CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19032|Reply: 82

[APA-KES] PROTON Saga FLX baru beli 14 hari bertakung air

[Copy link]
Post time 14-9-2011 04:45 PM | Show all posts |Read mode
PROTON Saga FLX baru beli 14 hari bertakung air


2011/09/13SAYA adalah antara jutaan pengguna yang kagum dan terus bersama kenderaan buatan Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON). Kereta pertama saya miliki adalah PROTON Saga pada 1997, seterusnya Waja pada Julai 2003 dan terbaru, Saga FLX pada 24 Ogos lalu.

Selepas memandu Saga FLX sehingga 1,800 kilometer, air daripada pendingin hawa didapati menitik di lantai penumpang depan. Keadaan semakin teruk dan air mula bertakung. Bimbang ia memberi kesan sampingan lebih kritikal, saya menghantar kereta berkenaan ke PROTON Edar Puchong di Bandar Puchong Jaya, pada 6 September lalu.
Selepas diperiksa, saya dan suami dimaklumkan terdapat masalah pada saluran pendingin hawa. Pihak PROTON Edar Puchong menghubungi vendor peralatan dan Bahagian Jaminan PROTON untuk membuat penukaran pada karpet kereta dan span di bawah kerusi penumpang depan.

Malangnya pihak PROTON memaklumkan kami, mereka tidak boleh menukarnya walaupun kereta itu hanya dipandu sejauh 1,800 kilometer dan hanya berusia 14 hari. Perkara paling mendukacitakan ialah cara pihak PROTON menyelesaikan masalah berkenaan dengan mengarahkan PROTON Edar Puchong untuk hanya membuka karpet serta span dan menjemurnya sehingga kering.

Berikutan itu kami diminta meninggalkan kereta berkenaan di pusat itu selama tiga hari bagi proses pengeringan karpet dan span.

Cara ejen PROTON menangani masalah ini adalah mendukacitakan. Besarlah harapan saya agar pihak ibu pejabatnya dapat meneliti perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya agar imej syarikat itu tidak terus dicalar oleh segelintir ejen yang mengambil mudah aspek perkhidmatan selepas jualan kepada pelanggannya.

WANI, Kajang.

***Apa yg anda akan lakukan jika anda berada dalam situasi WANI seperti diatas?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2011 04:48 PM | Show all posts
camner orang tak kondem proton.. semua kes settle cara paling jimat duit.. huhuhuuh..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 04:58 PM | Show all posts
aku kena pikir balik nak beli saga FL ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 05:00 PM | Show all posts
FLX ni model saga yg terbaru kan

apakejadahnya kat luar panas terik tapi dalam keta basah lencun siap ada banjir
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2011 05:02 PM | Show all posts
isu nya kereta baru pakai 14 hari...
kenapa proton takleh ganti huh?
kan masih under warranty...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 05:16 PM | Show all posts
Reply 5# hujan
sebab yg beli tu rakyat malaysia...jika yg beli tu orang amerika atau eropah, mau sujud di kaki para orang2 besar proton...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2011 05:21 PM | Show all posts
emmm...sebenarnya TT nak mcm mana? ganti kreta baru? atau tukar aircon baru?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 05:41 PM | Show all posts
Mintak tukar karpet & span kat seat depan pun kemut ka??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2011 06:05 PM | Show all posts
QC tak ketat.. men lepas je.. nak produce cepat
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 06:41 PM | Show all posts
Drain pipe Air-Cond tersumbat ataupun kemungkinan connectionnya tak berapa kemas.    Proton Edar patut periksa balik condition / connection hose air-cond tu dahulu.   

Tukar / keringkan karpetpun tak akan m'nyelesaikan masaalah kalau isu/penyebab utama-nya tidak dikenalpasti & diperbaiki dulu.

Setakat nak buka, keringkan, & pasang kembali karpet@door sills, centre console, gear lever & kerusi tu bukannya teruk sgtpun kerjanya; lebih2 buat kaki2 DIY.   

1 haripun boleh diselesaikan.    Apasal la Proton perlukan sampai 3 hari ...  Hmmm.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 08:15 PM | Show all posts
proton terlalu sambil lewa..saya sebagai sales advisor proton pun cukup tidak puas hati dengan proton..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 08:16 PM | Show all posts
sebab tu la aku pakai proton saga blm tu setahun je..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 08:29 PM | Show all posts
adehh....mcm mana nasib Tuah nanti....@ tak bertuah.....{:2_67:}
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 08:32 PM | Show all posts
baru nak tau ka keta proton ni tahap keta menan ja..?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 09:54 AM | Show all posts
Aku ngat Saga FLX ni adalah SAGA yg dh menghampiri tahap perfect..Yela, The new SAGA begins la katakan...Tapi mungkin masalah ni 1 dalam 100 kot..Hopefully...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 10:17 AM | Show all posts
wakakaka..mana g basher2 proton tak msk kondem...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2011 10:19 AM | Show all posts
aku kalau jadi kes si wani, aku contact terus sepupu aku org nombor dua bawah DSZ..

alternatif kedua, aku cari sendiri lubang tu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 10:38 AM | Show all posts
alternative ke-3, buat press conference secara besar-besaran punyer..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 10:44 AM | Show all posts
kalau on aircon pilih temperature paling sejuk, tapi kipas paling slow, ada kemungkinan dia bekukan paip-paip aircon dalam dashboard kan? aku suspek akak ni wat camni la kot.. aku cakap camni sbb dlu aku modify aircon iswara aku camni, angin mmg sejuk, tapi kipas paling slow, so dia beku.. pas tu rasa air menitik2..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 04:10 PM | Show all posts
Reply 19# Jemy


    Setuju dgn pandangan ko.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.086695 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list