CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 135|Reply: 0

Pemimpin Palestin gelar Obama jurucakap Israel

[Copy link]
Post time 23-9-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Ucapan Presiden AS di PBB hanya sokong hak  Yahudi\rRAMALLAH: Penduduk Palestin semalam mengutuk ucapan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), menyifatkannya sebagai memaparkan sikap berat sebelah Washington kepada Israel.\r\n\n\n\n\rPengulas, ahli politik dan penduduk awam Palestin berkata, ucapan Obama kelmarin, menjelang permohonan Palestin menjadi anggota PBB, menunjukkan Washington  tidak mampu menjadi orang tengah yang adil antara Israel dan Palestin.\r\r\n\n\n\n\nPemimpin Hamas di Gaza berkata, ucapan itu bermakna Palestin dan dunia Arab perlu berhenti terus bergantung kepada Washington.\r“Ucapan Obama menunjukkan sikap berat sebelah Amerika yang menyokong penjajah Israel dan negara Arab dan Palestin patut berhenti bergantung kepada Amerika.\r“Kami menggesa pemimpin Palestin menggunakan strategi berdikari dan dunia Arab serta Islam sedar dengan keangkuhan Amerika dan Israel,” kata jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri.\rPengulas dalam tiga akhbar utama Palestin turut menyuarakan kemarahan dan kekecewaan berhubung ucapan Obama itu.\r\n\n\n\n\r“Ucapan Obama mengecewakan mereka yang menanti sesuatu yang baru daripadanya, mencetuskan kemarahan. Ia menutup semua pintu dan tingkap yang dibiarkan terbuka oleh Presiden Palestin untuk mencari kemajuan,” menurut tulisan Talal Okal dan akhbar Al-Ayyam.\rOkal menuduh Obama mendalamkan sikap berat sebelah terhadap kisah, kedudukan dan dasar Israel.\r“Dia begitu ketara berat sebelah dan cinta kepada Yahudi dan Israel. Apa yang ditawarkan dalam ucapannya menunjukkan kerjasama, penerimaan penuh kepada dasar dan kehendak Israel.\r“Dia terus cakap bahawa Yahudi dan Israel dikelilingi kebencian dan perang oleh negara Arab tetapi ucapannya tidak menyentuh langsung kesengsaraan penduduk Palestin,” tulisnya.\rAl-Ayyam menyiarkan kartun menunjukkan Obama mengeluarkan buih keluar daripada mulut dalam bentuk Star of David ketika berucap.\rMenulis dalam akhbar Al-Quds, akhbar paling laris di Palestin, ahli Parlimen Arab Israel, Ahmed Tibi, berkata ucapan Obama dibayangi ucapan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy.\rWalaupun pemimpin Perancis itu tidak menyokong usaha Palestin memohon keanggotaan penuh di PBB, dia mencadangkan alternatif menaikkan status pemerhati di UNGA dan jelas merujuk kepada derita penduduk Palestin, kata Tibi.\r“Tidak seperti Sarkozy, yang mengulas isu Palestin dan positif hak penduduk Palestin, ucapan Obama berat sebelah. \rMalah, dalam ucapan sama Obama memuji kebangkitan dan revolusi penduduk Arab terhadap pemerintahan kuku besi dan penindasan, tetapi dia tidak menyebut langsung mengenai pencerobohan Israel ke atas tanah penduduk Palestin,” tulisnya.\rDi jalan raya di Baitulmaqdis Timur, orang ramai juga mengutuk  ucapan itu.\r“Tidak mengejutkan, Israel dan Amerika adalah satu dan Obama sudah tentu sokong Israel menentang Palestin supaya dia dipilih semula pada tahun 2012,” kata Shadi Elias, 22.\rDi Ramallah, pengarah sekolah, Mohammed Zeidan, menuduh Obama bersikap adil kepada semua negara Arab kecuali penduduk Palestin.\r“Apabila Obama memasuki Rumah Putih sebagai presiden, kedudukan dan aspirasinya memberikan kita harapan tetapi Obama menunjukkan kepada dunia kelmarin Amerika akan sentiasa di sisi Israel dan dia tiada beza dengan pemimpin Amerika terdahulu,” katanya. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.058345 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list