CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 79|Reply: 0

'Saya sudah jangka'

[Copy link]
Post time 16-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
DARI yang terbuang kepada menjadi wira!  Itu perumpamaan terbaik buat kuartet 4x400 meter lelaki negara yang melakar kejutan meraih emas, kelmarin.  \rKuartet dibarisi Muhammad Yunus Lasaleh, S Kannathasan, P Yuvaraaj dan Schzuan Ahmad Rosely yang melakukan 3 minit 10.49 saat itu sebenarnya hanya disenaraikan pada saat-saat akhir tatkala skuad olahraga sudah pun berangkat ke Palembang kerana dianggap tidak berpeluang meraih pingat.\r\n\n\n\n\r  Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata kuartet terbabit yang menjalani latihan sebulan di Miri dan Brunei untuk ke temasya itu, bukan saja menghadiahkan pingat emas untuk negara, tetapi juga membuktikan mereka berpotensi besar apabila memenangi perlumbaan dengan agak selesa.\r\r\n\n\n\n\n  “Dari awal saya sudah yakin kemampuan mereka dan sanggup membiayai penyertaan. Kejayaan ini sungguh membanggakan kerana 4x400m adalah satu daripada acara yang berprestij dalam olahraga.”\rPingat perak dimenangi kuartet Filipina, manakala gangsa dimenangi Thailand. Malaysia memenangi emas 4x400m lelaki pada temasya Korat 2007 tetapi hanya meraih perak di Laos, dua tahun lalu.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.055583 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list