CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Adilla

PERLUKAH AKU?

    [Copy link]
Post time 4-10-2011 08:49 PM | Show all posts
Suka cerita sya yg ni......best..suka hj din....dok bayang wajah serius tp bila senyum manis. Dalam serius dia nakal juga.....

Nak lagi...


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2011 09:47 PM | Show all posts
Reply 38# Adilla


    ok juga

usop wilcha pun boleh... sbb hj din dah pandai buat lawak
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 10:17 PM | Show all posts
Reply 42# sang_arjuna


    Kalu usop wilcha mesti pecah panggung, sekali dia jeling...aduh !


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2011 07:56 AM | Show all posts
Kalau umur 43 tahun tu tak adalah tua sangat. Karaktor Haji Din ni pada mula perkenalan aje serius orangnya, bila dah kenal dia seorang baik hati, boleh membimbing Aminah dan menerima kelemahan diri Aminah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2011 09:25 AM | Show all posts
Post Last Edit by Adilla at 5-10-2011 09:27

10

Di sebalik ruang makan tadi, hanya beberapa langkah kami berada di ruang dapur pula. Tersusun kemas segala-galanya. Haji Din menghampiri tepi cabinet yang panjang dan mengeluarkan apron lantas menyarung ke lehernya. Comel saja aku melihat Haji Din dengan apronnya. Macam tukang masak dalam Labu Labi filem arahan Tan Sri P.Ramlee. Aku hampir tergelak dan cepat menutup mulut. Gambar yang terlukis di apronnya mengeletek perasaan aku. Haji Din memandang aku, mungkin terkesan dengan tindak-tanduk aku.

“Kenapa?” tanya Haji Din yang sedang sibuk mengikat tali apron dibelakangnya.

“Tak ada apa-apa?” aku segera membuat mimik bagai tiada apa-apa yang hendak digelakkan. Tetapi dalam hati rasa nak pecah dengan ketawa. Cute sangat.

“Mari sini Aminah Amia.” Haji Din mengamit aku dekat dengannya. Tangannya menarik lagi sehelai apron dari cabinet yang sama.

“Saya tengok Aminah Amia macam nak gelak aje?” Haji Din menyarung tali apron dileher aku. Alamak aku pun kena pakai sama ke? Entah siapa jadi Labu entah siapa jadi Labi.

“Mana ada Minah nak gelak.” Aku memalingkan wajah bila melihat pandangan Haji Din yang seakan menembusi mata aku hingga ke hati dan perasaan. Berkocak-kocak.

“Cakap betul-betul.” Haji Din menarik aku rapat ke dadanya dan tangannya lincah mengikat tali apron di tengkuk ku. Terasa nafasnya menampar-nampar pipi aku yang mahu memerah.

“Minah cakap betul-betullah.” Aku cuba bercakap selamba walau ada getaran di setiap tutur kata.

“Aminah Amia! Pandang wajah saya sekarang dan cuba cakap betul-betul.” Lembut Haji Din menyapa telinga aku.

Termalu dengan kata-kata Haji Din dan perlahan-lahan dagu ku disentuh. Pandangan aku bersambung dengan renungan Haji Din. Mata hitam Haji Din tajam menikam membuat jantung aku berdetup detap. Kening Haji Din yang lebat terbentuk sesekali ternaik-naik. Hidung Haji Din sedikit mancung sesuai dengan kulitnya yang bersawo matang. Bibir Haji Din yang nipis pada perkiraan aku agak seksi di tutup dengan kumis yang sederhana tetapi terpelihara. Janggut sejemput menampakkan kematangan umur Haji Din yang dah menjangkau ke angka empat puluhan plus plus. Celahan rambutnya ada sedikit helaian rambut putih yang tidak menampakkan sangat jika disisir rapi.

“Aminah Amia! Saya tidak suruh tenung muka saya ni. Saya suruh Aminah Amia jawab pertanyaan sayakan.” Suara Haji Din mengembalikan aku ke alam reality.

“Hah!” aku terkejut dan termalu. Tangan Haji Din yang sudah mengikat tali apron di leherku diletakkan di kedua-dua bahu aku. Macam tak nak lepas saje atau nak ambil kesempatan.

“Aminah Amia tak dengarkah apa yang saya tanya?” Haji Din mendekatkan bibirnya ke telinga aku. Biar lelaki itu bersuara, nafasnya sekali lagi menampar cuping telinga  pula dan membuat bulu roma aku bangun tegak.

“De…dengar…”tergagap-gagap aku menjawab. Haji Din dah tersenyum melihat aku yang mengelabah.

“Jadi Aminah Amia nak jawab ke?” Haji Din bertanya lagi dengan nada yang sungguh lembut.

“Nakkk….ehh…tak nak.” Serba salah aku hendak memberi kata putus.

“Jadi Aminah Amia nak jawab tak pertanyaan saya tadi?” sekali Haji Din memainkan intro merdunya. Tangannya pula menolak helaian rambut yang jatuh didahi ku dan meyelitkan dicelahan telinga. Aduhh…Haji Din ni.

“Errrmmm..nakkk…” Akhirnya aku menyerah kalah dengan kata-kata Haji Din yang memujuk dengan kata-kata dan belaiannya.

“Baiklah. Cuba Aminah Amia beritahu apa yang buat Aminah Amia macam menahan gelak.” Haji Din memainkan peranannya sehingga aku betul-betul kalah.

“Kalau Minah cakap, Haji Din jangan marah yeh.” Aku pinta simpati sebelum Haji Din marah.

“Saya janji takkan marah.” Akur Haji Din sambil tangannya masih tidak duduk diam membetulkan helaian rambut aku yang panjang sehingga pinggang itu. Rambut yang sedikit terjurai dibahagian depan diselakkan kebelakangan dan dirapikannya.

“Cuba Haji Din tengok tu.” Tunjukku dengan bibir aku sambil memandang kebawah. Haji Din turut ikut memandang arah yang aku tunjuk tadi. Celahan antara aku dan Haji Din menjadi perhatian kami.

“Aminah Amia tunjuk apa ni?” tanya Haji Din keras dan aku lihat wajahnya pula memerah.

“Minah tunjuk gambar teddy bear kat apron Haji Din. Cute macam Haji Din. Minah bukan tunjuk apa-apa pun.” Dalam takut aku menjawab bila melihat Haji Din yang dah berjanji tak akan marah dah bertukar rentak. Haji Din kembali memandang kebawah. Lama. Tanpa aku sangka Haji Din ketawa. Bukan perlahan tetapi bisa membuat dapur ini bergegarlah. Aku pula diserang kehairanan. Haji Din ada penyakit sawan ke?

“Aminah Amia!” berserta demikian tangan Haji Din mengusap ubun-ubun ku dan ditarik rapat lalu satu ciuman percuma aku dapat.

“Dahlah. Mari kita masak.” Dalam tergelak Haji Din menarik aku dekat dengannya.

“Masak apa?” aku yang dari tadi masih tertanya-tanya bertambah tertanya-tanya.

“Aminah Amia kata tahu masak sambal ikan biliskan. Apa kata Aminah Amia masakkan untuk saya.” Pinta Haji Din.

“Minah masak tak sedap.” Jujur aku menjawab.

“Aminah Amia masak dulu kemudian baru saya komen. Kalau saya tak rasa macam mana saya nak tahu Aminah Amia masak sedap atau tidak.” Terang Haji Din dan kata-katanya membuat aku tersenyum. Iyalah hanya Haji Din saja yang sanggup merasai masakan aku. Terharu.

“Baiklah tapi takkan kita nak makan sambal ikan bilis saja?” tanya ku ragu-ragu.

“Ohh..tidak. Nanti saya masakkan sayur kacang buncis dengan telur dan ikan goreng. Kita makan alah kadar saja sebab malam nanti saya nak bawa Aminah Amia makan di luar. Setuju?” tanya Haji Din dan hati ku kembang bila Haji Din meminta persetujuan aku.

“Minah ikut saja. Minah tak kisah.” Akur aku.

“Macam itulah isteri saya.” Senyum Haji Din dan hidung aku sekali lagi menjadi mangsa tangan sasa Haji Din.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2011 09:38 AM | Show all posts

kalau ini bagaimana?....handsome tu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2011 09:46 AM | Show all posts
best la....huhuhu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2011 09:55 AM | Show all posts
Reply 46# Adilla

awwwwww .. suka suka ... tapi versi umo 40++ laaa ...

klu gmbr yg ni tua sgt .. heheheheh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-10-2011 10:15 AM | Show all posts
Reply  Adilla

awwwwww .. suka suka ... tapi versi umo 40++ laaa ...

klu gmbr yg ni tua sgt . ...
hotmum Post at 5-10-2011 09:55



   kena cari gambar tun masa muda...tp mmg sya akui tun masa muda handsome giler.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2011 10:43 AM | Show all posts
aku tak tau sapa pompuan ni...tapi kalo cam ni..minah ngan che din...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2011 10:46 AM | Show all posts
Post Last Edit by kaypo at 5-10-2011 10:51
kena cari gambar tun masa muda...tp mmg sya akui tun masa muda handsome giler.....
Adilla Post at 5-10-2011 10:15



   ni cukup muda tak...

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2011 10:48 AM | Show all posts
ini ok tak?
Adilla Post at 4-10-2011 17:14



passsss...ok..boleh je.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2011 11:50 AM | Show all posts
hj din dah pandai romantika.......
sebelum kahwin tunjuk garang
tp sebenornya hatinya lembut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2011 11:53 AM | Show all posts

ni garang tak?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2011 12:13 PM | Show all posts
Reply 50# kaypo

Oh my!!!! ... sgt sesuaaiiii .... suka suka .... wuuhuuuuuuu ....

sapa nama pelakon lelaki ni? ... suka ckp style jawa ... hahahaah
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2011 12:14 PM | Show all posts
Reply 54# Adilla


    garang bebeno ... takut aiii hahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2011 01:12 PM | Show all posts
Reply 51# kaypo

kalau hj din rupa camni mesti minah tak tolak punya
Tun M mmg kacak ...jauh lagi kacak dari anak 2 dia
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2011 01:13 PM | Show all posts
Reply 54# Adilla


  
Datuk Seri Nazri Aziz?

ke aku silap orang?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2011 01:28 PM | Show all posts
Reply  Adilla


  
Datuk Seri Nazri Aziz?

ke aku silap orang?
sang_arjuna Post at 5-10-2011 13:13



   betul tu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2011 01:45 PM | Show all posts
As salam Adilla.... sambung lagi... Haji Din nie romantik juge orangnya.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.090941 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list