CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 149|Reply: 0

Bisnes Dunia: Ikrar pemimpin Eropah lonjak pasaran Asia

[Copy link]
Post time 12-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Beijing  beli saham bank terbesar tingkat keyakinan pelabur\rSAHAM Asia melonjak semalam apabila ikrar pemimpin Eropah untuk melindungi bank rantau itu daripada krisis hutang dan peningkatan keyakinan pelabur berikutan langkah Beijing membeli saham dalam beberapa bank terbesar republik itu.\r\n\n\n\n\r  Harga minyak berlegar di atas AS$85 setong manakala dolar Amerika Syarikat (AS) mengukuh berbanding euro dan yen.\r\r\n\n\n\n\n  Indeks Hang Seng di Hong Kong meningkat 3.3 peratus kepada 18,287.94. Indeks Nikkei Jepun dua peratus lebih tinggi pada 8,780.25 dan Kospi di Korea Selatan menokok 1.6 peratus kepada 1,794.62.\rIndeks Komposit Shanghai meningkat 0.7 peratus kepada 2,361.58 sehari selepas dana pelaburan kerajaannya mengumumkan pembelian saham dalam beberapa bank utama, sekali gus membantu merangsang pasaran saham negara itu yang lembap.\rPenanda aras di Taiwan, Singapura, Indonesia dan Thailand semuanya meningkat dua peratus atau lebih daripada itu.\rSaham empat bank kerajaan terbesar di China melonjak selepas Central Huijin Investment Ltd, anak sayap pelaburan milik kerajaan China iaitu China Investment Corp, lewat kelmarin berkata ia telah membeli saham dalam Industrial & Commercial Bank of China (ICBC), Agricultural Bank of China, Bank of China dan China Construction Bank sambil meneruskan operasinya untuk menyokong pasaran.\r\n\n\n\n\rDana itu tidak memberitahu jumlah saham yang dibelinya.\rSaham bank itu yang disenaraikan di Hong Kong menunjukkan peningkatan ketara.\rICBC menokok 7.9 peratus, Agricultural Bank meningkat sebanyak 15.1 peratus, Bank of China melonjak 8.9 peratus manakala China Construction Bank menambah tujuh peratus.\rPasaran saham seluruh dunia turut mendapat isyarat  Eropah sedang menyediakan langkah serius untuk menyediakan sokongan modal kepada bank yang diperlukan untuk berdepan kemungkinan kegagalan Greece membayar hutang.\rCanselor Jerman, Angela Merkel  dan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy pada Ahad lalu berkata mereka akan memuktamadkan maklum balas komprehensif terhadap krisis hutang itu menjelang akhir bulan ini.\rBagaimanapun, tiada perincian terhadap rancangan itu dikeluarkan dan penganalisis memberi amaran supaya tidak terlalu berharap bahawa penyelesaian mudah diberikan kepada institusi kewangan, pelabur dan kerajaan.\r“Paling penting, kita perlu melihat sesuatu yang lebih konkrit daripada Kesatuan Eropah sebelum berasa selesa,” kata Ketua Pegawai Pelaburan Neutron INV Partners Ltd Hong Kong, Derek Cheung. – AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.622185 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list