CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10494|Reply: 63

Menyelami Hati Suami yg Terpinggir

[Copy link]
Post time 2-10-2011 03:17 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by ParinAmat at 4-10-2011 11:51

Hi....

Hari ni aku nak bukak thread di BOD perbincangan keluarga....Sebenarnya aku suka BOD ni selagi Mod Parin tak chantas & tebas kredit aku.... maklumlah, gigih aku mengumpul kredit nak sampai tahap Suvivor sbb aku suka title tu, tetiba Mod Parin Chantas & lagi & lagi.......

Thread yang aku nak bukak ni bukan pasal pblm aku pun tapi pasal aku nak berbincang dengan kawan-kawan punca keruntuhan rumahtangga yang menjadi-jadi skrg ni....Aku rasa Pejabat Agama pun dah muak dah tengok hari-hari ada je Pblm yang di kemukakan...Kalau zaman dulu-dulu(thun 60an, 70an..& 80an....) kes rumahtangga ni tak ada lah meletup sgt mcm hari ni....

Ok...malas lah aku nak membebel pjg-pjg....cer korang baca luahan hati seorang suami yang aku copy/paste dari Mingguan Malaysia hari ni....Bila aku baca luahan hati dia ni, memula aku rasa mcm nak angkut tikar bantal je pergi gantikan tempat isteri dia & sentiasa bersama dia. Rela je aku jadi isteri dia tak kira nombor berapa..... Simpati le konon.....  Tapi bila aku pikir balik ikut kepala otak aku yang memang waras ni, rasa mcm nak hantuk-hantukkan aje kepala dia kat Tembok Besar Negeri China....

Apa-apa hal...korang layan dulu cerita ni, nanti kat bawah sekali, kita bincangkan ok.....
Kan ni BOD Perbincangan Keluarga, pada aku, bukan yang ada masalah keluarga je yang boleh bagi salam kat BOD ni kan....
Ok...kita layan......

   
Luahan suami terpinggir

JIKA biasanya saya ikuti ruangan ini sering membicarakan isi hati juga masalah kaum wanita sahaja, terutama para isteri, minggu ini izinkan saya membuka isi hati saya, yang saya rasa cukup parah, kerana kedegilan isteri yang lebih mementingkan kepentingan adik-beradiknya sendiri daripada memenuhi hasrat dan keinginan suaminya.'' Itu cerita Helmi dalam emelnya.

''Perkahwinan saya dengan Nurshida atau Shida adalah pilihan orang tua. Namun hidup kami bahagia juga dan kini menjangkau 20 tahun. Sewaktu kami berkahwin, Shida anak yatim piatu, sementara saya beribu tiri.Saya tidak menolak dijodohkan dengan Shida kerana saya rasa dia seorang anak yang bertanggungjawab. Dia mampu menjaga lima adik-beradiknya selepas ibu bapanya meninggal dunia.  Sebab itu saya bersetuju apabila dia meminta kami menetap di rumah pusaka orang tuanya selepas berkahwin demi menjaga dua adiknya yang masih bersekolah menengah. Sementara 3 orang lagi adiknya sudah bekerja.

Saya akui Shida memang seorang kakak dan isteri yang bertangunggjawab, dia jalankan tugasnya dengan baik pada awal perkahwinan kami. Tetapi masalah besar dia suka bawa adik-adiknya walau ke mana kami pergi. Tidak kiralah sama ada bercuti atau bersiar-siar. Memang pada mulanya saya tidak kisah sangat, tetapi bila selalu sangat begitu, saya mula rimas. Tidak ada masa untuk kami berdua..Setelah adik-adiknya habis belajar dan berkerja, sudah pasti tanggungjawabnya mengurus mereka selesai, maka saya ajak Shida tinggal di kampung saya, tetapi dia menolak. Ketika itu usia perkahwinan kami mencecah 10 tahun.  Alasan dia tolak konon tak mahu tinggal bersama ibu tiri saya kerana ketika itu ayah saya telah meninggal. Katanya lagi kampung saya jauh dari tempat dia bekerja. Maka saya buat keputusan tinggal di kampung bersama anak perempuan kami dan memulakan perniagaan sendiri. Saya tinggalkan dia dengan dua anak kami serta Zek adik bongsu Shida.

Katanya dia tak boleh tinggalkan rumah sebab kesiankan Zek dan tak ada orang nak uruskan makan minumnya. Tapi macam mana makan minum saya? Sedangkan Zek sudah cukup dewasa dan ada kerja tetap. Malangnya bila Zek sudah kahwin pun dia masih tidak mahu ikut saya pindah, agaknya dia takut rumah pusaka jatuh ke tangan adik-adiknya nanti.  Zek pula tinggal di rumah mertuanya kerana dekat dengan tempat kerjanya selain menyedari rumah pusaka tersebut telah dikuasai kakaknya. Mulanya saya tidak dengar sebarang masalah tentang sikap Shida, tapi lama kelamaan saya dengar juga desas desus rungutan adik-adik ipar saya tentang sikap kakaknya. Konon dia hendak rumah pusaka itu menjadi miliknya sendiri. Sebagai bukti Zek dan isterinya langsung tak mahu pulang ke kampung.

Tidak lama kemudian, Shida mengandung lagi. Saya buat keputusan bawa anak bongsu kami berusia empat tahun tinggal bersama saya, dan tinggallah dia bersama anak sulung kami yang berusia 15 tahun. Semasa mengandung, dia pernah jatuh sakit. Bila saudara maranya tahu, saya dipersalahkan, kata mereka, tidak patut saya tinggalkan isteri sendirian. Mereka tidak nampak kesalahan Shida yang tidak mahu ikut saya pindah. Sepatutnya mereka nasihatkan Shida supaya ikut suami.  Walaupun setelah tinggal di rumah sendiri Shida tetap balik kampung bila adik beradiknya pulang. Dia balik bukan sehari dua, kadang-kala sampai seminggu.

Setiap hari raya dia akan balik kampung dan kembali ke rumah setelah semua adik beradiknya pulang. Dia hendak beraya dengan adik-beradik di rumah pusaka. Dia akan masak dan hidangkan macam-macam hidangan untuk adik-beradiknya, sedangkan saya ditinggalkan sendirian, tanpa memikirkan makan minum saya sepeninggalannya  Saya pernah bertanya, tidakkah dia terfikir apa saya makan sewaktu dia masak untuk adik-adiknya? Tak pernahkah terlintas di hatinya apa perasaan suaminya ditinggalkan keseorangan sewaktu dia bersukaria dan bergelak ketawa bersama adik-beradiknya? Pernah dia terfikirkan saya selalu kesunyian bila ditinggalkan?

Selama 20 tahun saya memendam rasa, mungkin kerana Shida tidak pernah merasa apa yang saya rasakan. Bagaimana agaknya kalau saya balas apa yang Shida lakukan terhadap saya? ''Saya berdoa Allah memberi hidayah kepada Shida supaya sedar tentang tanggungjawab dan tugas dia yang sebenar sebagai isteri. Saya sudah letih menasihatkan Shida. Sebaliknya dia selalu kata sewaktu adik-adiknya pulang itulah waktu mereka dapat berkumpul.  Kini adik bongsunya mengikut perangai Shida tinggalkan suaminya kerana ikut kakak keduanya Nora pulang kampung. Yang peliknya neneknya atau saudara maranya tidak mahu menasihati Shida dan adiknya.

Saya pernah terfikir ingin melepaskan Shida kerana berasa tidak diperlukan dan tidak penting dalam hidupnya melainkan adik-beradiknya. Semoga dengan luahan hati saya ini Shida boleh membaca dan menimbangkannya. Begitu juga kepada mana-mana isteri yang sanggup tinggalkan suami semata-mata kerana kepentingan adik-beradik atau anak menantu berminggu atau berbulan-bulan. Fikirkan macam mana keadaan suami yang ditinggalkan, adakah kesunyian dan macam mana makan minumnya.  Jangan nanti bila suami cari lain atau buka cawangan lain kerana sering kesunyian dituduh macam-macam. Setakat ini hati dan iman saya masih teguh, tetapi jika selalu begini, sudah tentu sebagai lelaki, saya ada sifat nakal dan ego juga. Kepada Shida jangan sampai saya terasa tercabar sebagai seorang suami! Berapa lama lagi saya mesti bersabar?


Masalahnya di sini (Yang pada mulanya aku sangkakan masalah) adalah berpunca dari suami tu sendiri....padahal cuma perkara kecik pun, beliau je yang cari masalah...dari tak ada masalah jadi bermasalah....Sepatutmya,  beliau settlekan masalah dalaman keluarga beliau tu dulu, bukan cari wartawan Mingguan Malaysia ceritakan luahan hati nurani dia....Mengapa beliau tunggu perkawinan menjangkau 20thun baru nak cari wartawan, kenapa masa baru 2 bulan isterinya bermasalah tak di selesaikan....

Abang Chik Ooii.....Kaum Hawa ni di jadikan dari tulang rusuk, bukan nya dari tanah seperti kaum Adam....Tulang rusuk tu bengkok...kalau di biarkan, memang akan terus bengkok lah....kenapa dah 20thun baru nak tegakkan...selama 20thun kamu hidup dengan tulang bengkok, baru sekarang kamu perasan  & nakkan tulang tu tegak pulak.....

Bila dah rasa tak tahan tu, barulah nak ugut kawin lain le pulak....Mengapa kamu sebagai suami tak berterus terang dengan isteri apa yang kamu rasa & apa tindakan yang akan kamu ambil...kenapa jadikan media sebagai pengantara....kamu ingat kisah rumahtangga ni mcm politik ke?...Boleh lagi di dalam luahan kamu tersebut tercatit -  "Semoga dengan luahan hati saya ini Shida boleh membaca dan menimbangkannya."  

Apa yang boleh aku komen, kepada lelaki sekelian, belajar lah jadi suami yang benar-benar suami bukan memegang title di kertas atau kad perkawinan saja....lengkapkan diri dengan ilmu.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2011 04:40 PM | Show all posts
Post Last Edit by BingkaUbi at 2-10-2011 16:43

Aku tak nampak pun masalahnya... shida tu keje, ada duit sendri, dok umah puska yg kemungkinan takde beban nk bayar lagik kecuali api, air jek.... ada timbul masalah kewangan? Adkahsi somi ni merasa rugi kawin dgn isteri yg keje tp dia tak merasa duit isteri dia sbb si isteri menanggung adik2?

Masalah lagi, naper mesti nk balik kg somi? Naper somi kuar umah bwk anak2, pisahkan anak2 dgn ibunya? Sbb tak dpt layanan dr isteri? Klu tak dpt camner isteri asyik beranak jek?

Ngada2 la....hihihihi....alasan nk berbini lagi jek tuh........ dh 20thn baru nk komplen....klu rasa bini tak taat, tak.layan dia sepatutnya, pi la buat sesuatu....bkn lari dr rumah bwk anak.....dlm ms lari dr umah tu, beranak lgk jugak si isteri..... huhuahua jgn mudah terpengaruh dgn keluhan somi mcm ni......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2011 05:09 PM | Show all posts
Reply 2# BingkaUbi

  
Masalah lagi, naper mesti nk balik kg somi? Naper somi kuar umah bwk anak2, pisahkan anak2 dgn ibunya? Sbb tak dpt layanan dr isteri? Klu tak dpt camner isteri asyik beranak jek?


Kan Bingka kan.....
Nape dia nak balik kg dia?....kat kg dia bukan ada sapa pun....Bapak dia pun dah meninggal, yang ada ibu tiri dia je....
Pulak tu pandai tuduh isteri dia nak bolot harta pusaka....sbenarnya isteri dia menguruskan je sbb dia dah terbiasa jadi ibu/ayah dari dulu, sebelum kawin lagi dah.....

Ala...saja je nak cari salah pompuan....pulak tu luahkan kat wartawan, kenapa tak confront dengan isteri dia.....
Kalau isteri buat mcm tu kata isteri mengaibkan suami, tapi suami tak apa le pulak.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2011 05:25 PM | Show all posts
Reply  BingkaUbi

Kan Bingka kan.....
Nape dia nak balik kg dia?....kat kg dia bukan ada  ...
jazaa Post at 2-10-2011 17:09


    Donia ni kan lelaki yg punya..... apapun kelakuan lelaki, rata2 org cakap, "biasa la lelaki" ....walau tengok video lucah sekalipun.... kekurangan lelaki selalu dimaafkan & dianggap kelemahan manusia tapi.... Pompuan especially yg ada title isteri, di layan bagai makhluk Tuhan yg tiada perasaan.. klu mengadu somi itu ini, di kata tak tau bersyukur, kalu merajuk somi ada gf lain, di suruh perbaiki kekurangan diri, kalu ngadu somi tak adil bg yg berpoligami, di suruh redha & sabar, klu nk minta cerai di kata sengaja nk gegarkan tiang arasy (halikatnya sampai la ni takde sapa lg jawab soklan aku duluk2 kt mana sumber tu), klu pi failkan fasakh sbb musabab kelalaian somi di kata ciri2 isteri curang, kalu.... mcm2 kalu nya.....Pejabat agama & mahkamah syariah sibuk nk turunkan statistik penceraian, yg jadik mangsa isteri2 yg teraniaya, sengaja dilambat2kan or ditangguhkan perbicaraan kes fasakh... ada satu parti politik tu plak, kecoh nk bg emas/dinner for 2 ala2 imbuhan pd somi yg tak sembunyikan poligami sedangkan dlm ms sama ramai janda/ibu tunggal yg ditinggalkan tanpa nafkah utk anak oleh bekas somi yg tak bertanggungjawab......
Dlm donia ni, org laki lebih cenderung melihat keseronokan secara halal yg melukakan hati wanita sedangkan dlm waktu sama bergunung masalah yg janda/ibu tunggal terpaksa tanggung sendiri....

Aku lari tajuk ka? Hihihihi.......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2011 08:30 PM | Show all posts
hai...dh 20tahun baru nk pikir ini smua....?patut dari dulu lg...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2011 10:35 AM | Show all posts
apa kena mengena ngan wartawan ek
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2011 10:57 AM | Show all posts
Reply 4# BingkaUbi


idup abe bingke....

moge2 jd menteri wanita satu hari nanti...

baru terbela nasib wanita melayu tanah malaya neh
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2011 11:04 AM | Show all posts
mornig kaka jazaa
wah...gigih kaka jazaa buka thread
mood malas membaca la pgi neh kaka jazaa
so put x habih telaah kes nie......
t put baca peh 2 put komen erk

ps : hidup kaka jazaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2011 11:16 AM | Show all posts
Ish..ish..ish...
kesian suami shida..naper shida buat somi shida mcm tu?
nanti shida tak cium bau syurga tau bila derhaka ngan somi cam tu..
kalau tak cayer, g tanyer Ustaz Shauki...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2011 11:24 AM | Show all posts
emm sang somi yang lembik awal2 x bertegas ps2 isteri naik la lemak
sudah nya pendam le 20 tahun tu kang ada nampak bunga lain cantik petik buat cium
alasan bunga lama dah kecut.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2011 11:25 AM | Show all posts
Ni macam sambungan kisah menantu pompuan yg tak suka ikut telunjuk kakak ipar balik kampung. ni versi suami kakak ipar lak...ha...ha...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2011 01:15 PM | Show all posts
dah 20 tahun baru nak complaint bagai knp x complaint dari mula kawen lagi, ke sebab dah bosan dgn bini, barulah nak complaint x dapat layanan yg setimpal, knp x bertegas dari awal, knp x failkan app utk nusyuz klu isteri xnak dgr cakap somi sebaliknya dok pong pang pong pang sekrg
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2011 01:24 PM | Show all posts
Reply 7# afja


   
idup abe bingke....  



maaf Off Topic, bingka ubi ni, lelaki ke..? perkataaan yang saya bold tu maknanya "abang",kan?

bukan apa..saya baca komen dia macam org perempuan yang tulis..macam je..
lagipun, nick dia nama kuih..

back tu topik,

pada saya, org yang meluah kat sok kabar ni (lupa pulak nama apa, yg konferm, nama isteri= Shida), seorang yang gagal memimpin keluarga dia...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2011 01:28 PM | Show all posts
Reply 13# Nurul8001


kalau mengikut 'profil' dia selama aku join porem ni.... bingkaubi = lelaki

kalu parin = dia dua alam. biseksual

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2011 01:50 PM | Show all posts
Aku tak nampak pun masalahnya... shida tu keje, ada duit sendri, dok umah puska yg kemungkinan takde ...
BingkaUbi Post at 2-10-2011 16:40



u miss the point lah bro

masalahnya isteri tak taat perintah suami


dan suami takut, bahse mudah dayus mendidik bini suh taat


so dia komplen mende ni lepas 20 taun kawin!


soang isteri wajib taat suami..kalo suami kata benti keje!! ikut aku dok bulan!! dia kene patuh..WAJIB


msalahnya tak ramai suami berani, mostly dayus ..saaaaayang punye pasai


isteri tak wajib carik napkah, tak wajib keje, tak wajib beli umah carik umah nak duduk..seme nafkah zahir ni KEWAJIBAN SUAMI


bila suami dah sediakan ! bermakna isteri wajib taat ..sebab keadilan sudah berlaku. kalo isteri tak taat maka keamanan tiada, ni ler jadi nya..huru hara..ada pahammmmmmmmmmmm?


budak jaza tu komen pasai pa dah 20 taun baru nak adu? pasai pa awal2 dulu tak didik bini patuh perintah suami? pasai pa anak adik seme2 dah besaq panjang baru ngadu?


pasai mungkinnnnnnnnn , macam ramai manusia kita, mungkinnnnn BERHARAP perubahan macam kita or suami mahu tu berlaku tapi pi mai pi mai tang tuuuuuuuu jugak


sabar tu btui doh tapi sabar je tadak pengisian mana bleh


mana bleh sabar sampai nanti suami dok pi carik pompuan lain, mana bleh sabaq sampai nanti isteri terminat bangla kapet..manaaaaa bleh haa..kene pikio laaaaaaa jugak..sabaq ada batasan nya, seme mende ada limit


depa2 ni cam tak tau aaaaaaaaajaq isteri lah ..eeeiii apo nak jadi ontah


suami kene ajaqqqqqq isteri, reward punish, carrot n stick, ringgit dan rotan, pujuk dan debuk, manaaaaaaaa bleh 1 jalan saja, naik tocang laa depa.. nanti mat itam bangla indon seme2 rempit pun bani jeling..nayaaaaa haa..kene cemburu bute wooooo
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2011 01:54 PM | Show all posts
awal2 post dah ada citer tak elok pasal aku, kemon la tuan umah.. aku cantas2 pon ada bagi kredit jugak kan.. jgn seleweng fakta hihiihih..

mcm org pompuan gak, tunggu umor nak masuk usia emas baru nak failkan perceraian sebab nak tunggu anak2 besar.. rasanya takde masalah kot baru skang isu ni dipandang berat.. bila anak2 jadi alasan seolah2 lebih suci murni gitu..

org lelaki, makin tua makin aktif sesualitasnya.. makin peka ngan needs.. makin berani ngan kegagalan istri memenuhi tuntutannya sebab dah lama bersabar.. for what cause? nape amik masa terlalu lama utk sedar? Allah lebih mengetahui..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2011 02:05 PM | Show all posts
Reply 14# afja


ler..... itu pong nk potong kedit ke parin....

aler.... bukan boleh tukar dgn $$$ pong kedit tuh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2011 02:18 AM | Show all posts
Reply 4# BingkaUbi

  
Donia ni kan lelaki yg punya..... apapun kelakuan lelaki, rata2 org cakap, "biasa la lelaki" ....walau tengok video lucah sekalipun.... kekurangan lelaki selalu dimaafkan & dianggap kelemahan manusia


Betul tu Mod Bing.....
lagi satu mod bing lupa nak tambah....kalau orang lelaki gatal nak kawin lain ke, tak ingat rumahtngga ke....mesti ada je suara2 kata dia di mandrem....dah....pompuan lagi yang di fitnah.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2011 02:21 AM | Show all posts
Reply 16# ParinAmat

  
awal2 post dah ada citer tak elok pasal aku, kemon la tuan umah.. aku cantas2 pon ada bagi kredit jugak kan.. jgn seleweng fakta hihiihih..


Alahai mod parin....
gurau-gurau manja mcm tu pun nak sentap ya amat......
Relax le bro.....jgn serius sgt...nanti jadi mcm perbincangn di Parlimen le pulak....ramai yang tertido nanti.....

Hi...takkan bagi kredit pun nak ungkit bro...
Buruk siku lutut tau.....hmy3:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2011 02:28 AM | Show all posts
Reply 15# ajinomotonosuga

kesimpulannya supaya tak lebih bersimpul-simpul adalah salah suami kan Pak Aji.....
Kenapa tak didik isteri dari awal kan?...
Atau bila isteri tu buat silap, kenapa tak tegus isteri direct kan?....kenapa mesti cari wartawan nak meluahkan rasa hati...
Apa-apa hal, nak ugut isteri untuk kawin lain ke, nak tinggalkan isteri ke....cakap depan-depan lah, kenapa kena ada orang perantaraan.....bila buat anak, pandai pulak tak pakai orang perantaraan kata nak ke tanak.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.211312 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list