CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10074|Reply: 60

Anak Buahku Attention Seeker atau Memang Ada yang Mengganggu??

[Copy link]
Post time 12-10-2011 01:08 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by f@rE-h@n at 12-10-2011 16:34

Hai semua...aku ni SR kat bod MPS ni. Suka baca kisah kisah misteri walaupun sebenarnya aku ni penakut sangat.
Harini terbuka hati nak bercerita tentang masalah anak buah aku ni.
Lagi bagus klu ada yang boleh bagi pendapat.
Anak buah aku ni perempuan umur 15 tahun.isnin lepas baru habis PMR...
Dia ni sangat keras hati dan degil...tapi masa kecik kecik tu biasa la kan...
tapi masa dia form 2, dia ni makin menjadi jadi...dengan ibu dia memang langsung tak sebulu.
melawan cakap dan langsung tak hormat ibu dia. tapi dengan ayah dia, dia ok. ngan aku pon dia ok...
dia rajin sms aku citer minat dia kat k-pop semua. kalau dia gaduh ngan ibu dia pon kadang kadang dia cerita kat aku. maybe sebab dia rasa aku ni makcik yang sempoi and memahi jiwa remaja beliau kot.

berbalik pada cerita dia masa form 2, dia ni suka sangat duduk sorang sorang..
bila parents dia nak balik kampung mesti dia tak nak ikut. dia sanggup duduk rumah sorang sorang layan korea. (itu yang ibu dia bagitahu la). Time sekolah dia duduk asrama. dia cerita, dia suka duduk dalam semak kat tepi asrama dia. time dia duk sorang sorang tuy, dia kata dia nampak kelibat la and rasa macam orang tengok dia. masa awal awal suka lepak dalam semak tu ada la sorang kawan temankan. tapi lepas pada kawan dia ada nampak sesuatu terus dah tak mau temankan dia lagi. tapi dia ni memang jiwa kental la. dengan selamba dia tetap lepak kat situ sorang sorang. dia cerita jugak, dia kata kalau dalam bilik study dia rasa macam ada orang suka perhatikan dia. and dia pernah nampak perempuan kat tepi bangunan asrama sambil pandang dia. and dia pernah dia nampak dalam bilik dia macam ada orang. tapi bila dengar citer dia, ayah dia kata dia saja wat cerita jer tu.

dia ni kat sekolah memang tak disukai oleh orang. mesti ada jer yang cari pasal dengan dia. siap terseliuh bahu kene buat ngan orang kat sekolah. Before nak PMR haritu. dia ada bagitau ibu dia, dia nak pergi jumpa ustaz sebab dia rasa badan dia macam lemah lemah n bahu dia macam berat jer. tapi ayah dia memang tak percaya benda benda mistik ni and kata anak dia ni suka cari perhatian. so kakak aku ni takde la bawak dia jumpa ustaz. and yang menariknya seminggu sebelum exam, anak buah aku ni wat havoc lagi kat sekolah. tetiba dia histeria and nak bunuh diri. siap amik pisau nak kelar tangan. so ayah ngan ibu dia pergi sana ambil la...siap kene tampar berdas das pon still tak sedar. sampai rumah baru dia sedar. bila tanya dia, memang dia cakap dia tak sedar langsung apa yang berlaku pada dia time tu. dia sedar sedar dah ada kat rumah. yang ni dia cerita kat adik lelaki dia.

kadang kadang aku pikir anak buah aku ni just mencari perhatian sebab dia rasa orang tak suka dia kat sekolah and dia rasa ibu dia tak sayang dekat dia. tapi kadang kadang aku tetap rasa macam ada unsur lain yang mempengaruhi dia. yelah, bila kita ni jiwa kacau, benci orang sana sini mesti syaitan tu makin menghasut. lagipun ibu dia ni pernah gak lah macam kene buatan orang. (tapi aku tak pasti la betul ke tak sebab  dia sendiri yang cerita kat aku ada orang dengki ngan dia). masa dia kata ada orang buatkan dia tu, dia macam lenguh lenguh badan, macam bahu dia berat macam ada beban jer.(sama macam anak dia rasa sekarang) dia dah pergi berubat ngan sape ntah, aku pon tak pasti. siap kata ada orang calit minyak apa ntah kat bahu dia ngan tanam something kat depan rumah dia. tapi orang yang ubatkan dia kata, kakak aku ni kuat semangat jadi benda tu tak dapat nak kacau dia lebih lebih. jadi dia risau bila orang tu tak leh buat kat dia orang tu hantar pada anak anak dia. sebab lepas kes tu anak dia yang aku citer tadi jadi sangat menyampah dengan ibu dia ni. mak aku plak percaya gak mungkin ada unsur unsur mistik ni. tapi bagi aku ngan hubby aku plak lebih berpikir tentang masalah jiwa budak tu. sebab ibu dia suka sangat nak marah marah dia. apa yang dia suka mesti kene kondem then mesti mak dia tak support dia...so dia memberontak. tapi aku ngan hubby tak la pula menafikan benda benda mistik ni.

mak aku ni mencadangkan kakak aku bawak anak dia pergi jumpa sorang ustaz kat terengganu. tapi aku tak ingat la plak apa nama ustaz tu. sebab dah banyak orang berubat ngan dia baik. abang ngan mak sedara aku pernah bawak anak  diorang jumpa ustaz tu. anak buah lelaki aku sorang tuy siap ada 3 ekor jin kat badan dia. n sepupu aku pon sama. ni dah macam kisah lain plak ni. tapi kalau korang sudi bagi pandangan pasal anak buah aku ni sangat aku alu alukan. tapi kalau citer ni tak sesuai kat bod ni boleh la di move kan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2011 01:40 PM | Show all posts
bawak laaa pegi berubat
baru tau dia ni att seeker atau tak
dh suka sgt duduk sorang2 kat asrama tuu, mesti ada yg dh 'suka' kat dia
sbb tu dia kata dia nampak kelibat tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2011 01:44 PM | Show all posts
Reply 2# fariepari

ibu dia ngan neneknya memang nak bawak berubat, tapi ayahnya plak tak kasi.macam aku plak 50-50.
budak ni ada satu kelebihan dia, pandai mengurut orang.
dia memang tak belajar mana2.tapi bila dia mengurut memang menjadi la.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 02:00 PM | Show all posts
bawak gi jumpa UNCLE SEEKER ok kot????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2011 02:38 PM | Show all posts
Reply 4# zad78


   jumpa Uncle Seeker wat hape...nnt jadi weng mcm dia gak anak buahku ituy...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 03:16 PM | Show all posts
jap jap jap...TUY tu mende? ko ni makcik yg mude rumaje ke?TUY=tu ke?

memula ingat typo, skali byk lak TUY tu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2011 03:21 PM | Show all posts
Reply 6# mimi77


    hakTUY kot?????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2011 03:31 PM | Show all posts
Reply 6# mimi77


   sorry dah terbiasa taip msj tu jadi tuy...itu yg bila nak create cerita tertaip yg sama.tidak la muda remaja.dah kawen anak sorang pon...tapi jiwa sentiasa muda.
kadang leh paham la muda remaja sekarang macamana...tak kena sikit mesti memberontak...
itu yg kat maybe dia ni just nak perhatian. tp kdg2 kita takleh nafikan jugak unsur2 mistik ni..

and ada dengar orang cakap kalau orang mengurut then yang mengurut tu sendawa bermakna salah sorang ada kena gangguan.betul ke??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2011 03:34 PM | Show all posts
Reply 7# zad78

aku mmg baca mcm gitu bunyinye pun
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 03:38 PM | Show all posts
Reply 8# f@rE-h@n

1 nasihat la....dalam thread MISTERI nie....rata2 la(x semua) adalah org yg bukan muda rumaja...so..pd yg muda rumaja tu...tolong la gunekan bhs/shortform yg betul ek...btw TUY tu bukan singkatan...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 03:45 PM | Show all posts
bawak g berubat, kite bukan tau, lau dia dah tersuka...
kdg2 ada ngeknya gak mak pak yg x caya, bila dah jdi benda buruk bru ckap, 'kalaulah sy percaya semua 2'
payah nak ckap, sensitip amat!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2011 04:26 PM | Show all posts
Reply 10# mimi77

tadi menaip dah habis cuba tak guna short form ngan bahasa sms ni...tapi terlepas jugak tuy tu...hehehe...maaf ye semua...nak kena edit la yer bagi senang orang paham...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2011 04:30 PM | Show all posts
Reply 11# lalunagujiwa

saya ngan hubby semua setuju jer kalau pergi jumpa perawat yang betul...sebab dari memberontak pon lama2 boleh jugak jadi benda2 mistik ni...
sebab syaitan, iblis ni sentiasa mencari mangsa kan...
tapi yang menjadi masalah sekarang abang ipar saya memang tak percaya...
mak saya dah bersungguh nak bawak cucu dia ni pergi jumpa ustaz dekat kampung...
tapi asyik tergendala saja...bila dengar anak buah saya ni sampai nak kelar tangan semua makin la risau mak saya ni...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 04:33 PM | Show all posts
Reply 8# f@rE-h@n


    Eh..tak de lah..

    Aku ada sorang kawan ni..memang pandai mengurut..kalau dia urut tempat yang sakit, memang dia akan sendawa..dia cakap kat are yg sakit tu banyak angin..

   Yg aku tau, kalau org urut tu muntah, baru mcm yg ko cakapkan tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2011 04:39 PM | Show all posts
Reply 14# aLiN_82


   hehe...itu yang aku tanya sebab ada yang bagitau macam tu...risau gak kan...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 04:40 PM | Show all posts
Reply 13# f@rE-h@n


    Beritau abg ipar yg korang risau dgn anak sedara korang tu. Bila dah nak kelar tgn sendiri tu mmg ada problem, samada batin atau mental.

    Baik cuba berubat cara kampung dulu. Mana taulah kan. Kalau dah berubat kampung, ustaz tu pun kata, tak de benda, maksudnya ada masalah kesihatan mental lah tu. Kekadang stress sbb pikir org tak suka dia. Aku ada kawan yg suka sgt kelar tangan dia. Dia kata dia tensyen dgn keluar, sesaja nak tgk, kalau calar tangan dia boleh mati ke tak. Nasib baik aku dgn kawan aku yg sorang tu, selalu nasihatkan dia.

   So, lebih baik berubat awal. Kang tunggu last minute, tak boleh diubat pulak karang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2011 04:42 PM | Show all posts
Reply 15# f@rE-h@n


    Kang org panik pulak kalau setiap kali tukang urut sendawa.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 04:42 PM | Show all posts
Reply 14# aLiN_82


    hmmmm...kalau terkentut camner pulak???? sama konsep macam sendawa kot ye....atau pun tahap lagi tinggi lagi???? prooooot
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 04:43 PM | Show all posts
Reply 18# zad78


    Yg tu spesel sikit. Maksudnya tukang urut tu tak leh sendawa.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 04:46 PM | Show all posts
Reply 19# aLiN_82


    terima kasih....baru la I pahammmm.....kiranya I ni pun golongan yang tak leh sendawa ler yek.....prooot proooot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 06:00 PM GMT+8 , Processed in 3.079960 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list