CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1176|Reply: 1

Amalan Fitnah Disulam Ke Dalam Politik....dan Masyarakat Percaya Bulat2

[Copy link]
Post time 15-9-2011 01:24 PM | Show all posts |Read mode
Ingin Berpolitik? Jaga Amanah, Hindarkan Fitnah, Tautkan Ukhwah

Langkah proaktif telah diambil bagi memastikan tindakan mahkamah diambil bagi segala fitnah yang ditabur.

Tindakan yang boleh dikategorikan sebagai “offensive” ini amat penting setelah sekian lama bersifat pasif terhadap serangan fitnah melampau. Tindakan ini  seharusnya dibuat dari dahulu.  Sikap “biarlah” atau “tak apa” telah menjadikan masyarakat keliru antara fakta dengan pembohongan.  Alah bisa tegal biasa, akhirnya perbuatan memfitnah telah menjadi amalan segelintir rakyat Malaysia, orang timur yang kaya dengan budi bahasa dan menjaga adab tutur katanya.



Inilah modal besar, sekadar air liur dan mulut berbuih-buih dalam menyampaikan risalah munafik dalam perjuangannya.  Dan sikap baik hati pihak satu lagi telah menyebabkan mereka ghairah memfitnah tanpa sempadan, sehinggakan mampu membuat cerita yang bukan2. Ciri-ciri ini cukup menebal di setiap diri penyokong mereka dalam usaha memburukkan imej kerajaan atau individu dalam kerajaan dengan alasan matlamat menghalalkan cara.  Apa jua isu termasuk yang melibatkan peribadi habis diputarbelitkan, tanpa menyedari keesokannya mereka berkata pula “haram bagi membuka aib seseorang”!



Begitulah munafiknya permainan mereka.  Lebih memalukan, mereka mendabik dada, kononnya berpaksikan Islam. Diimbas kembali, sejak bertahun-tahun yang sudah, mereka berkiblatkan “political hatred”, menyemai kebencian, dengan mempolemikkan isu siapa lebih Islamik.  Tunas-tunas kebencian telah berputik, maka tidak sukar untuk fitnah syaitanirrajim menyelusup masuk ke persekitaran umat Muhammad.



Tiada lagi politik yang segar dan konstruktif demi kesejahteraan rakyat.  Mujur masih ada diantara mereka yang sedar pembohongan sekutunya, lantas muncul membenarkan apa yang sememangnya benar. Sebahagian daripada mereka percaya, perjuangan yang berlandaskan pembohongan tidak akan berjaya, namun lanskap politik negara sudah berubah, dengan budaya rakyatnya turut terkias sama.   Budi bahasa dan sifat yang baik pada orang timur sudah terhakis sedikit sebanyak, dan persepsi sudah cukup untuk menyatakan kebenaran, seandainya ia berulang-ulang.



sumber: http://www.selangordaily.com/?p=2492

artikel telah diedit supaya ianya tidak tertumpu kepada satu2 pihak sahaja. ia merujuk kepada kedua2 belah.



Jaga Amanah: Mana la janji PRU yg lepas? Dah lama tunggu...x de pun...apsal kat semakin banyak je rumah urut kat shah alam ni? pusat hiburan pun semakin bertambah.. dulu kan dah janji untuk....ah, xpe la, mgkn diorg lupa janji

Hindarkan Fitnah: Aku tengok banyak je tuduhan x berasas kat dalam ceramah beliau. siapa ye? tah la, klu korang tanya, aku nak jwb 'NO KOMEN'

Tautkan Ukhwah: Penggiat politik yang konstruktif akan jana perpaduan, tapi beliau duk cari point nak cari breakpoint...nak tau lebih, tgk sini http://eforum1.cari.com.my/viewthread.php?tid=596858&extra=page%3D1

Lagi satu, isu fitnah ni aku bukan sekadar merujuk kepada Pembangkang sahaja, bahkan kepada BN yang menerajui kerajaan.. Politik ialah untuk kebaikan rakyat, maka berbuatlah baik, berkata2 la dengan baik, tapi jangan buat jahat tapi dengan niat baik (contohnya: berkhalwat untuk niat baik....ops, ada yg termakan cili ke?hehe)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2011 01:53 PM | Show all posts
sama ja semua...dulu i kesian tengok anwar kena hentam teruk..tp apa yang terkejutnya bila dgr kat you tube anwar bersyarah beliau juga mengutuk orang lain.......huh...PAS pun sama...siap mendoakan keburukan orang lain..


celako celaok celako


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.049058 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list