View: 219|Reply: 0
|
Mercedes-Benz bawa masuk smart fortwo
[Copy link]
|
|
MERCEDES-BENZ Malaysia Sdn Bhd merancang membawa masuk kereta elektrik smart fortwo ke pasaran tempatan dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi berikutan adanya permintaan bagi model sedemikian di sini.\rLangkah itu juga adalah bagi menyokong inisiatif serius kerajaan dalam menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik serta menjejaki prestasi menggalakkan jualan kenderaan hibrid di Malaysia.\r\n\n\n\n\r Model kereta elektrik smart fortwo mula dihasilkan pada 2009 dan berikutan permintaan menggalakkan, jumlah pengeluarannya ditingkatkan dari 1,000 unit kepada 1,500 unit.\r\r\n\n\n\n\n Pengurus Pengurus Produk Jualan dan Pemasaran Mercedes-Benz Malaysia, Michael Chew, berkata inisiatif kerajaan dalam menggalakkan penggunaan teknologi kereta elektrik membuka satu lagi peluang pasaran baru kepada syarikat itu untuk mengukuhkan asas jualannya di Malaysia.\rKami berharap dapat membawa masuk versi elektrik model smart fortwo pada 2013 atau 2014, katanya pada previu model generasi kedua kereta elektrik smart fortwo di Petaling Jaya, semalam.\rIa adalah sempena ulang tahun ke-125 kereta dicipta oleh Karl Benz, yang juga pengasas Mercedes-Benz.\rDi Malaysia, model smart fortwo yang sesuai digunakan bagi pemanduan di kawasan bandar mula dijual pada 2004.\r\n\n\n\n\rSementara itu, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Mercedes-Benz Malaysia, Kai Schlickum, berkata kenderaan yang dihasilkan Daimler AG itu adalah bagi memenuhi keperluan pelanggannya di seluruh dunia.\rDisebabkan itu kami mengeluarkan konsep kenderaan dengan teknologi pemanduan modular bagi memberi manfaat dari segi keselesaan pengguna serta alam sekitar yang mapan, katanya.\rBeliau bagaimanapun tidak memberitahu harga jualan kereta itu, namun jelasnya kos pembangunannya lebih ditumpukan kepada teknologi elektrik.\rDi Asia, kereta elektrik smart fortwo kini hanya dijual di Singapura.\rModel smart fortwo dijana oleh penggunaan bateri khas dengan teknologi dibangunkan oleh Tesla Motors Inc yang menepati sistem Kitaran Pemanduan Baru Eropah.\rBateri kereta itu yang dicas penuh boleh bergerak sehingga 135 kilometer dan sesuai bagi kegunaan di bandar, khususnya di kawasan bandar raya yang padat berikutan reka bentuknya yang ergonomik.\rSecara purata, pengguna hanya perlu mengecasnya selama tiga atau empat jam mengambil kira penggunaan harian antara 30 hingga 40 kilometer sehari.\rKereta itu boleh dicas di punca kuasa biasa di rumah dan mengambil masa kira-kira lapan jam untuk dicas sepenuhnya.\rModel yang boleh menempatkan dua orang itu dilengkapi motor elektrik berkuasa 30 kilowatt yang diletakkan di bahagian belakang kereta.\rIa sekali gus menyediakan daya pecutan yang baik serta keseimbangan tinggi dengan tork sehingga 120 Newton meter (Nm).\rSmart fortwo boleh memecut dari 0 ke 60 kilometer sejam dalam tempoh 6.5 saat, hampir sama dengan keupayaan model serupa yang menggunakan petrol.\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|