CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6356|Reply: 40

Sedih, bila isu aurat pun sanggup dihujah

 Close [Copy link]
Post time 14-10-2011 08:23 AM | Show all posts |Read mode
lihat komen di bawah:



ada seorang muslimah yang 'kurang arif' tentang isu tudung
kepada kawan2, sila la nasihatkan ahli keluarga, saudara mara, kawan2
bertudung tu, bukan arahan manusia
itu perintah DIA
nak komen lebih2 pun, aku ni x bape pandai
apa pun, try la utk betulkan perkara yg biasa, dan biasakan perkara yg betul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2011 08:41 AM | Show all posts
bagusnya ada insan seperti komeng. .
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 08:50 AM | Show all posts
Bagus cara si Komeng tu menegur..
..bila solat tahu pulak menjaga aurat.. tapi luar solat aurat pun keluar sekali
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 08:55 AM | Show all posts
manusia akhir zaman,manusia semakin jahil,ilmu ilang perlhn2...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 09:08 AM | Show all posts
perempuan yang bertudung x semestinya baik TAPI perempuan yang bertudung tapi sibuk nak jatuh maruah orang x bertudung paling "TERBAIK"
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 09:09 AM | Show all posts
pelik betul ada manusia suka3 jatuhkan maruah orang pastu siap copy fesbuk dia letak kt forum...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2011 09:11 AM | Show all posts
Ayat Quran mana yang menyebut Tuhan suruh perempuan bertudung kepala ni. Boleh bawakan sebagai bukti?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 09:12 AM | Show all posts
13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT

1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?

-Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.

-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?


5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.

-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.

-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)

-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..

-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2011 09:15 AM | Show all posts
Reply 5# B.K

perempuan yang tak bertudung tak semestinya tak baik tapi perempuan yang bertudung confirm rambutnya tak dibakar di neraka jahanam.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 09:19 AM | Show all posts
name samseng,tp alim
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 09:24 AM | Show all posts
Reply 7# cilijeruk

Surah An-Nur ayat 30

قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ



Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (24:30)



Surah An-Nur ayat 31




وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ


Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

(24:31)  

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 09:30 AM | Show all posts
Reply 9# KarTell


    siapalah kita nak tentukan org tu masuk ke neraka atau syurga...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 09:36 AM | Show all posts
betul tu, kita hanya manusia biasa. tapi Tuhan dah nyatakan jelas2 dalam quran.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 09:43 AM | Show all posts
Reply  KarTell


    siapalah kita nak tentukan org tu masuk ke neraka atau syurga...
B.K Post at 14-10-2011 09:30


Assalamualaikum B.K.,

Kita sebagai manusia TIDAK BOLIH/TIDAK MAMPU menentukan/meramalkan siapa yg akan masuk syurga ataupun neraka.
Itu adalah KERJA/HAK Allah swt.

TETAPI ciri ciri/sifat/amalan oghang di dalam neraka sudah banyak di perjelaskan di dalam Al Quran dan Hadis.
Begitu jugalah ciri ciri/sifat/amalan oghang di dalam syurga Allah swt.

Agar ia menjadi GARIS PANDUAN/IKHTIBAR kpd manusia seluruh alam.

Jangan plak jadi mcm oghang di dalam Surah Sajdah Ayat 13.

"Dan sekiranya engkau melihat ketika orang2 yg berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka(dlm keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas jelasnya (akan segala yg kami ingkari dahulu); maka kembalikan lah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal amal yg baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin."

Waallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 10:49 AM | Show all posts
niat komeng tu btul, tp manusia, tmbah2 di zaman ini, kalo cara kita nasihat dgn cara mendesak/ menunjukkan keburukan dia, secara otomatik orng yg kita nasihat tu akan berada dlm mood defensive,

bila da berada dlm situasi tersebut, nasihat kita tu mcm menyiram air pada pokok keladi sje le
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 11:19 AM | Show all posts
Nie benang yg bincang bab tutup aurat. Komen cam dlm fb kat atas tu pon ade..

http://forum.cari.com.my/viewthr ... ;highlight=tudung..

Aku suke bc jawapan dari acesecure tuh.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2011 11:22 AM | Show all posts
cara menegur tak kena...nak dakwah pun kena le dgn berhemah..nie main tegur depan2 public..confirm lah yg kena tegur malu dan berdalih
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 11:40 AM | Show all posts
Reply 12# B.K


    syurga neraka urusan Allah....tapi kita mesti membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Tutup aurat memang wajib kan....xde isu pmpuan yang xpakai tudung xbaik tp yang xtutup aurat confirm dosa
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 08:09 PM | Show all posts
bagus la komeng 2...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 08:43 PM | Show all posts
Apa   erti  hadis  ni
Sabda Nabi s.a.w., "Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia."
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.084801 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list