CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14095|Reply: 120

Mamat Khalid meroyan lagi.

[Copy link]
Post time 24-9-2011 05:05 AM | Show all posts |Read mode
Tempurung Pecah: Bangsat pengarah filem Melayu, kan Mat?
Oleh Mamat Khalid

2011/09/20

SEDARI mula aku mula jadi pengarah filem hinggalah ke hari aku merasakan letihnya mengarah, dunia perfileman adalah alam yang aku sanjung dan sayang.

Segala perihal kepentingan dunia ini aku tampung dan ampu bagai mendokong anak bongsu puteri bunian. Aku mahu dunia perfileman Melayu harus megah dan disanjungi pembikinannya.
Aku mahu filem dan drama Melayu tinggi martabat sumbangannya pada bangsa dan negara.
Bukan aku seorang. Ramai pengarah yang lain mempunyai niat dan rasa tanggungjawab yang sama di dalam pembikinan sesebuah karya itu. Filem-filem arahan Uwei Hj Shaari mengangkat dan menceritakan budaya Melayu dalam setiap adaptasi penceritaannya. Erma Fatimah dengan persoalan berat wanita Melayunya.

Aziz M osman juga di dalam filem terbaru Azuranya mengangkat budaya Melayu hingga membuat penggambaran ke luar negara. Soal bangsa adalah keramat besar kami kerana itu adalah akar yang mencengkam bumi menahan langit yang dijunjung.

Apabila isu perkauman dimainkan oleh beberapa pengarah muda yang mulia di mata sesetengah masyarakat menduga akan isu perkauman dengan sengaja dengan hasil kerja mereka, aku mula gusar.

Aku mula gusar dengan masyarakat itu sendiri. Mengapa seorang yang terang-terang menghina akar Melayu aku di bumi Melayu aku ini di angkat hero dan layak berjumpa menteri, minta diberi pertolongan di dalam karya yang kononnya menyokong integrasi kaum.
Bangsa Melayu sendiri melompat memberi kata semangat dan memuji kebagusan si polan membuat filem dengan membayar tiket masuk bergasak menyokong filem yang 'lebih elok dari filem Melayu biasa' itu.

Aku tidak irihati dengan karyanya. Malah mereka iaitu Melayu yang terbabit di dalam filem itu pun bukannya aku peduli akan niat mereka. Yang menjadikan kepala aku bengkak adalah dengan sokongan sesetengah manusia Melayu yang ingin mengangkat kerja manusia yang terang-terang bencikan bangsa aku.

Di arak dan di beri penghormatan tahap menteri kerjanya itu. Kami yang terus menerus mendokong rasa hormat kepada kedaulatan bangsa di bumi ini tidak pernah mendapat layanan sebegitu baldu hamparannya.

Aku ingat lagi akan hari rakyat Malaysia dikejutkan dengan video Negarakukunya yang menghina kedaulatan negara dan bangsa aku. Masih segar lagi peluh marah di hujung dahi aku ketika mula-mula aku menontonnya. Dan kini dia diangkat jadi hero? Kini dia layak berjumpa Datuk Seri Perdana Menteri?

Gusar aku dengan masyarakat aku yang terlalu terdesak untuk menjadi ayam tambatan hingga sanggup mengangkat golongan bangsat menjadi ikon negara. Golongan komunis menjadi hero kemerdekaan. Memusing cerita, aku tiada pernah dijajah atas inginkan diri dikenali ramai.

Adakah masyarakat kita kian lupa dengan maruah bangsa dan harapan anak cucu kita yang semakin rapuh dimakan dunia golongan pluralism ini? Adakan masyarakat kita sanggup menggadai hingga ke kain dalaman semata-mata untuk mendapat keghairahan, sementara pada masa sama tidak mempedulikan masa depan anak bangsa yang kian hanyut dikelabui mata dengan pandangan integrasi milik bangsa yang lain?

Aku dengan besar hatinya mengalu-alukan perpaduan dengan filem aku, namun bukan pujian atau sokongan yang aku dapat. Aku telan semua itu kerana aku inginkan filem yang bermaruah terhadap bangsa aku.

Dan bukan filem itu menjadi penyebab ramai yang mendekati dengan karya aku. Ia hilang ditelan masa dan demi masa aku akur dan harus meneruskan perjuangan dengan kerja-kerja yang lain. Dan kini aku dapati kerja yang jijik, yang menaikkan rasa benci terhadap sesebuah kaum itu rupanya boleh menjadi ikon dan hero pengarahnya!

Adakah aku tidak cukup bangsat untuk mendapat tempat setaraf si polan? Mahukan Perdana Menteri berjumpa aku jika aku menyanyi 'gua mau jumpa lu' berulang kali di Youtube? Kalau mahu, bolehlah aku memuat naik nyanyian bangsat aku ke halaman itu agar setaraf aku beratur berjumpa menteri.

Bongkaknya entry aku kali ini, adalah cermin bongkaknya hati aku yang tidak cukup bangsat untuk menjadi pengarah yang berjaya memperdayakan masyarakat aku dengan pembikinan filem yang dapat mensucikan segala dosa terhadap bangsa dan negara aku.

Apa la Mat! Itu pun mahu sensitif. Biarlah! Masing-masing pun mau hidup ma! Dan aku mahu anak cucu aku terus hidup dengan megah bangsa bermaruah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-9-2011 05:08 AM | Show all posts
Jom speku siapakah yg dipahat iteww? Namawee dgn abd Sol Sol Sol je nampak gayanya... Siap mention berarak dpn menteri lagi. Udah2la ti abg Mat buat malu je dah tua2 nk moyan2 mcm gini kheennnn
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2011 05:18 AM | Show all posts
ni cerita pasal filem nasi lemak 2.0 ke?
namawee jumpa menteri mane nih??
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2011 05:20 AM | Show all posts
moralnya siapa yang nak berjaya... syarat pertama kenalah berani menghina apa saja kaw2 ...nti femes dapat promo percuma kaw2....Malaysia kan boleh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2011 05:22 AM | Show all posts
Rasanya Namawee xda berarak dpan menteri yg berarak baru2 ni si Samsol Usop Selam je kan? Lagi pon dia ada mention "beberapa pengarah muda" so mesti lebih dr sorang. And dia ckp penonton berasak2 masuk panggung tp Nasi Lemak 2.0 suam2 kuku je jah. Au speku Mamat ni ckp pasal 2 pengarah iaitu Namawee and Samsol Usop
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2011 05:23 AM | Show all posts
Masa Samsol menang ffm hr tu pon mamat beria melahar Samsol
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2011 05:40 AM | Show all posts
Aziz M osman juga di dalam filem terbaru Azuranya mengangkat budaya Melayu hingga membuat penggambaran ke luar negara. Soal bangsa adalah keramat besar kami kerana itu adalah akar yang mencengkam bumi menahan langit yang dijunjung.


toloooonnngggg lah
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2011 05:44 AM | Show all posts
Post Last Edit by izat123 at 24-9-2011 05:55

dia lahar namewee la kalian2 sekalian.ini konfem..bukan sol tu.

Aku mula gusar dengan masyarakat itu sendiri. Mengapa seorang yang terang-terang menghina akar Melayu aku di bumi Melayu aku ini di angkat hero dan layak berjumpa menteri, minta diberi pertolongan di dalam karya yang kononnya menyokong integrasi kaum.
Namewee jumpa menteri mintak dana,tapi tak dilayan


Aku ingat lagi akan hari rakyat Malaysia dikejutkan dengan video Negarakukunya yang menghina kedaulatan negara dan bangsa aku. Masih segar lagi peluh marah di hujung dahi aku ketika mula-mula aku menontonnya. Dan kini dia diangkat jadi hero? Kini dia layak berjumpa Datuk Seri Perdana Menteri?
Negarakuku takkan sol pulak kan?


Adakah aku tidak cukup bangsat untuk mendapat tempat setaraf si polan? Mahukan Perdana Menteri berjumpa aku jika aku menyanyi 'gua mau jumpa lu' berulang kali di Youtube? Kalau mahu, bolehlah aku memuat naik nyanyian bangsat aku ke halaman itu agar setaraf aku beratur berjumpa menteri.
Namewee ada buat video ni

sekian,penjelasanggg..apalah korang ni laga2 kan dia dengan sol.ceh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2011 06:20 AM | Show all posts
Soal bangsa adalah keramat besar kami kerana itu adalah akar yang mencengkam bumi menahan langit yang dijunjung.


mcm maner ngan soal agama islam abg mamat  oiiii??.adakah agama islam membenarkan kita taksub  pada bangsa sendiri seolah-olah bangsa melayu bangsa terpilih dan mulia tujuh petala langit?keterlaluan.maaf bagi aku itu jugak dipanggil perkauman.sikap perkauman dilaknat Allah.takde beza 'kebangsatan' seperti manewee yg 'bangsat' itu.jangan jadi bodoh dan jgn menunjukkan kebodohan sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2011 06:23 AM | Show all posts
Reply 9# alesandra

betul-betul..takde beza mamat kholid ni dgn namewee bila dia da racist dengan ketuanan melayu macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2011 06:51 AM | Show all posts
Post Last Edit by pengimbas at 24-9-2011 06:52
ni cerita pasal filem nasi lemak 2.0 ke?
namawee jumpa menteri mane nih??

net_level Post at 24-9-2011 05:18


kan ada isu dia buleh ngadap pm... ari tu orang amnu dah bising... derang pun tak sesenang tu nak ngadap pm...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2011 07:17 AM | Show all posts
Mcm2 hal ler ng ketuanan Melayu bgi. Allah nilai anda hny dgn iman n takwa je..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2011 07:24 AM | Show all posts
Kemain nak ngata orang rasis. Yang engko beriya2 dengan ketuanan mulayu tu tak rasis la? :re:

Please la... pijak di dunia realiti. Sampai bila nak bergantung dan sebut2 pilem U Wei tu? Dah lepas la zaman tu. Now zaman orang lain. Audiens mahu something yang fresh. Kalau tak mampu nak compete.... toksah dok bising. :re:
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2011 08:01 AM | Show all posts
Biar lah...Dia ada hak nak melepaskan apa yang terpendam dihati nya...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2011 08:04 AM | Show all posts
di kwsn selayang saja ada 2 billboard besar iklan filen nasi lemak ni... tajaan Canon..

malayu punya sangat jarang ada kat billboard yg besar gitu... klu ada pun, kos iklan tanggungan syarikat filem sendiri....
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2011 08:15 AM | Show all posts
Heran gak aku dgn Namewee ni yang dulu gah dikecam satu negara Malaysia.TUP TUP dah keluar filem ....siap ada promo dalam tv kita.
kALAU ARTIS LAIN YANG ADA ''kes'' filem lakunan pun tak ada harapan untuk masuk tv..bungkus sekali producer..
Tahniah Malaysia....! ISA pun dah dimansuhkan..kann ???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2011 08:22 AM | Show all posts
len kali abg mat kena ada veto power mcm steven spielberg...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2011 08:23 AM | Show all posts
tiap2 org ada hak nk bg pendpt kan..klau namewee blh buat video hina psl azan segala pun tak kena apa2 tindakan, biarlah mamat nk menulis sekadar utk bg pendpt dia..dh itu yg termampu pun..drpd sstgh org yg ___. sendiri mau ingat lah
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2011 08:30 AM | Show all posts
naik nyampah aku ngan pengarah2 yg jenis dok pungpang2 kritik pilem orang cam amat idham..mamat kalid neh...pilem x kemana gak...

cuba la contohi samsol tu..merendah diri..senyap2 jek tp leh wat pilem berkualiti
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2011 08:33 AM | Show all posts
Betol.....kalau mcm ni la kita melayan org yg sudah terang-terangan menghina Negara dan Agamanya.....lepas ni ramai lagi la yg 'bijak dan pandai' mcm Namawee ni akan wujud.

Sebab nk mengambik ati org cina, maka dihamparkan permaidani buat seorg lelaki bernama Namawee. Kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan......dan sapa yg ckp karya2 U-Wei Hj Shaari tu ketinggalan zaman mungkin menonton wayang gambar hanya sekadar utk hiburan....ish...ish...ish...sungguh rugi anda
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 10:31 AM GMT+8 , Processed in 0.508192 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list