CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10026|Reply: 114

Shamsul Yusof dan Aizat dipilih sebagai Tokoh Muda Negara

[Copy link]
Post time 14-9-2011 10:42 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by anastasia83 at 14-9-2011 10:52

Tokoh muda negara









USIA mereka masih muda tetapi pelbagai pengiktirafan sudah diterima bekas bintang Akademi Fantasia musim kelima, Aizat Amdan, 22, atau Aizat dan Syamsul Yusof, pengarah yang mencipta sejarah apabila filem arahannya, KL Gangster mencecah kutipan pecah panggung RM11 juta.
Terbaru, kedua-dua karyawan berbakat besar ini dipilih sebagai seorang tokoh muda negara sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-54.

Kedua-duanya diberitahu mengenai pemilihan mereka menerusi surat yang dihantar Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Aizat dipilih berdasarkan kejayaan diraih dalam industri muzik tempatan sementara Syamsul, anak kepada pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam dipilih berdasarkan kejayaan diraih dalam bidang perfileman.



Kedua-dua anak muda ini bakal diarak pada Hari Kemerdekaan ke-54, Jumaat ini sempena Hari Malaysia di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.


Sewaktu dihubungi, Aizat berkata, dia rasa terharu atas penghormatan yang diberikan negara terhadapnya kerana sekiranya hendak dinilai pembabitannya dalam industri muzik, ia masih baru.

“Saya difahamkan, selain saya, ada beberapa lagi penggiat seni golongan muda
turut dipilih untuk menyertai perarakan penuh bersejarah ini antaranya Syamsul Yusof yang mewakili industri perfileman. Ada lagi beberapa tokoh muda dipilih mewakili bidang atau industri tertentu,” katanya lagi.

Kata Aizat, penghargaan yang diberikan negara sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 juga adalah kejayaan tertinggi yang pernah diraih sepanjang bergelar pencipta lagu atau penyanyi.

“Saya seperti tidak percaya apabila diberitahu dipilih untuk menyertai perarakan ini. Pada saya, ia memberikan banyak signifikan sama ada secara peribadi mahupun umum.

“Dalam hati tertanya-tanya juga, apakah benar saya dipilih. Bagaimanapun, saya percaya, sebelum keputusan dibuat, kerajaan mempunyai badan penilai bagi melihat adakah mereka yang mahu diangkat menjadi tokoh dalam bidang masing-masing ini layak atau tidak,” katanya.

Pengiktirafan diberikan ini jelas Aizat lagi, akan dijadikan pembakar semangat untuk dia terus menghasilkan karya terbaik dan pada waktu sama penyumbang kepada ekonomi menerusi industri muzik tempatan.

“Selain itu, saya juga bercadang untuk menghasilkan lebih banyak karya yang melambang�kan semangat patriotik agar ia akan terus membakar jiwa rakan muda sebaya saya,” katanya yang turut terbabit dalam projek khas mendendangkan kembali lagu Warisan bersama beberapa lagi artis muda mewakili pelbagai kaum.

Bagi Syamsul pula sewaktu dihubungi menjelaskan, dia percaya pemilihannya dibuat berdasarkan apa yang dilakukan selama ini bagi meningkatkan lagi mutu industri perfileman, sekali gus mampu menyumbang kepada perkembangan ekonomi tempatan.

“Kalau hendak diikutkan, ramai lagi penggiat muda yang kalau kita lihat banyak sumbangannya dan jauh lebih berjaya, namun pemilihan saya ini mungkin dilihat dari sudut pengarahan saja. Dinilai dari sudut lain seperti lakonan, ada juga bintang muda lebih berbakat dan menonjol.

“Saya menganggap pemilihan saya sebagai wakil atau suara kepada penggiat filem muda tempatan sama ada yang aktif berkarya secara komersial mahupun bersendirian.

“Jelas pemilihan ini juga menunjukkan kerajaan sentiasa melihat perkembangan peng�karya muda dan pengiktirafan ini membawa maksud bahawa sekiranya apa yang diusahakan itu dilakukan bersungguh-�sungguh dan mencapai kejayaan, pasti kerajaan akan menghargainya dan penghargaan itu diberikan dalam pelbagai bentuk,” katanya.

Pada waktu sama, Syamsul meluahkan rasa syukur atas pengiktirafan itu dan tidak menyangka apa yang dilakukan mendapat perhatian. Malah ia memberikan pengertian bahawa apa yang dilakukan penggiat muda ini sebenarnya turut diperhatikan sumbangan mereka.

Syamsul berkata, pengiktirafan diberikan itu turut menjadi inspirasi kepada dirinya untuk menghasilkan karya yang lebih baik selepas ini.


credit to harian metro


saja2 nak tanya pdpt : rasa2 korang dorg ni layak ke???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2011 10:43 AM | Show all posts
Opkos lah layak..kalau tak layak dorang tak terpilih..ko ada?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2011 10:46 AM | Show all posts
Opkos lah layak..kalau tak layak dorang tak terpilih..ko ada?
amoilawa Post at 14-9-2011 10:43


aku tak kata pun dorg tak layak..aku cuma tanya pdpt je
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 10:47 AM | Show all posts
memang layak dengan apa yang dicapai ..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 10:49 AM | Show all posts
shamsul yes  pandai melipat gandakan untung.. aizat tue hurmm adakah sebab bapak dia seorg menteri????
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 10:49 AM | Show all posts
bg aku blh la..layak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2011 10:51 AM | Show all posts
mmg layak sgt pasal shamsul tu mmg dah terbukti berjaya, mcm aizat tu, remaja mmg suka dgn dia...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 10:52 AM | Show all posts
tahniah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2011 10:58 AM | Show all posts
layak jeh syamsol tuh..dr kasik kat parid muker kucen busuk tuh baik aizat ngan syamsol..

makin berbulu la si parid muker tak mandi tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 11:00 AM | Show all posts
Reply 3# anastasia83


    Ko tanya pendapat dorang layak ke tak..so aku jawap dorang layaklah..sbb tu dorang terpilih..kalau tak layak dorang takkan terpilih pun..tu jer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2011 11:02 AM | Show all posts
Reply  anastasia83


    Ko tanya pendapat dorang layak ke tak..so aku jawap dorang layaklah..sb ...
amoilawa Post at 14-9-2011 11:00


ok2...



pada pdpt aku shamsul tu mmg layak..cuma aizat tu aku tak brp pasti...duk pk2 mungkin yuna lebih layak kot..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 11:05 AM | Show all posts
shamsul yes  pandai melipat gandakan untung.. aizat tue hurmm adakah sebab bapak dia seorg menteri?? ...
fizamn Post at 14-9-2011 10:49


Bila pulak bapa Aizat tu jadi menteri ?Maybe ko confuse dgn si Dafi kot ..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 11:18 AM | Show all posts
ai prefer yuna jer...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 11:22 AM | Show all posts
shamsol & aizat layak terima...
shamsol sb berjaya dlm bidang pengarah walo berlakon kayu-kayan
aizat berjaya  walo terkuar awal dr AF
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 11:22 AM | Show all posts
bila lak bapak aizat tu menteri? ai rase layak.syamsul ni bersih dri kontroversi,aizat pun.plus imej pun penting kalau nk banding dgn parid yg serabai tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 11:27 AM | Show all posts
dua2 layak........masing2 ada kelebihan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2011 11:36 AM | Show all posts
bila lak bapak aizat tu menteri? ai rase layak.syamsul ni bersih dri kontroversi,aizat pun.plus imej ...
sangkancil Post at 14-9-2011 11:22
Bersih dari kontroversi ? Tak silap ada 2 police case psl SY ni ..

Kes "pukul" DD & kena raid kat club tapi terlepas ..



Anyway .. tahniah terpilih ..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 11:39 AM | Show all posts
congratulations to them.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 11:39 AM | Show all posts
Reply 5# fizamn

bapak aizat tu menteri apa?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 11:41 AM | Show all posts
Tahniah to both ...

btw, gud luck aizat for ur upcoming performance kat dfp!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.085295 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list