CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29175|Reply: 148

Debaran bakal isteri

  [Copy link]
Post time 14-9-2011 09:24 AM | Show all posts |Read mode
Kursus nikah tiga tahun lalu

Sebagai insan, inilah saja cara kami menunaikantanggungjawab sosial terhadap masyarakat. Sibuk bukan alasan keranamenghulur bantuan boleh dilaksanakan dalam pelbagai cara kerana yangpenting kesungguhan". - Yasmin Hani, Pelakon/pengacara

PEJAM celik, Oktober semakinhampir. Bagi pelakon, Yasmin Hani Richardson, 32, ia membawa maknatersendiri kerana dirinya bakal diijabkabulkan dengan jejaka tercinta,Sha'arin Mohd Razali atau Shahrin Blackrose, 45, pada bulan depan.


Begitupun, dia belum sedia berkongsi tarikh demi menjaga hatipelbagai pihak semetelah majlis yang akan berlangsung di Ampang nantihanya membabitkan kehadiran saudara mara terdekat dan sahabat akrab.

“Bukan mahu berahsia, saya enggan mengumumkan tarikh sebab tidakmahu ada di kalangan kenalan yang berkecil hati tiada undangan. Majlisini juga sederhana, nikah selepas Zohor dan pada sebelah malamnya pulabersanding.

“Memangada yang mahu menaja tetapi biarlah begini kerana saya sendiri seorangyang ringkas. Biar majlis ini kecil-kecilan, ia cukup bererti buatkami,” katanya yang tidak mampu menyembunyikan debaran di hati.

Sebelumini, bakal suaminya, Shahrin yang juga pemain dram kumpulan Blackrosemendirikan rumah tangga bersama aktres Ida Nerina pada Mac 2006 namunberpisah Disember tahun lalu.

Pasangan itu tidak dikurniakancahaya mata namun menerusi perkahwinan pertamanya, Shahrin mempunyaidua anak yang kini sudah meningkat remaja iaitu Narissa, 15 dan Arman,9.

Sementara itu, akui gadis berdarah campuran itu lagi, buat masaini persiapan belum sempurna sepenuhnya memandangkan banyak perkaraperlu diambil kira selain dihambat kekangan tugas.

Tetap sediaberkongsi persediaan meniti momen bahagia, kata Yasmin segala-galanyadilaksanakan hasil perbincangan kedua-dua pihak malah ibunya antaraorang kuat yang banyak membantu merencanakan acara.

“Sebenarnyasaya sendiri kalau boleh mahu mengadakan satu majlis saja, tetapi ibusaya berhajat mengadakan kenduri kesyukuran di kampung kami di Jeram,Selangor. Tarikh belum ditentukan lagi dan mungkin tiada acara naikpelamin.

“Lebih senang begitu kerana kami boleh melayani tetamuyang hadir apatah lagi majlis itu nanti lebih kepada acara perhimpunanahli keluarga. Tetamu pula kira-kira 500 orang,” katanya ketika ditemuipada majlis hari raya Celepets di Bandar Utama, Isnin lalu.

Mengenaipernikahan dan resepsi, bertepatan lokasi serta impiannya melakar haribersejarah dengan persandingan dalam taman, Yasmin memilih rona putihgading untuk kedua-dua acara yang juga lambang ikatan suci mereka.

Katanya,persalinan pernikahan daripada butik Qamilla SACC Mall, Shah Alam yangdimiliki saudara terdekat Shahrin, manakala gaun bagi majlis resepsimendapat sentuhan Hatta Dolmat.

“Segala-galanya sedang diuruskankerana bukan mudah merencana majlis perkahwinan apabila banyak perkaraperlu diambil kira. Dari sekecil-kecil benda hinggalah saat berakhirnyakenduri.

“Syukur kerana saya sendiri sudah pergi ke kursusperkahwinan dua atau tiga tahun lalu. Itu pun atas ajakan kawan-kawan.Kami memang sengaja menjalani kursus bersama-sama. Jadi tidaklah kelamkabut melakukan semuanya serentak,” katanya yang mengamanahkan pasukanAvicenna Studios sebagai jurufoto dan juruvideo rasmi.

Ditanyasoal tanggungjawab sebagai isteri, tanpa berselindung katanya dia sudahbersedia ke arah itu malah sebagai bakal teman hidup, Shahrin diyakinimampu membimbingnya sekali gus merencana masa depan bersama.

Beramal menerusi Celepets

BIARPUNjadual harian padat dengan tugasan dan persediaan bergelar raja sehari,anak ketiga daripada empat bersaudara itu tidak melepaskantanggungjawab sosial melaksanakan kerja amal menerusi Celepets.

Gabungandengan teman karib termasuk Sazzy Falak, Dynas, Serena C, AishahSinclair, Dahlia Iking dan Atilia rancak mengatur misi membantu merekayang memerlukan terutama membabitkan isu wanita, kanak-kanak, wanitadan haiwan peliharaan.

"Sebagai insan, inilah saja cara kamimenunaikan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat. Sibuk bukan alasankerana menghulur bantuan boleh
dilaksanakan dalam pelbagai cara kerana yang penting kesungguhan.

"Walautidak mampu menyumbang dari segi kewangan, sekurang-kurangnya iamerangsang insan lain untuk sama-sama peka dengan persekitaran
malahmendorong orang lain melaksanakan misi sama. Lebih ramai, lebih baik,"katanya mengenai Celepets yang direalisasikan sejak tiga tahun
lalu.

Barangkalimelihat kaitan dengan Pets atau haiwan peliharaan, ramai berpendapatmereka hanya lantang bersuara apabila membabitkan isu
terbabit namun sebenarnya ia merangkumi semua perkara yang memerlukan perhatian ramai.

Terbaru,Celepets menganjurkan majlis jamuan hari raya bersama 30 anak yatimorang asli yang diadakan di sebuah restoran makanan segera di BandarUtama.

klu dah ada... katup je la tred ni...sekian.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2011 09:37 AM | Show all posts
tahniah Yasmin Hani n Shahrin...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 09:38 AM | Show all posts
tahniah....dan semoga perkahwinan ini kekal selamanya
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 09:38 AM | Show all posts
Oooo.. baru kutahu
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 09:41 AM | Show all posts
owhhh.. kisahnyer...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 09:41 AM | Show all posts
tahniahh....umur pon dah byk kannn....moga kekal ke hujung nyawa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2011 09:45 AM | Show all posts
semoga kekal ke akhir hayat
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 09:48 AM | Show all posts
smoga selamat :-)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2011 09:48 AM | Show all posts
dah ader...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 09:49 AM | Show all posts
tahniah yasmin dan shahrin.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 09:52 AM | Show all posts
tahniah yasmin dan shahrin..
Moga dipermudahkan segala urusan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2011 09:57 AM | Show all posts
rupa2nya kursus kawin bole dibuat walaupun masih single mingle...... tekezut juga iols td kursus kawin 3 tahun lalu sedangkan bakal hasbennya baru berpisah tahun lalu.....

“Syukur kerana saya sendiri sudah pergi ke kursusperkahwinan dua atau tiga tahun lalu...

Sebelum ini, bakal suaminya, Shahrin yang juga pemain dram kumpulan Blackrosemendirikan rumah tangga bersama aktres Ida Nerina pada Mac 2006 namunberpisah Disember tahun lalu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 10:01 AM | Show all posts
Reply 12# devilito

memang ler..if iols tak silap, nak amik, kusus sekarang then nak kawen 10 tahun akan datang pon boleyyy.
asalkan masa nak kawen nanti tunjuk original sijil tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 10:01 AM | Show all posts
Reply 12# devilito


    motip baru tau..boleh sgt noks..tak semestinye kursus kawen tu untuk org yang dah nak kawen
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 10:05 AM | Show all posts
tahniah..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 10:05 AM | Show all posts
Apa activity celepets ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2011 10:05 AM | Show all posts
Reply 12# devilito


   mmg lah boleh..mase iols pegi dulu..org tuh kate..tade tarikh luput nye sijil..iols pegi pun dalam 3 tahun lepas..tp still sampai skrg tade nampak bayang macam orang nak kawen pown...hahahha
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 10:05 AM | Show all posts
tahniah..moga berkeklan..jgn jdk macam ida nerina plak nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 10:07 AM | Show all posts
kawen aja la. dah sesama tua pun.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 10:07 AM | Show all posts
aminnn aje lah...
mg kekal hngga ke hujung nyawa..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.557997 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list