CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4040|Reply: 26

Stephen ganti Anuar Zain

[Copy link]
Post time 8-10-2011 08:59 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by blackberry90 at 8-10-2011 09:03

Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

KENYATAAN dikeluarkan Anuar Zain baru-baru ini, tidak dapat menyertai Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM 18) yang bakal berlangsung pada 12 November ini kerana sudah terikat dengan persembahan yang dipersetujui lebih awal menyebabkan banyak pihak terutama peminat tertanya-tanya siapa yang bakal menggantikannya bagi mendendangkan lagu Sedetik Lebih yang turut menerima empat pencalonan untuk acara prestij itu.

Sebelum itu penganjur AIM18 juga dikatakan sudah pun membariskan penyanyi yang mempunyai pencalonan terbanyak untuk tampil mendendangkan lagu yang dipertanding. Dilihat dari sudut itu sudah pasti KRU Music mahupun pencipta lagu Sedetik Lebih, Edry Abdul Halim memerlukan pengganti untuk mengenengahkan karya dihasilkan pada malam penuh bersejarah terbabit.

Sedetik Lebih yang juga berupa runut bunyi filem Hikayat Merong Mahawangsa dicalonkan dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu, Video Muzik Terbaik, Lagu Pop Terbaik dan Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu di AIM 18 bakal berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Khabarnya bagi menggantikan Anuar, Edry sudah memilih pelakon utama filem Hikayat Merong Mahawangsa, Stephen Rahman Hughes atau Stephen bagi mendendangkan Sedetik Lebih, bukan saja untuk AIM 18, tetapi juga separuh akhir Anugerah Juara Lagu yang turut dijadualkan berlangsung dalam waktu terdekat.

Apatah lagi, sebelum Anuar mendendangkan Sedetik Lebih yang sudah berada lama dalam senarai carta lagu popular di radio tempatan sehingga layak bertanding di pertandingan Separuh Akhir Juara Lagu, Stephen terlebih dulu menyanyikannya sebagai panduan, tetapi dalam bahasa Inggeris.

Ditemui di sesi pradengar album bahasa Melayunya yang bakal dipasarkan Disember ini, di ibu pejabat Sony Music, kelmarin, Stephen bagaimana pun menafikan khabar yang disebarkan dengan berkata, ia tidak berlaku dan pihak KRU sendiri tidak pernah memberitahu mengenainya.

“Bagaimanapun sekiranya mereka mahu saya melakukannya saya tidak keberatan.

Saya juga pernah mendendangkan lagu itu, tetapi dalam bahasa Inggeris. Kalau tidak salah saya judulnya waktu itu ‘memory remain’. Begitupun seingat saya ia tidaklah sempurna kerana melodinya belum lagi lengkap. Selepas itu terus senyap dan saya tidak tahu apa yang berlaku.

“Untuk mendendangkan lagu itu di majlis yang diperkatakan juga pada saya bukan satu masalah. Saya pernah bekerja dan agak rapat dengan adik-beradik KRU. Saya senang jika dapat bekerjasama dengan mereka sekali lagi,” katanya.

Menyentuh mengenai perkembangan lain, Stephen ternyata begitu teruja dengan proses album yang dihasilkan dalam bahasa Melayu yang pertama kali dilaksanakan. Ia sudah siap sepenuhnya dan akan dipasarkan akhir tahun ini dan diedarkan Sony Music Malaysia.

Bercerita lanjut mengenainya, kata Stephen, dia senang dapat bekerja dengan penerbit album yang turut menghasilkan album 3 Suara, Kevin Chin, apatah lagi perbincangan mengenainya sudah dibuat agak lama bermula awal tahun 2010.

“Waktu itu Kevin yang menetap di Singapura datang menemui saya sebaik pementasan Puteri Gunung Ledang di sana selesai. Asalnya kami hanya cakap mulut bagaimanapun kesungguhannya menyebabkan album ini terhasil akhirnya. Saya memberikannya syarat bahawa biarlah album ini sesuai untuk pasaran tempatan.

Banyak juga lagu yang kami terima sehingga mencecah 40 dan akhirnya lapan lagu yang dimuatkan di dalam album ini adalah yang terbaik pada pandangan saya dan Kevin sendiri,” katanya.

Mendengar keseluruhan lagu yang ditampilkan ternyata dia mampu mengutarakan setiap bait lirik lagu Melayu dengan baik, cuma suaranya kedengaran seperti masih dalam mengutarakan dialog atau menyanyi untuk pentas teater muzikal.

“Mengenai perkara itu memang dari awal saya sudah memberitahu kepada Kevin bahawa itu corak nyanyian saya. Vokal saya memang begitu, dengan pengucapan lirik yang terang dan bulat. Pada saya nyanyian harus begitu. Saya boleh saja menyanyikan dengan cara seperti apa yang dilakukan penyanyi sekarang dengan bersahaja dan tersendiri, tetapi liriknya tidak jelas,” katanya.

Stephen yang juga ahli kumpulan opera, Teatro ini menjelaskan antara sebab mengapa dia bersetuju untuk menghasilkan album Melayu kerana mengharapkan ia menjadi peluang atau jambatan untuk dia selalu pulang ke Malaysia.

“Saya senang dan seronok setiap kali dapat bekerja di sini, kerana peminat tempatan menerima kehadiran saya dengan tangan terbuka. Mereka menyokong saya sejak pembabitan saya dalam Puteri Gunung Ledang sehinggalah filem saya Hikayat Merong Mahawangsa. Pada saya dengan sokongan diberikan, album berbahasa Melayu ini adalah sebagai tanda penghargaan saya buat mereka,” katanya.



~~~hmetro.com.my~~~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2011 09:24 AM | Show all posts
nanti mesti orang compare khen...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2011 09:30 AM | Show all posts
apasal edry tak nak nyanyi sendiri ek?
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2011 11:36 AM | Show all posts
x sabar nak tgk Steve Rahman dlm Kitchen Musical..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2011 12:01 PM | Show all posts
x de penyanyi melayu lain ke nak ganti...
dia ni bukan best pon nyanyi
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2011 01:30 PM | Show all posts
aim ni sendu betol...
aku smpi lupe ade aim..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2011 02:25 PM | Show all posts
mesti byk bunyi slang dia je...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2011 04:02 PM | Show all posts
boleh ke? setakat ada rupa aje lah.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2011 04:11 PM | Show all posts
apa barang...baik panggey jer justin bibir ganti...gempaq sket
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2011 04:24 PM | Show all posts
elokla tu.. anuar zain nyanyi bukannya sedap pun..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2011 04:42 PM | Show all posts
elokla tu.. anuar zain nyanyi bukannya sedap pun..
caca_eric Post at 8-10-2011 16:24



   
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2011 10:02 PM | Show all posts
x suka aku stephen tu...aku nak justin bieber yg nyanyi.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2011 10:30 PM | Show all posts
saye baaaaaaaaaaaaantaaaaaaaaaaaaaaaaahhhh !  :@
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2011 11:43 PM | Show all posts
ntah kenapa aku rasa selepas 3 kali nyanyi santai2 x bawak pulang any trophy sebelum2 ni...anuar dah malas dah nak bertanding..nak2 kalau dia fikir lagu sedetik lebih ni mmg xde harapan menang...hehehe. aku pon pikir benda sama...lagu sedetik lebih mmg market tp bukanlah paling bagus thn ni...lagu KRU, wut do u expect? drpd buang masa bertanding bg harapan kt peminat, baik g show yg jamin show ribu riban
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 12:42 AM | Show all posts
kenapa x panggil forteen je nyanyi??
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 12:44 AM | Show all posts
Aku sorang je ke yg tak sabar nk merembes tgk Stephen nyanyi ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2011 12:50 AM | Show all posts
motif separuh akhir muzik2 pun??? dah ada show jugak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 12:01 PM | Show all posts
kita tunggu jelah eik
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 12:26 PM | Show all posts
Sedetik Lebih ni bukan lagu ciplak kan?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 01:19 PM | Show all posts
berbaloi kah?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 07:09 PM GMT+8 , Processed in 0.091412 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list