CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 54709|Reply: 261

Tuduhan Adda Melampaui Batas - Mamat (Sepah)

  [Copy link]
Post time 13-9-2011 07:00 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by faisyah at 13-9-2011 22:57


PETALING JAYA: Bekas anggota Sepah, Mohd Noor Murad atau Mamat menganggap tuduhan yang dibuat oleh bekas kekasihnya Nur Syuhada atau lebih dikenali sebagai Adda mengenai kisah cinta mereka sebagai melampau batas dan mempunyai agenda tertentu.

Kata Mamat, dia berani menjunjung kitab suci Al-Quran dan bersumpah bahawa kenyataan yang dibuat oleh vokalis kumpulan Butterfly itu adalah tidak benar.

"Saya mengaku meninggalkan dia dalam keadaan yang dia sangat sayangkan saya dan begitu juga saya terhadapnya. Namun ada perkara lain yang saya tidak boleh terima dalam hubungan itu sehingga membuatkan saya mengambil keputusan memutuskan hubungan.

"Biarlah saya dan dia sahaja yang mengetahui perkara tersebut kerana jika saya buka mulut ia tidak beri faedah kepada sesiapa pun, malah memburukkan lagi keadaan," katanya



Mamat diminta mengulas kenyataan Adda dalam sebuah akhbar mingguan yang mendakwa dia telah memutuskan hubungan cinta mereka tanpa sebarang alasan.


Adda - Foto daripada akaun Twitter Adda
Malah dalam kenyataan tersebut juga, Adda mendakwa Mamat sebagai individu yang menjadi punca perpecahan kumpulan Sepah.

Bagaimanapun, Mamat akui dia sedar perkara sebegini akan berlaku dan menasihatkan Adda agar tidak membesarkan lagi perkara ini.

"Saya tahu kekecohan ini terjadi disebabkan tindakannya yang mahu memperbesarkan perkara itu. Dia pernah beritahu saya tentang hajat berkenaan tetapi saya sudah mengingatkannya supaya tidak meludah ke langit, takut terkena muka sendiri.

"Tentang cincin yang saya telah berikan, memang saya minta semula daripadanya kerana itu adalah tanda ikatan sebuah hubungan, namun saya terus buang kerana tidak sanggup mengenangnya lagi," katanya kesal.

Dalam pada itu, mengenai perpecahan kumpulan Sepah yang dikatakan berpunca daripadanya, Mamat berkata keputusan berkenaan adalah persetujuan daripada ketiga-tiga pihak.

"Perkara itu sudah dijelaskan dan keputusan itu adalah daripada kami bertiga buka kerana saya seorang," tuturnya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas reaksi kekasih barunya iaitu pelakon Fida, Mamat berkata, pelakon Kasih Alia itu seorang yang profesional dan berfikiran terbuka.

"Fida menyuruh agar saya tidak melatah kerana ini adalah asam garam kehidupan sebagai artis dan dia sangat memahami situasi saya sekarang,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2011 07:16 AM | Show all posts
bluwekssss
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 07:17 AM | Show all posts
hmm.....x habis lagi ke ?
nasib tiga2 i tak minat..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 07:20 AM | Show all posts
boooooo... dekat 3-3... xde sape heran
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2011 07:21 AM | Show all posts
hmm.....x habis lagi ke ?
nasib tiga2 i tak minat..
fatinnajwa Post at 13-9-2011 07:17



    Stok pecah rumah....anda nak ke laki mcm ni.....??
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 07:37 AM | Show all posts
Stok pecah rumah....anda nak ke laki mcm ni.....??
faisyah Post at 13-9-2011 07:21



    awak sapa nak menghina kejadian Allah? itu rupa yang Allah beri pada dia x perlu nak hinalah, nak kutuk pon kutuk karakter dia cukuplah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2011 07:47 AM | Show all posts
ermmmm, adda pon move on jerla.. xyah nak kejar2 mamat kool neh.. lawa, byk jer datuk tan sri nak..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 07:52 AM | Show all posts
sore loser je yg dok kecoh2 kalau hubungan tak menjadi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2011 07:53 AM | Show all posts
lerr baru becinta dah becerai..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 07:56 AM | Show all posts
apa2 jelah mamat
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 07:59 AM | Show all posts
awak sapa nak menghina kejadian Allah? itu rupa yang Allah beri pada dia x perlu nak hinal ...
cmf_yipun78 Post at 13-9-2011 07:37



   emm yelah x baik nak menghina ciptaan Allah kannn
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 08:14 AM | Show all posts
ni pulak versi adda dalam paper kan??

Wow. Terkejut jugak Abang Nara membaca kenyataan Nur Syuhada atau lebih dikenali dengan nama Adda yang merupakan bekas kekasih Mamat Sepah di dalam BiPop semalam. Kalau benarlah apa yang dikatakan, memang sahlah Mamat bermain kayu tiga. Harap-harap Fida berhati-hati dan menyiasat dakwaan Ada. Takut-takut nanti Fida pulak kena tinggal.

Untuk anda yang tidak mengetahui, Mamat Sepah sudah clash dengan Adda dan kini sedang bercinta sakan dengan Fida.  Malah Mamat telah membuat kenyataan sebelum ini yang dia dan Adda berpisah secara baik. Namun menurut kenyataan Adda semalam, ternyata itu semua bohong belakan. Mari kita ikuti luahan hati Adda yang disampaikan di dalam BiPop semalam:-

Mamat yang minta putuskan perhubungan kami. Tanpa sebab. Saya tanya kenapa, dia bagi tahu tak suka perempuan seksi. Tapi kenapa baru sekarang dia cakap tak suka perempuan seksi? Nampak sangat mulut buaya darat, dah ada orang lain dia bagi alasan. Memang saya menangis apabila percintaan kami putus. Mamat juga dah bagi cincin tanda, kami merancang untuk melangsungkan pertunangan sebaik Maharaja Lawak selesai.

Tambah memburukkan keadaan apabila Mamat meminta Adda untuk memulangkan cincin yang pernah diberi beserta dengan bekas-bekasnya sekali.

Dia sendiri yang sarungkan cincin ke jari saya sebagai tanda saya ni milikinya. Tapi, apabila Mamat memutuskan percintaan kami, dia nak balik cincin tu. Mamat kata dia nak jumpa saya, katanya dia nak tukar cincin tu jadi rantai. Nanti bila dah jadi rantai dia bagi balik. Rupa-rupanya tak! Mamat bukan saja nak cincin itu dikembalikan, tapi dia nak saya pulangkan dengan bekas cincin itu sekali. Cincin tue bukannya mahal sangat dalam RM500 lebih saja, dia nak kecoh sangat kenapa? Lepas tue dia boleh buat cerita dengan orang keliling, saya nak pow duit dia.


Namun Adda tidak langsung menuduh Fida sebagai perampas kerana baginya Fida tidak tahu langsung mengenai status perhubungannya dengan Mamat ketika itu.

Saya memang tak dapat hidu percintaan antara Mamat dan Fida, jadi saya sedih apabila dapat tahu mereka dah berkawan. Ketika Mamat bertemu Fida, saya dan Mamat masih lagi bersama. Tapi saya tak rasa Fida ini perampas. Mamat nie kalau bercakap ayat manis. Katanya mereka dah kenal enam bulan ketika penggambaran Man Sewel Datang KL. Ketika mereka terbabit dalam penggambaran, saya masih bersama Mamat. Saya yang ikut Mamat ambil skrip berkenaan. Sebab itu saya yakin, ketika dia mengenali Fida, saya masih bersama Mamat.

Ada kata-kata tersirat daripada Adda yang menyuruh Fida berhati-hati ketika bercinta dengan Mamat.

Mamat nie curang! Dia memang ada ramai perempuan! Ada juga bekas kekasih Mamat yang cari saya, nak bunuh diri kerana dia. Sebab tue saya katakan Fida bukan perampas, dia tak tahu apa-apa. Kasihan dia. Tapi saya harap Mamat berubah apabila dia dengan Fida sekarang. Jangan jadi seperti sebelum ini, lepas seorang seorang dia kenakan.

Paling mengejutkan ialah apabila Adda memberitahu punca perpecahan Sepah tak lain tak bukan kerana Mamat.

Mamat juga pernah berita saya saya, sekiranya saya buka cerita, buka aib dia, beliau nak saman! Padahal apa yang saya dedahkan adalah cerita benar. Sekarang nie Sepah dah berpecah, sebabnya dialah. Saya nak orang tahu siapa Mamat yang sebenarnya. Sekalipun dia tidak pernah bercerita kepada wartawan kenapa kami putus, tapi memburukan nama saya kepada orang sekeliling. Itu yang saya bengang.

Semoga dengan pendedahan ini, Mamat dapat berubah dan menjaga Fida elok-elok. Untuk anda yang ada hati nak mengorat Adda, sila abaikan niat anda. Adda sudah pun menjumpai pengganti yang lebih matang berbanding Mamat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 08:18 AM | Show all posts
isk.. isk.. isk....
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 08:27 AM | Show all posts
dasar BERUK MAT KOOL
keh3x..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 08:30 AM | Show all posts
cam inesen je mamat ni..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 08:36 AM | Show all posts
mamat jadi rebutan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2011 08:37 AM | Show all posts
pelawak2 kat Malaysia ni ble tahan juge ye. awek memasing cun2 belaka..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 08:40 AM | Show all posts
Adoyai...kedekut punyer jantan..mintak balik cincin...bukannya cincin mahal pn!!!Adda ko bertabah la dik..rugi ko x paw dia kaw2Tapi aku mmg pelik tul dgn Mamat ni..mcmana ramai sgt pompuan jatuh hati dgn dia!!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 08:43 AM | Show all posts
adda, silalah hang mengorat abg jepp plak....beliau lagi kacak pada mamat nihh...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 08:51 AM | Show all posts
jejaka rebutan seantero malaya..... lelaki melayu terakhir.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.098494 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list