CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 172|Reply: 0

Ikan kebangsaan Bangladesh kian pupus

[Copy link]
Post time 9-10-2011 10:05 AM | Show all posts |Read mode
DHAKA: Sejak dulu, rakyat Bangladesh gemar makan ikan hilsha, ikan enak berdaging putih yang sering dikenali dengan baunya ketika dimasak dan menjadi sajian utama semasa sambutan Tahun Baru dan perayaan keluarga.  \rBagaimanapun ikan berwarna perak yang diiktiraf sebagai ikan kebangsaan sejak kemerdekaan negara itu pada 1971, semakin sukar diperoleh dan dihidangkan berikutan harganya yang terlalu mahal dan mendapat permintaan tinggi dari negara jiran. \r\n\n\n\n\rSaya gemar makan hilsha sejak kanak-kanak dan belajar memasaknya daripada ibu. Hidangan yang istimewa tidak lengkap tanpa ikan itu. Bagi kami ia adalah juadah mewah yang tidak mampu dibeli, kata suri rumah Dhaka, Nazmin Ara. \r\r\n\n\n\n\nPeniaga berkata sekilogram hilsha kini berharga 1,000 taka (RM42.70) di pasaran runcit di Dhaka, dua kali ganda harganya dalam tempoh dua tahun walaupun nelayan berkata jumlah penangkapan meningkat setiap tahun. \rWalaupun ikan itu tidak mampu dibeli golongan miskin, tetapi kumpulan kelas pertengahan dan atasan sering makan ikan itu lazimnya dengan nasi dan cili bakar. \rTetapi kini ia tidak lagi menjadi juadah melainkan ada acara istimewa seperti Tahun Baru, hidangan untuk tetamu asing dan majlis kerajaan.\rPembeli dan pegawai menyalahkan peningkatan harga pengangkutan dari tempat penangkapan ke pasar dan pasaran gelap ke India terutama di Bengal barat yang bersempadan dengan Bangladesh, menyebabkan kekurangan ikan itu di pasaran. \r\n\n\n\n\rHilsha yang juga dikenali sebagai ilish, adalah ikan laut yang gemar bertelur di sungai berikutan kurang arus dan kurang masin. Ia ditangkap di sungai utama Bangladesh seperti Padma, Meghna dan Jamuna serta muara Teluk Bengal. \rMenurut Jabatan Perikanan, Bangladesh mengeluarkan 340,000 tan hilsha pada 2010 hingga Jun 2011, 27,000 tan lebih berbanding tahun lalu. \rKos pengangkutan semakin meningkat, kami tidak boleh menjualnya dengan harga yang murah lagi walaupun kami mahu, kata pemborong ikan, Oli Ullah di kawasan bazar Kawran Dhaka. - Reuters

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.379907 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list