View: 18087|Reply: 99
|
Contohi Kerja Keras Sofea Jane
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by faisyah at 12-9-2011 22:12
PADA Hari Raya ketiga yang lalu, saya berborak panjang dengan pelakon Datin Sofea Jane di rumah seorang wartawan di Pulau Pinang.
Saya dah lama tak jumpa Sofea. Percaya atau tidak dah dekat 10 tahun. Tapi dia tidak pernah lupa dengan saya. Saya sempat bertanya, ke mana menghilang selama ini? Senyap sunyi macam orang bisu. Kata Sofea, dia ada.... tapi jarang-jarang muncul.
Saya berkata, wajahnya masih “maintain”, angun dan jelita. Takkan tak ada tawaran berlakon yang datang menyusul?
Sofea tersenyum. Katanya, tawaran datang berlambak tetapi dia terpaksa menolak. Alasannya, dia harus memilih semua tawaran berlakon yang diperolehnya. Tidak semua tawaran itu dia perlu terima bulat-bulat. Saya faham benar maksud kata-kata itu. Sebagai primadona hebat seperti Sofea, adalah wajar dia memilih watak yang diberi.
Dia memerlukan watak yang lebih mencabar daripada menjadi orang gaji atau seorang ibu.
Dan saya agak terkejut apabila Sofea memberitahu dia baru selesai mengikuti bengkel perfileman dan penulisan skrip yang dianjurkan Finas.
Walaupun sudah mahir dalam industri perfileman, dia masih mahu belajar untuk memperkukuhkan kemahirannya dalam bidang seni.
Sayang sekali artis-artis baru yang sibuk hendak jadi pelakon tak pernah ada inisiatif untuk memperkukuhkan kemahiran masing-masing.
Sebab itulah hari ini kuantiti pelakon itu melebihi daripada bilangan mereka yang benar-benar berkualiti.
Saya menerima pandangan Sofea, ilmu dalam dunia lakonan hendaklah dipertingkatkan oleh semua pelakon pada setiap masa.
Hasilnya, watak yang dilakonkan dalam sesebuah filem oleh artis yang benar-benar hebat akan dikenang sampai bila-bila.
Tengoklah macam mana filem-filem P.Ramlee yang kita ingat judulnya. Begitu juga filem-filem zaman 80-an dan 90-an yang masih kekal dalam ingat kita termasuklah filem lakonan Sofea sendiri iaitu Isteri, Perempuan dan...
Hari ini, filem mana yang mampu kita ingat judulnya? Dan dalam masa lima tahun akan datang, kita akan terus melupakan filem-filem yang ada pada hari ini disebabkan kualiti pelakon dan filem yang dihasilkan gagal memberi impak kepada penonton.
Maka ilmu itu perlu terus digali. Jangan jadi pelakon yang sekadar ingin meraih glamor kerana pelakon yang macam itu tak boleh ke mana.
Tindakan Sofea yang masih mengejar ilmu ketika zaman kegemilangannya telah berakhir membuktikan bagaimana dia melihat dirinya masih lagi terdapat banyak kekurangan.
Dan dek kerana kerja keras seperti itulah, siapa yang tak kenal dengan wanita bernama Sofea Jane dalam industri perfileman sehingga hari ini. |
|
|
|
|
|
|
|
cantiknya SJ... maintain jer... |
|
|
|
|
|
|
|
memang cantik... |
|
|
|
|
|
|
|
cantik. . hmy3: |
|
|
|
|
|
|
|
lakonan dia biasa2 je bg aku... |
|
|
|
|
|
|
|
lakonan dia biasa2 je bg aku...
nashrudean Post at 12-9-2011 23:27 bagu aku pun dia ni overrated |
|
|
|
|
|
|
|
{Dia memerlukan watak yang lebih mencabar daripada menjadi orang gaji atau seorang ibu.}
{Katanya, tawaran datang berlambak tetapi dia terpaksa menolak. Alasannya, dia harus memilih semua tawaran berlakon yang diperolehnya.}
Meols kata - dia dapat banyak tawaran sebagai org gaji & mak org.. sheols nak jadi heroin je.... |
|
|
|
|
|
|
|
lakonan dia biasa2 je bg aku...
nashrudean Post at 12-9-2011 23:27
bg aku dia superb. true primadona, bkn mcm erra fazira |
|
|
|
|
|
|
|
memilih watak yer....herm... |
|
|
|
|
|
|
|
apa je lakonan dia yang gah pon? satu pilem je kan? itupon sbb watak bini aka jalang... go figurelah itu juga watak idaman semua pelakon baru katanya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 4# lyshafull
Kurang kontrevasi sbb dah sebb dah senja beb...waktu muda dulu?????dia antara artis yg pernah mencetuskan kontrevesi...antaranya..filem harry boy..daring habissssss ngan pic separa vogel...ngan swimming suit...dia ni hanya naik..slps julia raiss bersara...sblm tu..nan hado..sbb dia tak secantik julia rais.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lakonan dia ni besa2 jer... tak dalah outstanding sangat.... |
|
|
|
|
|
|
|
dia chantek.. lakonan |
|
|
|
|
|
|
|
suka sofea jane dari dulu smpai sekarang...low profile |
|
|
|
|
|
|
|
cantik..anak dara dia pun lawa2
lakonan nan ado je |
|
|
|
|
|
|
|
banyak duit, boleh ler pilih watak.. |
|
|
|
|
|
|
|
maintain cun |
|
|
|
|
|
|
|
emm maintain cantik je SJ nih suker tengokkk |
|
|
|
|
|
|
|
apa je lakonan dia yang gah pon? satu pilem je kan? itupon sbb watak bini aka jalang... go figurelah ...
cmf_yipun78 Post at 13-9-2011 06:36
ku ingat citer CINTA KITA..yg dia jadi tomboi tu ..heheheh |
|
|
|
|
|
|
| |
|