CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2234|Reply: 11

Ugutan Membunuh Tidak Berdosa?

[Copy link]
Post time 3-11-2011 10:06 AM | Show all posts |Read mode
Ugutan buat Aziz Bari belum berdosa
http://www.themalaysianinsider.com/opinion/article/ugutan-buat-aziz-bari-belum-berdosa/
Oleh Haji Abdul Subky Latif


3 NOV — Prof Dr Aziz Bari yang gantung jawatannya di UIAM dengan tali reput, kini menerima pula surat ancaman ke atas jiwanya bersama sebutir peluru. Kes itu telah dilaporkannya ke balai polis.

Semua bersetuju bahawa surat ancaman beracun itu adalah satu jenayah oleh pengirimnya baik seorang mahu pun secara berkumpul. Laporan itu perlu untuk rekod polis.

Tetapi dari pandangan Islam, sebarang niat jahat seperti yang dibuat oleh si pengirim peluru dan surat ancaman kepada Aziz Bari itu belum dikira berdosa.

Malaikat yang tahu akan niatnya dan tahu dia mengantar peluru itu kepada Aziz belum mencatitnya sebagai satu dosa. Walau pun ugutan itu sah satu ancaman dan jenayah. Tetapi ia berdosa baik kecil mahu pun besar apabila niat itu dilaksanakan.

Berbeza dengan niat baik, seperti komen Aziz tentang penglibatan raja dalam isu yang menyebabkan dia menerima peluru dan surat ugutan, jika niatnya baik untuk membuat komen itu dia dapat satu pahala. Tetapi apabila komen itu dibuatnya, dia dapat satu lagi pahala.

Bagaimana pun pengirim peluru yang sudah dikira satu jenayah, belum lagi berdosa, tetapi apabila peluangnya untuk melaksanakan niatnya, tiba-tiba dia tidak jadi melakukannya malah ia menyesal atas niatnya itu kerana takutkan Allah, maka dia dicatit sebagai orang yang beruntung. Orang yang beruntung sudah tentu ada pahala.

Apa pun surat beracun untuk Aziz itu adalah mencerminkan bentuk orang dan masyarakat yang dibentuk oleh kemerdekaan negara yang sudah 54 tahun itu.

Dengan amalan demokrasi yang sekian lama, kemajuan pendidikan pesat hingga wujud berpuluh universiti awam dan swasta, perkhidmatan polis yang bertambah canggit, pembangunan Islam menelan berbilion ringgit, sepatutnya tidak ada lagi orang berfikir seperti orang-orang istana sekeliling Melaka dulu yang memfitnahkan Hang Tuah.

Dengan perkembangan terbuka sejak mereka, tiada lagi orang yang berfikiran sempit seperti itu. Ia mungkin dibuat oleh rasa cinta dan setia yang terlalu tinggi tentang raja. Tindakan seperti itu menjadikan dia lebih setia kepada raja dibandingkan dengan Aziz.

Raja dan kerajaan tidak akan seronok dengan tindakan mengugut terhadap Aziz itu. Ia boleh menyebabkan orang terasa, inikah rupa rakyat yang dapat dilahirkan di bawah payung raja dan istana? Inikah bentuk rakyat yang diwujudkan oleh kerajaan?

Ia sama saja dengan tindakan orang-orang yang mengusung kepala lembu dari masjid ke pejabat Menteri Besar Selangor satu masa dulu. Mungkin ada tujuan yang baik tetapi mengusung kepada lembu menyebabkan semua orang lain merasa malu.

Ia amat jauh dari keinginan Perdana Menteri Najib untuk mengisi transformasi politik dan lain-lain berpaksi kepada kaedah maqasit syariah. Antara lima cabang maqasid syariah itu adalah menjaga nyawa manusia.

Dengan seluruh manusia berhak hidup sehinggalah tiba ajalnya. Bukan mengancam keselamatan dan jiwa Aziz.

Sudah begitu banyak kita bertemu dengan mati yang dibuang dan mayat ditemuai bergelimpangan di sana sini. Semuanya ini tidak mencerminkan negara menuju pelaksanaan maqasid syariyah.

Penghantaran surat berpeluru kepada Aziz ada bukti tiada langsung bau ajaran maqasid syariah itu.

Langkah menggantung jawatan Aziz oleh UIAM sudah dikira tindakan seperti tindakan raja dan pembesar Singapura membunuh Hang Nadim yang menyelamatkan rakyat dari serangan todak. Pentadbiran UIAM telah malu dan menyesal atas perbuatannya ala pembesar Singapura purba itu.

Tetapi ia disambut pula oleh tukang bodek yang membabit kemuliaan istana sedang tindakannya tidak menyenangkan istana dan semua pihak bagi menjaga dan memelihara kedaulatan istana.

Raja dan kerajaan tidak berbangga adanya orang seperti itu. Ia tidak membantu raja dan kerajaan menjadi pemerintah dan pentadbir yang berdaulat dan berwibawa. Tetapi ia akan menambahkan masalah sosial dan negara.

Kalau berlaku sesuatu kepada Aziz, maka natijahnya sama seperti menghadapi isu Altantuya yang terus tidak selesai. Ketua Polis Negara tidak seronok, Peguam Negara tidak seronok dan semuanya tidak seronok. Cukuplah dengan satu ke Altlantuya. Jangan ada lagi kes seperti itu.


Ye ke ikut Islam perbuatan mengugut bunuh tak berdosa? Kalau nak kate tak dapat lagi dosa membunuh ye la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2011 08:34 PM | Show all posts
kalau yang sy tau....kalau kita pasang niat nk buat baik...allah akan tulis kan ganjaran satu kebaikan...jika dia dah buat baik maka dpt lah ganjaran niat baik dia itu penuh...

DAN....jika dia niat buat jahat...tapi tidak melakukan nya maka tiadalah amalan dosa buat dia...melainkan jika dia lakukan maka dapat lah dose penuh akan niat nya itu
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2011 10:34 PM | Show all posts
Ye ke ikut Islam perbuatan mengugut bunuh tak berdosa? Kalau nak kate tak dapat lagi dosa membun ...
kucingblue Post at 3-11-2011 10:06


Mengugut bunuh belum di kira dosa membunuh.  Tapi boleh jadi berdosa sebab cakap kasar atau kurang ajar dan lain lain.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2011 12:23 AM | Show all posts
Hadis Riwayat Al-lmam Al-Bukhari dan Muslim

Daripada lbnu 'Abbas r.a. daripada Rasulullah SAW, Baginda meriwayatkan suatu riwayat dari Allah SWT. Allah berfirman:  Sesungguhanya Allah telah menulis segala amal kebajikan dan amal kejahatan, kemudian Dia memperjelaskannya; maka barangsiapa yang terlintas mahu mengerjakan suatu kebajikan tetapi dia tidak melakukannya, Allah akan menulis kebajikan itu di sisiNya sebagai satu kebajikan sepenuhnya.

Sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kebajikan lalu dia melakukannya, Allah akan menulis kebajikan itu di sisiNya sepuluh kebajikan sehingga 700 kali ganda dan sehingga berlipat-ganda yang sangat banyak. Dan sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kejahatan tetapi dia tidak melakukannya, Allah akan menulis di sisi-Nya sebagai satu kebajikan sepenuhnya. Sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kejahatan dan dia melakukannya, Allah akan menulis kejahatan itu di sisi-Nya dengan satu kejahatan sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2011 01:26 AM | Show all posts
Niat buruk, tdk dicatit,
Jika dibuat baru dicatit.
Niat baik, terus dicatit,
Jika buat, diganda dua.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2011 06:31 AM | Show all posts
Cerita orang penakut, Osama bin Laden runtuhkan WTC, tidak perlu ugutan,
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-11-2011 09:53 AM | Show all posts
Post Last Edit by kucingblue at 3-11-2011 17:54

memang la orang yang buat ugutan tu tak dapat dosa membunuh lagi sebab dia belum bunuh.

tapi orang tu dah membuat mangsa dia hidup dalam ketakutan. adakah itu tak berdosa? takkan la Islam cakap kita boleh menakut-nakutkan orang lain sewenang-wenangnya. what if somebody threatens violence to you, your parents, and your kids? what if he does it daily, and make your life miserable due to the constant threat? tak berdosa ke perbuatan orang tu?

this is how I look at it. ade dua benda jahat kat sini.

1) mengugut orang lain, membuatkan mangsa ketakutan.
pada aku, penjahat tu dah berniat nak buat camtu. and penjahat tu dah pon melakukan perbuatan mengugut tu. pada aku perbuatan mengugut tu dah berdosa.

2) membunuh mangsa tu.
aku tak tau samada penjahat tu ade niat untuk membunuh. and obviously dia belum pon melakukan pembunuhan tu. so pada aku dia belum dapat dosa membunuh lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2011 09:57 AM | Show all posts
DAN....jika dia niat buat jahat...tapi tidak melakukan nya maka tiadalah amalan dosa buat dia...melainkan jika dia lakukan maka dapat lah dose penuh akan niat nya itu
Jejaka88 Post at 3-11-2011 04:34


like i said above, pasal mengugut, orang tu bukan sekadar terlintas jek untuk mengugut, dia dah buat pon ugutan tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2011 08:20 PM | Show all posts
Cerita orang penakut, Osama bin Laden runtuhkan WTC, tidak perlu ugutan,
Senyum86 Post at 4-11-2011 06:31


...kna tanya 'Tim Osman'
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2011 05:31 AM | Show all posts
Nama beliau Syeikh Osama bin Laden, alignment pembentukan Islam sedia ada  
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2011 02:27 AM | Show all posts
Reply 4# kupia

hadith itu yg saya cari dan itu yg btol2 menunjukkan kasih syg allah pada umat nabi muhammad
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2011 12:38 AM | Show all posts
"Jika kamu murtad, kamu akan dipancung..."
"Jika kamu melawan pemerintah, kamu akan dibunuh..."
"Jika kamu ingkar titah kerajaan, kamu akan dibuang negara..."
"Jika kamu membunuh tanpa sbb, kamu akan dihukum bunuh..."
"Jika kamu menegur kezaliman pemerintah dgn baik, kamu akan diugut bunuh..."

...yg terakhir shj tdk jatuh hukum.

Bukak lampu, propa³...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.056545 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list