CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: KAULAT

Tetamu tak diundang

     Close [Copy link]
Post time 19-10-2011 03:29 PM | Show all posts
Tak jugak kismis....tapi tak de thread yang menggoda....
Jom kita meriahkan thread TT ni..... ...
jazaa Post at 19-10-2011 15:25


tu la kak jazaa.. sampai abih board lain saya terjah..
takde motif kadang tu buat post pun..


thread ni best tapi TT tak update selalu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2011 04:02 PM | Show all posts
Cerita pasal makhluk bunian ni....
Ai teringat satu kes, anak cousin masa dia kecik2 dulu....
Masa ai kecik, anak dia pun kecik (kira cousin ni boleh di panggil mak cik lah)...
Masa tu anak dia Man ni di bawak oleh datuk dia pergi rumah mak saudara di Tangkak kat kawasan perumahan.....Datuk dia tumpangkan Man ni kat rumah Mak Long dia lah sekejap sementara datuk dia hantar orang sbb datuk dia ni bawak teksi.....Mak Long ni tak berapa suka sgt dengan Man ni sbb maklumlah, Man ni orang susah, mak dia kerja kampung, tinggal sekali dengan datuk dia....masa datuk dia tinggalkan Man di situ, Mak Long dia buat tak reti je lah....dia biarkan Man main di luar sorang-sorang....dia buat kerja kat dapur....masa dulu mana ada sgt kes orang culik2 budak, rogol atau liwat mcm skrg ni.....

Dari pagi sampai ke tengahari mcm tu, Man ni leka main-main kat luar.....nak masuk rumah, orang tak ajak, takut le jugak....pastu Man pun pergi lah main buai kat padang permainan kat depan rumah tu....main buai sorang2....nak main jongkang jongkit, tak ada kawan le pulak.....dia sorang je yang terjongkang, tak de sapa nak jongkit kan dia.....

Sesekali mak Long dia jengah-jengah le takut dia main lagi jauh....dah nampak Man seronok main kat situ, dibiarkan je lah....tengahari buta (ooopss....bukan pagi je ada yang buta, tengahari pun kekadang ada yag buta jugak tau)...Man dok main sorang2 kat padang permainan tu & mak Long dia sibuk kat dapur.....

Dalam pukul 2 ptg mcm tu....datuk Man pun datang lah nak ambik Man....terkejut le dia tengok cucu dia tak de kat rumah, pastu cepat2 le Mak Long dia kata Man pergi main kat pdg permainan....bila tengok kat situ, tak de sorang pun budak atau orang kat situ....bermakna man dah hilang....dengan sedih & bercucuran airmata, datuk dia cari Man kat kawasan tu....sambil2 tu cakap kat anak sulung dia - "sampai hati kau buat Man mcm tu....apa lah salah kau bagi dia main dalam rumah".....

dah hampir satu taman di redah & cari tapi Man tak ada....dah dekat petang dalam pukul 4 tu, diorang nak buat report polis lah....tetiba ada orang hantarkan Man ke rumah sbb orang kat kawasan tu memang kenal datuk man, maklum lah driver teksi kan & datuk man ni pun selalu bawak man bila dia hantar passenger ke apa.....rupa-rupanya ada sorang driver teksi ni jumpa man berdiri sorang2 kat tepi jalan berhadapan dengan rumah sorang bomoh kira-kira 3 kilometer dari kawasan perumahan mak long dia tu.....driver teksi ni risau lah bila tengok budak kecik dalam 4-5thun kat tepi jalan...mana lah tau dia melintas ke....so dia berhenti lah nak ambik, tengok-tengok rupa-rupanya Man....dia pun hantar lah man ni ke rumah mak long nya tu.....

Mengikut cerita man, dia di bawa oleh seorang "mak cik" ke kawasan yang cantik....mcm2 yang dia nampak tapi tetiba dia di tinggalkan di situ....sebenarnya orang Bunian tu memang nak ambik man & nak bawak ke alam diorang tapi sbb kawasan yang nak di lalui tu kena melintas kawasan bomoh tersebut, orang bunian tu terpaksa tinggalkan man di situ...sebenarnya bomoh tu memang terkenal di kawasan tu & boleh berinteraksi dengan bunian....mungkin bunian tu takut nak melanggar bomoh ni punya kawasan liputan, tu yang di tinggalkan man kat situ.....masa driver teksi ni jumpa man, dia tak bagitau pun kat bomoh di seberang jalan tu, dia ambik man & terus di hantar ke rumah mak long nya tu....
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2011 04:31 PM | Show all posts
Reply 142# jazaa


   
Agak-agak, kalau si Man tu dibawak pergi bunian, macamne la yek? Mungkin bahagia ke? huhuhu...
Aku rasa maybe bunian tu kesian kat Man kot? orang pandang sebelah mata jek... tu la kalau di ikut sangat pada darjat dan harta..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2011 04:47 PM | Show all posts
Reply 143# taji2906

Masa dulu-dulu.....byk gak kes budak2 hilang kat estet Tangkak tu taji......
Budak tu cerita, dia nampak je mak bapak & orang2 kampung dia cari tapi dia tak boleh nak bersuara....
Masa orang jumpa dia tu, kadang2 mulut penuh dengan cacing....tapi dia kata dia makan mee yang sedap sgt....
Ada pulak tu, mulut penuh dengan tahi ayam, dia kata dia makan kuih yang sedap sesgt gak.....
Selalunya lepas dah jumpa tu ada yang tak panjang umur....(dah ajal dia agaknya)...dua tiga hari pastu meninggal....
diorng ni di letakkan di bwah pokok jambu ke...di tepi longkang ke.....mcm tu lah.....

Agaknya kalau man tu di ambil terus, mungkin bahagia lah dia sbb dapat masuk syurga..(kanak2 kalau meninggal di tempatkan di syurga kan)....Tapi skrg dia dah berbahagia lah jugak....memula dulu dia menyewa di rumah kami, skrg dah ada rumah sendiri....
Anak2 dia pun pandai-pandai semuanya.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2011 04:51 PM | Show all posts
cerita yang best TT
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2011 06:13 PM | Show all posts
Reply  taji2906

Masa dulu-dulu.....byk gak kes budak2 hilang kat estet Tangkak tu taji......
Bu ...
jazaa Post at 19-10-2011 16:47



kesian man tu.. double standard betul maklong tu.. haish.. sampai ahti rumah pun tak dipelawa masuk..lepas tu maklong tu ada baik tak dgn man tu.. ke sama je..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2011 06:32 PM | Show all posts
Reply 146# kismis

skrg ni dah tua, baik lah kismis.....biasalah, orang dulu2....bila orang miskin memang di ketepikan....
Tapi akak ingat lagi, bila Man ni dtg rumah akak, dia belek botol susu anak sedara akak sbb dia tak pernah hisap susu guna botol. dia minum susu cap gantung.....
Akak bila dia dtg rumah, memang akan bagi duit atau gula2 kat dia....hish...kira baik kan akak ni....
Walaupun kecik lagi tapi dah faham makna sedekah....ceh..ceh....puji diri le pulak.....

Dia tak pernah rasa kasih sayang ayah.....ayah dia tinggalkan dia & mak nya masa dia kecik lagi.....jadi datuk tu lah tempat dia bermanja...nenek dia memang tak sayang dia....cuma datuk & pak cik dia je yang ambik berat.  Pak cik dia akan hantar dia sekolah...Tapi yang sedihnya, bila umur dia 9-10thn mcm tu, pak cik dia meninggal dunia sbb kemalangan....dia sekolah setakat darjah 6 je sbb nenek dia tak nak sekolahkan dia....datuk dia pun dah tua masa tu..

Dengan pelajaran setakat darjah 6, mak akak mintak jiran sekampung yang jadi driver lori ambik dia bekerja sbb nak jauhkan dia dari pak Usu & nenek dia yang sentiasa membuli dia.....kerah tenaga dia tapi tak bagi duit pun....
mula-mula dia jadi kelindan lori, tlg angkat2 barang....pastu dah pandai, dia ambik lesen & jadi driver lori....
Mula-mula dia menyewa tapi berkat dia kerja rajin, dia kumpul duit & beli rumah...skrg anak2 dia pun dah besar & pandai....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2011 09:15 PM | Show all posts
saya lewat 20an...hehehe..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-10-2011 10:20 PM | Show all posts
saya cite ni berdasarkan pengalaman dan apa yang saya lalui...
Ni ada satu cite lagi,tapi tak tau lee seram ke tak...
Peristiwa ni berlaku awal tahun 2005,masa tu group aku ada orang baru masuk,dia ni dibawa masuk oleh sorang lagi member aku..
perempuan...comel ooo.....

tapi minah ni ada keistimewaan,dia boleh nampak makhluk halus dengan kata lain pancaindera ke6...
camne kami tau...begini kisahnya...

kami dapat satu projek untuk membawa student ke orientasi di hulu selangor...cam biasa..
semua group aku terlibat termasuklah minah nii...sebenarnya group aku ni merupakan dari kalangan traneer yang diiktiraf lee..
tapi kali ni tido bukan khemah tapi Dom yang besar...

student terlibat 25 orang,so tentatif program memang cun,pack,dan yang pasti sure seronok...resort yang kami duduk ni berada agak kedalam dari jalan besar,so 100% program dikelola oleh kami,cuma bab makan dan penggunaan dewan serta surau jee guna resort punya..

Malam pertama -
sesi suai kenal,kami berkumpul di satu ruang yang besar macam bansal tapi besar tanpa dinding..masa program ni berjalan,semua faci kena kenalkan diri termasuk minah baru niii..mulanya ok jee dia...lepas 1/2 jam program...minah baru nii mula dah nampak resah dan pucat,orang yang pertama nampak member aku,aku bagi nama dia k,k ni memang rapat ngan aku dan dia antara orang kuat@penting dalam group kami...

So dia gi tanya "ko nape?",gelisah jeee"...pastu dia jawab "takde apa"...so kami ingat ok laahhh..
aku siap cakap "first time kot"...sambil gelak2... ...
so malam tu semua ok..masa otw diorang nak masuk dom..minah ni siap lari dan jalan rapat2 ngan seketeri kami...
seketeri aku pun pelik leee..apa kena minah nii...dia tak selesa orang pegang2 dia..tarik2...

so dia tanya "kenapa"..minah tu still jawab.."xde apa"...
korang tau malam tu apa jadi...kecoh satu dom perempuan minah niii...menjerit kena histeria...
masa ni lah aku tengok secara live macam mana histeria berjangkit...macam penyakit berjangkit..

Dom aku kena ketuk ngan faci pompuan aku,dia cakap ada histeria..masa aku sampai tu 2 orang je kena..pastu
sorang2 kena sampai dekat 8 orang kena..apa lagi...cam biasa...dalam group aku ni ada laaa yang pandai2 gak berubat sikit2...
tapi tak jalan..sudahnya kami decide panggil orang resort.sementara tunggu orang resort sampai kami pasang ayat ruqyah pakai heler...bertambah teruk jadinya sampai tak terkawal..sampai kena panggil student lelaki jaga kat luar takut ada yang lari masuk hutan...

staff resort sampai lambat..sebab ambik sorang ustaz niii..kat Kg tu jugak...yang aku peliknya bagus lak staff resort nii..tau2 je bawak terus ustaz...mula2 ustaz ni tabur garam kat keliling dom,pastu tu ustaz ni mula zikir dia kumpul semua yang kena histeria kat bucu dinding..yang bestnya ustaz ni tabur garam,lada hitam,last sekali air...aku rasa air yasin...
time tu jugak 7 orang student tu tumbang,pengsan...ustaz tu suruh bawak kuar dulu yang 7 tu...cuma minah tu je yang liat sikit
sebab ustaz tu cakap...induk dia kat minah niii

tapi aku rasa ustaz ni power laa..dia ubat x yah pegang pesakit dari jauh jee..budak tu dah terduduk kat bucu...ustaz tu cuma tuju2kan jee tangan dia kat minah tu,dah menjerit-jerit minah tu..takde de nak interview2 benda yang merasuk tu...ustaz tu rentap sekali...terus minah tu menjerit pengsan..

bila minah ni sedar kami tanya dia ko sedar tak apa yang berlaku...baru dia cite..sebenarnya dia bole nampak benda halus...tapi sebelum niii...dia ok jee bole control..tapi kat resort ni punyaa dia cakap hodoh...banyak pulak tu..ustaz tu tanya dia macam mana rupa makhluk tu..untuk pastikan yang minah ni tak berbohong..

minah tu cakap ada satu makhluk tu berbulu,mata merah,kuku panjang...ada yang rupa hodoh,mengerutu,ada yang muka anjing...ada yang muka hitam jeee.. tapi dia mula nampak masa orientasi lagi..makhluk tu duduk penjuru tiang,tengok jeee...kitaorang semua...pastu kat dom makhluk tu jenguk ikut tingkap..dan hulur tangan berbulu...terus dia jerit,terus kena histeria ustaz tu akui lee..memang betul apa yang minah tu nampak...tandanya minah tu tak menipu lee..

yang bestnya staff resort tu cakap,histeria biasa kat resort ni...dan dia cakap semua bole settle nyeee.:@ ...yelaaa yang kami ni tak biasa...

Esok tu sabtu..minah tu terus balik..tak join sampai orientasi habis...tapi ustaz tu cakap minah ni kena gi berubat,takut satu hari nanti kalau dia nampak yang lebih ngeri camne...so sepanjang 2 hari lagi tu kami cuba membataskan program disamping bacaan yasin lepas solat maghrib...

Dan semenjak tu juga dia tak pernah muncul lagi untuk sama2 join group aku ...
kadang2 aku terpikir gak...camne laaa hidup dia kalau asyik nampak jeee...paranormal camni..
tapi was2 gak habis tu selama ni...camne laaa dia harungi...

Namun semua tu pengalaman..bila kami kumpul group kami sekali sekala sekarang nii..cite2 camni akan muncul balik...gelak..reramai bila ingat semula....

nanti aku post aku gi join pak metua aku 4x4 kat tengah hutan....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2011 11:07 PM | Show all posts
Terbaik lahhh....nantie senang citer laa lagiee

berkenaan jalan ke gombak tue....pernah ajak somi lalu situu ikot jalan dalam punya laa kawasan org asli tue..jalan sempit masa lalu hanya lori...1 biji yang muncul...pokok bulohhh amat lah banyak...kiri kanan...reduuppp giler lahh....

masa kami lalu siang mmg tak rasa apa2......my somi ok jer,siap2 borak dlm keta,siap gelak dlm keta...sekali bunyi kelepok atas keta....terus ckp apatue??? somi kata rasanya buluh kot jatuh...tak berhenti pon....jalan jer....dalam hati cakap cepatt lahh sampaii....rasanya kuar kat mana ntah tak ingat...ikot highway balikk...benti kawasan rehat...cuba tengok atas keta kott...buluh jatuhh calar ker???

kami pun tengokk aar...takder kesann apa2 pon......so mmgg tak ingat apa2 lah....sbb siang lagie dalam kol 2-3ptg mcm tue aar...

laa nie jgn harap lagie aku nak masok n gatal nak suruh laki aku jalan tue....SERIAUUU
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2011 11:08 PM | Show all posts
Reply 149# KAULAT


    Terbaik lahh TT
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 09:25 AM | Show all posts
Reply  kismis

skrg ni dah tua, baik lah kismis.....biasalah, orang dulu2....bila orang miskin me ...
jazaa Post at 19-10-2011 18:32


sedih kisah hidup man.. tak terbayang pulak rasanya..
tulah ALlah bagi dia kemudahan bila tua.. anak2 jadi orang semua kan kak jazaa
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 09:28 AM | Show all posts
saya cite ni berdasarkan pengalaman dan apa yang saya lalui...
Ni ada satu cite lagi,tapi tak tau l ...
KAULAT Post at 19-10-2011 22:20


rugi eh kaulat..
cun tuu..tapi kesian dia..


anak sedara sulung aku sorang diberi kelebihan blh tgk jugak..
dah la dok asrama.. paham2 jelah apebenda ada kat asrama tu
masa mula masuk mrsm form 1 asyik demam je..
sekarang dah biasa dia kata.. nampak pun dah tak terkejut.. rupa macam2 jenis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2011 09:53 AM | Show all posts
tu laaa...
tapi betul gak kalau dah lama2 mesti biasa...
mesti syok kannnn....hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 10:43 AM | Show all posts
betul gak tu... encounter menda2 deria ke 6 ni banyak buruk dari baiknya...

bukan la kata apa, rupa2 setan ni tak da langsung yang menyamankan mata, semuanya buruk, buat terkejut org jer ada...

tetiba teringat lak citer adik aku..
adik aku ni pun ala2 gitu gak, yang bagusnya dia ni hati kering ya amat (tp sebelum tu, tuan umah, ampun ek, akak pinjam umah ko nokkss. citer tak delah banyak sgt jadi maleh deh nak bukak umah baru.. mano2 den ghaso/teringat den citor jo lah yo...)

adik aku ni dari kecik mmg ada macam 'kengkawan' dia gitulah... dia dulu selalu cakap yang dia ada kawan pompuan memain sesama ngan dia gitulah.. kita org x caya, yelah kdng2 imaginasi bebudak ni mcm2...

ada beberapa kesah, tp yang teringat saat ni kisah dia yang terbaru kat umah aku kt taman melati nun... skrg adik aku duduk 2 org jer ngan adik lelaki bongsu aku.. umah tu umah parents aku, tp parents aku dah balik kg, dah pencen...

adik aku, emi, dia ni memang dari kg lagi dah ada 'pompuan' yang suka (alamak, mcm kena citer dari mula lak.. panjang plak jadiknya umah TT ni kang..).

oklah, aku citer gak lah sikit (malas bebenor aku nk menaip..).
adik aku ni jenis ati kering ya amat. langsung tak takut, even kat menatang berbisa ker.. hantu ke, apa ker semua dia selamba main redah jer..

dia dulu sebelum keja tetap kat kl ni, dia tolong parents aku uruskan tanah felda atuk aku.. jadi rajin ler dia pi motong.. harga getah kan tinggi, loaded gak dia.. jadi tak kira pagi petang siang malam, dia main redah jer pi motong, mana yang sempatlah.. kalau dia bangun lambat, alamat tengah hari le dia pi motong, kadang2 tiba mood dia nak pi motong kul 7 malm, dia pi jer main redah, haram kot dia terfikir ada rimau ker, ular ker.. setan ker.. parents aku jenuh dah duk bercakap, tak kan lah nak piat telinga pulak kan sebab semangat motong dia tengah menggebu2, kang marah lebih2 tak pegi motong susah plak parents aku..

cerita pun bermula (hehehe, bukan main panjang mukadimah aku, sabar ye dik non...)

waktu dia start notis ada menda yang ngikut dia tu, dia mula2nya kata waktu dia tengah motong tu dia ada bau wangi... pastu dia kata ada org dok peghati jer dia dari pokok2 getah tu.. kiranya kalau dia noreh tu, dia rasah org tu ada kat pokok sebelah dia jer..

dia buat derk jer dengan perasan tu.. tp selepas tu menda tu agaknya nak bagi adik aku notis dia, dia start dah lilitkan rambut dia kat setiap pokok getah yang adik aku nak toreh tu.. adik aku kata rambut dia panjang.... sampaikan satu hari tu dia tinggalkan selonggok rambut dia kat pangkal pokok getah tu.. yang adik aku ni pulak, pi amik nak bawak balik tunjuk kat mak aku.. apa lagi meroyan mak aku suruh adik aku pi pulangkan balik rambut ntah sapa2 yang punya tu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 10:43 AM | Show all posts
yang lagi best, dia dah start lagi dekat ngan adik aku.. adik aku kata bila dia noreh tu menda tu ada kat belakang pokok getah tu kira boleh main cak2 plak ngan adik aku.. ada sekali adik aku tipon mak aku dia kata dia bau wangi ya amat kat dlm kebun getah tu.. mak aku punya lah geram sebab adik aku pi tegur2 la plak..

adik aku tak pernah secara live tengok rupa paras makhluk tu cuma dia kata dia dapat rasa kehadiran makhluk tu jer.. hurm mak aku kata menda tu mmg dah lama dah duduk kt dlm kebun getah tu.. org kampung pun dah selalu terkena kat kebun getah atuk aku tu..

menurut kata org yang bijak pandai kt kg aku tu, kat dalam kebun tu ada macam punca air, alah mcm mata air tu tp yang ni agak banyak jugak lah air mata dia.. cara dia keluar dari tanah tu pun macam pelik sikit.. air mata air tu keluar dari lereng tanah (alah mcm mana aku nak describe bagi korang paham ni), korang bayangkan mcm air yang meleleh dari lereng bukit tp yang ni takdalah smpi boleh mandi kat bawah dia, air tu keluar dari lereng bukit dan alur dia tu sentiasa basah jer.. kat bawah sikit ada kolam semulajadi yag besar lebih kurang court badminton tu.. (alamak, mcm kena citer lak pasal kolam ni.. ).

kolam ni pun satu hal, kalau kita pegi kat ctu rasa mcm seram sejuk pun ada, mungkin surrounding dia kut.. even, salah sorang org yang menoreh kat kebun ayah aku tu penah kata dia ada tinggalkan menda2 yang dia ubat org kat kg tu dia 'penjara'kan kat situ. bila parents aku dapat tau, dia minta org tu amik balik dan pi buang kat tempat lain.  Orang tu pun sebelum meninggal dia kata dia dah settlekan, tp ntah ia ntah tidak, sebab kadang2 mcm masih ada jer lagi..  

adik aku kata dia penah mimpi nampak ular sawa besar kat situ, ular tu boleh berdiri, cara dia berdiri tu pun pelik, even ular tu boleh kelip2kan mata dia dan tengok kira kanan macam kita manusia ni tengok kiri kanan, maksud aku bila kita toleh kiri kanan kan kita cuma gerakkan tengkuk kita, ha gitulah caranya ular tu nengok kiri kanan..

mak aku kata itu mainan tido jer, tp sekarang baru mak aku akui mungkin ular tu penunggu kat situ sebab pekerja baru mak aku skrg (budak indon) kata dia org penah nampak ular sawa tu, besar, pun sama gak, tengah bediri gitu, dia org tak berani nak bunuh sebab dia kata ular tu lain macam jer...  yang terbaru, salah seorg pekerja mak aku tu, kena anta balik berubat kat indon sebab dia tiba2 dari sehat walafiat tu dia demam, start dari situ dia kena mcm stroke (dah anta pi sepital, tp Dr kata tak da apa2. hurm, pahamlah kalau Dr kata takda apa2 tu ni mesti ada 'apa2'..). Pekerja mak aku tu sampai mcm lumpuh satu badan, dia kata bila senja je dia punya kaki berdenyut, tak lama pun kena mcm tu, kaki dia terus jadik mcm kecik sebelah, kurus tinggal tulang jer kaki dia. Dia langsung tak boleh bergerak, mengesot2 dan kena papah kalau nak buang air.. makan jer, tak boleh nak makan nasik, kena makan bubur sebab dia kata dia susah nak telan dan perut dia sakit.. pelik2...

bila minta org kg dia kat indon tu tengok2kan dia, org tu kata budak ni kena ngan jembalang tanah, ntah, aku pun tak tau betul ke idak.. dia kata kalau kat indon, senang dia nak ubatkan sebab dia kata tak ramai org malaysia yang pandai bab2 ni.. (eleh, belagak lak tu.. last2 parents dia amik budak tu balik berubat kat kg. skrg yang gantikan budak tu noreh kebun parents aku sepupu dia plak, dari sepupu aku tu lah mak aku selalu tanyakkan kabar berita dia, sepupu dia kata dah ada nmpk perubahan sikit.. )

sori ek, dah melalut dah citer aku merata2 plak...

ok berbalik citer pasal adik aku tu, kemuncak citer dia bila dia mengadu kat mak aku yang private part dia bengkak.. parents aku ingat bisul ke, angin pasang ker, bawak gi klinik.. tapi still tak ok, last2 mak aku bawak gi berubat kampung... mak aku kata, dia tergerak nak bawak gi ubat kampung tu sebab ada satu senja tu dia terbau rumah aku tu wangi sangat, macam bau wangi kebun tu... meremang bulu roma mak aku.. dia kata dia kenal sangat bau tu dan kat kebun atuk aku jer bau tu selalu muncul.. ni tetiba dalam rumah pulak... (teringat lagi... adik bongsu aku kata, kalau pi kebun tu, ada satu kawasan semak tu macam pelik jer.. adalah pokok kelapa kat tengah semak2 tu tp keadaan semak tu kemas jer, tersusun mcm dijaga.. adik aku ajak aku pi tgk, ah tak kuasa aku, naya jer kang menyusahkan idup aku lak, dah la aku ada anak kecik time tu..)

waktu org yang ubatkan adik aku tu tengah ubatkan adik aku, position adik aku terlentang, dan dia kat tepi adik aku.. tetiba dia mcm membongkok nak sujud (adik aku dah cuak dah.. sebab dia kata apa hal lak org tua tu mcm lain jer, hehehe - jap aku citer napa pakcik tu mcm nak sujud ek).  

Pakcik tu pun discuss ngan mak aku, dia kata ada pompuan ni ha, cantik... panjang betul rambut dia, dia nak kawin ngan adik aku, adik aku nak tak.. macam nak melompat mak aku, dan2 mak aku tak bagi, dia minta pakcik tu ubatkan.  Adalah beberapa potong ayat alQuran yang mak dan adik aku kena amalkan.. dan dia bagi garam dan beberapa menda lagi suruh taburkan kat kawasan air mata air yang aku ada kat kebun atuk aku tu.. dia kata mmg tempat tu lah kawasan/tmpt asal pompuan tu..

pakcik tu kata, waktu dia tengah ubatkan adik aku tu, pompuan tu datang dan henyak dia dari belakang, kiranya mcm tekan dia dari belakang tu yang pakcik tu tetiba mcm nak tersujud.. jadi dia pun start lah berinteraksi, tu yang dia tau pompuan tu dah minat giler ngan adik aku...

pakcik tu kata dia dah buat perjanjian ngan pompuan tu yang pompuan tu tak boleh kawin ngan adik aku tu dan pompuan tu tak boleh masuk kawasan umah aku... kiranya pompuan ni degil la jugak sebab dia ada gak datang melawat adik aku kat umah, tp adik aku kata dia setakat kat jalan jer tp tak masuk dah...  adik aku kata kadang2 bila naik motor tu dia rasa ada jer org duduk rapat belakang dia, sampaikan ada pakcik kat kampung tu kata, cantik betul pompuan yang selalu ikut adik aku naik motor tu, kalau x nak bagi lah kat dia... hehehe, tp ntah, citer tu tak plak dipanjang2kan...

even pompuan tu ikut adik aku sampai kl ni sebab dah beberapa org nampak ada pompuan ngekor jer adik aku kat belakang (maknanya kalau adik aku brek emergency, bedebup la jugak pompuan tu telangar adik aku tu)..

ok, citer yang terbaru kat taman melati tu, adik aku ni tinggal sorang2 sebab yang si bongsu ni balik kampung.. tetiba tengah2 malam, adik aku yang kat kl, si emi ni tipon yang bongsu kat kg tu.. dia suruh yang si bongsu ni tolong bacakan ayat dan dia loud spekerkan phone dia.. dia kata kat adik bongsu aku, yang pompuan tu ada dengan dia.. pompuan tu duduk rapat sangat ngan dia kat atas katil tu.. dia dapt rasa tilam dia mendap dan mcm ada org yang bersentuhan ngan dia... mgkn time tu dia tak expect kot pompuan tu seberani tu dan mungkin sebab tu gak dia dah panik kot.. adik bongsu aku ni tak lah pandai mana pun, cuma dia ada belajar2 ilmu silat, jadi dia mngkn ada dibekalkan dengan ayat2 pendinding kot...

bila adik bongsu aku baca ayat2 yang dia tau tu, tetiba ada menda berlari kat ruang tamu umah tu... dan tiba2 radio terpasang, kuat lak munyik radio tu.. apalagi terperanjat adik aku si emi ni... emi kata yang lari tu bukan pompuan tu tapi hantu raya yang dah memang menumpang kat umah kita org kat taman melati tu.. (aduh, ni citer yang lain, nnt lah kalau rajin aku citer ek.. letih dah aku menaip ni...).  pompuan yang duduk atas katil tu masih ada duduk ngan adik aku.. last2 adik bongsu aku suruh adik aku emi ni cakap kat pompuan tu supaya blah jer dari situ...mmg tak lama lepas tu adik aku rasa dah tak da dah pompuan tu.. baru adik aku si emi dapat tido ngan tenang (boleh pulak dia selamba jer sorang2 kat dlm rumah tu, kalau aku habislah rumah ketua blok tu jadi mangsa tempat aku tido malam tu).

begitulah kisahnya adik aku ngan 'awek' ntah yang dia sendiri pun tak nampak tu.. so, citer2 yang lain tu nantilah ek.. aku tak janji, kalau aku rajin aku kongsi ngan korang semua.. penat lah nak menaipnya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2011 11:14 AM | Show all posts
waa dasyat seramm....puan lina
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 11:17 AM | Show all posts
bes cerita lina  
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 11:17 AM | Show all posts
bila free nanti sambung lagi   {:4_184:}
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2011 11:57 AM | Show all posts
No problem kak...sapa nak join story aku ok jee....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.065002 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list