CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10842|Reply: 27

Anak pengarah disyaki khalwat?

[Copy link]
Post time 19-9-2011 03:46 PM | Show all posts |Read mode
Penguat kuasa JAIS, MPSepang periksa bilik hotel  disewa jam 3 pagi

PUTRAJAYA: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan anak perempuan seorang pengarah agensi kerajaan beribu pejabat di sini kerana disyaki berkhalwat dengan teman lelakinya di sebuah hotel murah di Dengkil, dekat sini, awal pagi kelmarin.  Difahamkan, perbuatan remaja perempuan berusia 19 yang bekerja sebagai kerani dan teman lelakinya berusia 26 tahun itu terbongkar selepas pegawai penguat kuasa JAIS dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) menyerbu bilik hotel disewa pasangan terbabit, kira-kira jam 3 pagi.    Sumber JAIS berkata, ketika serbuan anggota penguat kuasa JAIS dan MPSepang memberi salam, mengetuk pintu beberapa kali serta menunggu kira-kira setengah, sebelum ia dibuka seorang lelaki berpakaian lengkap.

Katanya, pihak berkuasa kemudian melakukan pemeriksaan lanjut, sebelum menemui seorang remaja perempuan berpakaian lengkap yang sedang bersembunyi di belakang pintu tandas bilik hotel terbabit.  

"Ketika disoal siasat lelaki dan remaja perempuan terbabit mengaku mereka bukan pasangan suami isteri atau mahram yang sah. Malah, remaja  berkenaan meminta dilepaskan kerana dia adalah anak seorang pengarah jabatan kerajaan di Putrajaya.

“Teman lelakinya pula merayu supaya dilepaskan kerana mereka sudah bertunang dan akan berkahwin tidak lama lagi.

"Bagaimanapun, helah pasangan terbabit terbongkar selepas remaja perempuan terbabit akhirnya mengaku bahawa mereka hanya kawan biasa dan tidak pernah bertunang dengan lelaki berkenaan," katanya ketika ditemui di sini.

Mereka adalah antara enam lelaki dan wanita berusia 19 hingga 27 tahun ditahan anggota penguat kuasa JAIS dan MPSepang dalam operasi cegah maksiat sempena sambutan Hari Malaysia di sekitar daerah Sepang, mulai jam 1 hingga 4 pagi, kelmarin.

Semua pasangan terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 29(1) (a) dan Seksyen 29(1) (b) Enakmen jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya, jika didapati bersalah oleh mahkamah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-9-2011 03:48 PM | Show all posts
hampeh..memalukan keluarga je..tapi anak sape ni ye?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 03:57 PM | Show all posts
anak dara siapa ni....
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 04:02 PM | Show all posts
kesian bapa pompuan tu, dia bajet kalo petik nma bpak yg thap peg. besar gomen tu bole terlepas la tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 04:07 PM | Show all posts
anak sape wey???????
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 11:04 PM | Show all posts
anak sape wey???????
rimau_belang Post at 19-9-2011 16:07


Oleh kerana takde sapa yg tau anak sape, jom tanya JAIS.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-9-2011 01:39 AM | Show all posts
Oleh kerana takde sapa yg tau anak sape, jom tanya JAIS.
nolya Post at 19-9-2011 23:04


xkan lah JAIS nak bgtau
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2011 01:52 AM | Show all posts
msti dak pompuan 2 cakap yg bapak dia pengarah...kalo x mane jais tau kan...kan...
ps : anak pengarah kena tngkp khalwat di hotel murah cri le hotel yg gag skit dek non
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2011 08:52 AM | Show all posts
msti dak pompuan 2 cakap yg bapak dia pengarah...kalo x mane jais tau kan...kan...
ps : anak pengar ...
mrs_wan Post at 20-9-2011 01:52


Betul lah..Klu anak pengarah cari hotel yg ade nama sikit..Nie hotel cap ayam yg di cari...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2011 12:05 PM | Show all posts
buat projek hotel cap ayam. lain kali p la hotel 5star

tapi tertanya-tanya gak, anak siapa la ni.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2011 10:11 PM | Show all posts
org putrajaya ka?
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2011 07:37 AM | Show all posts
buat projek hotel cap ayam. lain kali p la hotel 5star

tapi tertanya-tanya gak, anak siapa la  ...
anmz76 Post at 20-9-2011 12:05


dia bajet dok hotel murah tak kene cekup laa tu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2011 01:51 PM | Show all posts
Ni mesti Hotel Sepang kat tepi jalan kat dengkil ni..Hotel tu kerap kena ambush.. Adik aku pernah sekali kena ambush ngan hubby dia masa duk situ.Jenuh bertekak ngan JAIS kata depa laki bini..siap tunjuk anak yg sedang lena ats katil lagi. Jais tak percaya.bila anak dia tergaja dr tidur, bengang la adik ipar aku. dia penat, balik meeting dah lewat malam. nak tido dah tak blh coz baby dia dah meragam coz terjaga tgh malam.esok pagi2 ada meeting lagi...Dia hempas pintu hotel tu..terdiam semua..Adik aku ni selalu ikut hubby dia outstation dr kedah ke Putrajaya. So Hotel Sepang tu dah macam umah ke2 depa laki bini + anak.Nak duk Hotel mahal dah tak mampu..tiap2 minggu hubby dia meeting di Putrajaya..nak tunggu claim lak lambat.

Note: Adik ipar aku pun Pengarah sebuah jabatan kerajaan di kedah..Pun duk hotel cap ayam nih..Hihihihi....
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2011 04:02 PM | Show all posts
Ni mesti Hotel Sepang kat tepi jalan kat dengkil ni..Hotel tu kerap kena ambush.. Adik aku pernah se ...
icelaici Post at 21-9-2011 13:51



    dah memang kaki bermalam kat hotel, bwk lah sijil nikah kad nikah ke, ingat kat dahi ada chop ka kami ni laki bini sah..kata pegawai kanan, benda mcm tu pun nak kena ajar.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2011 03:13 PM | Show all posts
Reply 14# jonlabu


   Dia bawa la ....tp dah tgh2 nyenyak tido org duk ketuk pintu macam gempa bumi, mana tak panik...mamai la pun..hangin pun ada...pas tunjuk kad la baru berani hempas pintu kat muka pegawai jais tu..kalau tak mana berani..kang tak pasai2 di dakwa menghalang kerja kakitangan awam..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2011 04:13 PM | Show all posts
anak sapa la ni??? huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2011 02:07 PM | Show all posts
Buat kamu mak bapak ajer
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2011 05:24 PM | Show all posts
anak pengarah di salah sebuah agensi kerajaan???
bos aku pong pengarah 54, tp aku rasa jawatan dia tak beso sgt huhuhuu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2011 01:24 PM | Show all posts
anak siapa
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 02:54 AM | Show all posts
ni pengarah drama tv1 yang x glamour nih..... bukan pengarah filem....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30629 Replies : 227
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 6823 Replies : 108
แทงบอล ออนไลน์ ราคาน้ำดีที่สุด LINE:@UFADEAL ทางเข้าแทงบอล ขั้นต่ำ10บาท
ufadeal-websiteแทงบอล ออนไลน์ ราคาน้
Views : 101 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 205752 Replies : 4936
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7475 Replies : 55
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41651 Replies : 255
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12385 Replies : 10
Meow & Cincau
riena3321Meow & Cincau
Views : 3517 Replies : 10
kambing yang comel
zazazieglerskambing yang comel
Views : 10828 Replies : 44
Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai wanita
admin6Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai
Views : 7398 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.068918 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list