CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 126|Reply: 0

Bank Muamalat masih buka tawaran gabung

[Copy link]
Post time 5-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Syarikat perkukuh operasi  jadi bank lebih menarik \rBANK Muamalat Malaysia Bhd masih lagi membuka pintunya kepada sebarang cadangan penggabungan meskipun gagal dalam percubaan pertamanya untuk bergabung dengan Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) pertengahan tahun lalu.\r\n\n\n\n\r  Pengerusinya Tan Sri Dr Munir Abdul Majid, berkata  walaupun hasrat bergabung dengan BIMB itu gagal, pihaknya masih terbuka dengan sebarang cadangan daripada mana-mana bank tempatan atau antarabangsa bagi tujuan penggabungan atau pengambilalihan (M&A) pada masa depan.\r\r\n\n\n\n\n  Beliau berkata, buat masa ini, Bank Muamalat sedang memperkemaskan dan memperkukuhkan lagi operasi, portfolio produk serta perkhidmatannya bagi menjadi lebih berdaya saing, sekali gus menjadikan bank Islam itu lebih menarik.\r\"Sebelum ini memang sudah wujud hasrat bagi melaksanakan penggabungan dengan BIMB, namun ia tidak menjadi kenyataan. Meskipun begitu, kami masih mampu untuk berkembang secara organik buat masa ini.\r“Namun dari segi peluang M&A pada masa depan, itu adalah perkara lain kerana mungkin ada pihak yang berminat dengan Bank Muamalat dan mahu menyertai kami.\r“Minat itu berdasarkan kepada tinjauan dan perbincangan awal kami dengan beberapa pihak di Asia Barat baru-baru ini,” katanya kepada Berita Harian di luar Forum Ekonomi China Dunia Ke-3, di Kuala Lumpur semalam.\r\n\n\n\n\rBagaimanapun, Munir berkata, buat masa ini masih belum ada sebarang perbincangan rasmi dengan pihak berkenaan.\r“Meskipun begitu, kami tidak akan berdiam diri dan apa yang ingin dilaksanakan pada masa ini adalah menumpukan usaha menjadikan Bank Muamalat lebih menarik dan berdaya saing di kalangan institusi perbankan tempatan dan antarabangsa.\r“Apabila wujudnya peluang seperti mengadakan pertukaran saham pada masa depan, Bank Muamalat sudah bersedia untuk memanfaatkannya kerana sudah memiliki nilai yang diinginkan oleh bakal rakan kongsi,” katanya.\rSebelum ini, DRB-HICOM Bhd, konglomerat dikuasai Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang juga pemegang saham terbesar dalam Bank Muamalat menyatakan hasrat kepada BIMB mengenai kemungkinan menggabungkan  kedua-dua bank Islam berkenaan, tetapi tidak membabitkan penjualan kepentingannya dalam Bank Muamalat kepada BIMB.\rDRB-HICOM yang menguasai 70 peratus kepentingan dalam Bank Muamalat berkata, minat kepada cadangan penggabungan itu adalah lebih menjurus kepada usaha menambah nilai dan mengukuhkan pembangunan kewangan Islam di Malaysia yang mana industri itu kini terus mencatatkan pertumbuhan kukuh sejak beberapa tahun lalu.\rNamun, selepas DRB-HICOM mengemukakan hasratnya itu, BIMB Holdings Bhd, syarikat induk BIMB memberi maklum balas menerusi kenyataan kepada media bahawa ia tidak berminat dengan cadangan itu.\rIa berkata, keputusan itu diambil selepas membuat pertimbangan sewajarnya yang mengambil kira kedudukan Bank Islam.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.391467 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list