CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2771|Reply: 10

MENGAPA KEBANYAKAN PIRING ‘ASTRO’ MENGHADAP KIBLAT?

[Copy link]
Post time 7-10-2011 09:34 PM | Show all posts |Read mode
Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia  dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali,  tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap  Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan  dari satelit...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2011 03:04 PM | Show all posts
Post Last Edit by rosemary70 at 8-10-2011 15:06

Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.

Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.

"Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.

Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.

"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya

Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.

Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2011 09:57 PM | Show all posts
Reply 2# rosemary70


   letak lah link sumber article
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 12:01 AM | Show all posts
aku da check kat area umah aku. kat blok aku ni, piring ni tak mengadap kiblat pon. ada rumah mengadap piring ke arah lain dan ada yg ke arah lain. tapi yg aku tengok, sume tak mengadap kiblat. camno tuh?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 02:11 AM | Show all posts
Reply 2# rosemary70


    mintak share
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 07:34 PM | Show all posts
tk semestinya menghadap kiblat
tu sebagai guideline dia org masa nk pasang parabola tu
lepas tu dia adjust balik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2011 07:51 PM | Show all posts
aku dh lama bca benda nie and post tu dipertikaikan tpi xingt baca kt mana...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 11:54 AM | Show all posts
Aiyaa itu parabola astro kena mengadap itu MEASAT-1 dengan MEASAT-2 yang terletak di barat..atas Lautan Hindi...takdo kono-mengono dengan kiblat da.....

Aku mintak maap bebanyak...tapi sesetengah orang cuba nak menunjukkan keagungan dan kebenaran Islam dengan dengan cara yang kurang pandai.....dengan benda yang bersifat 'pseudoscience'

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2011 12:00 PM | Show all posts
parabola astro di rumah aku menghadap ke bt kep  
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 08:13 PM | Show all posts
parabola astro di rumah aku menghadap ke bt kep
MeeSai Post at 12-10-2011 12:00



    KEHKEHKEH
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 08:21 AM | Show all posts
Aiyaa itu parabola astro kena mengadap itu MEASAT-1 dengan MEASAT-2 yang terletak di barat..atas Lau ...
alphawolf Post at 12-10-2011 11:54 AM



    setuju dengan pendapat ini....Piring Astro kat Umah lama aku dan sekarang ni pun tak ngadap ke kiblat...kdg2 aku pun tak paham apa sebenarnya yang hendak disampaikan oleh penulis artikel asal berkenaan dengan perkara ni....pada aku kajian ak dibuat tu kenelaha dibuat secara menyeluruh....ini tidak..hanya dapat beberapa statistik ( yg lemah ) kendian buat satu teori dan war2kan kat semua org...war2kan kat satu dunia...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.263971 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list