mengamalkan widhiya rendah itu untuk menganiayai orang dan berlagak sombong membuat jahat atas orang!


http://www.youtube.com/watch?v=yQhgD6N66v4&feature=related


Dinasihat pergi menyembah semula kepada Amman Thevi (Durga Thevi) di Kaliamman koil. Koil untuk thevi ada di Malaysia di kawasan saudara-saudari keturunan Tamil. Bagi jowo2 yang tidak berkesempatan hendak membangun koil, tak perlu susah2. Cuma ke koil yang didirikan oleh masyarakat Tamil Malaysia kerana mereka sangat berkesadaran tinggi dalam tharmma. Movie tersebut mempunyai pengajaran Tharmma supaya jangan menganiayai orang! Ia bertajuk Ammoru dalam bahasa Telugu (bahasa Vijayanagaram). Aku cuma meletak bahagian terakhir sahaja, ada banyak bahagian movie lagi boleh ditonton sendiri. Sila segera berjumpa Sivachariar untuk dihindukan jangan terlambat, nanti menyesal!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2011 09:53 PM | Show all posts
Diharapkan Hindu-Kejawen Jowo sekelian mendapat wangsit daripada Dewa Shiva Mahadewa untuk kembali ke kehinduan Majapahit, Om Muruga Saktivel!


http://www.youtube.com/watch?v=zztzKqHb66c&feature=fvwrel


Tajuk filem: Thiruvilayadal
Pengarahnya: A.P Nagarajan
Bahasa: Tamil Klasik


Sinopsis filem:


Menurut ceritera Hindu, maharesi Narada (Naarad Munni) ada memberi buah mempelam (manga) yang sudah masak kepada Dewa Siva. Maharesi Narada meminta Dewa Siva memakannya tanpa mengupas potongnya. Dewi Parvati ingin memberi buah tersebut kepada anakanda mereka Dewa Ganesha dan Dewa Murugan. Buah mempelam cuma boleh dimakan seorang sahaja. Jadi Resi Narada membuat syarat bahawa ada swayembara antara Dewa Ganesh dan Dewa Muruga untuk mendapat buah mempelam. Yang menang swayembara akan dapat buah mempelam. Dewa Ganesh kebetulan menang swayembara kerana mengguna kebijaksanaan. Dewa Muruga berasa kecewa lalu merajuk meninggalkan Kayangan. Baginda pergi ke atas gunung. Ceritera ini berkisar kepada Dewi Parvathi cuba memujuk Dewa Murugan dengan menceritakan kisah Dewa Shiva Mahadev. Ada empat kisah semua dalam kisah ini. Kisah keempat menceritakan Dewa Muruga dipujuk juga lalu kembali ke Kayangan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2011 11:41 PM | Show all posts
Kaalbhairav

Juga terkenal di Jowo. Jowo sekelian boleh bertapa membaca dalam bahasa Sanskirit. Aku kurang periksa Jowo menyebut Kaalbhairav macam mana. Aku x tahu montram bahasa Jowo wujud atau tidak.


http://www.youtube.com/watch?v=oVdFsADSIoc

Punca Kemunculan Kaalbhairav

Cerita Pertama

Dari perbualan antara Dewa Brahma dan Dewa Vishnu ada dalam Shiva Maha Purana. Sila pergi cari tanya pada orang yang belajar Puran. Dewa Brahma bukan Ibrahim yah tolong jangan kaitkan dengan orang yang entah dari mana. Dewa Brahma adalah Trimurthi mewakili Paramatman (Tuhan). Jangan dikelirukan dengan nama rempah kari segera Brahim's tu, please lar. Dewa Brahma menyebut kepada Dewa Vishnu Naraiyann dengan angkuh bahawa Baginda adalah Pencipta Jagat jadi harus lah menyembah ke Baginda. Dewa Shiva terdengar perbualan berasa murka (marah). Dewa Shiva yang sebenar-Nya adalah Pencipta serba-serbi nya. Lalu Dewa Shiva menjelma ke rupa Kaalbhairav menghukum Dewa Brahma. Bhairav memancung kepala kelima Dewa Brahma jadi Dewa Brahma menjadi Brahma Chatumukh (empat muka). Semasa memancung kepala Dewa Brahma itu, Dewa Shiva digambarkan sebagai Kaal Bhairav. Kemudian Dewa Shiva berasa menyesal jadi Baginda membawa bersama kepala kelima Dewa Brahma bersama-sama selama bertahun2 demi menghapus dosa.

Cerita Kedua     

Ia dari ceritera Dewi Sati, Parameswari kepada Parameswara (Dewa Siva). Dewi Sati adalah puteri kepada raja dewata, Daksha. Dewi Sati memilih Dewa Shiva sebagai calon suami Baginda. Ayahanda Dewi Sati tidak setuju sebab memandang rendah Dewa Shiva. Dewa Shiva merupakan Yogi yang dikait dengan bhutam (hantu), mergasatwa (haiwan), dan kehidupan yang ringkas2 saja. Makanya Daksha membuat Yagnya untuk menyeru segala dewa-dewi tetapi tidak menyeru kepada Dewi Sati dan Dewa Siva. Dewi Sati menjelma di Yagnya berseorangan tanpa Dewa Shiva lalu mendengar Daksha bertitah dengan nada merendah Parameswara (Dewa Siva). Dewi Sati tidak tahan mendengar swami dikutuk maka mengorbankan diri ke dalam api Yagna.

Warta sampai ke Dewa Shiva, maka Dewa Shiva murka dan memusnahkan Yagna dan memancung Daksha. Dewa Shiva membawa Dewi Sati di bahu Baginda dan lari mengelilingi Jagat beberapa hari. Oleh kerana hal ini akan memusnah Jagat maka Dewa Vishnu terpaksa mengguna Sudarshan Chakra (Cakera Dewata) untuk mengerat tubuh Dewi Sati kecil-kecil supaya jatuh. Tempat jatuhnya tubuh Dewi Sati disebut sebagai Shakti Peeth. Dewa Shiva menjelma menjadi Bhairav menjaga kawasan2 Shakti Peeth. Setiap koil Shaktipeeth akan ada sebuah koil ditujukan untuk Bhairaav.

Tradisi Buddha-Tantra

Menurut tradisi Buddha-Tantra, Bhairaav mengawal Jagat sekali, tetapi pengaruh Bhairaav tidak lah kelihatan sama sekali. Hal ini menjadikan Jagat dalam sengsara. Apabila diseru, maka Sang Vajrapanni muncul dengan belas kesihannya, Vajradhar menjelmakan diri menjadi Chakrasamvar menghancurkan samseng dewata itu. Dalam Buddha-Tantrayanna, Charasamvara dianggap sebagai jelmaan Buddha Vajrathara, dikenali juga sebagai penakluk Bhairaav yang merupakan jelmaan Dewa Siva.

Di Jowo, kedua2 aliran juga ada dari bahagian Hindu atau Buddha. Jowo yang Hindu-Kejawen boleh membaca montram ringkas ini sahaja untuk bertapa. Boleh memuat turun dan mendengarnya dalam bilik gelap juga semasa thapa phrata untuk seru Bhairava. Ada video, nombor telefon koil aku tak ingat. Telefon ke koil di India sana tanya macam mana cara boleh email ke kagaashram@yahoo.com juga. Di Malaysia aku rasa boleh menghubungi Thapavanam Ashram dekat Kelang sana. Banyak Jowo2 di sana jadi Jowo2 di Kelang kat Kg. Padang Jowo boleh bertanya di situ. Jangan pandai2 buat snirik kalau beginner! Aku taruk untuk pendidikan sahaja.

Bhairav Montram


http://www.youtube.com/watch?v=Qqy3Mg_f9aM&feature=relmfu

Oleh: Seedhar Shri Kagaounjandar Tharmmalinga Swamigal
Dari: Kaga Ashramam, Kowil Shri Maghaa Bhairavar, Thiruvanamalai


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-12-2011 06:46 PM | Show all posts
So, pelawat2 bhakthan penganut Hindu dari pelbagai kawasan India dan negara Asia Tenggara lain boleh juga melawat ke tapak2 koil di Indonesia-Pulau Jowo dan conduct puja di situ. You don't have to be a Jowo to puja here but also from other Hindu ethnics. Call other Hindu-Kejawen Jowos to puja too, don't go to mosques! Hindu-Kejawen Jowo had been confused. They are non-Muslim. They should and must be Hindus! Islam n Christianity are not for Jowo. Jowo does not need Islam n Christianity! Access information about rituals conducted in these temples from videos. Quick get your Air Asia ticket for holiday don't wait and just stay at home!

Gedung Songo Hindu Temple Complex, Jowo Tengah


http://www.youtube.com/watch?v=40L2TN0HwkU&feature=related

Singosari Hindu Temple, Jowo Timur



http://www.youtube.com/watch?v=r-KIQzlwf5s&feature=related


Mandara Sumeru Agung Hindu Temple, Jowo Timur


http://www.youtube.com/watch?v=O4w7KwewQaQ&feature=related


Chandi Panataran, Jowo Timur


http://www.youtube.com/watch?v=OhKhZDHG4OE&feature=related

Jagat Karna Hindu Temple, Jowo Timur



http://www.youtube.com/watch?v=obU63VTCD0M&feature=related

There are many other Hindu-Kejawen Jowo temples.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2011 06:55 PM | Show all posts
Pagyuban Hindu Dharmma-Jowo Setenggerang


http://www.youtube.com/watch?v=Cex8H9BTR7U&feature=related


http://www.youtube.com/watch?v=PSzMNCvFeFk&feature=related


Bhagavadgitam Lecture, by Prabhu Guna Avatar


http://www.youtube.com/watch?v=N6uJADrmSzQ&feature=related


Saraswati Celebration


http://www.youtube.com/watch?v=S-67nlNkxFU&feature=related


Prahiyangan Jagat Guru


http://www.youtube.com/watch?v=4C_0K3dfRLY&feature=related


Welcome back to all Jowos, you did right thing to return to Majapahit!
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2011 12:32 PM | Show all posts
Reply 33# genot

apasal pulak tak boleh????
ada larangan dari TUHAN ke???
ada keterangan utk ini ke???

KAN KU BACA
KALAMMU YG MAHA SUCI
walau manusia membencimu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2011 01:01 PM | Show all posts
39# lu pergi baca Manu Smriti lar. Bhagavadgitam dah settle belum? Dhai, ni aku nak tanya lu dah jalankani upanayann belum? Takda manusia sini yang benci pada Maheswara pun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.072564 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list