CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

Tujuh Hari - Tamat

  [Copy link]
Post time 7-12-2011 08:44 PM | Show all posts
next..hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2011 08:14 AM | Show all posts
ala pendeknye....
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 09:00 AM | Show all posts
mesti NADIRA jatuh ngan AJIS...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2011 05:07 PM | Show all posts
Salam Dammerung,

Lamanya bertapa? Kena writer's block ker?

Auntie dah rindu update drp Nadira & Ajis ni......

P/S Bila dengar lagu Avril Lavine, teringat nama Dam.... hahaha....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2011 02:49 PM | Show all posts
Reply 64# auntieagony

ye auntiagony, kena writer's block...

lagipun hujung tahun macam ni biasala...macam2 benda nak kena buat...so lepas krismas ada continuation...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 03:10 PM | Show all posts
ingat dah ada entry tadi... tak per dik.. take ur time... pastikan citer lagi best lepas nih...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2011 05:44 PM | Show all posts
Reply 65# dammerung

Okey dokey, understood....

Petua menghilangkan writer's block (drp petua auntie sendiri...hehehe....) - Makan kismis @ raisins, jgn minum air bergas dan byk minum susu - supaya sel2x otak berhubung..... Hehehe.... Gurau jer.....
(Disclaimer: auntie bagi petua jer tetapi tak praktikkan - lactose intolerance!)

P/S Suggestion - Ajis tu jgn terlalu "disolekkan" jadi metrosexual guy. Takut nanti dia nak pinjam make-up Nad pulak, nak touch-up muka. Hehehe....
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 09:18 PM | Show all posts
baik hang pi holiday damm...mesti idea mencurah-curah nanti beb... wehh lamanya nak kena tunggu lepas krismas baru ada n3...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-1-2012 12:33 AM | Show all posts
Post Last Edit by dammerung at 1-1-2012 00:35

Bengang, Ajis menoleh pada Clarence.

"Hey don't look at me, I also don't know what she's laughing about...I think you look great" Clarence mempertahankan hasil kerja tangannya.

"Then why she looks like she's gonna having a fit?" Ajis masih tidak puas hati.

"I don't know what so funny about your haircut, and Miss, stop laughing!" kata Clarence dengan nada marah. Lelaki berumur itu menghampiri Nadira sambil bercekak pinggang.

Gadis berambut panjang ikal mayang bangkit dari bangku dan seraya dia berdiri, kepala si penggunting rambut terdongak mengikut ketinggian Nadira yang semakin bertambah. Kini giliran si gadis tinggi lampai bercekak pinggang sambil menjeling ke arah lelaki pendek di hadapannya. Aroma minyak wangi Daisy by Marc Jacobs dari tubuh Nadira menyengat liang hidung sehingga berpinar kepala. Setapak demi setapak Clarence mengambil langkah ke belakang.

"I apologize" kata Clarence. Melihat lelaki yang layak di panggil 'Uncle' merendah diri minta maaf, tidak semena-mena buat Nadira serba salah.

Nadira memang pantang jika orang meninggikan suara kepadanya. Walaupun begitu dia mudah lembut hati dengan orang tua. Lagi-lagi lah kalau dia terkasar bahasa, cepat dia menyesal.

"No..no..that supposed to be my line..I am so sorry Clarence...shouldn't did that just then...I am so sorry" bersungguh-sungguh Nadira meminta maaf.

Lapang hati Ajis apabila Nadira dan Clarence berdamai. Pening juga kepala memikirkan kemungkinan mereka akan bergaduh. Apa pula yang hendak di buat sekiranya dua orang ini bertikam lidah.

"Pheww..that was close" kata-kata Ajis mengundang kerlingan bengkeng Nadira dan Clarence.

"Sorry..." tertunduk Ajis. Tidak berani dia membuka mulut lagi.

"You think I did a bad job?" Clarence meminta kepastian.

"No...I think you did a pretty good job..it just him" jari telunjuk Nadira ditudingkan kepada Ajis.

"Ohh..if that's the case then I don't have to worry. I take pride with my job and I think I'm the best barber in town but even as far as that goes...I can't cure ugliness"

kata-kata Clarence sekali lagi mengundang hilai tawa.

Panas hati Ajis. Dia keluar dari The Art of Manliness. Bibir mengetap kegeraman. Sesekali terkumat-kamit menyumpah Nadira dan Clarence. Beberapa minit kemudian Nadira keluar dan menyertai Ajis. Mereka bersiar-siar di sepanjang deretan arked stor pelbagai jenama. Nadira perasan Ajis agak monyok.

"Senyap je?..selalunya bukan you loyar buruk ke?" tanya Nadira.

Tiada jawapan. Protes.

"You tunggu kejap eh...I nak beli something...5 minutes okay?" Nadira hilang dari pandangan Ajis. Keluhan panjang dilepaskan. Dia masih terasa hati dengan Nadira. Sudah lah di paksa menggunting rambut kemudian ditertawakan pula.

Cukup 8 minit Nadira kembali. Gadis itu tersenyum. Ajis tidak membalas. Malas. Seketul ais krim berperisa coklat dihulurkan pada Ajis.

"Sorry...I minta maaf okay...I tau I salah..tak patut I gelakkan you tadi...I bukannya niat nak gelakkan you ke ape..it just that when I...errr"

"It's okay..." Ajis akhirnya tersenyum. Di ambil ais krim pemberian Nadira. Mereka berjalan beriringan sambil menikmati ais krim.

"Ajis..."

"Yea?"

"I pelik lah..."

"Pelik ape?"

"You kate you belanje I kan?"

"Kenape?"

"Camane you boleh belanje I tapi setakat ni I tak nampak you keluar satu sen pun?...macam tadi kita makan kat kedai tu..tak nampak pun you bayar..lepas tu mase nak masuk entrance Syahbandar...you buat ape?"

"Oh itu...ermm...saye...kenal diaorang"

"Itu je?..takkan la kot?"

"Let just say saye pernah jadi dishwasher kat kedai makan tu..dan saye pernah buat part-time dekat Syahbandar"

"You pernah keje part time kat Syahbandar?..jadi ape?"

"Errrrr...jadi..hantu"

"Hah? jadi hantu?...I don't get you"

"Kat Haunted House Ride tu...saye pernah jadi hantu kat situ"

"Hantu ape?"

"Errrr....hantu...hantu...hantu raye?"

Ajis memang tinggi. Jarang Nadira jumpa lelaki yang lebih tinggi darinya dan seandai mereka berdiri rapat, hanya ubun-ubun menyentuh dagu Ajis. Maknanya jika dia dan Ajis hendak berkucupan, dia terpaksa menjungkit sedikit kaki...

Pantas Nadira menghentikan imej yang terhasil di minda. Kesitu pula fikirannya.

"Yeah I can see that..."  balas Nadira.

"Huh?"

"You lah...jadi hantu raye...tinggi macam tiang lampu...memang patutla jadi hantu raye.." terkekek-kekek Nadira ketawa.

Ajis hanya tersengih.

"Heyy!"

"Ape?"

"Tak gelak pun..."

"Kenape kene gelak?"

"Yela...I buat lawak..kene la gelak"

"Dah tak lawak...camane nak gelak?"

Nadira menarik muka. Kencang dia berjalan meninggalkan Ajis di belakang. Berlari anak si Ajis mengejar Nadira.

"Okay...okay...sorry...okay?" pinta Ajis.

Nadira masih bermasam muka. Tangannya bersilang dan di palingkan kepala ke tempat lain. Menyampah.

"Manela saye tau awak buat lawak..." Ajis memberi alasan.

"Alasan!..."

"Okaylah...lepas ni kalau awak buat lawak lagi saye gelak...gelak gile-gilenye"

Nadira melirik mata. Geli hatinya melihat Ajis menyeringai.

"Lain kali you gelak la tauuu...malu la bila buat lawak orang tak gelak..." Nadira berkata dengan nada manja.

"Okay..." Ajis mengangguk kecil.

Sebuah stor perniagaan terletak beberapa meter dari mereka berdiri menarik perhatian Ajis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2012 12:46 AM | Show all posts
"Nadira...boleh tak kite pergi kat G-Factory tu kejap" Ajis menuju ke sebuah kedai menjual jam tangan jenama Casio G-Shock terletak hanya beberapa meter dari tempat mereka berdiri.

Pelbagai jam tangan digital dipamerkan sebalik kaca-kaca diterangi lampu neon kecil. Pelancaran model terbaru membuatkan G-Factory sesak dengan peminat-peminat jam tahan lasak itu. Nadira menunggu di luar kerana dia tidak berminat hendak berhimpit-himpit di tengah kesibukan pemuda-pemudi rata-rata berpakaian streetwear. Setelah beberapa minit Ajis kembali kepada Nadira.

"Awak tak mau tengok-tengok?" tanya Ajis.

"Neah...I'm not into cheap plastic watches"

"Well I don't think cheap is the right word...saya rasa 'affordable' lagi sesuai kot"

"Whatever...I tak minat la jam warna-warni neh"

"So awak minat yang macamane?"

Nadira menunjukkan TAG Heuer di pergelangan tangan kiri.

"Oh okay...awak suka sebab design dia ke or sebab brand?"

"Dua-dua"

"Katala ada brand yang biase je tapi design dia cantik...in fact lagi cool dari TAG Heuer awak sekarang ni...would you still go for it?"

"Brand biase macam mane?"

"Macam..Casio BabyG"

"What's that?"

"It's the G-Shock line for the ladies"

"If that's the case then no...G-Shock is ugly enough, the female version must be horrendous...so no thank you very much"

"Awak tak tengok lagi macamana awak tau hodoh?"

Nadira beralah. Dia mengekori Ajis memasuki G-Factory dan menuju ke bahagian yang menempatkan model-model BabyG. Seperti di duga, semua model yang dipamerkan begitu hodoh pada pandangan matanya.

"So anything that catches your attention"

Nadira menggeleng kepala.

"Oh well...at least saya cube" kata Ajis sambil mengangkat bahu.

Ketika sedang berusaha keluar dari kesesakan manusia, mata Nadira tertarik pada sebuah model BabyG yang dipamerkan dalam sebuah balang kaca empat segi sama. Dia mendekati ruang pameran model itu dengan mudah kerana tiada pengunjung mengerumuni seperti model-model lain. Rekabentuk minimal klasik menggunakan material stainless steel black ion plated dipadankan dengan tona warna kontra hitam dan champagne pink menyerlahkan keanggunan model BabyG itu. Apa yang membuatkan Nadira jatuh cinta ialah jam tangan tersebut direka oleh salah seorang pereka fesyen kegemarannya, Rebecca Minkoff.

"Awak suke model ni?"

"Yea...I like it, designed by one of my favorites, Becka Minkoff...absolutely stunning..tapi kan, kenape tak ramai pun yang kerumun display neh?...I mean compare to other model which is clearly hideous..these people doesn't have any taste at all"

"Bukan sebab diaorang takde taste"

"Then?"

Ajis mengetuk jari pada bahagian sudut kaca. Nadira melihat tanda harga yang dipamerkan.

"987 Ringgit..." kata Nadira perlahan.

"Most of the fans adore G-Shock because of its durability and the affordable pricetag...maksud saye, G-Shock ialah jam utiliti, designed for toughness with high risk profession in mind macam polis, bomba and armies be it navy, air force or infantries...it is meant to be bang for the buck kinda product and most people here turned into fans due to easy access of owning the watches because of it being affordable...and this particular model is a limited edition and the pricetag is so high that I don't think none of the people here can afford it..so that's why they don't even bother to stop by and check it out"

"Oh ok..." Nadira menjawab malas. Penerangan panjang lebar Ajis hanya masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.

"But RM987 is not that expensive though...I mean bagi I lah..takdela mahal sangat"

Terbatuk kecil Ajis mendengar kata-kata Nadira.

"Jangan salah faham eh...I bukan nak bragging but I was just being honest.."

"Yeeee laah..."sinis bunyi jawapan Ajis.

"Kenape you macam ni?"

"Macamane pulak?"

"Yelah..jawab macam tu...macam perli I je"

"Eh manede?"

"Alah I tau...I cakap tadi macam berlagak kan?"

"Ha'ah...ade nada-nada riak sikit" kata Ajis sambil tersengih.

"Riak? I'm just being honest about it...takde niat pun nak show off ke ape...salah ke?"

"Tak..tak salah pun..sape kate salah?...saye just cakap ada bunyi show off..tu je"

"So you annoyed lah dengan 'keberlagakan' ayat I?"

"Takdela...ada ke nampak macam saye annoyed?"

"Ye...kalau you tak rase annoyed..you takkan keluar statement memerli macam tadi"

"Oh macam perli eh...tapi itu salah awak lah...saye takde niat nak perli pun...awak je terase camtu"

"Oh sekarang salah I pulak...you yang salah sebab buat orang terase"

"Habis tu saye nak cakap camane yang membolehkan awak tak terasa?"

"Cakapla...'oh okay...you minat ke?, kalau you nak I belikan untuk you'..camtu ke"

"Ha ye la...Oh Okay Cik Nadira, awak minat ke? kalau awak nak saya belikan untuk awak..ha puas hati?"

"Thank you Mister Aziz...so kind of you nak belikan untuk I...so I take that as a deal"

"Ehh...jahat...trap orang macam tu...takde takde..."

"Ape takde takde?...you dah cakap nak belikan...this coming Sunday is my birthday, so I'll be waiting then" Nadira meninggalkan Ajis termangu-mangu keseorangan.

"Oh tiba-tiba je Ahad ni birthday awak ye?"...yeah right" kata Ajis sambil cuba menyaingi Nadira yang berjalan pantas.

"Whatever..you dah promise"

"Bila mase plak saye ade janji?"

"Tadi you cakap and I quote verbatim Cik Nadira, awak minat ke? kalau awak nak saya belikan untuk awak..."

"Huh? What? No no no...that just figure of speech...saye tak bermaksud nak beli betul-betul..just nak pujuk awak je"

"Sape suruh pujuk?"

"Memang la tak suruh pujuk pun tapi..." Ajis meneruskan hujah mempertikaikan kenapa dia kena membelikan Nadira jam tangan sebagai hadiah harijadi. Nadira hanya tersenyum nakal.

Seronok dapat mempermainkan Ajis. Sebelum ini bukan main lagi si Ajis dengan loyar buruk dan perangai selambanya. Konon-kononnya cool lah. Puas sungguh hatinya.

Sedang Nadira membiarkan Ajis berceloteh di sebelahnya, dia perasan akan kehadiran orang-orang yang pada hematnya adalah kakitangan-kakitangan Harvey Nichols berdasarkan uniform yang dikenakan oleh mereka. Dia tidak sedap hati melihat orang-orang itu memandang dia dan Ajis sambil berbisik menuding jari.

"Ajis..."Nadira cuba menghentikan cerabih Ajis tetapi tidak berjaya.

"AJIS!" kali ini suaranya lebih lantang.

"WHAT?"

"You perasan tak orang-orang tu?"

Ajis mengikut telunjuk Nadira. Air mukanya berubah. Dia mahu meninggalkan tempat itu secepat mungkin tetapi otaknya tidak dapat menyampaikan maklumat kepada Nadira. Ajis seperti cacing kepanasan

"Ajis, you okay?" tanya Nadira pelik dengan kelakuan Ajis.

"Nadira, let's go...leave this place"

Nadira tidak banyak tanya. Lebih baik diikut sahaja cadangan si Ajis. Segala persoalan akan ditanya kemudian.

Pasangan itu mula mengorak langkah. Bermula dengan berjalan pantas beransur pada lari-lari anak. Apa yang lebih mengerikan kakitangan-kakitangan berpakaian suit pejabat mengekori mereka dari belakang. Bilangan mereka semakin bertambah.

Ajis dan Nadira memasuki semula Taman Tema Syahbandar dan menuju ke kincir di kenali sebagai Kuala Lumpur Eye.  

Tiba mereka di pentas kecil tapak untuk menaiki Kuala Lumpur Eye, samada mereka bernasib baik atau pun hendak dijadikan cerita, salah satu kapsul kosong tiba di pentas. Sepantas kilat Ajis dan Nadira memotong barisan pengunjung dan memasuki kapsul tersebut. Tindakan Ajis dan Nadira mengundang rungutan pengunjung lain. Kedua mereka menghela nafas lega.

Dari kapsul yang berputar mendaki ketinggian struktur raksasa berdiameter 120 meter itu, Nadira melihat manusia-manusia di bawah semakin mengecil. Rasa bersalah pula apabila dia melihat bagaimana pekerja bertanggungjawab mengendali kawalan kincir terkial-kial berhadapan pengunjung-pengunjung yang jelas sekali tidak puas hati.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2012 12:56 AM | Show all posts
"Kita ada setengah jam and you've got a lot of explanation to do" kata Nadira kepada Ajis.

"Yea...I know" jawab Ajis.

"First thing first...how on earth mamat yang jage ferris wheel ni boleh biar kita naik kapsul ni macam tu je...I mean this thing can fill up to 25 people and yet here we are just the two of us...and don't tell me he's your friend also"

Ajis tidak menjawab. Dia hanya mengangkat bahu.

"Really?...he's your friend also?...ape special sangat you neh?..." Nadira seperti tidak percaya dengan 'jawapan' Ajis.

"You need to elaborate more on that...sebelum I pergi pada persoalan kenape staf-staf Harvey Nichols kejar kite..baik you jawab dulu soalan pertama I tu..please don't just shrugged...I need words"

"Okay..okay...well..yeah...mamat yang control benda alah ni kawan saye mase buat part time kat sini dulu...and as for why those people are chasing us...let just say I did something back then which surprised me..they still remember"

"What. Did you'd done back then?"

"Saye..ermmm..Saye..camnilahh...awak mesti tau kan setiap kali ada festivities..raye ke, deepavali ke..dekat centre court Harvey Nichols tu kan selalunya akan create theme structure...replika rumah kayu laa..replika kuil laa..maksud saye, that sort of thing laa.."

"Okay...I'm listening...continue"

"Well...back 2 years ago...I accidentally..tripped my foot on something and ruined the structure a tiny weeny little bit"

"Hoooolyyy crappp...that was you?"

Ajis mengangguk.

"Christmas tree runtuh dua tahun lepas...quite bad..Harvey Nichols tutup 2 minggu"

Ajis mengangguk lagi.

"And here I am with the culprit"

Ajis meneruskan anggukannya.

"Did they put some wanted poster or something on you?"

Anggukan diteruskan.

"I wonder if I can get a reward if I told them about you..maybe they can give me that BabyG for free...hmmm" kata Nadira sambil menggosok dagu dengan jari.

Ajis berhenti mengangguk. Mukanya ketat.

"Not funny" kata Ajis.

Kapsul mereka kini berada di puncak dan dari ketinggian 120 meter, mereka dapat melihat seluruh kotaraya Kuala Lumpur. Nadira tenang menyaksikan pemandangan di luar. Angin sepoi-sepoi mengalun rambut Nadira. Ajis terpesona. Petikan piano My Memory dari drama korea kegilaan teman serumahnya, Winter Sonata bermain-main di minda. Tanpa disedari, lagu itu bersenandung di mulutnya. Walaupun perlahan sahaja bunyinya tetapi cukup untuk membuat Nadira perasan.

"Ajis? you nyanyi ke?"

"Erkk..hmm..yea..saje saje je"

"Lagu ape?"

"Adelah...awak tak tau pun"

"Tibe-tibe je nyanyi neh?"

"Saje jeee..bosan-bosan"

"So...you bosan dengan I la?"

"Eh takdela...bukan saye bosan dengan awak..."

"Habis tu..."

"Awak ni banyak sangat tanye laa...takdela..saye tak bosan dengan awak"

"Ajis..."

"Yea..Nadira"

"Do you like me?"

Tersentak Ajis.

"Yea...I like you as in I don't hate you..maksud saye, kalau saye benci or tak suka awak, takdela saye kat sini dengan awak sekarang.."

"Kenape you suka I? I bukan pernah treat you baik pun...I ni annoying, arrogant..you tak menyampah dengan I?"

"Mula-mula memang saye menyampah dengan awak...dengan sombong awak tu, dengan arrogant lagi..temper tak tentu pasal...tapi sekarang dah okay..."

"Kenape?...kenape sekarang you dah okay dengan I?"

"Sebab bagi saye the real Nadira adalah totally opposites of arrogance, annoying and snobbish...I got this feeling that you create this image..this wall of bitchy Nadira because you want people to perceived you like that ...tapi bile kenal awak betul-betul, actually you're a nice person...dan saye bukan cakap ni sebab nak ambil hati awak ke ape...I'm being totally honest"

"...Thanks..." kata Nadira. Berbunga-bunga hatinya.

"Nadira..saye tak faham"

"Tak faham ape?"

"Kenape awak trying so hard to become someone that you're not?...bila awak put up with this bitchy act...it is so not you...saye tak tau pasal orang lain tapi saye boleh nampak awak kekok gile bila buat macam tu...it's like Lisa Surihani's acting...it is so bad...why not just be your true self?"

"...It is far more easier being a plastic queen"

"Plastic queen?...saye tak rase awak ...tak cantik..yang awak kena mekap tebal-tebal untuk nampak cantik"

"You think I'm beautiful?"

"Yea..bagi saye awak cantik"

Nadira ketawa. Dahi Ajis berkerut. Dia tak faham dimana lawaknya.

"You nak dengar cerita lawak tak?"

"Okay..." kata Ajis.

"Back in elementary school...I was the tallest student in school...semua orang panggil I galah..then time high school, puberty came in a nasty way...unforgiving...I ade bad acne problems...so I being upgraded from being 'Galah' to 'Frog Face'...there are some tried to call me Moon Face tapi tak lekat...Frog Face sounds more tormenting I guess...it was depressing at first tapi lama-lama I immuned...I just shut my ears to the taunting....until one day during PIBG meeting, they got to know that family I ...banyak duit..so dari situ the school bimbos mula rapat dengan I...I really hate them...but ended up we're all being friends anyway..."

"Macamana awak boleh geng dengan diaorang sedangkan awak benci?"

"Yea..I hate them but I love the perks...the best thing about being the school bimbos is eventhough everyone hates you but they do know you...I tak kisah orang benci I mase tu sebab I was this arrogance, snobbish bitch...at least orang tau kewujudan I...that's better than being an outcast that nobody knows your existence...I enjoy the attention..those bimbos were the ones that kept my reputation alive, so I had to feed them...basically I was their mobile ATM machine"

"Awak selalu la belanje diaorang?"

"More than that...diaorang ni berlagak macam anak orang kaye tapi sebenarnye tak pun...kebanyakkan diaorang ni duduk rumah flat..tapi cakap dekat orang duduk kondominium...bapak kerja driver tapi cakap kat orang bapak ada business..you know lah..teenagers...disebabkan diaorang ni in reality aren't rich...diaorang ni tak berduit...I lah yang sponsor semua..dari makan, minum to shopping sampai bil telefon diaorang pun I bayar.."

"Really?..awak tak rase macam..."

"..Macam dipergunakan?...Yes, I tau dan I tak kisah..I mean, if that what it takes for them to hangout with me and make me popular then so be it...like I said...being a plastic queen is far more easier..be a stuck up bitch and let everyone hates you, it's that easy...let just say..I was trying to be Paris Hilton...I know that sounds lame but ...you nak tau yang paling lawak?"

"Ape?"

"One time..masa Form 5, this one guy yang I betul-betul ade tremendous crush kirim salam sayang kat I...I was totally on cloud 9 until someone e-mail me the YM chat log crush I saying that 'Aku just nak main dengan Nadira sebab body dia mantap je...tu pun kalau nak main kena tutup muka die dengan paperbag'..."

Nadira ketawa lagi. Ajis senyap. Perasaan simpati menyelubungi diri.

"...I'm sorry to hear that.." kata Ajis perlahan.

Ketawa Nadira mati disitu. Kepalanya terlentok pada dinding kaca. Sepasang anak mata berwarna hazel kelihatan sayu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2012 12:59 AM | Show all posts
"My Memory..." Ajis tiba-tiba bersuara.

"Huh?"

"Lagu yang saye hummed tadi...My Memory...by some Korean dude"

"Lagu Korea?"

"Yea..from this Korean drama..that me and my housemate tengok...Winter Sonata"

"You suke drama korea?...awwwwww so cuteee...boleh geng Mak Mah dengan Mama, diaorang pun hantu drama korea"

"Mane ade saye suka tengok drama korea, saye kate saye tengok...housemate saye yang suke"

"Elehhh tanak mengaku...konon-konon tak macho la lelaki tengok sappy soap opera camtu kan?"

"Drama korea is not a soap opera...it's a...wait..why I explained all this to you anyway?"

Nadira kembali ceria. Dia melihat jam tangannya. Waktu sudah menunjukkan pukul 5.40 petang.

"SHIT!!" jerit Nadira.

"Huh kenape?"

"Dah pukul 5.40!...Doktor Salwa..."

"It's okay..." kata Ajis tenang.

"What do you mean it's okay?"

"Saye dah jumpe dia pagi tadi..sebelum datang rumah awak"

"Ohhhh...so dia kasi extension la?"

"Takdela...saye submit the chapters macam dia mintak tu la"

"Huh?..wait...chapters as in the 3 chapters tu?"

"Yea.."

"Bile mase you buat?

"Lepas balik dari keluar dengan awak"

"So...the whole morning?"

"Yea..so that saye boleh spend the whole day dengan awak"

Ajis mengigit bibir. Matanya dirapatkan. Berbakul sumpahan Ajis kepada dirinya sendiri. Memang dasar cakap main lepas betul.

"Maksud saye...kite boleh spend the day untuk discuss pasal..." tergagap-gagap Ajis cuba membetulkan keadaan. Nadira hanya tersenyum melihat Ajis kelam-kabut cuba berdolak dalih.

"Ajis..."

"Yes..Nadira..what I meant was..."

"It's okay...terima kasih"

Kapsul mereka berhenti dan pintu di buka oleh seorang remaja beruniform biru.

"Sorry bro pasal tadi..." kata Ajis pada remaja itu.

"Takpe Tuan..."

"Ajis..kenape budak tu panggil you tuan?" bisik Nadira pada telinga Ajis.

"Well...you don't tripped over quarter millions worth of christmas decorations and not being a legend"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2012 01:07 AM | Show all posts
Mereka menghabiskan masa bersiar-siar di sekitar Syahbandar. Langit semakin gelap dan lampu-lampu yang bersusun di sepanjang laluan konkrit paver mula berkelipan, terpasang satu persatu. Pengunjung mula meninggalkan taman tema itu setelah seharian berseronok bersama keluarga. Nadira berjalan sambil meneliti secara rawak batu-bata kecil yang diturap di atas laluan pejalan kaki. Dia merasa ada sesuatu di dalam dirinya. Sesuatu yang membuatkan dia lupa akan perpisahan mama dan papa dan lupa pada kesedihan ditinggalkan Remy.

Remy, dia bersama lelaki itu hampir 4 tahun namun tidak sesaat pun dia merasa seperti apa yang dirasanya sekarang. Nadira merasa bahagia.

Ajis berhenti dan menoleh pada Nadira.

"Nadira...saye naik cab je lah balik rumah"

"Haa..kenape?" pertanyaan Nadira berbaur perasaan kecewa.

"Takpelah...rumah awak dekat je..takkan awak nak hantar saye balik kampus lepas tu patah balik rumah.."

Muncung bibir Nadira.

"Anyway...thanks for the shirt and haircut...nanti saye basuh dulu sebelum pulangkan balik"

"Just keep it...it's yours..hadiah dari I"

"Hadiah kenape?"

"Sebab...hmmm..you siapkan 3 chapter tu on my behalf"

"Oh..okay...thanks again"

Nadira membalas dengan senyuman. Ajis pula tidak tahu apa lagi hendak di kata. Masing-masing tidak mahu berganjak. Seolah-olah mereka tidak mahu hari ini berakhir.

"Errr..saye ingat nak tengok european films esok" Ajis cuba memulakan topik perbualan.

"Kat mane?"

"European Film Festival yang saye cakap haritu"

"Oh..yea..yang tu..oh okay...ermmm..you nak pergi tengok dengan sape?"

"Sorang je..."

"Ohh...okay.."

"Ermmm...awak minat tak nak..tengok sekali?...saye belanje"

"...nak..." kata Nadira sambil tersipu-sipu.

"Cool!...so..esok saye call awak la..okay?"

Nadira mengangguk. Ajis menemani Nadira hingga ke kereta. Lambat sahaja si Nadira membuka pintu dan memasuki perut kereta. Dia tidak mahu pergi. Dia mahu berada di situ bersama Ajis.

"Nadira.." Ajis memanggil Nadira di saat dia mahu merapatkan pintu kereta.

"Yes?"

"Esok...it's a date...right?" tanya Ajis tergagap-gagap.

"....Yes..it's a date"

Darah membuak-membuak meluru ke kepala sehinga merah pipi Ajis. Badannya terasa ringan seperti baru lepas berlari di treadmill selama 60 minit.

Imej Ajis di cermin pandang belakang semakin kecil. Otot-otot pipinya sudah lenguh dek senyuman yang tidak sudah-sudah. Nadira melihat jam hampir setiap minit. Tak sabar dia hendak menunggu hari esok.

Sebuah kereta Nissan GT-R menghalang pintu gate rumah milik pasangan En. Tajuddin dan Puan Zahra menyebabkan Nadira terpaksa meletakkan kereta agak jauh dari rumah. Kebiasaannya dia akan menyumpah seranah pemilik kenderaan itu tetapi...

Tak mungkin... kata Nadira di dalam hati. Dia mempercepatkan langkah.

Sebaik sahaja Nadira berdiri di muka pintu, kelihatan papa dengan wajah ceria menyambut anak dara sulung kesayangannya pulang ke rumah. Disebelah papa, seorang lelaki tinggi, berwajah ala cina dan berambut panjang paras bahu melemparkan senyuman. Hampir terhenti jantung apabila dia mendapati lelaki itu ialah...

"Remy?"

(Bersambung)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2012 01:09 AM | Show all posts
Disini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan

Happy 2012...

Semoga tahun ini akan lebih bermakna untuk korang semua
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 01:54 AM | Show all posts
Post Last Edit by auntieagony at 5-1-2012 09:22

Thanks for the lovely entry.....

Happy New Year to you too and others too.....

P/S I'm happy that you got back your creativity.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 11:27 PM | Show all posts
sambung...nk lagiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2012 09:26 AM | Show all posts
sape ajis ni yek
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 11:51 AM | Show all posts
musti ajis nie anak somebody kan...ehhehee...
best..mantopsss....terbaekkkk.....

nak lagik...hik hik hik....
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 05:06 PM | Show all posts
sambung lagi...
ajis ni mesti anak org kaya
ntah ntah taman syahbandar tu dia punya
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 10:36 PM | Show all posts
damm...thanks bg byk entries...
worth the wait
best!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.067059 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list