CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2053|Reply: 17

akhirnya, ustaz pihak itu pun tidak menyokong keganasan komunis

[Copy link]
Post time 11-9-2011 12:36 PM | Show all posts |Read mode
Bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Prof Madya Mohd Noor Deris tidak pelik dan tidak hairan dengan tindak tanduk Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang dilihat mengangkat komunis sebagai hero dalam peristiwa berdarah Bukit Kepong.





Ini kerana menurut beliau Timbalan Presiden Pas yang terkenal dengan jolokan Mat Sabu adalah pembawa fahaman syiah berpuluh tahun yang lalu dan perkara itu terbongkar kali ini dengan izin Allah s.w.t.

“Syiah itu adalah komunis (shuyuiyyun) yang mana menentang kerajaan Khulafa Al-Rasyidin. Justeru apa pun cerita dan skrip yang hendak dipusing dalam kontroversi itu, amat jelas beliau seolah-olah cuba mengangkat komunis yang telah membunuh pasukan keselamatan di Bukit Kepong sebagai hero ayng sebenar.

“Walaupu berselindung di sebalik Mat Indera, Mat Sabu sudah terperangkap dengan gaya mainan politiknya sendiri dan topeng yang dipakai di wajah beliau terserlah hari ini dan beliau tidak boleh melarikan diri lagi,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Pas khususnya Mat Sabu yang dilihat cuba mengalih tumpuan sebenar terhadap kontroversi tragedi berdarah Bukit Kepong dengan menjadikan topik utama hari ini adalah kepada individu yang bernama Mat Indera.

Dalam pada itu beliau mencabar Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib khususnya Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar mengambil tindakan segera termasuk melucutkan jawatan serta keahlian Mat Sabu di dalam Pas.

Menurut beliau cabaran berkenaan adalah berasaskan kepada kenyataan Harun Taib sebelum ini yang menyebut setiap ideologi yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam termasuk apa yang diperjuangkan oleh komunis tetap menjadi musuh Islam sampai bila-bila.

Soal beliau apakah Harun Taib atau Hadi takut serta gusar untuk mengambil tindakan terhadap Mat Sabu yang jelas merupakan pembawa fahaman Syiah yang merupakan komunis kepada kerajaan Khulafa Al-Rasyidn.


sumber: http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2011/09/dewan-ulamak-pas-tolak-komunis-mat-sabu.html


komen aku:
Islam menetapkan peraturan tertentu dalam perang, antaranya tidak boleh membunuh wanita, kanak-kanak, orang tua dan orang awam yang tidak terlibat dalam perang. Jangan melanggar perjanjian, jangan mengkhianati harta rampasan perang, jangan merosakkan mayat, jangan membunuh kanak-kanak dan ahli-ahli rumah ibadat.

Masalahnya, mat indra and the geng komunisnya membunuh wanita, kanak-kanak dan membakar mayat. Malah harta benda dibakar (Rumah pasong).

Alimkah mat indra? Hanya orang yg tak faham sahaja menyokong gerakan ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2011 12:50 PM | Show all posts
Alimkah mat indra? Hanya orang yg tak faham sahaja menyokong gerakan ini.
ironmind Post at 11-9-2011 12:36

org yg tak paham??

adakah UMNO (mb johor) yg tt maksudkan "org yg tak paham" semata2 kerana dia menjulang mat indera sbg wira ??
tt tak takut ke menghina pemimpin sendiri??
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2011 06:08 PM | Show all posts
Post Last Edit by harizs at 11-9-2011 18:09
“Walaupu berselindung di sebalik Mat Indera, Mat Sabu sudah terperangkap dengan gaya mainan politiknya sendiri dan topeng yang dipakai di wajah beliau terserlah hari ini dan beliau tidak boleh melarikan diri lagi,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Pas khususnya Mat Sabu yang dilihat cuba mengalih tumpuan sebenar terhadap kontroversi tragedi berdarah Bukit Kepong dengan menjadikan topik utama hari ini adalah kepada individu yang bernama Mat Indera.
ironmind Post at 11-9-2011 12:36


bravo! ustaz ni sepemikiran dgn aku. dari awal aku dah sebut Mat Sabu cuba konar baring dgn berselindung dgn nama mat indera walhal isu yg sebenar ialah penyerang balai polis bukit kepong dijadikan hero oleh mat sabu.  transkrip ceramah mat sabu terang2 sebut kumpulan yg menyerang balai adalah wira, sebaliknya mengutuk  jins shamsudin krn menjadikan anggota polis yg mati kena bunuh sbg wira.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2011 06:11 PM | Show all posts
kalau dah komunis tu komunis laaa....komunis mmg ganas dan  jahat...!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2011 06:40 PM | Show all posts
pemikiran org PAS pd hari ni dah tak rasional krn emosi yg dimainkan oleh mat sabu ketika isu ni sedang hangat. lagi setahun, bila org PAS dgr balik ceramah di tasik gelugor sohih mrk akan geleng kepala "mcmn la aku boleh sokong statement mat sabu pd masa tu".  

kes ini sama mcm kes mat sabu kena tangkap basah. pd masa tu ramai org pas yg emosi & tak boleh berpikir dgn waras. namun pd hari ni bila org PAS baca balik kisah mat sabu berduaan dgn bini org dgn niat 'baik' mrk pun tak upaya nak kata perbuatan tu tak haram.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 07:40 AM | Show all posts
dah lama aku dengar org kata mat sabu ni syiah. so memang betullah dia syiah . kira syiah ni macam 'komunis isle' gitu. bapak aku dulu pon pernah masa muda2 dulu duduk sama2 dgn ayatollah khomeini,..berkawan dgn mahmud ahmedinejad masa dia student dulu. Tak delah bapak aku tu masuk syiah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2011 11:41 AM | Show all posts
"Islam menetapkan peraturan tertentu dalam perang, antaranya tidak boleh membunuh wanita, kanak-kanak, orang tua dan orang awam yang tidak terlibat dalam perang. Jangan melanggar perjanjian, jangan mengkhianati harta rampasan perang, jangan merosakkan mayat, jangan membunuh kanak-kanak dan ahli-ahli rumah ibadat.

Masalahnya, mat indra and the geng komunisnya membunuh wanita, kanak-kanak dan membakar mayat. Malah harta benda dibakar (Rumah pasong).

Alimkah mat indra? Hanya orang yg tak faham sahaja menyokong gerakan ini."


tumpang tanya...
shiah memang boleh buat sex dengan isteri kawan sendiri ye?...
anya tanya sebab anya tak pasti...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2011 07:50 AM | Show all posts
org yg tak paham??

adakah UMNO (mb johor) yg tt maksudkan "org yg tak paham" semata2 kerana dia ...
bangcak Post at 11-9-2011 12:50



please stick to the topic la bro
jangan spin banyak sgt
the point is there, right in the topic
dalam bahasa melayu lagi tu
mudah nak faham kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2011 08:21 AM | Show all posts
please stick to the topic la bro
jangan spin banyak sgt
the point is there, right in the top ...
ironmind Post at 15-9-2011 07:50

u kata 'org yg tak paham' je yg sokong mat indera.
so, yg sokong 'tokoh pejuang anak johor tu' mb johor dan warga2 johor yg lain. mungkin u bukan anak johor n u takkan paham semangat anak2 jati johor.

mudahnya u tuduh warga johor sbg 'org yg tak paham' sejarah tokoh2 perjuangan johor.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 10:23 AM | Show all posts


satu hari, ni lah Presiden Pas. hahaha.. tengok betul2... jangan plak besok2 nanti, no comment plak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2011 10:52 AM | Show all posts
Reply 9# bangcak


   
u kata 'org yg tak paham' je yg sokong mat indera.
so, yg sokong 'tokoh pejuang anak johor tu' mb johor dan warga2 johor yg lain. mungkin u bukan anak johor n u takkan paham semangat anak2 jati johor.

mudahnya u tuduh warga johor sbg 'org yg tak paham' sejarah tokoh2 perjuangan johor.


jangan cakap kosong bro
kasi tepek sikit mana ko dapat mb johor cakap dia sokong komunis?
then mana anak johor yang sokong komunis?

sekadar cakap kosong macam ni, mat sabu pun boleh buat
bagi la sumber yg konkrit
in case kalau fakta salah, boleh masuk court je bro
kita main saman2 je skg ni
ada bran?

yg ko ni cakap kosong je pasal?
klu berhujah biar la rasional
ko tali barut komunis ke hape?
klu ye, memang la...
cakap apa pun x guna, maklum la xde nenek moyang ko yg kena lanyak dgn komunis

nway, back to first paragraph...bagitau sikit sumber ko pny info
cakap kosong, baik tak payah
better ko gi dgr je cakap mat sabu tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 11:03 AM | Show all posts
Bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Prof Madya Mohd Noor Deris tidak pelik dan tidak hairan dengan ti ...
ironmind Post at 11-9-2011 12:36



Prof Madya Mohd Noor Deris ini dulu adalah ahli jawatankuasa PAS pusat...setahuan saya lani dia dah keluar dari PAS krn dah tak nampak PAS memperjuangkan islam, jauh sekali utk mendapatkan keredaan Allah swt semata2.

dan saya rasa dia tidak kesal pun keluar dari PAS, malah bersyukur, krn sejak dia keluar dari PAS..macam2 malapetaka dah terjadi pada PAS..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2011 11:06 AM | Show all posts
Reply 12# Anak_Nogori


em, ni dok tggu bangcak reply
nak tau mana sumber dia pny statement
dapat link tu, baru besh
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 11:36 AM | Show all posts
Prof Madya Mohd Noor Deris ini dulu adalah ahli jawatankuasa PAS pusat...setahuan saya lani di ...
Anak_Nogori Post at 15-9-2011 11:03



   

cross dah tepek, pasal penjelasan MB JOHOR.....cuba semak balik benang cross yg lepas2......
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 11:38 AM | Show all posts
org yg tak paham??

adakah UMNO (mb johor) yg tt maksudkan "org yg tak paham" semata2 kerana dia ...
bangcak Post at 11-9-2011 12:50



    Bangcak, sudah bacakah apa komen MB Johor......jgn jadi PEMALAS yer bro.....jadilah rakyat Malaysia yg suka Membaca.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 11:50 AM | Show all posts
SIAPA MAT INDERA YANG SEBENARNYA ??? PENJELASAN MENTERI BESAR JOHOR !!!


SIAPA sebenar Ahmad Indera atau Mat Indera ??? Persoalan ini mencetuskan polemik selepas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mendakwa Mat Indera yang mengetuai serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong, 61 tahun lalu, sebagai pejuang kemerdekaan.

Malah,isu itu terus menimbulkan kontroversi apabila sebuah buku yang diterbitkan Yayasan Warisan Johor didakwa menyenaraikan Mat Indera antara 22 tokoh pejuang di Johor. Ikuti penjelasan Menteri Besar Johor,Datuk Abdul Ghani Othman mengenai status Mat Indera.

Mat Indera rancang serangan ke atas Bukit Kepong

MAT Indera atau nama sebenarnya Ahmad bin Indera ialah anak Johor yang terbabit dalam gerakan menentang penjajah ketika negara diperintah oleh British sebelum Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan.

Beliau pada awalnya, seperti individu lain juga yang berjuang atas platform masing-masing, dengan matlamat yang sama iaitu membebaskan negara daripada belenggu penjajahan.
Bezanya, Mat Indera membabitkan diri dalam gerakan haluan kiri dengan menjadi ahli kepada sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Ishak Haji Muhammad.
"Kemuncak pembabitan Mat Indera dalam gerakan ganas dan kejam PKM itu ialah peristiwa serangan komunis ke atas balai polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Februari 1950"
Sayap pemuda PKMM dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API) pimpinan Ahmad Boestamam. Haluan kiri ini termasuk juga gerakan Parti Komunis Malaya (PKM) yang mempengaruhi pelbagai gerakan buruh dan masyarakat awam.

Apabila pihak berkuasa British menguatkuasakan Undang-Undang Darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu (selepas tindakan militan dan ganas PKM membunuh peladang British), semua parti politik berhaluan kiri seperti PKMM, AWAS, API dan PKM diharamkan.

Oleh itu, ramai ahli gerakan haluan kiri ini memilih tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM ataupun meneruskan hasrat berjuang di atas platform lain termasuk menyertai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

Perjuangan melalui parti dan gerakan (UMNO) yang sah itu adalah lebih teratur dan meluas dengan membabitkan pelbagai pertubuhan Melayu di Semenanjung, yang akhirnya berjaya menuntut kemerdekaan tanah air dan membina sejarah serta melangsungkan tamadun moden pasca merdeka di negara ini.
Bagaimanapun, Mat Indera memilih untuk menjadi anggota gerakan komunis militan dan ganas dalam gerakan penentangan bersenjata PKM terhadap pentadbiran British.

Tindakannya terus menyertai PKM dan menyertai gerakan militan adalah haram, tidak sah dan tidak benar dengan menggunakan taktik kekejaman dan kezaliman, sehingga menyebabkan dia termasuk dalam golongan yang bertindak secara salah dan terpesong.

Ini berlainan daripada pemimpin haluan kiri yang lain seperti Dr Burhanuddin, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Muhammad ataupun Ibrahim Yaakub tidak memilih untuk bertindak secara militan.

Kemuncak pembabitan Mat Indera dalam gerakan ganas dan kejam PKM itu ialah peristiwa serangan komunis ke atas balai polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Februari 1950. Fakta yang diperoleh daripada pelbagai sumber oleh sebilangan penyelidik ilmiah mengenai peristiwa itu menunjukkan bahawa Mat Indera telah merancang operasi ganas itu terhadap pegawai polis British, tetapi telah diingkari oleh anggota di bawah kepemimpinannya yang menyerang dengan kejam semua sekali anggota polis dan keluarga mereka di balai polis Bukit Kepong.

Sebagai seorang daripada pemimpin Rejimen ke-10 Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan, Mat Indera adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap serangan berkenaan.

Natijahnya, dia telah dianggap oleh penduduk tempatan di kampungnya sebagai pengganas yang kejam dan zalim, sehingga mengancam ketenteraman dan keselamatan orang awam di tanah air. Sedangkan, ketika itu orang lain sedang bertungkus-lumus berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan dengan kaedah yang lebih wajar, benar dan aman yakni melalui rundingan, bukan melalui kekejaman dan keganasan PKM yang memusnahkan nyawa, jiwa dan harta benda negara.

Mat Indera juga didapati berusaha keras mempengaruhi dan mengajak rakyat Melayu untuk menyertai kegiatan haramnya dalam gerakan PKM yang mempunyai cita-cita yang lebih buruk daripada Malayan Union British sebelum itu.

Komunis memang menentang pentadbiran British di Tanah Melayu secara militan bersenjata untuk menubuhkan People’s Democratic Republic of Malaya yang membawa natijah penghapusan kedaulatan Melayu di tanah airnya dan penguasaan bangsa asing di negeri Melayu.

Malaysia yang pada ketika itu dengan nama Persekutuan Tanah Melayu sangat-sangat bertuah kerana ramai penduduk tidak menyokong PKM, sebaliknya bersama-sama pasukan kerajaan membanteras kekejaman pengganas komunis.

Itulah yang berlaku sehingga tertangkapnya Mat Indera apabila kepemimpinan peringkat masyarakat di Kampung Parit Baru, Seri Medan sendiri yang merancang dengan kerjasama polis untuk memerangkap dan memberkasnya ketika dia datang ke kampung berkenaan.

Akhirnya Mat Indera berjaya ditangkap dan dijatuhi hukuman mati kerana peranannya dalam tindakan ganas dan jenayah membunuh dengan kejam sebagai anggota pergerakan komunis militan dan pengganas yang diharamkan sehingga ke hari ini.

Sokongan penduduk ini memberi sumbangan besar yang menyebabkan pengganas komunis gagal mencapai cita-cita mereka iaitu menubuhkan Republik Komunis Malaya.

Dalam hal ini, sudah tentu perjuangan pengganas komunis amat berbeza sekali dengan perjuangan UMNO yang diasaskan oleh Datuk Onn Jaafar dan diteruskan oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, iaitu menuntut kemerdekaan melalui rundingan dan menubuhkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu Berdaulat berlandaskan Demokrasi Raja Berperlembagaan.

Berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong itu, Mat Indera dengan sengaja dan sedar menjadi anggota gerakan pertubuhan besar pengganas komunis PKM, sebagai Ketua Rejimen ke-10, yang kejam serta zalim serta mengancam keselamatan dan ketenteraman orang awam pada ketika itu.

Dia bukan seorang ‘pejuang’ untuk mendapatkan kemerdekaan negara yang pada masa itu sedang diusahakan secara rundingan aman dan lebih berhemah serta bertamadun.

Sehingga hari ini, ketika rakyat negara ini sudah merdeka dan berkerajaan sendiri sejak 1957, gerakan PKM tetap diharamkan. Gerakan itu diharamkan kerana cita-cita komunisme yang bertentangan dengan ajaran Islam, ketuhanan dan bersifat menindas perbezaan pendapat dalam sistem demokrasi, walaupun sudah ada perjanjian peletakan senjata parti itu di Betong (Thailand) dengan kerajaan Malaysia pada 1989.

Dari sudut kegiatan Yayasan Warisan Johor (YWJ) segala kajian, penulisan dan catatan yang berhubung sejarah negeri, termasuk perjalanan hidup watak seperti Mat Indera, adalah data kemasyarakatan berkaitan seorang anggota masyarakat yang pernah menonjolkan diri dalam peristiwa sejarah yang berlaku di negara ini, khususnya di Johor dalam perjalanan sejarah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Penulisan dan catatan berkenaan menjadi bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia kini, untuk mengayakan lagi khazanah maklumat dan rakaman peristiwa sejarah kemerdekaan untuk tatapan dan pengetahuan generasi demi generasi sebagai iktibar, panduan dan peringatan masa akan datang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2011 03:18 PM | Show all posts
Reply  bangcak
jangan cakap kosong bro
kasi tepek sikit mana ko dapat mb johor cakap dia sokong komunis?
then mana anak johor yang sokong komunis?

sekadar cakap kosong macam ni, mat sabu pun boleh buat
bagi la sumber yg konkrit
in case kalau fakta salah, boleh masuk court je bro
kita main saman2 je skg ni
ada bran?
ironmind Post at 15-9-2011 10:52

sila teliti post i tadi ada perkataan 'komunis' ke??

in case kalau fakta salah, boleh masuk court je bro
kita main saman2 je skg ni
ada bran?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2011 05:33 PM | Show all posts
Reply 17# bangcak


ko nak spin isu apa sebenarnya ni?
fakta x berasas je keluar
hujah la dengan gentlemam


aku buka cite tentang pendirian Bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat,
ko cakap-  
ko cite adakah UMNO (mb johor) yg tt maksudkan "org yg tak paham"

padahal, xde pun aku sebut UMNO;)
lain kali, baca la elok2 bro...baru komen
klu main terjah je, payah la


ko siap cakap lagi
mungkin u bukan anak johor n u takkan paham semangat anak2 jati johor

padahal, ni isu nasional
ada aku kisah kalau aku bukan anak johor?
nape bangcak? org negeri lain xleh nak bantah komunis ke?
nway, bapa aku askar, so diorg lebih kenal siapa komunis;)


ko ckp
sila teliti post i tadi ada perkataan 'komunis' ke??

jawapan aku, memang xde


disebabkan ko jwb soalan aku dengan soalan, maka aku nak tanya
cmne ko blh cakap
mudahnya u tuduh warga johor sbg 'org yg tak paham' sejarah tokoh2 perjuangan johor.

bila pulak la aku aku tuduh orang johor? ada ke? kat mana aku tuduh?




aku dah jawab soalan ko
now, jawab soalan2 aku
mana link kata MB johor dan warga johor yang menyokong fakta ko tentang sokong mat indera dan komunis sbb ko cakap
yg sokong 'tokoh pejuang anak johor tu' mb johor dan warga2 johor yg lain

aku cite ttg mat indera, ko jangan nak cite pejuang lain plak
aku perlukan link tu? is that clear?


tapi, ikut ko la ye, spin is the way for u right
teruskan spin
apa pun, selamat menyambut hari malaysia bangcak


p/s: muak dgn puak yg suke spin ke hulu, spin ke hilir, at last thread jauh ke laut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.066806 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list