CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 125|Reply: 0

Prestariang laksana Program Etika Siber

[Copy link]
Post time 19-10-2011 02:05 PM | Show all posts |Read mode
Kontrak sulung di Asia Barat bernilai RM2.4 jutaPRESTARIANG Bhd, syarikat senaraian awam dibangunkan mengikut Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB) mula mendapat perhatian peserta luar negara apabila ia meraih kontrak sulung di Asia Barat bagi melaksanakan Program Etika Siber di Emiriah Arab Bersatu (UAE).\rKontrak AS$750,000 (RM2.4 juta) bagi tempoh tiga tahun itu diraih anak syarikat, Prestariang Systems Sdn Bhd daripada firma perunding pendidikan berpusat di Abu Dhabi, Knowledge Point Educational Consultant LLC (KP).\r\n\n\n\n\r  Perkembangan itu mengukuhkan lagi asas perniagaan syarikat itu yang disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia itu yang sebelum ini banyak bergantung kepada kontrak dalam negara khususnya daripada kerajaan.\r\r\n\n\n\n\n  Ketua Eksekutifnya, Dr Abu Hasan Ismail, berkata menerusi kontrak itu Prestariang Systems diberi tanggungjawab mereka bentuk modul program etika penggunaan internet khusus pasaran UAE menggunakan modul sedia adanya yang diselaraskan semula dari segi bahasa, budaya serta keperluan lain.\rKatanya, program yang disasarkan kepada golongan belia di UAE itu adalah untuk menilai tahap pengetahuan dan pemahaman mereka mengenai kaedah penggunaan teknologi yang sesuai.\rPelaburan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) membolehkan kami menghasilkan modul sesuai dengan pasaran tertentu dan ia kini mula membutirkan hasil. \rKami berharap dapat menggunakan model perniagaan serupa di pasaran lain, katanya kepada media selepas memeterai perjanjian kerjasama antara Prestariang dan KP di Cyberjaya, semalam.\r\n\n\n\n\rPada majlis itu, KP diwakili Pengurus Penyelesaian Pengetahuannya, Mohamed Al Maskari. Ia disaksikan Pengerusi Prestariang, Datuk Ramli Abbas.\rSelain kontrak melaksanakan Program Etika Siber, kedua-dua syarikat turut memeterai perjanjian kerjasama berasingan untuk mengenal pasti dan membentuk peluang bersama di negara lain sekitar rantau Asia Barat.\rPrestariang, yang terbabit menyediakan perkhidmatan berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kini mempunyai kontrak dalam tangan bernilai kira-kira RM145 juta yang mampu menampung operasinya untuk tempoh sehingga empat tahun akan datang.   \rSyarikat berstatus MSC Malaysia itu kini menawarkan latihan dan pensijilan ICT kepada 120,000 peserta dalam negara. \rAbu Hasan berkata, kerjasama dengan KP itu menjadi perintis kepada Prestariang untuk meneroka peluang perniagaan di luar negara, khususnya di Asia Barat berikutan prospek baik di rantau berkenaan.\rKami terbuka kepada mana-mana peluang, rakan kami di UAE mempunyai prospek pasaran cemerlang, katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:51 PM GMT+8 , Processed in 0.166825 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list