|
DiCaprio disangka perompak
LEONARDO DICAPRIO
SEPATUTNYA untuk aktor hebat seperti Leonardo DiCaprio, dia sudahcukup terkenal di seluruh dunia kerana sering muncul dalam pelbagaifilem.
Namun ternyata ada juga yang masih tidak mampu mengenalinya. Lebihparah, dia bukan sahaja tidak dikenali, tetapi turut disangka sebagaiperompak yang mahu merompak sebuah kedai barangan kemas!
Insiden itu terjadi di sebuah kedai perhiasan yang dikenali sebagaiFamily Jewels di Sydney, Australia. Ia terjadi selepas pengawalperibadi aktor itu secara tidak sengaja telah membunyikan alat penggeradi kedai tersebut.
Pada saat alat tersebut berbunyi, DiCaprio betul-betul melangkahmasuk ke dalam kedai itu dengan memakai cermin mata hitam, jaket dantopi yang membuatkan seorang pekerja di kedai tersebut menyangka diamahu melakukan rompakan.
Bagaimanapun perasaan panik itu pantas dimatikan oleh pekerja lain yang mengenali aktor yang terkenal menerusi filem Titanic. Merekasegera menenangkan pekerja yang panik dengan memberitahu DiCaprio bukanseorang perompak, tetapi aktor terkenal dan dia singgah ke kedaitersebut untuk membeli perhiasan buat ibunya.
Selepas diberitahu lelaki yang disangka perompak itu adalah LeonardoDiCaprio, pekerja tersebut pantas mengaku sebenarnya dia mengenaliaktor tersebut, namun oleh kerana dia datang dengan memakai jaket,cermin mata hitam dan topi, membuat dia tidak dapat mengecam aktortersebut.
kah.....kah....kah.... dgn mukanya tu ditambah lagi pakai jaket dan spek itam, memang ada gaya juga......
btw, org2 oustria memang ganjil skit, pasal penduduknya memang byk yg tak kenal retis2 holiwod (penah terbaca pengakuan beberapa retis holiwod yg suka bersantai, melancong etc kat oustria ni......)........
|
|