CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2475|Reply: 24

Cabaran Pemandu Teksi

[Copy link]
Post time 25-9-2011 12:39 PM | Show all posts |Read mode
Cabaran pemandu teksi tengah malam
Oleh MAZLINDA MURTADZA.pengarang@utusan.com.my




KETIKA orang lain sudah dibuai lena, masih ada golongan yang mengerah tenaga selepas larut malam demi mencari rezeki walaupun sebilangan daripada mereka sudah dimamah usia.  Mereka ialah pemandu teksi di perhentian bas, Terminal Satu Seremban yang setia berkhidmat saban malam menanti para penumpang bas ekspres yang tiba dari selatan, utara dan pantai timur.  Suka duka bertugas pada waktu malam bukan sesuatu yang mudah, malah pada ketika tertentu ia mengundang bahaya kerana orang yang dianggap penumpang sebenarnya mempunyai niat jahat yang tidak terduga.  


Bagi Michael Pang Eng Meng, 42, pengalaman memandu selama 20 tahun tidak mematahkan semangatnya walaupun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan seperti pengalaman tidak memperoleh duit sewa yang mencukupi sehingga kereta sewanya terpaksa ditarik."Saya juga pernah disamun tetapi bernasib baik kerana tidak dicederakan dalam kejadian itu.
"Walaupun saya perlu melalui kesusahan, namun kecekalan dan ketabahan menjadi tunjang kejayaan kepada saya yang boleh mencecah pendapatan RM150 hingga RM200 sehari," katanya.  Bagaimanapun, tambahnya, pendapatannya kini semakin menurun disebabkan ramai orang kurang menggunakan perkhidmatan teksi, mungkin kerana semakin ramai rakyat negara ini sudah mampu memiliki kereta sendiri.

Rakannya, S. Arnasalam, 39, berkata, beliau hanya membawa teksi sejak setahun lalu dan sebelum ini bekerja sebagai juruteknik di sebuah kilang di Seremban. "Saya terpaksa keluar waktu pagi sehingga larut malam demi mencari rezeki untuk keluarga.
"Saya lebih menekankan keselamatan diri sendiri. Adakalanya saya lebih rela menolak permintaan penumpang yang kelihatan mencurigakan. "Ia sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan diri saya terdedah kepada bahaya. Ini kerana rakan-rakan saya pernah disamun dan dicederakan penjenayah yang mengambil kesempatan ke atas kami," ujarnya.

Sebagai seorang anak watan negeri ini, Azaludin Mat Yusof, 42, pula berkata, pengalaman memandu teksi milik sendiri adalah sesuatu yang memerlukan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi kerenah pelanggan.
Katanya, ada pelanggan memahami kehidupan sebagai pemandu teksi tetapi tidak kurang juga yang menganggap seolah-olah mereka hanya mahu menipu penumpang setiap masa.  "Sedangkan pendapatan pemandu teksi sebenarnya tidak mampu menampung kehidupan yang selesa tetapi atas semangat dan daya usaha, ia memberi galakan kepada saya dalam meneruskan pekerjaan sebagai pemandu," katanya.  


Sementara itu, P. Ravi, 40, salah seorang mangsa yang pernah dikelar penjenayah hingga mengakibatkan beliau terpaksa menerima lima jahitan di tangan tetap tabah meneruskan perjuangan sebagai pemandu teksi.
Katanya, pengalaman selama enam bulan berkhidmat sebagai pemandu teksi memberi cabaran yang cukup hebat kepadanya dengan peristiwa hitam itu berlaku semasa tiga bulan pertama melakukan pekerjaan itu.
"Saya pernah mengalami kecederaan serius dan diugut. Dalam kejadian itu, penjenayah tersebut mengacukan pisau di leher saya. Telefon bimbit saya diambil dan wang berjumlah RM200 dilarikan.  "Dalam keadaan panik, saya terus melawan menyebabkan tangan saya terkena pisau.  "Setelah saya ditolak dan terjatuh ke jalan, penjenayah tersebut melarikan diri ke dalam semak. Niatnya untuk melarikan teksi saya tidak kesampaian," ujarnya.

Beliau berkata, pendapatan yang hanya bergantung kepada pemanduan teksi tidak memberi kehidupan yang selesa terutama bagi menampung perbelanjaan anak-anak yang sedang meningkat dewasa.



P/s:  Kesian kat pemandu-pemandu teksi, selalu aje jadi mangsa perompak...Setakat ambil duit tu tak apa jugak, kenapa lah di cederakan pulak....Tapi yang lebih mencabar, bila pemandu-pemandu teksi di goda perempuan-perempuan GRO untuk dapat khidmat teksi free....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2011 04:38 PM | Show all posts
Encik, ini board epistemology lah. encik salah parking teksi ni. patutnya dekat CI.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 04:38 PM | Show all posts
aku move ke board CI yek.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 04:46 PM | Show all posts
bukan berkurun da citer ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 05:17 PM | Show all posts
bile pemandu teksi malaysia nk sedar pemasangan jaring tu satu kemestian tuk taxi, kt negara lain dh buat, idea radikal, tapi selamat kn driver taxi.

aku penah tanya tukang besi kt bengkel, kos buat jaring cmni tk smpai rm100 pun.
takkanla nk meratib takdir, redha bila jadi kes samun, kelar tu..smpai bile?... diri sendiri tk berusaha, cmne la penjenayah tk takut..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2011 05:54 PM | Show all posts
aku move ke board CI yek.
winamp05 Post at 25-9-2011 16:38


Haiyoo......
Isu semasa ka?.....wa lasa ha....ini celita dari dolu Ooooo.....mana ada isu semasa?.....
Dari wa kecik sampai wa sudah tua oooo, celita yang sama maaa......
Wa letak itu BOD pemikiran ha.... kasi olang pikir lah amacam mau settle ini pblem maa........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2011 05:54 PM | Show all posts
dah mcm GDL dah.. psang besi jaring bagai...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2011 05:56 PM | Show all posts
bile pemandu teksi malaysia nk sedar pemasangan jaring tu satu kemestian tuk taxi, kt negara lain dh ...
batmana Post at 25-9-2011 17:17


Wah.....ada jaring mm tu pulak iya batmana....
Tapi kalau perompak nak kelar leher, boleh aje......hmy3:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-9-2011 05:59 PM | Show all posts
dah mcm GDL dah.. psang besi jaring bagai...
dragger Post at 25-9-2011 17:54



Nak elak driver teksi di rogol, boleh le pasang jaring mcm tu kan dragger....
Tapi kalau nak elak di rompak, rasa tak berkesan kot......
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 06:06 PM | Show all posts
Nak elak driver teksi di rogol, boleh le pasang jaring mcm tu kan dragger....
Tapi kalau nak  ...
jazaa Post at 25-9-2011 17:59



    driver teksi lelaki kena rogol kan.. betul gak tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2011 06:18 PM | Show all posts
driver teksi lelaki kena rogol kan.. betul gak tu..
dragger Post at 25-9-2011 18:06


Dragger ingat semua driver teksi lelaki ke?....
Ada pompuan gak tau.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 06:25 PM | Show all posts
Dragger ingat semua driver teksi lelaki ke?....
Ada pompuan gak tau.....
jazaa Post at 25-9-2011 18:18



tau lahh.. aduuuii....
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 06:38 PM | Show all posts
aku tak tahu laa ni CI ker apa tapi lebih kepada rencana semasa....rasanya pernah bincang dulu hal ni masa pemandu teksi kena rompak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 06:40 PM | Show all posts
Nak elak driver teksi di rogol, boleh le pasang jaring mcm tu kan dragger....
Tapi kalau nak  ...
jazaa Post at 25-9-2011 17:59



    tak payah jaring semua tu..teksi seperti di new york ada penghalang antara pemandu dan penumpang utk mengelakkan sebarang jenayah yang boleh membahayakan pemandu teksi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2011 06:41 PM | Show all posts
aku tak tahu laa ni CI ker apa tapi lebih kepada rencana semasa....rasanya pernah bincang dulu hal n ...
abgboroi Post at 25-9-2011 18:38


Ya ampuunnnn abgboroi....
saya tak letak kat CI, mod Win yang campak ke sini....
Sepatutnya mod campak ke BOD MPS je tadi....
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 06:42 PM | Show all posts
bile pemandu teksi malaysia nk sedar pemasangan jaring tu satu kemestian tuk taxi, kt negara lain dh ...
batmana Post at 25-9-2011 17:17



    betul ker tak sampai seratus? murah nyer...aku tgk besi tu sampai ke depan...kalau fikir keselamatan tak perlu ada penumpang depan aku rasa...satu lagi kalau yang menyamun tu pakai pistol...x selamat juga tirai besi ni ehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2011 06:43 PM | Show all posts
Ya ampuunnnn abgboroi....
saya tak letak kat CI, mod Win yang campak ke sini....
Sepatutnya mo ...
jazaa Post at 25-9-2011 18:41



    takper laa..kita layan ajer ehe...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 06:44 PM | Show all posts
bile pemandu teksi malaysia nk sedar pemasangan jaring tu satu kemestian tuk taxi, kt negara lain dh ...
batmana Post at 25-9-2011 17:17


pasang yg plastic glass antara seat depan dengan seat belakang pon dah ok.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 07:08 PM | Show all posts
"KETIKA orang lain sudah dibuai lena, masih ada golongan yang mengerah tenaga selepas larut malam demi mencari rezeki walaupun sebilangan daripada mereka sudah dimamah usia.  Mereka ialah pemandu teksi di perhentian bas, Terminal Satu Seremban yang setia berkh............"


pfrrrrrrrrrrrtttttttttttttttt.... ni tempat caprut medin minang beli bowtie bundle dia. RM3, beli satu percuma 3.... pfrrrrrrrrttttttttttt sama caprut minang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2011 07:21 PM | Show all posts
Reply 19# toki_rompin

  
pfrrrrrrrrrrrtttttttttttttttt.... ni tempat caprut medin minang beli bowtie bundle dia. RM3, beli satu percuma 3.... pfrrrrrrrrttttttttttt sama caprut minang



Adooiiii.......
Ni yang aku tak tahan kat BOD CI ni.....
Mod....tlg lock je lah thread ni.....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:39 PM GMT+8 , Processed in 1.090313 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list