CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4028|Reply: 4

Siapa kata asap rokok bahaya?Dengan asap rokok boleh jadi kaya.....

[Copy link]
Post time 20-10-2011 03:08 PM | Show all posts |Read mode
Ilmu pengasih asap rokok

JOHOR BAHRU: “Din mengamalkan ilmu pengasih menggunakan asap rokok dan bagi menjadikannya lebih mujarab, ia perlu dihembus kepada mangsa di hentian bas,” kata seorang guru sebuah sekolah di bandar raya ini yang mendakwa menjadi mangsa kasanova berjari 17 dikenali sebagai ‘Din Kudung’, semalam.  Mangsa mahu dikenali sebagai Siti, 32, berkata, melalui pengalaman dan cerita  mangsa lain, semua perkenalan mereka dengan Din Kudung bermula sama ada di Terminal Pengangkutan dan Pasar Awam Larkin mahupun hentian bas lain.


  Menurut Siti, pertemuan pertama dengan Din Kudung serta pengalaman mangsa lain membuktikan lagi telahan lelaki terbabit akan bertindak menghembus asap rokok ke muka mereka.  “Saya berkenalan dengan Din Kudung menerusi panggilan telefon dibuatnya pada awal September 2010 sebelum kami  bertemu di hentian bas berhampiran sekolah tempat saya mengajar,” katanya.
  “Kali pertama bertemu, Din Kudung banyak bercerita berkaitan diri saya seperti kehidupan peribadi serta mata pelajaran yang saya ajar,  membuatkan saya menyenanginya dan mahu berkenalan lebih rapat,” katanya.

  Lebih menghairankan, katanya, Din Kudung beberapa kali menghembuskan asap rokok ke mukanya dan mulanya terasa seperti mahu marah tetapi akhirnya hanya mendiamkan diri.  “Sejak pertemuan itu, saya kerap bertemu Din Kudung yang turut mendakwa bertugas sebagai kontraktor dan mempunyai beberapa projek  dalam pembinaan sekitar bandar raya ini.  “Lelaki terbabit turut membawa saya ke beberapa lokasi projek pembangunan sekitar bandar raya ini yang konon miliknya.  “Din Kudung mendakwa berdepan pelbagai masalah seperti pekerja ditahan Jabatan Imigresen dan kekurangan wang untuk meneruskan projek. “Terpedaya dengan helah lelaki berkenaan, saya bersetuju membuat pinjaman bank  RM50,000 di sebuah institusi kewangan di pusat bandar raya ini, pertengahan September 2010,” katanya.

  Bagaimanapun, Siti terkejut kerana kurang tiga jam,  urusan pinjaman  itu diluluskan dan dia  menyerahkan wang berkenaan kepada lelaki itu.Menurutnya, dua minggu kemudian, Din Kudung menghubunginya dan memaklumkan perlu RM50,000 lagi untuk menyelesaikan masalah kewangannya.“Saya akhirnya setuju membuat pinjaman itu selepas didesak, ia diluluskan pada hari sama dan cek pula dikeluarkan atas nama seorang lelaki yang juga rakan kepada Din Kudung.

  “Pertengahan Oktober pula, Din Kudung sekali lagi meminta saya membantunya dan saya menggunakan kad kredit untuk mengeluarkan RM8,000 sebelum menyerahkan wang berkenaan kepadanya,” katanya. Menurut Siti, tidak lama kemudian, lelaki terbabit menghilangkan diri, malah turut menukar nombor telefon bimbitnya.  , Siti juga tertekan kerana Din Kudung berjanji konon mahu menjadikannya rakan niaga selain mengahwininya.

  Siti berkata, awal tahun ini, dia mendapatkan rawatan di sebuah pusat rawatan Islam sebelum dimaklumkan sebenarnya terkena ayat guna-guna dan diminta mengamalkan bacaan ayat suci al-Quran.  atanya, selepas beberapa kali berubat, baru dia dapat berfikir dengan waras.“Saya akhirnya berjaya mendapatkan beberapa nombor telefon wanita lain yang menjadi mangsa Din Kudung dan apabila dihubungi, mereka turut mendakwa ditipu lebih RM100,000 seorang selain berkenalan di Terminal Pengangkutan dan Pasar Awam Larkin.

  “Akibatnya, saya kini terpaksa menjelaskan hutang sebanyak RM1,200 sebulan kepada tiga bank dengan tempoh bayaran pinjaman antara 15 hingga 20 tahun,” katanya.  Menurutnya, disebabkan jumlah hutang yang banyak, dia tidak boleh membeli rumah mahu pun menukar kereta kerana separuh daripada gajinya digunakan untuk melunaskan bayaran terbabit.  Berikutan itu, Siti membuat laporan di Balai Polis Taman Perling, 25 Ogos lalu, dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Din Kudung bagi mengelak lebih ramai wanita menjadi mangsanya.


P/s:   Bila duit dah habis....mula dikatakan di sihir......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2011 11:58 PM | Show all posts
Benda sihir memang kita boleh jangka, sesiapa juga ada change untuk disihir waima ahli politik atau rakyat jelata. Memang kesian dengan wanita-wanita yang diperdaya oleh Din Kudung. Mereka menjadi mangsa tanpa mereka sedari yakni beri tanpa kerelaan. Tapi ada juga beberapa tips untuk mengelak dari disihir contohnya:-

1. Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) 'ajwah dan jika boleh makan bersama tamar madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendaptkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar kerana  tamar tidak akan menberi sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu.


2. Berwuduk Sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada meraka.


3. Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. bersikap sambil lewa terhadap solat berjamaah akan menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.


4. Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari Sihir.
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya. SIfat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tidak ubah seperti bumi yang ketandusan akabibat kesan tindak balas hasil perlakukan syaitan tersebut.


5. Membaca doa perlindungan apabila masuk didalam tandas.
Tandas adalah tempat ktor dan merupakan rumah bagi syaitan, Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuku tandas. Baginda akan membaca doa perlindungan yang bermaksud berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan dan betina


6. Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kenannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:
"Ya Allah, aku memohon kepadaMU kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yeng telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya

Semoga dengan amalan ini kita sama-sama akan terhindar dari segala perbuatan sihir yang jahat ini. amin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2011 12:05 AM | Show all posts
Reply 2# moyas

TQ moyas.....
Info yang berguna.....

Tapi saya pernah terdengar Ustaz Ismail kamus kata....sapa makan kurma Ajwa, boleh botak kepala*.....Betul ke?.....







p/s:  *Botak kepala sbb Kurma Ajwa mahal.......
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2011 12:08 AM | Show all posts
Reply  moyas

TQ moyas.....
Info yang berguna.....

Tapi saya pernah terdengar Ustaz  ...
jazaa Post at 23-10-2011 00:05

pandainya ustaz tu melawak.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2011 12:52 AM | Show all posts
asap rokok memang boleh kaya,tapi kena ada insuran la...tu pon klau sempat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.175866 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list