View: 1812|Reply: 0
|
Berkongsi pengetahuan - (Perubatan alternatif untuk pesakit Kanser)
[Copy link]
|
|
Assalam,
Disini sy ingin berkongsi pengetahuan mengenai perubatan alternatif untuk penyakit Kanser.Sy tak tahu bagaimana untuk menerangkanya tapi sy akan kongsikan link untuk pembacaan dan pemahaman semua.Sekiranya rakan-rakan sekalian ingin berkongsi kaedah atau pengalaman perubatan yang pernah dilakukan untuk pesakit kanser,amat2lah sy alukan.Mungkin kita boleh berkongsi pendapat bagaimana untuk membantu pesakit2 ini agar mereka tidak berputus asa..
Kakak kepada rakan sekerja sy sedang bertarung dengan penyakit kanser payudara.Dia baru sahaja menjalani pembedahan kedua untuk membuang ketulan.Kansernya semakin merebak kebahagian lain.Dia dibenarkan untuk balik memandangkan doktor sendiri mengatakan sudah tidak ada ubat yang boleh digunakan lagi untuk beliau.Sy rasa sedikit terkilan sebab sebelum ni kami ada membawanya mencuba ubat Homoepathi.
Mengikut doktor tersebut untuk sembuh dari kanser,ia memerlukan masa yang lama,oleh kerana pada masa tu dia sudah membuat rawatan kimo dan membuang ketulan disebelah payudaranya.Doktor juga beritahu setelah 6 bulan baru doktor galkkan dia untuk buat pemeriksaan di hospital semula untuk menilai tahap kesihatanya.Semasa dia mengambil ubat2 tersebut,kesihatan dia agak memberangsangkan dan boleh pergi bekerja.Cuma kalo dia tak ambil ubat dan berpantang dia akan rasa lemah.Tapi bila dah 3-4 bulan dia buat pemeriksaan doktor dihospital dan doktor cakap sel kanser dia semakin merebak.Oleh sebab takut dia pon stop ambil2 ubat2 tersebut dan mula menjalani kimo semula.Sy faham akan ketakutan yang dia rasakan.Tapi bagi sy selagi dia masih boleh bertahan dengan ubat tu,maksud sy dia tak rasa sakit,apa salahnya dia cuba meneruskan dahulu ubat tersebut.Kemungkinan kesihatan dia bertambah baik kalau dia bersabar meneruskan selama 6 bulan ataupun bulan2 seterusnya sehingga betul2 rasa sihat.Sy rasa sedih sebab dia melakukan kimo lagi dan sel kanser merebak ke sebelah pula..Kami tak nak dia berputus asa,mungkin dia masih ada harapan.
Oleh sebab tu la kami bagi video mengenai rawatan Antineoplaston therapy ini agar dia bersemangat dan akan berusaha melawan penyakitnya itu.Kalau dia nak cuba rawatan itu pun pada sy dia masih berkemampuan untuk melakukanya.
Berikut adalah link untuk rawatan tersebut:-
http://www.burzynskiclinic.com/
Semoga memberi maanfaat dan pengetahuan pada semua. |
|
|
|
|
|
|
| |
|